Monday, June 14, 2010

Luangkan Sedikit Waktu


Monday, June 14, 2010




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Terbukti Sejati 


Telah lama aku perhatikan. Sejak zaman kanak-kanak lagi. Lama tu. Apa yang aku perhati? Apa yang aku amati? Apa pula kesimpulan sendiri yang aku perolehi ?


Halaman Puisi
seperti terdapat dalam buku skrapku


Sesungguhnya, mungkin jauh lebih lama daripada itu. Mungkin sejak zaman tok nenek kita lagi! Ketara sangat orang kita ni susah hendak mengucapkan kata-kata menyayangi seseorang khususnya orang yang amat dekat dengan mereka. Aku sendiri (sepanjang ingatanku) tidak pernah mendengar ucapan atau kata-kata "sayang" daripada bapa, dan adik beradik atau ahli-ahli keluarga terdekat yang lain. Ibuku jauh sekali! (Emak pergi dahulu buat selama-lamanya ketika aku berusia lebih kurang 5 tahun. Bukan salah Emak.)


Beberpa Puisi Lamaku
tertulis sejak dahulu utk Alimah


Kata sesetengah bijak pandai tentang hal-ehwal kekeluargaan (lebih tepat hubungan antara ahli-ahli keluarga terdekat) keadaan begini wujud kerana ramai yang "malu" menyatakan perasaan masing-masing secara jelas dan ikhlas! Ada juga yang berkata keadaan ini disebabkan ramai yang menganggap pernyataan kasih sayang (khususnya antara orang yang terdekat hubungannya dengan seseorang) sebagai sesuatu yang "remeh" dan sudah menjadi "lumrah" diterima secara "faham-fahamlah sendiri". (Apa kata Omputih tu . . .
something always taken for granted . . .) Ada pula yang takut dicap "mengada-ngada" andainya menunjukkan kasih sayang secara terbuka kepada ahli-ahli keluarga mereka sendiri. Entahlah. Wallahuaklam.



Seni Collage
keratan drpd halaman puisi


Aku yang sudah melalui fasa tersebut di atas selalu terfikir bahawa zaman itu sudah berlalu dan tidak payah diingat-ingatkan kembali. Sebaliknya, setakat yang terdaya dari segi perasaan (kerohanian) dan mampu dari segi kebendaan (material) aku harus mengubah kebiasaan dalam hubungan kekeluargaan aku sendiri kepada sesuatu yang lebih bersifat rapat, mesra dan bermakna. Pendek kata aku harus menunjukkan dan menyatakan perasaan kasih sayangku terhadap mereka yang paling rapat hubungannya denganku dengan cara yang jelas dan ikhlas tanpa ragu-ragu atau malu! Itu cara aku. Orang lain tentu ada cara mereka yang tersendiri. Terpulang . Terserah. " Rambut sama hitam, hati lain-lain," kata bidalan.



Terbukti Sejati
untuk
Isteriku Alimah Yang Tercinta


Melalui penulisan ini aku ingin menyatakan untuk kesekian kalinya kepada ahli-ahli keluargaku bahawa aku, "Sentiasa Sayang Akan Kalian." Aku seterusnya berharap kalian dapat pula mencurahkan kasih sayang kalian kepada keturunan kalian nanti dengan cara yang jelas dan ikhlas lagi bijaksana, tanpa ragu atau malu! Insya-Allah.



STOP PRESS























Port Dickson, Negeri 9









Kuala Lumpur














Pulau Tioman, Pahang 2002



































KL Tower, Revolving Restaurant

















2002 Langkawi



Cozy House KL 2010







Genting View, Pahang
























Masjid Wilayah, Kuala Lumpur 2009

















dsuarang.blogspot.com
Nuffnang Ads



Terbukti Sejati



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Luangkan Sedikit Waktu ...



Halaman Puisi
seperti terdapat dalam buku skrapku


Beberpa Puisi Lamaku
tertulis sejak dahulu utk Alimah

Seni Collage
keratan drpd halaman puisi


Terbukti Sejati
untuk
Isteriku Alimah Yang Tercinta








dsuarang.blogspot.com