Tuesday, June 8, 2010

One For The Road


Tuesday, June 8, 2010




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Secawan Kopi 


Seperti dijanjikan dalam blog yang lalu, ini kisahnya . . . kisah secawan kopi!





"Secawan Kopi"

Puisi AMB tertulis pada tahun 2005
ttg tipu muslihat "belanja minum kopi"


Ceritanya begini. Para tetamu meninggalkan d'SUARANG setelah selesai majlis tahlil dan doa selamat yang berlangsung pada petang Sabtu 29 Mei 2010. Ada yang sudah lama pulang. Ada yang baru pulang. Ada pula yang baru memohon untuk pulang. Kategori tetamu yang terakhir ini termasuklah Tuan Hj Mohd Nadzar & Puan Hjh Zaleha (Pak Uda & Mak Uda Penulis).




Pasangan Bahagia


Pak Uda Hj Mohd Nadzar & Mak Uda Hjh Zaleha



Petikan Puisi
Bhg I




Anak Beranak

Penulis bersama bapa saudaranya





Cakap omputih sikit . . . hmm 
Uncle & Nephew 

 Tuan Hj Mohd Nadzar & AMB



Apabila mengetahui Pak Uda Nadzar & Mak Uda Zaleha hendak pulang ke rumah mereka di Petaling Jaya, Penulis dan Alimah (isteri) meminta mereka tunggu sekejap untuk bergambar kenangan. Pak Uda & Mak Uda dengan sikap penuh 'sporting' menunaikan permintaan kami itu. Selesai gambar diambil mereka berdua terus ke pintu pagar rumah menuju ke kereta untuk pulang.



Keturunan Keluarga Tok Shariff

Dari kiri: Penulis, Hjh Zaleha, Hj Mohd Nadzar & Alimah




Petikan Puisi

Bhg II




Posing Sekejap


Hj Mohd Nadzar & AMB

Tiba-tiba, adinda Basri Hj Omar bersuara kepada Pak Uda lebih kurang begini bunyinya.

"Tak kan nak balik dah ... Pak Uda. Kena secawan kopi dulu. OK kot ... One for the road!"

Terhenti langkah Pak Uda Nadzar suami isteri. Pak Uda menoleh ke arah Basri dan berkata perlahan," Boleh juga gamaknya . . ."

Pak Uda berkata demikian sambil memandang kepada Mak Uda Zaleha. Seolah-olah memohon sokongan isterinya itu.

Penulis perasan situasi itu lalu meminta pengesahan daripada Mak Uda.

"Boleh ke Pak Uda minum kopi?"



Siapa Buat Perangai?


Penulis & Pak Uda Nadzar memerhatikan sesuatu




Petikan Puisi
Bhg III




Mari Kita Sembang-sembang

Macam-macam topik dan hal diperkatakan sambil menikmati secawan kopi


Mak Uda Zaleha hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Penulis terus menerima isyarat itu sebagai kelulusan yang membenarkan Pak Uda Nadzar meminum kopi. Maka Penulis pun mempelawa Pak Uda Nadzar masuk semula ke rumah untuk menikmati secawan kopi . . . pastinya yang panas dan menyegarkan.

Sambil melangkah ke ruang tamu Pak Uda Nadzar berkata (seperti berbisik) dengan selamba,"Ha ah, teringat Pak Uda rangkai kata One For The Road tu . . . dulu-dulu famous penggunaannya di kalangan kawan-kawan rapat dan orang yang mengembara . . ."

Pak Uda masih ketara seorang Guru Bahasa yang hebat. Fikirannya masih intact. Pengetahuannya masih luas. Pertuturannya cermat dan teratur. Beliau pandai menggunakan peribahasa dan perumpamaan dsb dengan tepat dan sesuai.

Gaya bahasanya juga cantik dan halus. Tetapi, loghat Peraknya tak boleh buang langsung. Begitu tebal dan mendalam! Mungkin jati dirinya sebagai anak Perak begitu teguh walaupun sudah berpuluh tahun bermastautin di Selangor khususnya Petaling Jaya!





Petikan Puisi
Bhg IV (akhir)


Penulis mengingatkan Pak Uda Nadzar bahawa sebentar tadi selepas makan . . . ketika hendak meminum air sarsi . . . Pak Uda ada menyatakan begini,"Pak Uda ingat kopi tadi."

Pak Uda mengiakan kata-kata Penulis. Beliau lantas mengakui bahawa kadang-kala timbul keinginan yang kuat untuk meminum kopi. Maka katanya,"Elok juga Basri ngajak minum kopi ni. Kalau dah jeki (rezeki) tu tak ke mana le."





One For The Road

Lt Kol Bersara Hj Basri 'bercerita' ttg keenakan kopi
sambil Hj Mohd Nadzar
mendengar dgn penuh teliti


Penulis mempelawa Mak Uda Zaleha minum kopi sekali. Mak Uda pun dengan 'sporting' menerima pelawaan itu. Penulis senang dengan sikap kedua-dua ibu dan bapa saudara ini yang jelas menunjukkan mereka pandai menjaga hati dan perasaan orang lain.



Seronok

. . . dapat convince . . .
Hj Mohd Nadzar, Hj Basri & Afnan

Sambil meminum kopi adinda Basri membuat kenyataan lebih kurang begini,"OK lah kot . . . kalau boleh dapat convince orang senior . . . Bukan senang nak convince orang nak setuju dengan kita (apatah lagi) . . . orang paling kanan dalam keluarga pulak!"




Sembang Terus



Ahai, Ahai Ketawa Le Lagi

Mesra terasa bersembang sefamili
Cikgu Nadzar dan Lt Kolonel Basri Omar

Shafik & Ashraf asyik memerhati


Penulis bersetuju dengan kenyataan Basri itu.Penulis membuat kesimpulan bahawa Basri berjaya berbuat demikian kerana beliau tahu cara melayan dan menghormati orang yang jauh lebih tua daripadanya. Dan, kerana itu juga orang yang lebih tua daripadanya menyayangi beliau!

Paling penting . . . Penulis amat yakin bahawa Basri mempelawa Pak Uda Nadzar dengan hati yang tulus ikhlas tanpa sebarang lencongan niat . . . seperti berbagai situasi 'lain' dalam hal pelawaan minum kopi yang cuba dihuraikan Penulis melalui puisi "Secawan Kopi" yang tertera dalam blog ini.

Syabas kepada kedua-dua pihak. Yang Tua Dihormati,Yang Muda Disayangi.

Thanks for making my day!









dsuarang.blogspot.com

basri bin omar said...
Salam Uda! Tk paparan....rasa syukur teramat kerana Allah berikan kemampuan untuk berinteraksi dgn Orang2 Tua( ni yg terpelajar pula) tambahan lagi boleh menyakinkan mereka...cuma terkenang pada Al Marhum Ayahnda saya - juga seorang penggemar Kopi Kampong..dulu2 d Kedah terkenal dgn Kopi cap Tarbus..Almarhum kalau mai KL tak lupa bawa kopi walaupun ketika tu saya masih tak gemar kopi.. cuma satelah p dok di Kluang baru terdedah dgn kopi Railway...sampai Taukehnya(Mr Lim) jadi rakan karib..dia pggl saya Robert!
Bamuda d' SUARANG said...
Salam Adinda Basri, Uda pun terkenang budi baik Ayahanda Almarhum Hj Omar tu . . . setiap kali datang KL beliau tidak lupa membawa buah tangan untuk Uda dan keluarga . . . khasnya kopi Kedah tu . . . (Of course . . . banyak lagi budi beliau yang baik selain daripada itu.) A very simple person that he was . . . made him a very pleasant personality to be respected! Al Fatihah . . . Amin.