Wednesday, September 1, 2010

Masihkah Bersemangat Merdeka





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,



Sumpah dan Janji



Jika seseorang sudah berusia 53 tahun dia lazimnya dianggap sudah cukup 'dewasa' atau 'matang' sebagai manusia. Jika sesebuah negara telah menyambut ulang tahun ke 53 kemerdekaannya semalam apa pula status yang hendak diperuntukkan kepada negara tersebut? Tentunya negara itu sebuah negara yang sudah cukup 'bebas' dan 'berdaulat'. Tentunya negara itu sebuah negara yang sudah cukup 'stabil' dan sedang meningkat 'maju'.





Petikan drpd Akhbar Utusan Malaysia
Selasa 31 Ogos 2010
bsmn 21 Ramadan 1431


Malaysia ada semua ciri itu. Malaysia sebuah negara yang sedang meningkat maju. Stabil dan berdaulat. Malaysia negara yang cukup bebas. Bebas pergerakan rakyatnya, bebas kehidupan warga tetap dan sementaranya. Bebas segala orang yang menumpang di bawah langitnya dan yang berpijak di buminya. Pendeknya suatu ruang permastautinan yang ideal tersedia di negara bertuah yang bernama Malaysia ini!






Dokumen Bersejarah
Fahami sejarah untuk menghargai Kemerdekaan.


Perbandingan tahap kemajuan yang tercapai sejak zaman sebelum Merdeka hingga kini amat jauh jurang perbezaannya. Ibarat langit dengan bumi. Begitulah kesimpulan yang didapati apabila ditanyakan pendapat semua rakyat yang berteduh di Malaysia. Semuanya mengiakan hakikat ini!





Kenang Kembali
Isi puisiku tahun 1972


Tetapi ini bukan persoalannya. Apa yang aku risaukan ialah sama ada pendapat yang serupa akan disuarakan dengan yakin oleh semua rakyat Malaysia jika diajukan soalan,"Setiakah lagi bangsa Malaysia, yang mengaku cintakan negara ini, kepada Malaysia?"

Jika 'ya' jawapan mereka, mengapa kini seperti ada saja yang tidak kena dengan suasana atau persekitaran hidup di sini? Apakah keamanan dan kemakmuran negara tidak lagi diambil kira oleh bangsaku. Atau, keselesaan hidup yang dinikmati selama ini tidak lagi dihargai. Mungkin semua ini tidak lagi penting kepada sesetengah orang. Mungkin excitement baru yang mereka kejar. Agaknya kepentingan diri atau individu yang mereka idamkan. Bukan kepentingan negara yang diutamakan. Entahlah!
Soalan utamaku yang aku harap dapat direnungkan bangsaku dengan perasaan sedar diri dan penuh rasional : "Mengapa tiba-tiba ada ramai Si Kitol muncul di kalangan bangsaku kini? Mengapa pula Si Kitol yang ramai ini suka sangat mengacum pihak lain supaya saling bermusuhan? Ataupun, mereka yang bertelagah sesama sendiri!"


Petikan drpd Akhbar Utusan Malaysia
Rabu 1 September2010
bsmn 22 Ramadan 1431


Si Kitol dalam sejarah negara zaman silam sudah lama mati! Malanglah bagi bangsaku jika ramai pula Si Kitol baru yang muncul hasil klon Si Kitol yang lama. Apapun seperti yang biasa aku baca dan fahami . . . hasil bahan klon . . . dikatakan tak tahan lama. Mudah-mudahan begitulah. Jangan sudah terhantuk baru tengadah!


Bagi diriku, aku tetap seperti dulu. Dulu rakyat tidak segan silu menyuarakan rasa cinta dan sayang yang jitu terhadap negara ini. Rakyat tidak takut membuktikan apa yang mereka suarakan. Mereka tidak gentar bertindak tegas terhadap orang yang cuba memperlekehkan kedaulatan negara ini. Mereka bangga menjadi rakyat Malaysia!






Petikan drpd Akhbar Utusan Malaysia
Isnin 30 Ogos
bsmn 20 Ramadan 2010



Harapanku? Semoga masih majoriti bilangan mereka yang berpendirian seperti aku. Pendirianku ringkasnya begini:





Wallahuaklam











dsuarang.blogspot.com

0 comments

Tuesday, August 31, 2010

d Rocker Is Here




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Keluar Yang Auto, Beb
oleh Uim


Kalau Along Ahmad Iman Iskandar (Aii) keluar kereta baru untuk hari raya . . . Umar Ilham Majid (Uim) pun tak mahu kalah . . . Tak boleh keluar kereta? Belum ada lesen? Tak apa. Janji dapat keluar buaian (
cradle) auto baru . . . dah hebat tu! Hari Raya Aidilfitri ni boleh 'lepak' atau 'relaks' dengan cara paling 'cool' atas buaian ni . Auto driven tau . . . Tak main manual. Tak payah asyik tukar-tukar gear le!


Umar Ilham Majid (Uim)
aka Mamak CT

Lagi satu hal penting . . . cradle saya ini pun ada tukang sponsor. Bila ada sponsor tu maknanya ada kepercayaan orang kepada kita . . . pendeknya ada kelas le! Bukan Uim nak eksyen. Cari publisiti sikit aje! Oh, siapa yang sponsor? Siapa lagi . . . kalau bukan Syarikat LD & Co. dari International Hills, Ukay. Terima kasih daun keladi ya Lola.



Eh, apa ni ada flash kilat barat? Oh . . . reporter tabloid ds rupanya . . .


Berita biar kencang ya! Kalau tak c u in . . . Acah je Tuk . . .
[ Uim: Takut ooi . . . nanti Atuk M tuntut royalti nama . . . amacam!]


Sesuatu yang baik tentang buaian auto saya ni ialah saya tak payah nak susah-susahkan orang bila berihat di atasnya. Petik suis terus bergerak. Ada built-in muzik pula tu. Happiness man! Uim rasa macam dah jadi 'rang kayo-kayo' plak. Mana tau suatu hari nanti insya-Allah angan-angan Uim ini akan menjadi realiti. Steady mamak atuk!


Tarak sapa nak interview saya kah? Sat ni jangan sesai. Bagi chan la tak mau!



Ahhh ngantuk plak dengar built-in music ni. Cuba tidurlah. Alamak, ada sesi external music ke?


Paling bagus Opah dan Atuk Uim tak payah nyanyi lagu . . . apa tu ha . . . 'Pohon Beringin' ? Alah macam dalam filem lama "Bawang Putih Bawang Merah". Kesian Opah dan Atuk nanti. Atuk kalau nyanyi . . . agak OK le juga. Tapi kalau Opah yang nyanyi . . . alahai kesian le saya! Jangan mare opah. Mamak acah je. He, he . . .

Ha, dah le tu. Mari le semua admire buaian auto Uim ni sekarang . . .


d Rocker Is Here

Rock-a-bye baby
Roll-in-d-cradle
By Jove! babe,
It's an auto one . . .
Belum tumbuh gigi
Dah pandai bikin promosi
Uim show off sana sini
Konon hebat dia punya buaian . . .

. . . la, la, la, la, la, la a a a (Opah yang nyanyi!)


Baik aku buat-buat tidur aje . . .
sebelum lagi lama terseksa telinga . . .



Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

drpd

Umar Ilham Majid (Uim)
@ Majid Jr








dsuarang.blogspot.com

Monday, August 30, 2010

PTS: Ramadan di AU 3



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Aktiviti Penuh Erti : Keramat AU3



Alhamdulillah segalanya dapat dilaksanakan dengan agak selesa dan penuh muhibah. Dengan semangat kekeluargaan yang amat ketara. Dan paling penting dengan izin-NYA jua.

Ha, siapa gerangan yang baru tiba ni? Tak lain tak bukan salah seorang daripada mereka yang kuat menyokong aktiviti PTS.


Ha, yang ditunggu dah tiba . . .

Bersalam-salaman


Tentu semua ahli kenal dengannya. Kepada penulis sekeluarga beliau terkenal dengan panggilan TS Din.


Sementara Menunggu Waktu Berbuka . . .

Penulis berbual-bual dengan ahli-ahli keluarga lain yang datang untuk menyemarakkan Semarak Ramadan 3 di d'SUARANG. Kelihatan dalam gambar dari kiri penulis: Hj Baharudin Osman, Mohd Badrin Osman, Hj Suhaimi Baharudin, Hj Abdul Wahab & Lt Kol (B) Hj Basri Omar.


Masih Sabar Menunggu Waktu Berbuka

Susunan kedudukan dalam gambar sama seperti di atas.

Terlebih dahulu penulis sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang sudi hadir dari petang hingga ke malam Sabtu 18 Ramadan 1431 H, bersamaan 28 Ogos 2010 di d'SUARANG. Tanpa sokongan dan kehadiran anda sekalian tidak mungkin wujud Aktiviti Semarak Ramadan PTS yang Ketiga (SR3) untuk bulan yang mulia tahun ini.


Dah Tiba Waktu Berbuka Puasa . . .

Foto kiri: Duduk dari kanan: Hj Mohd Nadzar Mohd Shariff & Md Noor Idris. Berbaris dari paling hadapan: Penulis, Hj. Baharudin, Megat Husni, Roslan, Kamaruddin, Mohd Badrin. Foto kanan dari kiri: Hazry, Md Noor, Hj Mohd Nadzar & Halmy.




Berbuka ringkas sebelum bersolat fardu Maghrib.


Foto kiri dari kiri: Halmy, Md Noor, Hj Basri, Hj Abdul Wahab & Hj Suhaimi. Foto kanan dari kiri: Hj Mohd Nadzar & Penulis.



Foto kiri dari kiri: Hj Abdul Wahab & Hj Suhaimi. Foto kanan: Hazry & Penulis membentang sejadah.


Ahli-ahli keluarga membantu membentang sejadah untuk para jemaah bersolat.

Aktiviti SR3 bermula dengan acara berbuka puasa apabila masuk waktunya. Para hadirin berbuka ringkas dengan kuih muih dan buah-buahan sebelum solat Maghrib berjemaah. Imam solat fardu Maghrib ialah Tuan Hj Baharudin Osman dari Shah Alam. Tuan Hj Baharudin (Tok Sulung Din kepada penulis) adalah daripada keturunan keluarga Onyang Konah.



Tuan Hj Baharudin Osman


Para jemaah selepas bersolat fardu Maghrib.


Para jemaah mendengar apa yang dibacakan imam



Masih giat mendengar dan berdoa


Para jemaah dapat menyempurnakan solat fardu Maghrib dengan baiknya.


Setelah bersolat Maghrib, semua ahli keluarga pun dipersilakan menyambung acara berbuka ringkas tadi. Kali ini para hadirin dihidangkan nasi serta lauk pauk sebagai sajian yang 'lebih berat' sebelum bersembahyang fardu Isyak diikuti dengan solat sunat Tarawih.

Antara juadah yang tersedia. Alhamdulillah serba sederhana.

Foto kiri dari kiri: Badrin, Md Noor & Hj Mohd Nadzar. Foto kanan: Hj Baharudin.


Foto kiri: Hj Abd. Wahab dan Foto kanan: Hj Suhaimi menjamu selera.



Ahli-ahli keluarga PTS menjamu selera.

Ahli-ahli keluarga dari Rawang, Shah Alam, Petaling Jaya, Bukit Antara Bangsa, Ampang, Segambut, dan Keramat dll turut hadir memeriahkan perjumpaan Keluarga PTS kali ini.

Foto kiri dari kiri: Razief, Rashidi, Badrin, Hj Lokman & Hj Mohd Nadzar. Foto kanan dari kiri: Siti Rohani, Alimah & Mak Uda Zaleha.


Selesai menjamu selera masing-masing, azan Isyak pun diserukan bilal muda Hafiz Lokman (adik sepupu kepada penulis) diikuti dengan para jemaah bersembahyang sunat dua rakaat dan kemudian bersolat fardu Isyak. Imam solat fardu Isyak ialah Tuan Hj Lokman Mohd Shariff dari Segambut. Tuan Hj Lokman (Pak Anjang kepada penulis) adalah daripada keturunan keluarga Tok Shariff.



Bilal Muda Mohd Hafiz Lokman



Foto kiri: Hafiz (berazan) & Hj Lokman. Foto kanan dari kiri: Hafiz, Hj Lokman & Hj Baharudin. Di belakang: Mohd Rashidi.












Para jemaah menunggu untuk bersolat fardu Isyak


Tuan Hj Lokman Mohd Shariff


Para jemaah bersiap sedia untuk bersolat fardu Isyak.




Tuan Hj Lokman mengimamkan para jemaah bersolat fardu Isyak. Kelihatan dalam foto kanan dari posisi paling kanan: Hj Mohd Nadzar, Penulis, Hj Baharudin & Hafiz.





Tuan Hj Lokman Mohd Shariff



Selesai bersolat fardu Isyak. Mengaminkan doa selepas bersolat.




Terus mengaminkan doa yang dibacakan Imam Hj Lokman selepas solat fardu Isyak.










Menunggu untuk bersolat sunat Tarawih

Tuan Hj Mohd Nadzar Mohd Shariff

Solat sunat Tarawih menyusul sebaik sahaja tamat solat fardu Isyak. Solat sunat Tarawih diimamkan imam muda Tuan Hj Suhaimi Baharudin (pangkat bapa saudara muda kepada penulis) dari Shah Alam. Beliau keturunan daripada keluarga Onyang Konah. Bilalnya pula ialah Tuan Hafiz Lokman dari Kg Pandan. Beliau keturunan daripada keluarga Tok Shariff.


Imam muda Hj Suhaimi mengimamkan para jemaah bersolat sunat Tarawih


Solat sunat Tarawih sedang ditunaikan.



Masih berlangsung . . .

Kiri: Para jemaah menunaikan solat sunat Tarawih. Kanan: Imam muda Hj Suhaimi Baharudin

Para jemaah selesai menunaikan solat sunat Tarawih.

Alhamdulillah solat sunat Tarawih juga dapat dijalankan dengan selesa dan penuh kyusyuk tanpa sebarang halangan atau gangguan.

Berihat Sebentar . . .
sebelum bertahlil dan membaca doa selamat

Sebaik sahaja tamat para jemaah mengerjakan solat Tarawih, bacaan tahlil dan doa selamat pun dilaksanakan oleh Tuan Hj Baharudin bersama Tuan Hj Lokman. Semua yang hadir mengaminkan doa yang dibaca. Mudah-mudahan segala yang terbaik dikabulkan Allah SWT.




Roslan, Royhai'zam & Megat Husni . . . dan Mak Uda Zaleha serta Siti Rohani kelihatan dalam foto turut mengaminkan doa yang dibaca pemimpin majlis tahlil dan berdoa selamat.

Di akhir majlis para hadirin yang rata-ratanya terdiri daripada kaum keluarga PTS dipersilakan menjamu selera dengan sedikit hidangan 'manisan' (jamuan pencuci mulut).


Jom kita semua makan sikit lagi




Sambil itu mesyuarat tidak rasmi ahli-ahli PTS sempat diadakan dalam suasana yang mesra lagi saling memahami. Tujuan mesyuarat sama seperti yang dahulu-dahulu sebelumnya yakni untuk menyuntik semangat kesegaran kepada PTS.




Bincang-bincang

Dari kiri: Hj Lokman, Hj Mohd Nadzar,
Penulis & Mohd Rashidi



Perbincangan tidak rasmi PTS



Foto kiri dari kiri: Mohd Badrin, Mohd Hafiz, Hj Lokman, Hj Mohd Nadzar, Penulis, Mohd Rashidi, Md Noor & Mohd Razief. Foto kanan dari kiri: Hj Suhaimi, Kamaruddin, Hj Baharudin, Mohd Badrin & Mohd Hafiz.



Dah dapat sesuatu keputusan . . . Mari kita laksanakan tujuan baik ini . . .



Kita tunggu dan lihat le . . . sambil tu boleh makan juga . . .


Ok kami setujulah kalau begitu. Bolehlah wakilkan kepada kami tugas itu . . .


Dah . . . bolehlah kita teruskan dengan agenda berikutnya sekarang (secara tak rasmi aje) . . .




Foto Kiri: Alimah & Afzan masih gigih mengikuti perbincangan. Foto kanan: Badrin & Hafiz juga demikian.

Dan, pada akhir perjumpaan keluarga kali ini sumbangan ikhlas sebanyak RM 300 tiap-tiap satunya telah dapat diuntukkan kepada dua keluarga PTS yang kematian ahli keluarga masing-masing baru-baru ini. Sumbangan ini dapat diberikan hasil kutipan derma ikhlas daripada ahli-ahli PTS yang hadir dalam pertemuan keluarga PTS selama tiga Sabtu dalam bulan Ramadan ini (Semarak Ramadan 1,2 & 3). Sumbangan disampaikan oleh Tuan Hj Mohd Nadzar Mohd Shariff selaku Presiden PTS kepada Pn Hjh Norlyn Osman sebagai wakil kepada keluarga Allahyarham Azlan Osman dan keluarga Allahyarhamah Sapiah @ Noraini Abdullah. Info lanjut akan disampaikan kepada ahli-ahli PTS oleh Urusetia PTS yang berkenaan melalui surat pekeliling dalam masa yang terdekat.


Akauntan Kehormat (utk malam tu saje ...)


Kira punya kira . . . dah betul ke?


Kome double check le . . . saran Presiden Hj Mohd Nadzar. Ha, dah betul dah kata Md Noor sambil diperhatikan Marlyana dan Siti Rohani.


Doa penulis, dan pastinya doa ahli-ahli PTS yang lain juga . . . semoga segala yang kita rancangkan untuk kebaikan bersama akan mendapat restu Ilahi. Mudah-mudahan diizinkan-NYA permohonan kita, serta dipergandakan Allah SWT dengan berganda-ganda lagi rahmat dan nikmat yang Allah SWT sahaja yang maha mengetahui. Amin.



Sehingga bertemu
pada ruang dan waktu yang lain . . .

Terima Kasih
drpd kami sekeluarga di
d'SUARANG



Padan sangat memandang ke Timur,
Tepat kata Perdana Menteri; Badan sihat dipanjangkan umur,Dapat kita bercerita lagi.









dsuarang.blogspot.com