Monday, June 14, 2010

Luangkan Sedikit Waktu


Monday, June 14, 2010




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Terbukti Sejati 


Telah lama aku perhatikan. Sejak zaman kanak-kanak lagi. Lama tu. Apa yang aku perhati? Apa yang aku amati? Apa pula kesimpulan sendiri yang aku perolehi ?


Halaman Puisi
seperti terdapat dalam buku skrapku


Sesungguhnya, mungkin jauh lebih lama daripada itu. Mungkin sejak zaman tok nenek kita lagi! Ketara sangat orang kita ni susah hendak mengucapkan kata-kata menyayangi seseorang khususnya orang yang amat dekat dengan mereka. Aku sendiri (sepanjang ingatanku) tidak pernah mendengar ucapan atau kata-kata "sayang" daripada bapa, dan adik beradik atau ahli-ahli keluarga terdekat yang lain. Ibuku jauh sekali! (Emak pergi dahulu buat selama-lamanya ketika aku berusia lebih kurang 5 tahun. Bukan salah Emak.)


Beberpa Puisi Lamaku
tertulis sejak dahulu utk Alimah


Kata sesetengah bijak pandai tentang hal-ehwal kekeluargaan (lebih tepat hubungan antara ahli-ahli keluarga terdekat) keadaan begini wujud kerana ramai yang "malu" menyatakan perasaan masing-masing secara jelas dan ikhlas! Ada juga yang berkata keadaan ini disebabkan ramai yang menganggap pernyataan kasih sayang (khususnya antara orang yang terdekat hubungannya dengan seseorang) sebagai sesuatu yang "remeh" dan sudah menjadi "lumrah" diterima secara "faham-fahamlah sendiri". (Apa kata Omputih tu . . .
something always taken for granted . . .) Ada pula yang takut dicap "mengada-ngada" andainya menunjukkan kasih sayang secara terbuka kepada ahli-ahli keluarga mereka sendiri. Entahlah. Wallahuaklam.



Seni Collage
keratan drpd halaman puisi


Aku yang sudah melalui fasa tersebut di atas selalu terfikir bahawa zaman itu sudah berlalu dan tidak payah diingat-ingatkan kembali. Sebaliknya, setakat yang terdaya dari segi perasaan (kerohanian) dan mampu dari segi kebendaan (material) aku harus mengubah kebiasaan dalam hubungan kekeluargaan aku sendiri kepada sesuatu yang lebih bersifat rapat, mesra dan bermakna. Pendek kata aku harus menunjukkan dan menyatakan perasaan kasih sayangku terhadap mereka yang paling rapat hubungannya denganku dengan cara yang jelas dan ikhlas tanpa ragu-ragu atau malu! Itu cara aku. Orang lain tentu ada cara mereka yang tersendiri. Terpulang . Terserah. " Rambut sama hitam, hati lain-lain," kata bidalan.



Terbukti Sejati
untuk
Isteriku Alimah Yang Tercinta


Melalui penulisan ini aku ingin menyatakan untuk kesekian kalinya kepada ahli-ahli keluargaku bahawa aku, "Sentiasa Sayang Akan Kalian." Aku seterusnya berharap kalian dapat pula mencurahkan kasih sayang kalian kepada keturunan kalian nanti dengan cara yang jelas dan ikhlas lagi bijaksana, tanpa ragu atau malu! Insya-Allah.



STOP PRESS























Port Dickson, Negeri 9









Kuala Lumpur














Pulau Tioman, Pahang 2002



































KL Tower, Revolving Restaurant

















2002 Langkawi



Cozy House KL 2010







Genting View, Pahang
























Masjid Wilayah, Kuala Lumpur 2009

















dsuarang.blogspot.com
Nuffnang Ads



Terbukti Sejati



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Luangkan Sedikit Waktu ...



Halaman Puisi
seperti terdapat dalam buku skrapku


Beberpa Puisi Lamaku
tertulis sejak dahulu utk Alimah

Seni Collage
keratan drpd halaman puisi


Terbukti Sejati
untuk
Isteriku Alimah Yang Tercinta








dsuarang.blogspot.com

Thursday, June 10, 2010

Kenangan di Istana Pasir Pelangi




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Buku Sejarah Johor



Sepanjang tempoh 22 tahun aku bekerjaya sebagai Editor di Oxford University Press/Penerbit Fajar Bakti (OUP/PFB) ada banyak peristiwa manis (yang pahit pun ada . . . tapi itu "biarlah rahsia") yang aku lalui. Antara banyak peristiwa manis itu, kenangan ketika mengendalikan penerbitan buku "Sejarah Johor" yang ditulis oleh Cikgu (Dr) Shaharom Husain lebih berkesan daripada yang lain. Cikgu Shaharom Husain seorang pengarang berkaliber. Beliau berpengetahuan luas tentang sejarah negeri Johor. Beliau sebenarnya boleh dianggap sebagai tokoh budaya dan sejarawan yang hebat di negara ini.





 
Dari kiri: Tuan Hj Shaharom Husain,
AF Yassin, YAM Raja Zarith Sofiah & AMB

[Penyampaian Buku "Sejarah Johor" Di Istana Pasir Pelangi, JB
pada 30.01.1995 ketika kami datang buat kali keduanya]


Usaha menerbitkan buku "Sejarah Johor" sudah berlaku sejak sebelum tahun 1994 lagi. Berkat kegigihan Pengarang, Pihak yang "menaja" dan Penerbit, buku tersebut telah dapat diterbitkan pada tahun 1995. Seperti yang biasa terjadi dalam proses penerbitan sesebuah buku, Pengarang, Penerbit dan Pihak yang " menaja" projek perlu bertemu dari masa ke masa untuk memastikan projek tersebut berjalan lancar. Itulah ketikanya aku (sebagai Editor) berpeluang ke Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru untuk menguruskan segala keperluan penerbitannya. Aku serombongan tiba (buat kali pertamanya) di Istana Pasir Pelangi pada jam 12:00 tengah hari Khamis September 15 1994.


 



 
Surat rasmi AFY kepada YAM Raja Zarith Sofiah



Istana Pasir Pelangi di mana (pada masa itu) bersemayamnya Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail dan Yang Amat Mulia (YAM) Raja Zarith Sofiah Idris sekeluarga indah sekali. Dan, manusia yang menghuni Istana itu lebih indah lagi. Indah budi bahasa kata orang! Rombongan kami dari OUP/PFB yang terdiri daripada Pengarah Penerbitan, Ahmad Fadzil Yassin (AFY @ AF Yassin), Pengarah Rekabentuk, Charles Yeoh dan aku sendiri serta Pengarang, Cikgu Shaharom Husain (yang kami jemput bersama) telah diberikan sambutan yang penuh mesra. Kami amat senang berurusan dengan keluarga Diraja ini khasnya berurusan secara profesional dengan YAM Raja Zarith Sofiah.






 
YAM Raja Zarith Sofiah


 

DYAM Tunku Mahkota Johor berada bersama kami selama lebih kurang 10 - 15 minit sahaja kerana baginda ada urusan lain yang perlu diberi perhatian. Apapun YAM Raja Zarith Sofiah benar-benar membuat kami berasa seperti berada di rumah sendiri sepanjang kami berurusan itu. Malah kami berempat juga dihidangkan jamuan makan tengah hari yang istimewa bersama baginda di Istana Pasir Pelangi pada hari tersebut.

Aku sempatlah bersembang dari dekat dengan baginda. Sementelah pula aku berasal dari Perak . . . dan baginda pun orang Perak, maka panjanglah juga perbualan kami . . . dengan menggunakan loghat Perak.





 
Dari kiri: Tuan Hj Shaharom Husain,
YAM Raja Zarith Sofiah, AF Yassin & AMB



 

Pada sebelah petang hari itu selesailah urusan kami di Istana Pasir Pelangi. Dan, kami pun bermohon diri untuk pulang ke Kuala Lumpur bagi menyiapkan projek yang hampir sampai ke penghujungnya. Aku bersyukur. Aku telah mengalami satu hari yang penuh bermakna di dalam waktu bekerjaya sebagai seorang Editor di Oxford University Press/Penerbit FajarBakti. 






 
Minit mesyuarat di Istana Pasir Pelangi, JB
oleh AMB



Lambang Kebesaran TMJ pada kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri


 

Sepanjang perjalanan pulang ke KL . . . aku melayan fikiranku sendiri-sendiri. Patutlah keluarga Diraja ini amat disayangi rakyat khususnya rakyat negeri Johor, fikirku. Mereka berhemah tinggi dan pandai menjaga hati orang.




 
Kad Ucapan Hari Raya Aidilfitri
kiriman YAM Raja Zarith Sofiah kepada AMB




Kesimpulannya, peristiwa yang aku lalui itu tidak akan mudah aku lupakan. Melalui pengalaman itu aku secara
first hand dapat mengetahui sendiri bahawa ahli-ahli Keluarga Diraja Johor sungguh tinggi sopan santunnya.

 

Dirgahayu!


 

 
Surat Rasmi AMB kepada SUK Johor



Catatan:


1. DYAM Tunku Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar kini DYMM Sultan Negeri Johor Darul Takzim manakala YAM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah kini DYMM Permaisuri Negeri Johor Darul Takzim. Baginda dan Permaisuri telah dimasyhurkan sebagai Sultan dan Sultanah Johor pada 23 Januari 2010.

2. Pengarang buku "Sejarah Johor" Cikgu Shaharom Husain telah kembali ke Rahmatullah pada Oktober 2 2008 ketika berusia 88 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al Fatihah. Amin.

3. Penerbit Fajar Bakti/Oxford University Press (OUP/PFB) kini dikenali sebagai Oxford - Fajar.













dsuarang.blogspot.com

6 comments:


ZULKIFLI said...

Salam, Uda; Teman ada mbaca kisah Buaya Mati Dua Kali haghi yang same mike ngeluokan ceghitenya. Idak le teman beghani nak ngomen pase ceghite tu. Mane ke idaknye, tup-tup teman nengok ade gambo teman tengah beghonggen. Malu beno teman. Tah ngape sejak due menjak ni bende-bende gitu idak lalu teman nengoknya. Macam nyese pun ade mbuat keghoje ghope itu dulu. Ih, ih, ih...
 
Bamuda d' SUARANG said... 
 
Salam, Adinda Zul, Isyh, isyh, isyh usah le nyese lak.Teman pun tak sedo ada gambo mike temasuk kat situ . . . Sebenonya gambo tu dah memang 'terlekat' pada kad program MBMDK yang kebetulannya 'terlekat' pula dalam buku skrap teman. Jadi, bila 'reproduce' halaman tu . . . terjadilah paparan kesemuanya bersekali . . . Teman bukan nak memperlekehkan sesiapa . . . bak kata undang-undang tanpa "niat jahat" walau sedikit pun! Lagi pun, teman rasa itu perkara 'lama'yang membuktikan kita ini insan biasa aje. Tapi kalau adinda masih rasa kurang selesa atau senang dengan hal itu . . . nanti teman uruskan pengenyahannya. Jangan mare ye . . . jangan juga kata "C u in court" lak, he, he. (Catatan: Tapi Uda quite like the situation then . . . it sort of remind me of the brotherhood we had . . . especially if I remember correctly . . . that jacket you wore . . . look very familiar. Seperkara lagi, bila ada perasaan 'nyese' pada umur-umur peringkat ni. . . petandanya elok sesangat weh . . . Tuhan masih menyayangi . . . Kalau nak diikutkan . . . teman tak terlepas daripada banyak perkara yang patut disesekan. Allahumma antarabbi lailahailaanta halaktani waana abduka waana 'ala 'ahdika wawa'dika mastata'tu, A'u zubika minsharrima sanaktu abulaka binikmatika 'alaiya waabuu bizanbi faghfirli fainnahu laya'firuzzunuba illa anta. Begitu lebih kurang doanya . . . tapi terpaksa tulih romanais . .. takde jawinya ... belum masuk jawi lagi . . . (alahai kat komputer teman le)... bukan nak ngajo ye adinda ... saje seronok2... he,he)
 
 
ZULKIFLI said... 
 
Salam, Uda, Tak ngapenye. Tak de le pulak teman sampe kecik hati dan tegamak ndak membawaknya sampe ke court badminton. Bio le kat situ, usah dinyah-nyahkan. Oghang lain bukan peghasan pun, kite sesame kita je yang sedo. Oghang lain pun tak peghasan Uda "familiar" ngan coat tu, hi hi! Seghonok ade, kelako pun ade. Mase tu kite tak ghapat pun, nak bemusuh ade le, tapi Ude bagi p****m gak. Teman selalu ingat ungkapan magic ni, "Jangan kita puji-puji kawan kita, entah-entah esok dia kan menjadi musuh kita. Jangan kita cela dan caci nista musuh kita, enta-entah esok dia akan menjadi kawan kita". Kite berdue (bertige ngan arwah TB) telah melaluinya. Hakikat yang sangat manis dan cantik.

 
 
Bamuda d' SUARANG said... 
 
Salam Adinda Zul, Lega le rasa teman kalau gitu kisahnya. Awak riso juge . . . maklum kalau dibawa ke mana-mana court 'bed ming tan'. . . mehe bayarannya . . . tak tebayo dek teman weh . . . ate mana idaknya . . . udah pencen keghoje . . . On a more serious note . . . teman sebenonye amat menghargai pertalian silaturahim kita yang terbina sejak dahulu lagi di PFB ... cuma mungkin pada waktu itu . . . wujud prejudis di mana-mana. Hai lantok le . . . Lama dulu dah teman pikio . . . akhirnya nanti matang le semuanya. . . hati saja mahu ikhlas . . . Alhamdulillah teman ucapkan kepada-NYA

ZULKIFLI said...

Salam, Uda, Doa tu apekah gerangan maknenya? Ndak gak teman menghapenya nanti. Mana le tau, kot-kot salah hape, ghope-ghopenya maknanye mintak tambah satu lagi. Ate, tumpo teman! Hi, hi!
 
Adinda Zul, Uda pun dulu ingat gitu . . . Ingat nak bagi Kak mike tu gerun sikit kat teman ni! Hape punya hape . . . hape punya hape . . . tak juge takut-takut isteri teman tu pada teman weh . . . (ate terbalik lak jadinye . . . makin sayang lak teman pada dia tu . . . makin tak hendak aje ghasa nak buat kelaku tak tentu hala). Ghope-ghopenye itu Istighfar Utama (Doa untuk bertaubat le kata orang-orang warak tu . . . idak le macam teman ni!). Kata alim ulama lak . . . ada kalimat taubat besar yang lain . . . tapi kalau dapat hape Istighfar Utama ni pun . . . agak memadai. Maknenye lak kata dema . . . lebih kurang gini . . . "Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan yang patut disembah melainkan hanya Engkau yang menjadikan aku. Aku hamba-Mu.Aku dalam genggaman-Mu.Aku dalam perjanjian beriman dan taat pada-Mu sekadar kesanggupan yang ada pada diriku. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang aku perbuat. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kapadaku dan mengakui atas dosaku. Aku Mohon keampunan-Mu. Tidaklah ada sesiapa pun yang dapat mengampuni dosa seseorang melainkan Engkau Ya Tuhanku". Begitu kiranya yang dapat teman jelehkan sikit. Walahualam. Ps: Versi tulih Jawinye buleh ge teman antokan pada mike . . . kalau mike bekenan le . . . bagi je nombo E-Me-e mike (E-mail le!) nanti . . . OK elok stop aje kat sini. Melalut lagi lain kali. Salam.