Monday, October 18, 2010

Raya Bersama Sahabat


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

di Rumahku,
dan di Rumah Mereka . . .


Aku beruntung masih diberikan Allah tenaga dan kesempatan untuk menerima tetamu di rumahku pada musim-musim Aidilfitri begini. Sahabat-sahabat lamaku sempat berkunjung dan aku masih dapat melayani mereka dengan kadar yang serba sederhana baik.

Dan, aku rakamkan suasana seperti berikut:


Dari kiri : Nordin Manaf, Jamil Saeran & Penulis

Dari kiri: Nordin, Jamil & Penulis .
Linda, Faridah, Azizah, Alimah & Maimunah (pangku
Azim)

Dari kiri: Penulis, Linda, Faridah, Azizah,
Alimah & Maimunah

Berdiri: Nordin, Penulis & Jamil
Duduk: Faridah, Alimah & Azizah


Berdiri: Nordin, Penulis, Jamil & Linda
Duduk: Faridah, Alimah & Azizah


Berdiri: Halim, Nordin, Penulis, Jamil, Linda & Shafini
Duduk: Faridah, Alimah & Azizah

Dari kiri: Nordin, Faridah,Linda, Maimunah,
Azizah, Jamil, Penulis & Alimah


Dan, untuk melengkapkan acara kunjung mengunjung sempena perayaan di Aidilfitri aku pun bawalah kaki ini melangkah ke rumah sahabat-sahabat seasrama zaman persekolahan di KL dahulu. Zaman aku belajar di Victoria Institution, KL. Zaman pop yeh yeh kata orang pada waktu itu. Tahun-tahun 1960-an.

Alhamdulillah kami sahabat-sahabat yang tinggal sebumbung di asrama dahulu masih terus diberi peluang oleh-NYA bertemu dari masa ke masa untuk menyegarkan ikatan silaturahim antara satu sama lain.

Dan, menariknya . . . kami daripada berbagai-bagai sekolah berlainan di sekitar KL ketika itu . . . telah pun dapat memupuk semangat kesetiakawanan sejak zaman itu lagi (hingga kini) . . . ala semangat 1 Malaysia yang dilaung-laungkan sekarang . . . hm hm hmm.

Maka aku rakamkan peristiwa seperti berikut:


Kiri: Tuan Hj Jamil Saeran. Kanan: Pn Hjh Azizah Abdullah (pangku Azim Muqry Basrie)


Penulis bersama Jamil


Dari kiri: Roy, Penulis, Lyana & Anum


Dari kiri: Mar & Alimah


Dari kiri: PR, Lyn & Azim


Dari kiri: Nadim (pangku anaknya), Roy & Penulis


Dari kiri: Penulis, Jamil, Alimah & Azizah


Azizah & Lyana (urus Azim)


Alimah, Azizah & Lyana (urus Azim)


Anum (pangku Azim) & Maznah


Anum (pangku Azim) & Maznah


Anum (pangku Azim)


Penulis bersama Tuan Hj Harun Saeran


Dari kiri: Alimah, Penulis, Afzan, Harun & Maznah


Dari kiri: Anum, Alimah, Penulis, Harun & Maznah




Kiri dan Kanan: Penulis bersama Harun di meja makan.


Di sini . . . di rumah Tuan Hj Harun Saeran, terdapat 'sesuatu' yang terus sahaja mengembalikan kenangan penulis kepada zaman persekolahan dahulu . . . lebih tepat lagi zaman tinggal seasrama di MBH KL sekitar tahun-tahun 1960-an.

Apakah 'sesuatu' yang terdapat di situ (ketika penulis mengunjungi rumah Harun dan Maznah) akan dirungkai dalam penulisan seterusnya pada bila-bila masa . . . Tunggu jika sudi mengetahui lebih lanjut . . .









dsuarang.blogspot.com


Wednesday, October 13, 2010

Budaya Raya Rumah Terbuka




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Majlis Ala Keluarga

d'SUARANG 2 Okt 2010 - Suatu majlis untuk meraikan sahabat handai, sanak saudara dan kaum keluarga telah diadakan di sini hari ini. Majlis diadakan oleh para penghuni generasi muda dengan restu dan bantuan 'orang lama'. Majlis diberi nama 'Rumah Terbuka' oleh golongan penghuni yang disebut terdahulu tadi. Orang lama menyebutnya sebagai jamuan Aidilfitri saja.

Tak kisahlah. Apa jua nama yang diberikan. Yang penting hati mesti ikhlas untuk menjalinkan silaturahim sesama sahabat handai, sanak saudara dan kaum keluarga dengan eratnya. Majlis bermula pada kira-kira jam 12:00 tengah hari dan berlanjutan hingga jam 6:30 petang.

Alhamdulillah ramai yang turut menceriakan majlis. Alhamdulillah majlis berjalan lancar atas landasan serba sederhana. Ramailah 'geng' lama yang dapat bertemu. Banyaklah cerita lama dan baru yang kedengaran. Ada gossip juga? Tak tau le teman. Dunia punya dalam . . . macam-macam ada!

Terima kasih kepada semua. Walaupun para penghuni d'SUARANG keletihan sedikit . . . namun kegembiraan dan rasa puas yang dialami semua . . . amat berbaloi!

Sehingga di lain waktu dan ketika . . . jagalah kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan diri baik-baik.
















































































STOP PRESS












dsuarang.blogspot.com