Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Majlis Perkahwinan Zailan n Harnani
Apabila Tuan Hj Mohammed Jonet (MJ) mengundang aku dan isteri ke majlis perkahwinan anak lelakinya Zailan bin Mohammed dengan Harnani bt Mohamed . . .
. . . aku, sebagai seorang sahabat lama yang rapat dengannya, secara bersahaja bertanya kepada beliau:
Tuan Hj Mohammed Jonet
" Siapa lagi geng yang I kenal . . . yang you jemput?"
MJ (semacam initials Michael Jackson) menjawab:
" Ramai . . . selain daripada member UKM, yang istimewanya . . . geng lama kita di PSC (Public Services Commission) dulu. Mereka dah janji nak datang ."
"Siapa-siapa mereka tu ha?" Tanyaku lagi . . . dengan gaya busybody sikit.
"Mustafa, Yusak, Zainal . . . dan you ingat tak Encik Mokhtar, MCS officer kat ofis PSC dulu tu," kedengaran suara di hujung talian memberikan jawapan yang jelas.
Aku tak tahulah bagaimana reaksi (memek muka atau warna wajah) sahabat baikku MJ ketika itu . . . suka ke, marah ke, bosan ke dia . . . dengan pertanyaan-pertanyaan aku itu.
Aku tak dapat meneka kerana kami bercakap melalui telefon . . . bukan berpandangan muka!
Tak kisahlah. Yang aku tahu . . . aku amat teruja untuk pergi ke majlis berkenaan.
Aku amat ingin bertemu dengan sahabat-sahabat lama aku dahulu . . . rakan sepejabat ketika aku bertugas di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dari tahun 1965-1966.
Walaupun aku cuma sempat berkhidmat dengan SPA (PSC) selama setahun (selepas itu aku bertukar jabatan ke Kementerian Pelajaran Malaysia) . . . hubungan persahabatan aku dengan sahabat-sahabat di sana sudah cukup rapat dan mesra.
Lantas 'terniat' di dalam hatiku (cakap broken omputih sikit):
Compulsory for me to attend this wedding reception. I must meet these old PSC friends of mine. It has been 47 long years now. I'm determined!
Maka . . . pada malam hari Ahad 12 Januari 2014 bersamaan 10 Rabiulawal 1435H hajatku kesampaian.
Allah SWT jua yang telah mengabulkan niatku.
Alhamdulillah, beberapa minit selepas para jemaah selesai bersolat Maghrib di surau sini, aku pun bergerak ke dewan tempat acara diadakan.
Allah SWT jua yang telah mengabulkan niatku.
Alhamdulillah, beberapa minit selepas para jemaah selesai bersolat Maghrib di surau sini, aku pun bergerak ke dewan tempat acara diadakan.
Suasana dalam dewan sebelum dipenuhi tetamu . . .
Meja utama terhias indah . . .
. . . dengan penataan cahaya yang menarik . . .
. . . di serikan pula sebuah menara kek perkahwinan
Aku sudah sedia diperuntukkan duduk di meja 23. Aku tetamu yang paling awal duduk di meja itu.
Di meja 23 . . . sebelum sahabat lain tiba . . .
. . . .lengkap dengan cenderahati majlis
Tepat pada waktu yang dijadualkan . . . majlis bermula. Beberapa acara telah pun tersusun rapi.
Bismillah . . . pembuka kata . . .
Rombongan pengantin dah lama berdiri . . .
Anak-anak comel sedia mengiringi . . .
Mengapa gerangan kakak yang ini . . .
Berdiri . . .
Duduk . . .
Dengan penuh kesabaran . . .
Ayahanda dan bonda turut merenjis . . .
. . . direnjis-renjis dipilis . . .
selesai sudah kehendak majlis
Raja sehari mengatur langkah . . .
Bergerak gagah ke hadapan . . . ke meja makan
Sup pembuka selera . . . starter?
Dari kiri:
Tuan Hj Nazran, Tuan Hj Mustafa, Tuan Hj Amir
Dari kiri:
Puan Hjh Hamidah, Tuan Hj Mokhtar, Tuan Hj Zainal
Dari kiri:
Mokhtar, Zainal, Tuan Hj Yusak, penulis
Puan Hjh Salimah (kiri), Hamidah
Berlangsunglah majlis perkahwinan Zailan bin Hj Mohammed, anakanda sahabatku, dengan Harnani binti Mohamed di sebuah hotel ternama di Putrajaya ini.
Menyediakan 'high table' . . .
Sedia untuk menjamu selera . . .
Menunggu pengumuman juru acara . . .
Sekarang bolehlah kita mula . . .
Makan beradab . . . Sedap
Berakhir dengan memotong kek perkahwinan . . .
Raja sehari keluar dewan
berpimpin tangan bergenggaman
Aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasangan pengantin baru Zailan dan Harnani.
Zailan dan Harnani . . .
. . . merpati dua sejoli . . .
Didoakan perkongsian hidup* kalian yang baru bermula ini berterusan bahagia selama-lamanya dan penuh diwarnai ciri ketakwaan kepada Allah SWT. Amin.
*[Bertepatan pula hari ini juga merupakan hari ulang tahun ke-40 perkongsian hidup penulis bersama isteri . Alhamdulillah].
Sungguh ceria keadaan dan suasana di dewan ini sepanjang majlis berlangsung.
Namun . . . bagiku secara peribadi . . . keceriaan suasana di situ lebih terasa dengan kehadiran bersama sahabat-sahabat lama . . . Hj Mustafa Abdul Rahman (d well-mannered n famous Keramat groomed maestro bassist), Hj Yusak Paimen (d easy-going n handsome lad with a large following of lady fans), Hj Zainal Bachee (d cool n stylish gentleman of d Mini Cooper fame), Hj Mokhtar Yaacob ( d soft-spoken east coast boy who made good in d professional world) . . . dan termasuk juga Hj Amir Mustafa (Mustafa's junior) serta seorang sahabat baru . . . Hj Nazran.
Nazran yang mengimamkan kami bersolat Maghrib tadi . . . dengan cara bacaan ayat-ayat surah al-Quran yang amat baik dan dengan suara yang merdu . . . rupa-rupanya seorang ex-OUP senior colleague aku dan kemudiannya ada pula berhubungan dengan ramai publishing associates aku di UKM tempat beliau bekerja pada ketika itu.
Biarkan dua orang 'lama' yang baru berkenalan ini berbual . . .
Perkenalan aku dengan beliau ini jelas merupakan suatu ketentuan Ilahi dalam situasi yang mengesahkan kebenaran kata-kata . . . "It's such a small world".
Bertanya khabar dan berbual mesra . . .
Banyak kisah lama dikenang kembali . . .
Orang muda . . . sabar sajalah mendengar orang 'lama' berkata-kata . . .
Mari kawan semua dengar bos kita ni cakap . . .
Kita chit-chat berdua le . . .
dia orang tu dah jumpa geng lama . . . lupa kita
Biarkan dua orang 'lama' yang baru berkenalan ini berbual . . .
aku tunggu giliran . . .
Perkenalan aku dengan beliau ini jelas merupakan suatu ketentuan Ilahi dalam situasi yang mengesahkan kebenaran kata-kata . . . "It's such a small world".
Penulis dan Nazran
Banyaklah 'cerita lama' yang 'terbit semula' sebagai 'edisi baru' apabila sahabat-sahabat lama bertemu. Lucu dan menggembirakan.
Tuan rumah yang peramah . . . melayan geng lama punya kerenah . . .
Pandai berjenaka pula . . . Mohammed Jonet ni rupanya . . .
Tak kering gusi . . . dengan telatah dan aksi
Selepas saling bertanyakan khabar . . . kami bercerita selama jangka waktu yang agak panjang . . . mengimbau kembali kisah-kisah lampau di PSC (Young Road, KL).
Kisah suka, duka lucu atau sebaliknya, terlepas keluar daripada mulut kami masing-masing . . . tanpa dipaksa-paksa.
Ada timbul kisah-kisah jenaka lama tentang rakan-rakan PSC yang antaranya melibatkan nama-nama 'familiar' seperti Sebastian, kak Zizah, Irene Lee, Bee Geok, Ani Karim, Esther, Aznam, Wadan, Amri, Zainal Latif, Zainal Abidin Ahmad, Mustakim, Abu, Ramli Torji, Tamrin, Rajendran, Baharom, Rogayah, kak Ani, kak Siti, Nordin Baba, Raja, Keng Thoe, Zol, Khalid Ismail , Ismail Latiff, Abdullah Salleh, Sanusi Abdullah, Mohd Noor Ghani, Aziz, Abu Hanifah, Ozair . . . dan ramai lagi.
Cerita-cerita yang terkisah kebanyakannya bersifat penuh kelucuan . . . jelas menampakkan kemesraan sesama rakan sejawat yang terasa hingga kini.
Demikianlah apabila sahabat-sahabat lama dapat berjumpa sesekali beramai-ramai.
Walaupun kami masing-masingnya tinggal berjauhan . . . namun semangat kesetiakawanan antara kami tetap berada di tahap tertinggi.
Jauh di mata dekat di hati . . . bak kata orang tua-tua. (Benar sangat . . . kerana kamilah orang tua-tua itu sekarang!)
Megapa tu . . . sampai tekup hidung?
Paling istimewa . . . Mustafa menunjukkan dua keping foto lama geng PSC.
Kami sama-sama melihat dan meneliti foto-foto zaman muda geng PSC ini.
Kami sama-sama tumpang seronok memberikan komen-komen . . . terhadap 'subjek' dalam gambar-gambar itu.
Semuanya komen yang baik-baik sahaja.
Edisi klasik
Kami sama-sama melihat dan meneliti foto-foto zaman muda geng PSC ini.
Kami sama-sama tumpang seronok memberikan komen-komen . . . terhadap 'subjek' dalam gambar-gambar itu.
Semuanya komen yang baik-baik sahaja.
Ha . . . kau tengok sini . . . handsomenya aku . . .
Ha . . . saya tak ada di situ?
. . . aku pun tak ada juga le! . . .
Aku dapat mengecam wajah mereka yang terakam di dalam foto-foto itu . . . walaupun wajah aku sendiri tiada kelihatan di dalamnya. . . (tak enter frame).
Dari kiri:
x, Wan CH, Ozair Mohd Noor, Yusak Paimen, Aznam Sutan Aman, x, Abdul Wahab Abdullah, Mustakim Selamat, Mustafa Abdul Rahman
Dari kiri (depan):
Ani Karim, Irene Lee, Wong Keng Thoe, Lee Eng Poh, Mahmud Idris, Ozair Mohd Noor, Julie Ang, Zaharah Manaf
(belakang):
Wan CH, Mustakim Selamat, Yusak Paimen, Ramli Torji, Zainal Abidin Ahmad, Mustafa Abdul Rahman, Abdul Wahab Abdullah, Aziz Jaafar, Maniam
"Eh, kenapa ye aku tiada dalam gambar ni?" Aku bertanya kepada Mustafa.
Jawab Mustafa," Foto ni diambil pada tahun 1967 . . . "
Ooh . . . begitu kisahnya. Maka mengertilah aku!
Terima kasih Mustafa kerana telah mengembalikan nostalgia yang amat mengesankan hati kami ini.
Terima kasih juga kepada semua sahabat yang hadir pada malam itu khususnya di meja 23 . . . Tuan Hj Mokhtar dan isteri Pn Hjh Hamidah, Tuan Hj Zainal dan isteri Pn Hjh Salimah, Tuan Hj Yusak, Tuan Hj Nazran, Tuan Hj Mustafa dan anakandanya Tuan Hj Amir.
Terima kasih Mustafa kerana telah mengembalikan nostalgia yang amat mengesankan hati kami ini.
Mustafa jadi pembekal gambar . . .
Nak tengok ke?
Terima kasih juga kepada semua sahabat yang hadir pada malam itu khususnya di meja 23 . . . Tuan Hj Mokhtar dan isteri Pn Hjh Hamidah, Tuan Hj Zainal dan isteri Pn Hjh Salimah, Tuan Hj Yusak, Tuan Hj Nazran, Tuan Hj Mustafa dan anakandanya Tuan Hj Amir.
Keseronokan dapat bersua semula . . .
Penghargaan tidak lupa aku tujukan kepada anakanda Amir yang secara impromptu telah sudi bertindak sebagai jurufoto dan menghasilkan foto-foto yang dapat dipaparkan dalam siaran blog ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ingin aku dan sahabat semua sampaikan kepada tuan rumah, Tuan Hj Mohammed Jonet dan keluarga, kerana kesudian mengundang kami ke majlis yang serba indah ini.
Hj Amir
[ Juru gambar impromptu]
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ingin aku dan sahabat semua sampaikan kepada tuan rumah, Tuan Hj Mohammed Jonet dan keluarga, kerana kesudian mengundang kami ke majlis yang serba indah ini.
Terima kasih tuan . . .
Dia ni pun dah lama tak jumpa . . .
Ini pula OKB . . . Sepang dia control . . .
Lain kali kita jumpa lagi ye . . .
Malam semakin larut dan majlis perkahwinan ini juga pantas menuju ke penghujungnya.
Tibalah waktunya untuk kami berpisah . Sebelum berpisah ke haluan masing-masing . . . kami berjanji akan terus berhubungan antara satu sama lain . . . dari masa ke masa.
Tibalah waktunya untuk kami berpisah . Sebelum berpisah ke haluan masing-masing . . . kami berjanji akan terus berhubungan antara satu sama lain . . . dari masa ke masa.
Dari kiri:
Mokhtar, Zainal, Yusak
Tuan Hj Mokhtar (kanan) dan isteri Pn Hjh Hamidah
Biar saya masukkan no hp tu dalam hp ni . . .
. . . aku tulis sajalah . . .
. . . nanti kau sign ye . . .
. . . tu lah . . . dah kena bayar bil lak . . . hehe
Insya-Allah . . . kita boleh berjumpa lagi.
Hajat kami mudah . . . meneruskan tali persaudaraan dan mengeratkan silaturahim yang sudah terjalin sejak tahun-tahun 1960-an dahulu.
Penulis (kiri) dan Tuan Hj Mohammed Jonet
Semoga Allah SWT merestui hajat kami yang murni ini.
Terima kasih Daun Keladi
Penulis (kiri) dan Tuan Hj Mohammed Jonet
Semoga Allah SWT merestui hajat kami yang murni ini.
Amin ya rabbulalamin.
bamuda
dsuarang.blogspot.com