Friday, September 28, 2012

Maju Ke Sabang


FRIDAY, 28 SEPTEMBER 2012





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Sabang Kami Datang


Khamis 20 September 2012


Feri laju (kencang) Pulo Rondo sudah pun berada di jeti Ulee Lheue (Banda Aceh) apabila kami tiba di situ pada jam 9:00 pagi (waktu Aceh) untuk ke Sabang.

Feri ini akan bergerak pada jam 9:30 pagi nanti . . .  merentasi Selat Sabang ke Pulau Weh. Perjalanan ke pelabuhan Balohan di Pulau Weh memakan masa kira-kira satu jam.

[Jika naik feri perlahan (slow ferry) masa yang diambil ialah 2 jam 30 minit untuk sampai ke seberang sana.]






Sabang sebuah pulau yang terletak di titik paling 
utara di Sumatera Utara (northern most tip of 
the Indonesian Archipelago)




Sabang
 (bandar utama di pantai utara Pulau Weh)


[Penulis difahamkan . . . warga tempatan mengenali tempat yang hendak kami tuju itu dengan nama Sabang . Para pelancong pula lebih mengenalinya sebagai Pulau Weh.]





























Lebih kurang jam 10:30 pagi kami selamat sampai di Balohan (Pulau Weh). Di sini sudah mula terserlah keindahan pulau ini. Kami terus sahaja menikmati pemandangan dan suasana keliling yang sangat nyaman dan tenang.

Sebentar lagi kami akan menaiki kereta sewa untuk mengelilingi pulau ini. Banyak lagi keindahan alam yang bakal menanti . . . demikian kami diberitahu!

Something worthwhile to look forward to . . . we told ourselves . . .

Kisah selanjutnya dalam siaran berikut.




Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Bergerak Ke Pelabuhan Feri


THURSDAY, 27 SEPTEMBER 2012




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Ole! Ulee Lheue


Pada pagi Khamis 20 September 2012 penulis dan Alimah di bawa Raji dan Meni dari Oasis Atjeh Hotel ke Pelabuhan Feri Ulee Lheue untuk ke Sabang. Jamil dan Azizah pula di bawa Pak Zamhur ke destinasi yang sama dengan keretanya.

Kami harus berada di pelabuhan sekitar jam 9:00 pagi waktu Aceh untuk menaiki feri pertama ke Sabang.




Dalam perjalanan . . . Raji yang memandu . . . terima kasih . . . 
selamat tiba di pelabuhan



Dah sampai . . . apa lagi tu? . . . oh ibu menelefon . . . siapa sih?





Tanda dan Peringatan . . . Peta pelancongan pun tersedia . . . bagus sekali



Gambar tempat-tempat kelihatan menarik . . . Feri juga nampak handal . . . 





Dua sahabat . . . ngobrol terus . . . 






Foto Kiri: Trio - Pak Sani, Pak Zamhur, Pak Suradji
Foto Kanan: Dari kiri - Ibu Alimah, Ibu Azizah, Pak Sani, Pak Zamhur, Pak Suradji, Ibu Meni




Foto kiri: - Sudah kenal . . . kan . . . 
Foto kanan: - Tambah Pak Hj Drs Munir Aziz di kanan sekali




Wah  
udah mau berangkat ni Pak Zamhur . . . 
. . . kami duluan ya  




Setelah menunggu selama beberapa ketika kami pun menaiki feri untuk ke Sabang.

Raji dan Meni menemani kami ke pulau itu. Pak Zamhur pulang dahulu ke Banda Aceh dan berjanji datang menjemput kami berempat pada sebelah petang apabila kami pulang dari Sabang kelak.


Semuanya teratur . . . dan perjalanan diteruskan. Jumpa di episod seterusnya . . .




Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Thursday, September 27, 2012

Bertemu Pak Zamhur


WEDNESDAY, 26 SEPTEMBER 2012





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Silaturahim Dua Sahabat Mekah  


Tarikh: 20 September 2012 (Khamis). Waktu Aceh:8:00 pagi. Lokasi: Oasis Atjeh Hotel, Banda Aceh



Alhamdulillah pada jam 8:00 pagi Pak Hj Zamhur sudah pun berada di lobi hotel tempat kami menginap. Tepat waktunya seperti yang dijanjikannya kepada Pak Hj Sani (Jamil) malam tadi.

"On time betul . . . orang ni," fikirku. Very punctual.

Sebenarnya, panggilan telefon daripada Pak Zamhur telah disambungkan ke bilikku sebelumnya . . . menyatakan beliau ingin bertemu sahabatnya Pak Sani. 

Pak Zamhur menegaskan bahawa beliau telah bercakap melalui telefon dengan Pak Sani malam tadi . . . dan berjanji untuk datang mengunjunginya pada sebelah pagi. Makanya pagi begini beliau sudah tiba.  






Kemesraan Antara Sahabat
Pak Hj Sani dan Pak Hj Zamhur





Biarlah dia orang cerita . . . kita makan aje . . . hmm





Apa khabar Pak Haji sekarang?


Maka berlakulah pertemuan di Tanah Aceh ini . . . di antara dua sahabat yang pernah sekali cuma berkenalan di Tanah Suci Mekah . . . namun perkenalan itu terus bersemi dan menjadi ikatan silaturahim yang erat di antara dua insan . . . Pak Hj Sani dan Pak Hj Zamhur.





Janji kita terus makan . . . posing sikit ok lah . . .




 Kat sini kena serius ke?














Tak le . . . santai aje macam bicara dua insan ni . . .


Bukan persahabatan antara dua insan ini sahaja yang bertambah kukuh. Kemesraan yang sedia terjalin itu meluas pula kepada kami yang lain-lain dalam group ini . . . hasil daripada keramahan Pak Zamhur sendiri yang tidak membataskan persahabatannya kepada Pak Sani seorang. 

Pak Zamhur mudah sekali mesra dengan orang di sekelilingnya. Itulah yang kami rasakan dalam pertemuan itu. Beliau seperti sudah amat lama mengenali kami. Begitulah sikap Pak Zamhur . . . yang secara sekali imbas dapat aku simpulkan. 





Minum? . . . merokok aje lah . . . he, he



Dah lama kita tak jumpa ya . . .




Diplomasi secawan kopi . . . penuh erti 


Pada pagi yang sama kami berhasrat pergi ke Sabang . . . untuk menikmati suasana nyaman dan melihat-lihat keindahan alam di pulau peranginan yang terkenal bukan sahaja di Indonesia . . .  malah di rantau sebelah sini.

Keponakanku Raji dan Meni sudah bersedia akan menemani kami melawat-lawat ke Sabang. Mereka juga datang ke hotel untuk menjemput kami ke Pelabohan Feri Ulee Lheue (bunyi macam Olele?)

[ Tiba-tiba aku teringat akan lirik sebuah lagu yang di antara baitnya ada tersebut begini: Olele di Kota Raja , Boleh tak boleh, Dibawa saja].

Pak Zamhur rupanya telah kenal juga dengan Drs Suradji Junus (Raji). Jadi pada hari yang mulia itu mereka berjumpa pula di lobi hotel yang sama untuk tujuan yang serupa.

Begitulah kehendak Tuhan. Kemesraan lantas terjalin di antara mereka. Alhamdulillah.





Dari kiri: 
Pak Zamhur, Pak Sani, Pak Suradji, Ibu Meni



Dari kiri:
Pak Suradji, Ibu Meni, Ibu Alimah,
 Ibu Azizah, Pak Zamhur, Pak Sani




Dari kiri: 
Ibu Alimah, Pak Zamhur, Pak Suradji, 
Pak Sani, Ibu Azizah, Ibu Meni





Penulis bersama Ibu Alimah, Pak Zamhur, 
Pak Suradji, Ibu Azizah, Ibu Meni 


Raji dan Meni membawa penulis dan Alimah menaiki kereta mereka ke pelabohan feri itu. Pak Zamhur pula membawa Pak Sani dan Azizah dengan keretanya. Beliau tidak turut bersama kami ke Sabang tetapi berjanji akan menjemput kami berempat apabila balik pada petang yang sama nanti. 

Selepas ini . . . kisah kami ke Sabang. Tunggu . . .





Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Makan Ikan Bakar





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Makan Malam Hari Pertama


Setelah berehat sebentar di hotel dan kemudian menunaikan solat Maghrib, kami berempat dijemput oleh Raji dan Meni untuk keluar makan malam.

Kali ini anak mereka yang ke-4 . . . Agus Adiyatsah (Agil) . . . turut bersama mengiringi kami . . . sebagai juru pandu. 





Agil (pangkat cucu penulis) menguruskan 
tempat untuk kami makan malam










Kami dibawa ke tempat makan ikan bakar yang terkenal di  Banda Aceh. Memang enak makanan di situ. Terima kasih Raji, Meni dan Agil kerana membawa kami ke sana.














Selesai makan malam . . . kami yang agak keletihan kerana perjalanan siang tadi . . . memohon diri pulang ke hotel. 

[Dialog biasa
Agil: Tak apa-apa atuk . . . nanti Agil hantar saja atuk dan opah semua ke hotel.
Atuk: Terima kasih, Agil.]

Sebelum itu . . . Jamil teringat untuk menelefon sahabatnya yang dikenali ketika mereka sama-sama berada di Mekah pada tahun 2009 dahulu . . . Hj Zamhur . . . dengan tujuan mungkin mereka dapat bersua muka lagi. 

Alhamdulillah . . . Hj Zamhur lantas memberi tahu akan ke hotel tempat kami menginap itu . . . awal pagi esoknya . . . untuk menemui Jamil dan kami semua. 

Kami pun menanti hari esok . . . 




Bamuda
dsuarang.blogspot.com