Wednesday, August 11, 2010

Ramadan dan Tarawih




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Bila Ramadan Datang Lagi


Hari ini hari pertama dalam bulan Ramadan 1431 H bersamaan tahun 2010 M. Aku ucapkan selamat berpuasa Ramadan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Kita harus bersyukur kerana masih diizinkan-Nya untuk melaksanakan ibadah berpuasa.

Sebenarnya setiap kali tiba bulan Ramadan Al-Mubarak aku sering terfikirkan sesuatu. Aku terfikir alangkah baik andainya selepas Ramadan pun keadaannya terus begini. Keadaan jemaah yang begitu ramai di surau-surau atau di masjid-masjid. Keadaan orang beragama Islam berkejar-kejar dan berebut-rebut ke tempat-tempat ibadat yang suci itu. Maka penuh sesaklah surau-surau dan masjid-masjid di seluruh ceruk dan rantau negara yang merdeka dan berdaulat ini! Maka bersemaraklah semangat memakmurkan surau-surau dan masjid-masjid pada bulan Ramadan ini!



Foto hiasan: Para jemaah bersembahyang Tarawih


Pagi ini aku sempat menonton suatu slot dalam rancangan MHI TV 3 tentang sambutan meriah ketibaan bulan Ramadan tahun ini. Meriahnya, sungguh meriah! Surau-surau dan masjid-masjid ditunjukkan penuh sesak dengan para jemaah yang menunaikan solat Tarawih, yang berzikir, yang bertadarus. Alhamdulillah, suasana begini sungguh memberangsangkan.


Tetapi, apa yang sering aku terfikir ialah tentang keadaan nyata yang akan wujud setiap kali setelah berlalunya bulan Ramadan. Seperti yang disebutkan ramai jemaah di surau-surau dan masjid-masjid yang ditemuramah juruacara TV tadi, apabila tiba pertengahan dan akhir Ramadan akan berkuranganlah bilangan para jemaah yang mengunjungi surau-surau dan masjid-masjid. Akan susutlah para jemaah di saf-saf. Tinggallah mereka yang agak regular saja.


Malang lagi, pada pengamatanku, apa yang kebiasaannya terjadi selepas habis "musim" Ramadan surau-surau dan masjid-masjid tidak lagi dibanjiri para jemaah. Kadangkala hendak dapatkan dua saf penuh para jemaah pada waktu-waktu sembahyang fardu pun susah. Lazimnya pada waktu subuh lebih teruk keadaannya. Ke mana perginya para jemaah yang begitu ramai mengunjungi surau-surau dan masjid-masjid pada bulan Ramadan? Adakah mereka itu bukan orang dari kariah itu sendiri? Adakah mereka mengamalkan ibadah "bermusim". Entahlah, Tuhan saja yang mengetahui!


Bersangkutan hal bersolat Tarawih pula. Memang eloklah semua orang berkejar-kejar ke surau-surau atau ke masjid-masjid untuk menunaikan solat sunat itu. Lebih baik lagi kalau mereka itu sudah siap menunaikan dengan penuh dan selengkap-lengkapnya segala solat fardu terlebih dahulu. Paling cantik kalau mereka itu memang merupakan golongan yang sudah tidak meninggalkan solat fardu sepanjang bulan bukan Ramadan pun!


Aku tidak berniat mengutuk atau mencela. Tapi apa yang aku lihat berlaku di sekelilingku pada setiap bulan Ramadan kadangkala menimbulkan tandatanya dalam benakku. Bayangkan ada antara pengamal ibadah bermusim ini yang sanggup mengkategorikan orang yang tidak kelihatan oleh mereka bersolat Tarawih sebagai orang yang tidak cukup "Islam". Seterusnya orang itu dikelaskan sebagai orang yang tidak mengerti hukum agama, tidak warak atau tidak mematuhi ajaran agama seperti mereka kononnya. (Sesungguhnya, pada pengetahuanku, mereka itu sendiri yang tidak pernah dilihat mengunjungi surau-surau atau masjid-masjid dan mereka itu juga yang tidak melaksanakan tanggungjawab mengerjakan solat-solat yang diwajibkan ke atas diri mereka terlebih dahulu.) Dan, sebaik selepas Ramadan, mereka itu akan terus hilang daripada pandangan hinggalah ke tahun hadapan bila Ramadan datang lagi! Entahlah, sekali lagi, Tuhan saja yang tahu!



Bila Ramadan Datang Lagi
petikan daripada siri puisi AMB 2008



Aku teringat Ustaz di kampungku yang dahulu. Ustaz kampung-kampungan. Bukan Ustaz elitis bandaran. Tidak seperti Ustaz-Ustaz hebat . . . yang di sana-sini memberi ceramah perdana dan sebagainya. Mereka yang memimpin majlis tazkirah dan syarahan di tempat-tempat yang istimewa. Ustaz di kampungku itu menjelaskan secara asas. Dia menerangkan bahawa bersolat Tarawih hukumnya sunat. Tidak salah kita menunaikannya asalkan kita tidak tersilap memberi keutamaan kepadanya. Mengerjakannya dapat pahala, meninggalkannya tidak berdosa.


Dalam hal ini lebih afdal jika kita fikirkan secara mudah begini. Andainya kita sanggup berjemaah solat Tarawih di surau-surau atau di masjid-masjid pada bulan Ramadan, mengapa kita tidak sanggup berbuat demikian dengan solat-solat fardu lima waktu sehari semalam itu? Sedih sekali apabila suasana menjadi semakin lengang di surau-surau dan di masjid-masjid pada waktu-waktu solat fardu hari-hari biasa!


Pendeknya, janganlah sampai kita lebih utamakan solat Tarawih daripada solat-solat fardu. Bayangkan pada malam hari dalam bulan puasa kita tidak terputus hubungan dengan solat Tarawih manakala sebenarnya pada siang harinya solat fardu lima waktu itu pun tidak kita lakukan dengan sempurna ataupun tidak kita lakukan langsung. Sia-sia sajalah kelak kita berpenat lelah dan berlapar! Tunggang-langganglah nanti jadinya pegangan kita. Maka buatlah yang wajib dahulu sebelum kita menambahkan ibadah kita dengan yang sunat pula.


Aku pernah terbaca sepotong hadis soheh yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim, bahawa A'isyah r.a. berkata yang maksudnya lebih kurang begini:


"Nabi Muhammad SAW menunaikan solat di masjid (pada malam pertama) dan beberapa orang pun bersolat bersama-sama baginda. Baginda bersolat lagi pada malam kedua. Ramailah lagi orang bersolat bersama-sama baginda. Pada malam ketiga dan keempat lebih ramai orang berkumpul dan menunggu kehadiran baginda untuk bersolat bersama-sama. Rasulullah SAW tidak muncul (bertemu mereka). Apabila waktu Subuh baginda (bertemu mereka) dan bersabda,' Aku lihat apa yang kamu lakukan malam tadi. Tiada apa-apa yang menghalang aku daripada bertemu kamu melainkan kerana aku takut ia (solat Tarawih) diwajibkan ke atas 'kamu'. Peristiwa itu berlaku pada bulan Ramadan."


Maka sekiranya kita sudah cukup jelas dengan penerangan di atas . . . lakukanlah ibadah kita dengan cara yang setertib-tertibnya. Yang dahulu didahulukan. Yang kemudian dikemudiankan. Janganlah pula kita perlekehkan mereka yang nampaknya macam kurang warak daripada kita. Mungkin mereka lebih arif.

Wallahuaklam.
















dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Monday, August 9, 2010

Yang Terawal . . .




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Berita Ringkas




Dari Sarawak:

Muhammad Firdaus bin Basri merupakan orang pertama daripada keluarga besan Sarawak teman yang mengunjungi Azim Muqri Basrie di d'SUARANG. Firdaus yang bertugas di KLIA ialah adik kepada Royhai'zam bin Basri (abah Amb le). Khabarnya Amb akan memanggil Firdaus dengan panggilan Mok Pil. Begitulah kehendak mereka. Teman tak kisah . . . panggil le apa yang patut dan sesuai.


Muhammad Firdaus Basri memangku Azim Muqri Basrie

Pertalian antara anak dengan bapa saudara sudah menampakkan tanda-tanda awal kemesraan.


Ahli-ahli keluarga yang lain dari sebelah sana belum sempat mengunjungi Amb. Maklum jauh dan masing-masing tentu sibuk dengan hal sendiri-sendiri. Tak apalah Amb . . . insya-Allah nanti sampailah mereka tu. Kalau mereka tidak juga sampai-sampai . . . Amb saja yang mengunjungi mereka kelak. Sekarang kirim salam aje ok. Beres.


Macam iklan d'Football Maestro atau d'Budding Football Wizard lak. Pasukan yang jersinya diiklankan di sini seharusnya membayar royalti kepada penyelenggara blog ini . . . he, he.



On top of d world feeling . . .


Material
Awalan
:

Antara material atau bahan awalan yang dapat dikesan sebagai tanda kelahiran dan kehadiran Azim ialah gambar yang dihantar Mazlyna Hanum bt Abdul Majid (emak Amb le) melalui telefon bimbitnya pada hari kelahiran Amb itu sendiri ( Selasa 3 Ogos 2010). Wah, happy nampaknya si emak tu. Tahniah. Alhamdulillah.


Azim & Anum

Imej di telefon bimbit

Satu lagi material awalan yang berkaitan ialah gelung penanda di pergelangan kaki Amb. Gelung tersebut kalis air dan ada tercatat padanya nama ibu bayi dan jantinanya. Nasib baik si Amb lelaki. Kalau perempuan . . . habis le. Kena belikan pula gelang kaki (emas tulen) sebagai ganti gelung penanda tu. Emak bapak loaded tak apa kot . . . he, he.


Gelung Penanda
(identification ring)



Cenderahati:


Ramai orang mengucapkan tahniah kepada kedua-dua ibu bapa Amb iaitu Royhai'zam bin Basri dan Mazlyna Hanum bt Abdul Majid atas kelahiran Amb.




Antara cenderahati terawal diterima daripada para pengunjung atau well-wishers:



Tanda Ingatan





Bukan pemberian itu yang paling utama tetapi ingatan untuk melakukannya lebih bererti



Terima kasih atas ingatan anda semua


Azim Muqry Basrie (Amb) dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu memudahkan segala urusan berhubung dengan kelahiran dan kehadirannya di ruang dan waktu kini. Tuhan saja yang dapat membalas budi baik tuan dan puan semua.









dsuarang.blogspot.com

Sunday, August 8, 2010

Nak Panggil Apa Ha?




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Pangkat Bersepupu


Sesetengah orang tidak begitu mengambil berat tentang panggilan "pangkat" dalam hubungan kekeluargaan. Ada pula sesetengah keluarga tidak peduli tentang "susunan" panggilan yang sedemikian walaupun dalam keluarga mereka sendiri. Apatah lagi apabila panggilan itu "cuma" bersangkutan dengan hubungan antara saudara sepupu!

Kepada mereka itu . . . ada nama sudahlah. Panggil sahaja dengan nama itu. Mengapa hendak menyusahkan "kepala"? Begitu yang kerap kita dengar sekarang ini. Dahulu keadaannya tidak sedemikian. Perhubungan antara ahli-ahli keluarga termasuklah sepupu dan dua pupu amat rapat. Hubungan persaudaraan tiga pupu dan seterusnya pupu poyang masih dekat dan mesra.



Dua anak kecil bersaudara sepupu. Azim di kiri manakala Ahmad di kanan.



Aku berpendirian begini. Aku orang Melayu yang masih Melayu. Nak kata apa katalah. Orang Melayu yang belum hilang jati dirinya tetap akan berbangga dengan adat dan tradisi asli bangsanya. Aku bangga dengan akar umbi keluarga aku termasuk keluarga besarku sekali. Aku amat mementingkan "susun atur" panggilan dalam hubungan kekeluargaan. Sekurang-kurangnya ada sedikit perasaan menghormati dan dihormati akan timbul di antara orang yang berhubungan itu. Bukan susah sangat nak panggil seseorang ahli keluarga dengan panggilan Along, Ngah, Alang, Uda, Andak, Anjang, Ateh, Acik, Usu dan lain-lain lagi seumpamanya! Kalau dah dibiasakan dari awal segalanya akan mudah saja. Alah bisa tegal biasa!





Amb & Aii Saudara Sepupu

Kiri
: Opah Alimah dan cucu Amb. Kanan: Atuk Majid dan cucu Aii


Sebelum meneruskan ceritaku dalam entri ini biar aku terangkan sedikit tentang bagaimana orang menjadi bersaudara pupu. Mereka yang dikatakan bersaudara sepupu itu ialah yang ibu atau bapa mereka adik beradik. Mereka ini mempunyai nenek atau datuk yang sama. Adik-beradik sedatuk atau senenek kata orang.



Adik-beradik sedatuk dan senenek. Kiri: Azim Muqry Basrie. Kanan: Ahmad Iman Iskandar


Dua pupu pula ialah orang yang datuk atau nenek mereka adik beradik. Mereka ini mempunyai moyang (lelaki atau perempuan) yang sama. Adik-beradik semoyang kata orang.

Tiga pupu ialah orang yang moyang mereka adik beradik. Berpupu pula ialah mereka yang mempunyai hubungan pupu manakala berpupu-poyang pula ialah mereka yang mempunyai hubungan pupu dan poyang. Pupu-poyang membawa erti keadaan banyak saudara pupu (sudah berlapis-lapis pupu kiranya.)

Penerangan ini ditujukan kepada mereka yang mungkin belum tahu atau jelas sangat tentang hubungan persaudaraan berpupu. Mereka yang sudah mengetahuinya tidak mengapalah . . . aku sekadar ingin berkongsi fakta. Bagi mereka yang tidak mahu tahu . . . lagilah tak mengapa. Masing-masing bebas dengan pegangan sendiri. Cakap omputih sikit, " After all Malaysia is a democratic state. A stable platform to do as one please one should though not as what one wish one could."

Sebenarnya bahan cerita di atas ini tercetus daripada satu soalan yang ditujukan kepada aku baru-baru ini. Ketika itu aku, Alimah, Roy, Anum dan Ahmad sedang dalam perjalanan membawa Azim pulang ke d'SUARANG dari Hospital Ampang. Aku ditanyakan begini oleh menantuku:

Royhai'zam: "Abah, nanti Azim panggil Ahmad apa ha?"

Abah: "Abang Long atau Along le."

Alimah: "Sesetengah orang panggil nama aje."

Abah: "Biarkanlah mereka tu . . . kita panggil ikut pangkat le . . . walaupun Ahmad tua enam bulan saja daripada Azim. Lain le di Barat. Budaya mereka menggalakkan panggilan nama sahaja. Tak kira kalau orang tu dah 100 tahun lebih tua pun!"

Royhai'zam: " Yang lain nanti macam mana?"

Abah: " Kita guna saja panggilan sama ada Wa, Yeop, Chor ke dsb mengikut kesesuaian."


Demikian kisahnya tentang panggil memanggil ini. Walaupun nampak remeh saja kepada sesetengah orang . . . bagiku panggilan yang sedemikian melambangkan keeratan pertalian kekeluargaan dan persaudaraan. Bagiku inilah salah satu tanda kita masih menghargai ikatan perhubungan antara ahli-ahli keluarga. Pada masa sekarang ikatan yang sedemikian sudah menjadi semakin longgar dalam masyarakat kita hingga ada yang membawa ke tahap tiada langsung. Sayangnya!




Mesra Dua Sepupu
Aii & Amb


Memang sesungguhnya secara peribadi aku masih berpegang kepada faham ini. Kepadaku:



It Begins At Home and No Man Is An Island.








dsuarang. blogspot.com

Saturday, August 7, 2010

Sah: Azim Muqry Basrie




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Azim Muqry Basrie ... Dirgahayu!


Semalam, Jumaat 6 Ogos 2010 sah sudah starz 2 KCAMB bernama Azim Muqry Basrie (Amb). Tak payah lagi aku gunakan tanda soal dalam kurungan (?) selepas nama cucuku itu seperti dalam beberapa entri blogku sebelum ini. Semalam Royhai'zam Basri, ayahanda Amb yang mahu Amb memanggilnya 'Abah', telah menguruskan segala keperluan pendaftaran kelahiran Amb di Pejabat Pendaftaran Negara. Kini confirm nama Azim Muqry Basrie bin Royhai'zam digunapakai. Ertinya? Lebih kurang begini: Azim (besar, mulia, pelindung). Muqry (ahli ibadat) & Basrie (nama besan teman le!). Mudah-mudahan nama yang diberikan itu membawa segala keberkatan dan manfaat kepada si empunya nama. Amin.



Sijil Kelahiran Amb

Signifikan kelahiran:
Initials sama dengan Atuk Majid (Amb)
Tarikh lahir sama dengan Mak Long Nurliza
Beza 29 Tahun


Pantasnya masa berlalu hingga tidak terkejar oleh kita ... Majunya teknologi berkembang hingga tak terlintas di benak kita bahawa apa yang dahulunya dikira mustahil kini telah terbukti sebaliknya. Contoh kecil :


No KP Segera

Dulu ambil KP bila umur 12 Tahun baru tahu No. KP.
Sekarang lahir sahaja dah ada No. KP. ...
Pantasnya ...


Maka Azim Muqry Basrie . . . kita beringat-ingatlah untuk sentiasa memanfaatkan masa ke jalan yang betul. Gunakanlah masa dengan bijaksana sementara kita masih diberikan kesempatan menikmati anugerah-NYA yang tidak ternilai ini!



Demi masa.
Sesungguhnya manusia dalam kerugian.

Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling
menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

{Al-'Asr (Masa). Surah ke-103 terdiri daripada tiga ayat (Makkiyyah)}

Wallahualam









dsuarang.blogspot.com

Friday, August 6, 2010

Apabila Sepupu Bersua




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Apa Khabar Aii?
Baik Saja Amb (?)


Bersua buat kali pertama. Tak tahu apa yang hendak dikata? Baru sekali berpandangan mata? Lidah kelu untuk berkata? Itu mungkin benar bagi orang dewasa . . . atau bagi orang yang baru belajar bercinta.

Bagi Azim Muqry Basrie (?) {Amb} (?) dan Ahmad Iman Iskandar (Aii) keadaannya berlainan sekali. Dua adik beradik sepupu ini belum faham istilah atau perbendaharaan kata orang dewasa. Mereka hanya tahu bersuara dengan cara masing-masing. Seorang bercakap dalam bahasa 'ayam' manakala seorang lagi bercakap dalam bahasa 'itik'. Anehnya, kedua-dua mereka itu boleh faham memahami . . .



STARZ 2 KCAMB


AZIM MUQRY BASREI (?)

Mujur seketika selepas tiba di d'SUARANG . . . mereka dah mula kenal. Nampak dah mula nak serasi. Mudah-mudahan cepatlah serasi . . . senang sikit nak uruskan 'hal ehwal' kedua-dua mereka ini.


STARZ 1 KCAMB

Ahmad Iman Iskandar

Cuma buat masa ni Aii macam kurang nak beri peluang kepada Amb (?) bermanja-manja dengan Opah Alimah, terutamanya. Aii nampak macam nak "memonopoli" Opahnya itu. Apa nak dihairankan. Sudah lebih daripada enam bulan Opah Alimah menjaga Aii.




Pertemuan dua sepupu yang "sekupu" di dalam keluarga AMB

Ada sesuatu yang ketara semenjak dua orang sepupu ini bersua. Tangisan Amb (?) jauh lebih "berkeriau" daripada tangisan Aii. Si Aii ni pandai maintain nampaknya. Maklum le dah besar sikit . . . dah jadi abang sekarang! Apa yang melucukan ialah Aii dapat mengajuk cara dan bunyi tangisan si Amb (?). Setiap kali Amb (?) menangis dengan suara yang nyaring dan lantang, Aii akan tersenyum sambil mengangkat keningnya. Selepas itu Aii akan "mendemonstrasikan" cara dan gaya Amb (?) menangis. Dia akan melakukan begitu setiap kali orang bertanya kepadanya soalan ini.

"Ahmad . . . macam mana adik nangis?"

Apabila ditanya pula,"Macam mana abang nangis?" Aii akan buat selamba aje. Berdiam diri. Macam dia tidak pernah menangis. Cerdik sungguh.




Cari Keserasian

Paling ketara kepada kami ialah sejak Amb (?) balik ke d'SUARANG Aii cepat jadi "sensitif". . . Contohnya apabila mereka yang paling rapat dengannya seperti Opah (khasnya) dan Lola memangku atau mendukung Amb (?) . . . air mata Aii akan berlinangan. Maklumlah dia sudah amat biasa berinteraksi dengan mereka ini hampir setiap hari! Belum pasti pula bagaimana "sensitiviti" Aii apabila terlihat ahli keluarga yang lain seperti Moyang, Tok Uda, Nena dan Tok Ngah, Pak Long dan Mak Long, Mak Lang, Pak Teh, Mak Chu, Mami dll. memanjakan si Amb (?) kelak!

Dan, paling menyentuh hatiku apabila melihat Aii menghulurkan tangannya kepada Pak Uda dan Mak Udanya minta didukung seperti biasa dahulu . . . ketika Pak Uda dan Mak Uda belum ada Amb (?)





Lihatlah Dunia . . . Sepupuku Sayang!


Relaks le Aii. Kami semua tetap menyayangi anda. Semua ahli keluarga (Atuk dan Opah apatah lagi) mengiktiraf anda sebagai starz 1 KCAMB yang memang selayaknya mendapat perhatian
special. Cuma . . . kami ingin Aii nanti dapat mengerti bahawa orang yang Aii sayangi itu juga berhak disayangi oleh adik Amb (?) dan adik-adik lain yang bakal ada. Sama-sama punya Opah, Lola, Atuk dll. Kena berkongsi le ya Mad . . . Kesian juga pada adik Azim.

Ate . . . gini le hair nye kome bila udah bercucu ... Kena pande pande le ...











dsuarang.blogspot.com