Thursday, August 19, 2010

Nursery di d'SUARANG?




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Dylla d Principal?


Apakah benar kini wujud sebuah pusat penjagaan kanak-kanak (nursery) di d'SUARANG? Benarkah pula Lola Dylla sudah memegang jawatan Pengetua di situ? Wah ini berita panas terbaru. Macam kes perlantikan menjadi Principal dalam sebuah rancangan realiti popular TV tempatan!


Apa erti semuanya ini? Agak kurang jelas apa yang dimaksudkan? Tak mengapa . . . Lihat dan telitikan saja foto-foto yang tertera di bawah ini untuk anda buat kepastian sendiri.


"Relaks sikit ye Tomato Man."


"Biar Lola tengok dak Black Seed Boy
dan si Mamak Cape Town ni jap."



"Ok Tomato Man . . . Peluk bantal bulat ni."


"Sekarang bagi chance le pulak pada
dua 'pendatang baru' ni," pujuk Lola.



"Kesian dak BSB ni . . . Lama tunggu layanan.
Si Mamak CT ni pun . . . sabo je le."


"Ha, BSB ... Let me attend to you now."
Lola tercakap omputih le ... risau dengan hiruk pikuk di sekelilingnya!
Si Mamak CT kat hujung tu, diam aje. A very well-behaved boy le pulak.



Lola: "Jangan Nangis Lagi BSB ...
... I'm afraid I will cry too!"


Oh, bukannya telah wujud sebuah taska baru di d'SUARANG! Rupanya yang jadi 'macam gitu' ialah kerana sekarang kesemuanya sudah ada tiga 'pendatang dengan izin' (bukan Pati) dalam keluarga ini. Alah, si Tomato Man, si Black Seed Boy dan si Mamak CT tu le! Dah mula jadi ala-ala riuh dan kecoh sedikit kat sini! Dan, Lola Dylla pula datang menyerah diri ketika keadaan dan suasana 'heboh' berleluasa! Apa lagi kena bantu le . . .

Maka begitu le kisah ringkasnya . . . kisah kononnya dah ada nursery di d'SUARANG. Dan, Lola Dylla tu kononnya dah jadi Principal lak!

Apapun, terima kasih daun keladi diucapkan kepada Lola Dylla si Principal tak bergaji tu. Budi dan jasa anda tiada tandingan. Allah saja yang mampu membalasnya.

Balik-balik fikir . . . kalau betul-betul buat taska . . . camna? Ok juga kot . . . tak kaya, kayap . . . kata orang he, he.





STOP PRESS



d 3 Musketeers

Dari kiri:
Umar (Uim), Azim (Amb) & Ahmad (Aii)




Dari kiri: Azim ( BSB) & Umar (Mamak CT)


Along Aii memeluk Awa Amb



Tomato Man dgn Black Seed Boy










dsuarang.blogspot.com

Wednesday, August 18, 2010

Selamat Datang ke d'SUARANG



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Dipersilakan . . .
Starz 3 KCAMB



Aku tiada di rumah ketika Umar Ilham Majid (Uim) tiba. Aku ke mesin ATM yang berhampiran untuk mengeluarkan sedikit wang. Dah tak ada cash dalam poket! Manalah tahu kalau-kalau timbul keperluan mendesak untuk berbelanja . . . Maklum bulan Ramadan!

Kehadiran Uim berselisih waktu denganku. Aku keluar Uim tiba. Umar dan ibunya Nurliza (Mama) dibawa pulang oleh bapanya Halmy (Abah). Lola Dylla dan Nena Foziah & keluarga menemani mereka yang keluar dari Naluri Medical Centre pada petang Ahad jam 2:00 petang. Uim tiba di d'SUARANG kira-kira pada jam 4:00 petang.


Nena Foziah & Tok Ngah Roslan mengiringi Umar Ilham Majid ke d'SUARANG


Foto kiri: Nena, Tok Ngah & Abah Halmy berjalan masuk. Foto kanan: Opah Alimah menyambut ketibaan Umar Ilham Majid


Opah Alimah dengan Cucunya . . .


Wajah seorang ibu . . . Nurliza yang keletihan. . . tetapi penuh kegembiraan

Sebelum itu mereka singgah di rumah Lola Dylla (Bukit Antarabangsa) untuk memperkenalkan Umar Ilham Majid kepada Tok Uda Zolkeplay.


Apa khabar semua? Saya julung-julung kali ke sini . . . Takde pe pe ke?


Uim bersama Tok Uda Zol & Wan Muda Norhati

Alhamdulillah, sebaik aku pulang aku dapati cucu aku yang ketiga ini (Starz 3 KCAMB) sudah berada di rumah. Uim ditemani Nena Foziah & Tok Ngah Roslan hingga ke d'SUARANG. Keadaannya sihat walafiat.


Uim

Nena 'membega' dua bro ni ...

Turut mengalu-alukan kehadiran Umar Ilham Majid di d'SUARANG ialah abang sepupunya Azim Muqry Basrie (Starz 2 KCAMB). Umar memanggil Azim dengan panggilan 'Abang Wa'. Big Brother Ahmad Iman Iskandar (Along, Starz 1 KCAMB) tidak berada di d'SUARANG ketika itu. Aii keluar bersama ibu bapanya.


Foto kiri: ["Ssh . . . Dua-dua tidur ke? Takpe . . . penat."] Foto Kanan: "Aku dah jaga. Member sebelah ni masih tidur gak ..."


Foto kiri: "Baik aku pun tidur." Foto kanan: "Ha, dah jaga pun. Best sikit dapat cakap-cakap."


Foto kiri: "Hey, orang sebelah. Baru tiba kat sini ya! Aku ni Abang Wa tau." Foto kanan: "Wa tau le lu tu Abang Wa! Nak buli ke? Nanti wa bagi tau Big Brother amacam!"


"O mak, tengok dak baru ni . . . dah nak buli balik!"
"Ha baru tau ... takut kat Big Bro ... he, he"

Kami di d'SUARANG berhati girang. Kami berasa riang dengan kehadiran ahli keluarga terbaru ini di kalangan kami. Selamat datang Umar Ilham Majid. Semoga Starz 3 KCAMB Atuk ini selesa dan serasi bersama keluarga ini. Terima kasih kepada semua yang telah membantu.



Umar Ilham Majid




A
very warm welcome
to Majid Jr from Majid Sr & Family
May Allah Bless Us All











dsuarang.blogspot.com

Tuesday, August 17, 2010

PTS: Ramadan di Rawang




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Aktiviti Penuh Erti : Rawang


Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, pada hari Sabtu 14 Ogos 2010 yang lepas, ahli-ahli Pakatan Tubuh Sekeluarga (PTS) dapat memulakan aktiviti Ramadan 1431 H. Aktiviti mingguan yang biasanya diadakan setiap tahun ini telah berlangsung di rumah asal keluarga Pak Usu Osman di Kg Melayu, Batu 16 Rawang, Selangor Darul Ehsan.








Adinda Badrin Osman, dengan sokongan dan bantuan adinda Hj Abdul Wahab dan kerjasama semua ahli keluarga Pak Usu Osman telah berjaya menghidupkan pertemuan keluarga tersebut. Aktiviti disegarkan dengan kehadiran sanak saudara dari jauh dan dekat.

Adinda Badrin Osman


Adinda Hj Abdul Wahab

Segala persediaan bersifat sederhana namun tetap mencapai matalamat majlis seperti yang diharapkan. Perasaan erat bersaudara dapat dirasakan di kalangan ahli-ahli yang hadir dalam majlis tersebut. Kemesraan ketara terpancar pada wajah ahli-ahli keluarga di bulan Ramadan Al-Mubarak yang mulia ini. Mudah-mudahan keadaan sebegini terus berlaku hingga ke akhir masa.










Aktiviti bermula dengan acara berbuka puasa ringkas selepas azan Maghrib. Semua ahli keluarga yang hadir kemudiannya bersolat jemaah Maghrib diimamkan Tuan Hj Baharudin Osman (Tok Sulung penulis). Selepas solat Maghrib para hadirin menjamu selera semula . . . menyambung buka puasa ringkas tadi.
Tuan Hj Baharudin Osman


Tuan Hj Baharudin Osman
mengimamkan para jemaah bersolat Maghrib



Tuan Hj Lokman Shariff
mengimamkan para jemaah bersolat Isya'










Tuan Hj Suhaimi Baharudin
mengimamkan para jemaah bersolat sunat Tarawih





Selesai solat Tarawih, Tuan Hj Baharudin bersama Tuan Hj Lokman memimpin majlis doa dan tahlil sekeluarga. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.





Sebagai acara penutup majlis ini Tuan Hj Lokman telah menyampaikan tazkirah ringkas tentang pentingnya semangat kekeluargaan seperti ini disuntik dan disegarkan lantas dipelihara selama-lamanya.














Beliau turut menerangkan lagi tentang asal usul PTS dan tujuan sebenar PTS ditubuhkan. Tuan Hj Lokman menekankan betapa mustahaknya diteruskan semangat kekeluargaan ini setelah para pengasasnya yang terdiri daripada Ayahanda-ayahanda Osman Said, Idris Said dan Baharom Shariff bersusah payah mewujudkannya berpuluh tahun dahulu. Beliau juga sempat menganjurkan pungutan tabung khairat kematian secara sukarela daripada para ahli yang hadir.


Kesimpulannya . . . penulis amat bangga dengan semangat yang ditunjukkan para ahli keluarga dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada adinda Badrin dan Hj Wahab serta keluarga yang sanggup menjadi tuan rumah pada kali ini. Allah SWT sahaja yang membalas budi baik kalian. Tidak lupa juga disampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli keluarga yang hadir menyemarakkan majlis penuh erti ini.



Sehingga kita berjumpa lagi di rumah Ayahanda Hj Lokman Shariff minggu hadapan (Sabtu 21 Ogos), penulis berharap semua ahli PTS akan terus memberikan sokongan padu terhadap usaha kita yang mulia ini.






WASSALAM




Bulat air kerana pembetung,
Bulat pembetung buatan orang;
Sepakat kata membawa untung,
Berkat untung fikiran tenang.











dsuarang.blogspot.com