Tuesday, August 24, 2010

PTS: Ramadan di Segambut



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Aktiviti Penuh Erti : Segambut


Manusia merancang. Tuhan menentukan. Betapa benarnya pernyataan ini terbukti melalui aktiviti Semarak Ramadan 2 yang dapat dijalankan dengan lancarnya oleh ahli-ahli keluarga PTS pada hari Sabtu 21 Ogos 2010 yang lalu.

Masing-masing bertanyakan khabar ketika baru bersua. Begitu eratnya tali persaudaraan antara satu sama lain ...

Di kalangan kaum ibu pun begitu ... mesra terasa antara sanak saudara ...


Letih . . . menunggu berbuka

Maka dengan izin-NYA jua, aktiviti Semarak Ramadan PTS untuk minggu kedua dapat diadakan di Taman Seri Segambut, Selangor Darul Ehsan. Dan . . . pada kali ini, Tuan Hj Lokman Mohd Shariff (Pak Anjang) dan isterinya Pn Hjh Mariam Yaakob (Mak Anjang) berperanan sebagai tuan rumah. Mereka dibantu oleh ramai anak, menantu dan cucu. Terima kasih Pak Anjang, Mak Anjang dan seisi keluarga.

Tuan Rumah Semarak Ramadan 2


Tuan Hj Lokman Mohd Shariff & Pn Hjh Mariam Yaakob

Seperti biasa, acara bermula dengan berbuka puasa (ringkas) apabila masuk waktu. Ahli-ahli PTS yang hadir kemudiannya menunaikan solat fardu Maghrib berjemaah. Tuan Hj Lokman bertindak sebagai imam.




Berbuka puasa (ringkas)



Masih berbuka puasa (ringkas)


Bersedia untuk solat Maghrib


Sebelum dan sesudah bersolat Maghrib

Selesai solat fardu Maghrib para hadirin menjamu selera semula. Sambung berbuka puasa tadi. Mereka menjamu selera dengan makanan yang lebih berat. Baru rasa relaks sedikit. Lega . . . dah makan nasi le katakan!




Ayuh . . . kita sambung berbuka tadi


Kita kena tunggu sekejap ... Nasi sedang dihidangkan.


"Ha, dah ada nasi ni . . . silalah makan," pelawa tuan rumah. "Ok, kita doa dulu ..."


Baru lega . . .

Tiba waktu Isyak. Para hadirin berjemaah menunaikan solat fardu Isyak.Tuan Hj Baharudin Osman pula menjadi imam. Allahuakbar!




Menunggu untuk bersolat Isyak


"Dah masuk waktu ni," kata imam. " Jom kita solat Isyak."


Solat Isyak akan bermula . . . bila-bila masa.


Ha . . . dah selesai pun. Kita tunggu pula imam muda memulakan solat sunat Terawih . . .


Ahli-ahli jemaah wanita pun turut menunggu solat Terawih dimulakan.


Sambil itu ada yang bersembahyang sunat . . .

Sementara menunggu imam bersedia untuk bersolat sunat Tarawih para jemaah sempat berbual-bual kecil dan melihat-lihat album foto lama keluarga. Berbagai-bagai 'komen' kedengaran diberikan. Ada yang lucu. Ada yang serius. Ada yang sekadar tumpang seronok saja! Apapun, segalanya berlangsung dalam suasana nostalgik berbaur ceria.



Selingan


Beramai-ramai melihat foto lama
dalam album milik tuan rumah.

Sebentar kemudian menyusul pula aktiviti bersolat sunat Tarawih. Para jemaah mengambil tempat masing-masing untuk melakukan ibadah tersebut. Imam muda Suhaimi Baharudin memimpin solat Tarawih berjemaah ini. Beliau dibantu oleh bilal muda Hafiz Lokman. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan sesempurna mungkin.


Tarawih bermula. Doa dibaca.

Para jemaah tekun menunaikan solat sunat Tarawih


Sebentar lagi witir 2 rakaat dan kemudian witir 1 rakaat . . .


Baru selesai solat Tarawih. Alhamdulillah.


Imam Muda Suhaimi

Bacaan doa selamat dan tahlil di bawah pimpinan senior members PTS iaitu Tuan Hj Baharudin Osman dan Tuan Hj Lokman Shariff dilaksanakan sebagai acara terakhir bagi malam Semarak Ramadan PTS ini.


Tahlil bermula . . .



Tahlil berjalan dengan lancarnya . . .


. . . dan, Tahlil berakhir dengan baik.

Setelah selesai tahlil, bacaan doa pun dilaksanakan . . . Allahumma, kami mohon keberkatan dan keselamatan semua ahli keluarga dan sanak saudara . . .

Sesudah tamat segala acara ibadah, keluarga PTS sempat bermesyuarat ringkas secara tidak rasmi. Fokus perbincangan: Bagaimana hendak memperbetul dan memperbaiki perjalanan PTS. Halatuju yang ingin dijadikan landasan matalamat. Dan, seterusnya
results yang diharapkan tercapai.

Pungutan ikhlas untuk mengisi tabung kebajikan PTS juga berjaya dilakukan seperti yang dibuat pada minggu lalu di Rawang.

Sebelum berpisah untuk pulang ke rumah masing-masing, ahli-ahli yang masih segar dan bersemangat sempat juga menjamah serba sedikit juadah ala 'moreh' yang disediakan oleh tuan rumah.


Mari kita jamu selera sikit lagi . . . ringan-ringan saja . . . ala 'moreh'



Dah penat ke? Takpe . . . banyak kelebihannya dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ni



Ha, dah hampir selesai . . .


Sambil-sambil tu kita bincang sikit . . . nak segarkan semangat PTS . . . Insya-Allah

Alhamdulillah!

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli keluarga dan sanak saudara yang telah menjayakan aktiviti Semarak Ramadan 2. Kerjasama dan kesudian semua yang hadir menyumbangkan pelbagai jenis kuih muih dan makanan (gaya pot luck) kepada tuan rumah amat dihargai.

Mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala apa yang kita usahakan! Insya-Allah kita berjumpa pula pada Sabtu 28 Ogos depan di rumah penulis . . . d'SUARANG. Kehadiran semua anggota keluarga dan sanak saudara dialu-alukan.



Taman hiburan dipinggir kota,
Redup dengan jati dan bambu;
Jangan biarkan PTS kita,
Hidup segan mati tak mahu!


Wassalam.








dsuarang.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

Assalam uda, PTS stands for what ?? Pakatan Tubuh sekeluarga or Persatuan Pertubuhan Keluarga... ateh created one group in FaceBook dah add semua waris keluarga tok shariff, tok said and wan konah...insyallah yr blogspot will be linked to the group sikit lagi.

Bamuda said...

Salam Ateh,

PTS stands for Pakatan Tubuh Sekeluarga.

Syabas for d effort dear Sis. Mudah-mudahan tali silaturahim sebegini berkekalan sepanjang zaman.

TQ and keep safe.