Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Nasihat Orang Lama
Beberapa bulan dahulu, Mazlyna Hanum (anak perempuan Penulis) telah menyuarakan kepada kami sekeluarga hasratnya untuk mengadakan majlis pembacaan doa dan tahlil sempena 7 bulan kehamilannya. Dia mencadangkan hari Sabtu 29 Mei 2010 sebagai tarikh yang mungkin sesuai. Kami sekeluarga bersetuju dengan cadangan itu dan membuat persiapan yang serba sederhana untuk majlis tersebut. Kebetulan pula tarikh itu sekitar ulangtahun pertama perkahwinannya dengan Royhai'zam dan juga ulangtahun kedua perkahwinan kakaknya Mazlyn Hanim dengan Mohd Rashidi.
Alhamdulillah, segala yang dirancang hendak dilakukan dalam majlis yang berkenaan telah dapat dilaksanakan. Solat Zohor berjemaah, bacaan Surah Yasin beramai-ramai, Tahlil dan Doa Selamat di bawah pimpinan bapa saudara penulis, Tuan Haji Lokman bin Mohd Shariff dapat dijalankan dengan lancar. Selepas itu majlis diteruskan dengan makan tengah hari dan seperti biasa ... penutup acaranya ... santai bermesra sekeluarga.
Solat Berjemaah
Bacaan Surah Yasin,Tahlil & Doa
Jamuan Makan Tengah Hari
Perlu dinyatakan di sini bahawa sebelum majlis berlangsung, Tuan Hj Mohd Nadzar bin Mohd Shariff (Pak Uda Penulis) dan Tuan Hj Lokman bin Mohd Shariff (Pak Anjang Penulis) bersama Penulis sempat membincangkan nasib Pakatan Tubuh Sekeluarga (PTS). Kami semakin sedar bahawa keadaan persatuan keluarga kami kini seperti "hidup segan mati tak mahu".
Perbincangan Tentang Masa Depan PTS
Para Pemerhati . . . isyh, isyh, isyh . . .
Perbincangan Berterusan
Semakin Hangat Menjelang Waktu Zohor
Semakin Hangat Menjelang Waktu Zohor
Bincang punya bincang "Orang Lama" keluarga kami Tuan Hj Mohd Nadzar mengesyorkan supaya sesuatu dilakukan untuk "menyegarkan" semula PTS. Kami bertiga setuju PTS amat memerlukan suntikan tenaga baru. Jika diharapkan tenaga lama sahaja . . . bakal bubarlah PTS. Sayangnya jikalau berlaku demikian . . . dan malangnya jikalau tiada tenaga baru yang sanggup menyambut 'cabaran' untuk menggembleng tenaga demi kebaikan bersama Keluarga Besar Tok Said, Tok Shariff dan Konah!
Akhirnya kesimpulan dibuat bahawa suatu mesyuarat 'agung' PTS perlu segera diadakan! Penulis teruja menantikan mesyuarat sedemikian . . . dengan syarat seramai-ramai ahli daripada ketiga-tiga Keluarga Besar ini turut serta! Maka . . .
TERSERAHLAH!
Sambil itu, ada suatu kisah lagi yang ingin Penulis sampaikan berhubung dengan majlis yang telah diadakan di d'SUARANG pada Sabtu 29 Mei itu. Kisah secawan kopi! Kalau sudi mengikutinya, silalah follow blog seterusnya . . . Follow . . .
STOP PRESS
Santai
Mesra Sekeluarga
Mesra Sekeluarga
Selamatkan PTS
Harap-harap kelapa puan,
Tidak puan kelapa bali;
Harap-harap kepada Tuan,
Tidak Tuan siapa lagi?
Tidak puan kelapa bali;
Harap-harap kepada Tuan,
Tidak Tuan siapa lagi?
dsuarang.blogspot.com