Monday, July 5, 2010

Tak Tumbuh Tak Melata


Monday, July 5, 2010



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Bukan Hukuman Teman


Dah rasa malas nak tulis panjang-panjang. Buat
masa ni rasa macam buang masa saja. Dah terfikir pula adakah orang yang membaca dan berusaha mencerna dalam benak mereka "mesej" yang cuba disampaikan penulis? Mungkin juga teman dah tersampuk badi "malas" yang terbit daripada penulisan dalam "post" terakhir blog teman tempoh hari. "Post" yang berjudul "Malas, Malas, Malas."

Tak pedulilah itu semua.Teman tulislah juga. Sekadar nak beri sedikit kata ingatan. Sekadar nak timbulkan sedikit kata nasihat kepada mereka yang muda-muda ni. Golongan yang orang sezaman teman "sayangi". Teman pula berharap mereka yang muda-muda ini sudilah menghormati sedikit perasaan hati kami yang dah kerap memberi nasihat begini . . . "Many Times Over" dalam cakap omputih! Dah berulang-ulang kali . . . dah naik lelah.
Teman cuma nak tanya . . . kepada mereka yang teman maksudkan itulah. Kalau nanti mereka dah seusia teman . . . sukakah mereka andainya kata-kata mereka tidak diambil hirau oleh golongan yang seusia mereka sekarang?

Tak payahlah jawab pada masa ni. Kalau sudi meneliti dan cuba memahami apa yang dimaksudkan penulis dalam tulisan berikut ini pun jadilah . . .




{Klik pada puisi untuk imej lebih besar}



BUKAN HUKUMAN TEMAN




Berusahalah mengerti apa yang tersirat
bukan hanya apa yang tersurat!














dsuarang.blogspot.com

Sunday, July 4, 2010

Penyakit Hidup


Sunday, July 4, 2010



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Malas 


Penyakit banyak macam penyakit. Ada sejenis penyakit yang amat berbahaya. Lebih berbahaya daripada HIV, H1N1, denggi, kanser, angin ahmar dll. Penyakit ini telah begitu lama dikesan menular dalam masyarakat manusia. Berkurun-kurun lamanya. Berlanjutan zaman berzaman. Tidak pernah reda. Tidak pernah henti. Tidak pernah hakis.Tidak pernah habis. Tidak sembuh-sembuh. Amat sukar hendak dihapuskan!

Malas nak sebut. Malas nak cerita. Malas nak beri tahu lagi tentang penyakit ini. Para doktor, para pengamal perubatan tradisional, para pengamal ilmu kebatinan atau kerohanian (termasuklah bomoh, tabib, pawang dan tok batin) pun dah malas nak cari 'jalan' untuk membanteras wabak penyakit ini. Dah malas nak ikhtiarkan sesuatu 'cara' penyembuhan. Semuanya kini diserahkan kepada pesakit itu sendiri. Pandai-pandailah rawat dan ubat diri masing-masing. Semua pihak berwajib, baik pemerintah mahupun badan berkanun, swasta atau organisasi bukan kerajaan pun dah lepas tangan.

Malas, malas, malas nak cakap lagi. Memang begitulah keadaannya sekarang. Ini hakikat. Penyakit MALAS tidak boleh diubati oleh sesiapa pun melainkan si pesakit itu sendiri. Kalau pesakit MALAS malas ambil peduli untuk mengubati diri sendiri maka penyakit MALAS akan terus berakar umbi di dalam dirinya . . . mungkin menular berleluasa sampai bila-bila!

Eh, malaslah nak layan panjang-panjang lagi. Tepuk dada tanya selera. Nyahkan sikap malas, malas dan malas . . .


Inilah Penyakit Hidup











dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Wednesday, June 30, 2010

Kenangan di Serting Ulu




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Sehari di Dusun Pak Ngah Ujang


Tiba-tiba sahaja aku terkenangkan Pak Ngah Ujang yang tinggal di Serting Ulu, Negeri 9. Pak Ngah atau Hj Ujang bin Ahmad adalah adik kepada bapa mertuaku Hj Yasin bin Ahmad. Ertinya, Pak Ngah Ujang itu bapa saudara isteriku Alimah Yasin. Pak Ngah Ujang kini tinggal bersama isterinya Mak Ngah Hjh Siti Fatimah (Ambam) di Batu 42, Kg Serting Ulu, Negeri Sembilan. Anak-anak Pak Ngah Ujang seramai empat orang (dua lelaki dua perempuan) semuanya sudah dewasa dan berumah tangga. Zaharah, Abdullah, Mohd Azzali dan Norazila masing-masingnya tinggal di KL, Perak, Selangor dan Pulau Pinang.



Alimah(kanan) bersama Mak Ngah Ambam
Foto 2002

Aku mula mengenali Pak Ngah Ujang setelah berkahwin dengan Alimah pada tahun 1974.
Aku mendapat tahu bahawa keluarga isteriku pun baru sangat bertemu semula dengan Pak Ngah Ujang dan keluarganya. Pertemuan itu berlaku sekitar awal tahun-tahun 1970-an. Ini bermakna betul-betul sebelum aku masuk ke dalam lingkungan keluarga isteriku ini. Mesti ada hikmahnya. Bapa mertuaku Yasin bin Ahmad bertemu semula dengan adiknya Ujang bin Ahmad setelah kira-kira 40 tahun terpisah. Maka berjejak kasihlah mereka ala sebuah rancangan TV tempatan!



Tahun 1980 - Hitam Putih? ... Acah je ...


Kunjungan Hari Raya Aidilfitri,
Hari Raya kedua, Khamis 14 Ogos 1980
ke rumah Pak Ngah Ujang, Kg Serting Ulu, N9


(Pengenalan mengikut pertalian dengan penulis)

Belakang dari kiri: Rajemah Ahmad (biras - isteri Sulaiman Yasin),Yasin Ahmad (bapa mertua), Mak Ngah Ambam , Maimunah Mahat (ibu mertua - dukung Halim), Pak Ngah Ujang, Alimah Yasin (isteri), Zolkeplay Madiasin (adik ipar), Aziz Yassin (adik ipar)

Depan dari kiri: Sulaiman Yasin ({Johari} - abang ipar), Foziah Yasin (adik ipar), Norazila Ujang (adik saudara), Kamariah Yasin ({Ani} - adik ipar - pangku Mazlyn), Fadelah Yasin (adik ipar), Sapiah Yassin (adik ipar), Penulis, Halmy


Pada mulanya aku amat berhati-hati apabila hendak berinteraksi dengan Pak Ngah Ujang.Ini kerana aku perhatikan Pak Ngah Ujang seorang yang agak "keras" dalam percakapan dan pendiriannya. Beliau berbahasa "lantang" tanpa diselindungi sebarang bentuk diplomasi ("Aku tak sekolah tinggi! Tak pandai bercakap halus," . . . dia sering berkata) apabila bertutur kata dengan orang sekelilingnya. Kadang-kadang ucapan daripada mulutnya seperti bernada "marah" saja. Ada masanya suara Pak Ngah kedengaran agak "meninggi" apabila dia memberi sesuatu arahan kepada sesiapa saja!

Namun, setelah lama mengenalinya . . . (dan mengenalinya dengan benar-benar dekat ). . . aku sedari segala ukuran awal (negatif sesaja le!) yang aku "letakkan" terhadap diri Pak Ngah Ujang amat meleset dari segi kebenarannya. Pak Ngah Ujang bukan seorang yang "keras" seperti yang kelihatan daripada tindak tanduknya setiap hari. Pak Ngah Ujang tidak begitu! Dia sebenarnya seorang yang pemurah, berhati mulia dan jujur. Aku terfikir 'orang tua' ni ada cara dan hala tuju tersendiri. Sekurang-kurangnya beliau bukan seorang "hipokrit" yang mengamalkan "hipokrasi".


(Kesemua foto dalam siri kunjungan ke dusun diambil pada tahun 2001)



Kiri: Penulis bersama Pak Ngah Ujang melihat sekitar tanah dusun milik Peladang Jaya ini. Kanan: Pak Ngah Ujang berbual dengan anak saudaranya Alimah.



Kiri: Lyana, Hazry, Halim & Anum menikmati kesejukan air anak sungai yang mengalir di tanah dusun Pak Ngah Ujang. Kanan: Anum berdiri dekat salah satu pohon rambutan yang sedang banyak berbuah.

Pak Ngah Ujang cekal dalam segala usaha yang dilakukannya untuk hidup. Aku perhatikan Pak Ngah Ujang amat rajin bercucuk tanam. Beliau rajin menanam berbagai jenis pokok buah-buahan di dusun mahupun di sekeliling rumahnya. Sebut saja tanaman apa . . . kelapa, durian, rambutan, langsat, manggis, pulasan, limau abung, limau nipis, jagung, sayur-sayuran dll. Semua ada! Beliau juga memelihara banyak haiwan ternakan seperti lembu dan kambing, ayam dan itik. Beliau sanggup berusaha bermati-matian untuk meningkatkan taraf hidup diri dan keluarganya.





Kiri & Kanan: Aktiviti mengumpul buah durian sudah bermula. Halim cukup aktif dalam aktiviti begini. Bagus le tu . . . yang lain tumpang makan . . . tambah kemeriahan






Kiri: Acara melintas jambatan . . . ke? Hazry & Anum beraksi sebagai pengawal lalulintas. Kanan: Penulis bukan tayang perut . . . dah kepenatan & kepanasan!






Kiri: Wah, Lyana mula "menyaring" buah durian yang layak dimakan . . . mentang-mentang kat dusun . . . boleh le pilih-pilih. Kalau kat luar sana . . . sebat aje weh!
Kanan: Anum lak "posing" kat durian tunggal tu . . . ye lah, maklum tak ada dusun durian. Agaknya gitu le nama tempat Durian Tunggal di Melaka tu terlekat. Entah . . . Suka hati le!





Kiri: Alimah seronok melalui jambatan di dusun Pak Ngah Ujang. Kanan: Cukuplah dapat jadi anak saudara atau cucu pemilik dusun durian. Tumpang seronok tayang buah durian weh! Penulis, Halim, Lyana. Di depan tu . . . siapa lagi kalau bukan dak Anum


Senyuman Seribu Makna

Anum dan Lyana
mendahului pemungut durian di belakang tu!



Segala usahanya itu terbukti "berbaloi" (kata orang sekarang). Selain mendapat hasil dan pendapatan yang lumayan daripada segala usahanya, Pak Ngah Ujang pernah menerima Anugerah Peladang Jaya, Negeri Sembilan pada tahun-tahun 1980-an. Walau bagaimana pun, beliau tetap merendah diri dan meneruskan hidupnya dengan cara yang sederhana.


Depan Rumah Pak Ngah Ujang
Dari kiri: Penulis, Mak Ngah Ambam, Pak Ngah Ujang & Alimah
Foto 2002


Aku sejak lama kagum dengan kekuatan fizikal Pak Ngah Ujang. Beliau begitu bertenaga melaksanakan segala kerja "membanting tulang" dan "memerah keringat". Pak Ngah Ujang tidak jemu-jemu mengusahakan tanah luas miliknya.


Sekeluarga di Rumah Pak Ngah Ujang

Berdiri dari kiri: Halmy, Hazry, Penulis, Mazlyn, Anum & Halim
Duduk dari kiri: Alimah, Mak Ngah Ambam & Pak Ngah Ujang
Foto 2002


Tiga Generasi
Depan dari kiri: Halmy & Halim
Tengah: Penulis, Mak Ngah Ambam, Pak Ngah Ujang
Belakang: Lyana, Mazlyn, Alimah, Anum


Pak Ngah Ujang memang mempunyai berekar-ekar tanah hasil usahanya sejak dari awal dulu. Aku difahamkan Pak Ngah Ujang membeli dan memajukan sendiri tanah yang didudukinya sekarang. Ketika itu masih hutan belantara . . .



GELAP & TERANG

Lain dulu, lain sekarang,
Dulu gelap, sekarang dah terang;

Basikal tua, seronok ditunggang
Keliling dusun Pak Ngah Ujang!

Berbasikal mengelilingi dusun bersama Fadelah Yasin (adik ipar)
Khamis 14 Ogos 1980


"Ada gajah dan harimau di kawasan ini pada waktu itu," cerita Pak Ngah Ujang.

Aku juga pernah bertanya sama ada terdapat pengganas komunis pada zaman itu di situ. Sama ada beliau takut dengan mereka itu . . .

Pak Ngah Ujang dengan selamba menjawab, "Ada. Tapi apa nak takutkan. Mereka itu manusia saja. Kat Christmas Islands (Australia) dulu . . . macam-macam ada. Lebih dahsyat lagi . . . "

Apabila Pak Ngah Ujang terhenti bicaranya, aku lantas bertanya . . . ingin tahu. Pak Ngah Ujang pernah ke sana ke? Buat apa?"

"Ha, telingo ni dah pokak badak ni sobab tu lah . . . Pak Ngah dulu (lari rumah?) belayar ke sanun nak cari kojo. Jang tak sekulah, takdo kepandai lain . . . yang ado tenago mudo yo . . . "

"Jadi Pak Ngah buat kerja apa di sana?" tanyaku lagi.


"Alahai kojo tu lah . . . tojun ke laut dalam . . .nyolam mutiara!"

Ya Allah aku terfikir," Kuat betul 'orang tua' ni! Apa tidaknya, menyelam mutiara (pada waktu itu tanpa sebarang peralatan menyelam) tanpa tabung gas . . . issyhhh "

Aku juga diberitahu Pak Ngah Ujang bahawa ada kalanya beliau terserempak dengan jerung dan haiwan laut berbahaya ketika menyelam itu . . . tapi buat selamba aje. Elakkanlah daripada beradu kuat dengan pemangsa atau haiwan laut berbahaya itu. Kalau terpaksa . . . gagahkan lah juga!

"Patut le Pak Ngah Ujang ni tak takut dengan pengganas komunis!" fikirku!

Walau apapun sudahnya . . . aku tetap mengangkat "tabik" kepada Pak Ngah Ujang yang begitu gigih menjalani hidup . . . dan membawa keluar diri dan keluarganya daripada belenggu kemiskinan asal . . . menjadi seorang yang berjaya dalam hidupnya walaupun di sebuah kampung yang jauh dari Kuala Lumpur!


Kiri: Anum masih di sungai ... al-maklum sungai di KL ... tak membolehkan dia bermain-main begitu! Kanan: Lyana pula buat apa kutip durian yang hanyut tu? Kan ada banyak lagi kat pokok?


Ha, gitu le Lyana . . .
baru nampak betul-betul ceria



Kiri: Sempat buka gelanggang silat . . . Silat pulut dah ada kat rumah orang kawin . . . yang ni mestilah silat durian, he he. Kanan: Nampak Penulis macam bercakap dengan "pendekar tongkat buluh" . . . Hati-hati sikit . . . ini kawasan pendekar tu!


Aku doakan Pak Ngah Ujang sekeluarga terus berbahagia. Dirgahayu Pak Ngah Ujang. Insya-Allah kita berjumpa lagi .

















dsuarang.blogspot.com

Monday, June 28, 2010

Ini Baru Foto




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Gambar Studio Baru Tiba



Masih ingatkah anda pada penulisan dalam blog ini yang terbit pada satu Saturday, March 3, 2010? Judulnya "Ini Baru Permulaan" dan tajuk kecilnya "Mesti Boleh". Ha, peristiwa ketika Ame (nama glamour kat keluarga terdekat) aka Muhammad Amir Razief bin Roslan menerima Diploma Business Admin di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia pada 6 Mac 2010 .



Muhammad Amir Razief bin Roslan

Peristiwa tersebut telah berlangsung dengan lancarnya. Semua berjalan baik. Ucapan tahniah pun mencurah-curah diterima oleh Ame. Ucap selamat dengan penuh kasih sayang pun Ame terima dengan banyaknya. Bayangkan kalau ucapan tahniah dan ucap selamat dengan penuh kasih sayang itu bertukar menjadi wang ringgit . . . hai dah boleh jadi overnight millionaire kau Ame!

Dah lama juga peristiwa itu. Penulis dah ingat-ingat lupa tentangnya. Maklumlah dah lama (bukan orangnya . . . tapi masanya.) Itu tentang peristiwa istimewa untuk Ame. Seperkara lagi tentang gambar peristiwa itu. Seingat penulis ada gambar beramai-ramai diambil di studio selepas beberapa hari Ame menerima diplomanya. (Penulis & Isteri tak dapat turut bersama, ada hey le . . . kata orang Perak). Tetapi . . . gambar itu tidak siap atau tiba segera. Lama-lama terlupalah si penulis akan wujudnya gambar tersebut.

Gambar Studio . . . baru kelas

Berdiri dari kiri: Roslan, Nadira, Amir,
Foziah & Amira
Duduk: Maimunah (Nenek)


Tiba-tiba petang ini Penulis ternampak gambar yang dimaksudkan terletak di atas meja kecil dalam bilik Penulis. Indah sungguh kelihatan gambar itu . . . warna-warninya . . . orangnya . . . (hmm hmm ok ok aje le). Jangan mare ye . . . komen ini tercetus kerana Penulis tidak termasuk dalam kumpulan yang difotokan (kalau termasuk sama, mesti tinggi melambung pujian dan bunga bahasa yang dilontarkan! He,he).

Freestyle

Belakang dari kiri: Rashidi, Royhai'zam, Hazry, Amir, Afzan, Marlyana, Nurliza, Halmy
Tengah dari kiri: Mazlyn, Roslan, Maimunah, Foziah (dukung Ahmad Iman Iskandar), Zolkeplay
Depan dari kiri: Hanum, Amira, Najwa, Nadira, Filza, Halim


Namun oleh sebab foto-foto ini menarik (le juga) dan ada sedikit nilai komersial (yakni dari segi pembayaran yang kena kome buat kepada pemilik kedai foto tu), maka kita paparkanlah juga . . . untuk tatapan sesiapa yang suka. (Jangan kome lupa . . . blog ini teman yang punya . . . he, he).


Syabas!

One Happy Family
Congrats to Ame & both Mum Foziah and Dad Roslan naturally . . .
And sharing your happiness . . .
Standing L to R: Royhai'zam, Rashidi, Najwa, Filza, Hazry,
Amira, Amir, Marlyana, Halim, Afzan, Halmy, & Nadira
Sitting L to Right: Hanum, Mazlyn, Roslan, Maimunah, Foziah, Zolkeplay, & Nurliza

To give this true story a happy ending . . . of course . . . the last line will read. . .

And, they live happily ever after.









dsuarang.blogspot.com

Blogger Muda




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Blogger atau Blocquer?

Blogger atau Bloquer? Blogger (bahasa Inggeris yang membawa makna "penulis blog") manakala Bloquer (bahasa Perancis yang membawa makna "terhalang" atau bahasa omputihnya "blocked"). Apa-apa pun . . . yang mana satu pun . . . teman tak kisahlah tentang istilah ini. Teman bukan ahli bahasa sangat seperti pakar-pakar lain zaman teman bekerja dahulu!

Teman hanya hendak menyatakan dalam blog ini bahawa budak-budak sekarang dah amat pandai menggunakan komputer. Ramai yang dah pandai ber-Facebook. Sekarang ber-Blog pun dah tidak terhingga ramainya. Tak kira le tu . . . Apa yang penting kemudahan teknologi canggih yang tersedia sekarang harus dimanfaatkan dengan berhati-hati . . . with due respect kata omputih lagi . . . khasnya di kalangan orang-orang yang muda-muda le weh! Yang tua-tua tu patut dah boleh 'pikio' sendiri dengan sewaras-waras atau sesiuman-siumannya! Dah patut tahu mana yang 'beno' atau elok dan mana yang 'bedaah' atau buruk!

Teman bukan le nak berbicara seserius itu. Dalam blog teman ni pun bukan banyak dibincangkan perkara-perkara yang "amat" serius. Hanya hal kecil-kecilan yang tak berbaur "isu negara" aje. Teman menulis kali ini kerana . . .

Pada hari Rabu minggu lepas (23 Jun 2010) sedang teman asyik menghadap laptop teman dengan niat hendak berblog cerita biasa (dengan style syok sendiri teman le) tiba-tiba cucu teman si Aii (yang sedang dipangku Opahnya) menegur teman dengan gaya bahasa bayi yang sukar difahami. Bunyinya seakan-akan "ooh ohh hhh" ("apa buat tu atuk?", agak teman le). Teman pun menoleh kepadanya. Aii beria-ia memandang kepada teman sambil tersenyum . . . Kemudian Aii memandang pula kepada laptop teman . . .


Opah Aii pula sibuk menyuruh teman memegang si Aii ni sekejap. Teman masih asyik berfikir tentang blog yang hendak teman bereskan pagi itu . . . Opah Aii bersuara lagi . . . dan kemudian sudah macam "mendesak" jadinya. Hei, bukan teman takut! Hanya tak berapa berani . . . dah tua-tua ni! Maka teman ambil le si Aii dan pangku cucu teman tu.






Sebaik sahaja teman memangkunya, Aii pun terus mengambil posisi yang paling selesa. Aii terus memfokus kepada skrin laptop di hadapannya. Aii nampak teruja. Dia mungkin tertarik kepada warna-warni yang terpapar pada skrin. Apapun, selepas itu Aii terus memainkan peranan yang lebih utama daripada datuknya! Aii menyentuh segala 'pesenih' di keyboard laptop dan seolah-olah mahu take over/conquer peralatan ciptaan teknologi moden itu. Mungkin pada fikirannya peralatan sebegini canggih adalah hak mutlak bagi mereka yang sezaman dengannya saja!














Maka terfikirlah si datuk, " Budak ni nak jadi blogger ke atau apa ke. Pada aku dia ni lebih Block-er atau Bloquer aje". Pendek cerita Aii ni lebih berwatak "penghalang Atuk berblog" daripada "seorang penulis blog". Tapi sebagai kebanyakan atuk-atuk yang lain di luar sana . . . tiada le sangat tindakan disiplin yang diambil terhadap si cucu itu. Sekadar mengucapkan "Jangan, jangan dan jangan". Dan, ucapan itu semakin lama semakin tidak kedengaran. Suka hati le cucu atuk!




Tup tup, semalam aku terbaca artikel dalam sebuah akhbar tabloid mingguan berbahasa Inggeris. Artikel itu berjudul, " Blogging makes children better thinkers". Wah , wah aku tak nak kata apa-apa lagi . . . kalau si bayi ini suka berblog atau suka block. Anda pembaca nilaikanlah sendiri . . . jika nanti anak atau cucu anda berbuat demikian lak!

Keratan artikel dari New Sunday Times , June 27, 2010












dsuarang.blogspot.com