Monday, November 8, 2010

Bahasa Menunjukkan Bangsa





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Bersahabat dgn Bahasa



Kamus Dewan (Edisi Keempat Cetakan Ketiga 2010) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memberikan takrif atau makna perkataan 'bahasa' dalam entri bahasa I antaranya seperti berikut:

bahasa I 1. sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb); 2. percakapan yg baik, tingkah laku yg baik, sopan santun.

Ada ditambah takrif untuk kurang bahasa = kurang sopan; tidak tahu bahasa = tidak sopan santun.



Aku bukan pakar bahasa. Ahli bahasa pun bukan. Bijak pandai bahasa jauh sekali. Tetapi sebelum aku pencen dahulu aku pernahlah punya pengalaman lebih 20 tahun menguruskan hal dan soal berkaitan bahasa. Alhamdulillah. Tahulah sedikit bahasa.



Kini sesudah pencen hampir 10 tahun, aku masih mempelajari bahasa. Anehnya aku tetap belum sah menjadi seorang insan 'bahasa'. Aku hanya insan biasa. Bukan macam sahabatku yang serba cukup dalam apa saja perkara yang berkaitan dengan 'bahasa'. Tiada bandingan. Tiada tandingan.



Sahabatku yang dimaksudkan ini memang hebat. Dia berkecimpung dalam bidang bahasa secara menyeluruh. Profesor atau pengajar bahasa yang ada di Malaysia pada masa ini pun belum ada yang sampai ke tahap 'menyeluruh' seperti dia.

Dia menyelidik dan mentadbir bahasa. Dia bertugas di agensi kerajaan yang menjaga kepentingan bahasa. Dia menguruskan hal-hal menyangkut bahasa. Walaupun kini dia pesara, dia tetap giat berperanan sebagai Bahasa. Sesuailah dia dikenali orang dengan gelaran Bahasa . . .

Kalau dah Bahasa . . . tetaplah Bahasa. Tidak akan bertukar menjadi Matematik atau Sejarah pula. Maka demikian mukadimah yang mungkin paling sesuai bagi episod ini. Episod yang memaparkan kisah seorang sahabat lama, Bahasa . . . Tuan Hj Bahasa Othman.



Tuan Hj Bahasa Othman


Pada 27 September 2010 yang lalu Tuan Hj Bahasa Othman yang aku kenal sebagai Bahasa datang berkunjung ke d'SUARANG bersama isterinya Pn Hjh Noriyah Salam. Hari itu hari ke-18 Syawal 1431 H. Kedua-dua tetamu aku ini datang sempena kebiasaan kunjung mengunjung di Aidilfitri yang menjadi amalan masyarakat bangsaku. Sementelah aku mengenali Bahasa sejak awal 1980-an pula.



Kiri: Pn Hjh Noriyah Salam (isteri Hj Bahasa). Kanan: Bahasa menjamu selera.


Kiri: Penulis bersembang dengan Bahasa. Kanan: Alimah (isteri Penulis sambil memangku Azim Muqry Basrie) & Noriyah mendengar dengan penuh perhatian.




Kiri: Noriyah dalam mood relaks. Kanan: Noriyah, Bahasa & Penulis membincangkan sesuatu.


Perkenalan aku dengan Bahasa semakin rapat apabila pada tahun 1987 dia menawarkan untuk penerbitan sepuluh manuskrip hasil penulisannya kepada syarikat penerbitan tempat aku bekerja. Manuskrip-manuskrip itu menyentuh cerita-cerita haiwan untuk bacaan kanak-kanak. Ketika itu aku bertugas sebagai editor (di OUP/PFB, Petaling Jaya) yang menjaga dan mengendalikan penerbitan buku-buku bahasa dan sastera Melayu. Alhamdulillah, setelah siap diterbitkan, buku-buku itu mencapai angka jualan yang amat memuaskan dan pastilah hasil pungutan yang amat lumayan.



Salah sebuah daripada 10 judul buku cerita kanak-kanak hasil karya Bahasa yang diterbitkan oleh PFB pada tahun 1987.



Halaman akhir & halaman dalam kulit belakang buku

Entri perkataan 'bahasa' dengan takrif maknanya seperti di atas sengaja aku ambil dan pakai sebagai permulaan kisah. Ini kerana aku rasa erti perkataan 'bahasa' itu sendiri amat bertepatan dengan watak dan peribadi orang yang bernama Bahasa ini.

Sahabatku ini memang serasi memakai 'bahasa' sebagai namanya. Hj Bahasa Othman masih giat berkarya walaupun selepas bersara daripada jawatannya sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kami berkesempatan bekerjasama lagi menerbitkan enam belas judul buku cerita haiwan untuk kanak-kanak pada tahun 2003. Kali ini di bawah sayap Sinaran Ilmu Enterprise, Petaling Jaya.



Bahasa sentiasa sibuk mencatat sesuatu yang biasanya dijadikan bahan penulisan karyanya




Antara judul-judul buku cerita kanak-kanak
karya Bahasa yang diterbitkan oleh Sinaran Ilmu Enterprise



Kulit Depan


Kulit Belakang




Buku-buku bacaan kanak-kanak yang popular pada tahun-tahun lewat 1990-an dan awal 2000

Aku bersyukur kami masih bersahabat baik hingga sekarang. Kami masih berhubungan antara satu sama lain dari masa ke masa. Bahasa masih berkomunikasi denganku seperti takrif entri 'bahasa' dalam Kamus Dewan itu.



Apa lagi yang dibincangkan itu . . .?


Bahasa yang masih bergelar sahabatku ini memang seorang yang bersopan santun dan berbudi bahasa. Percakapannya baik. Tingkah lakunya pun baik. Hati budinya setahu aku sah baik.




Ha eloklah tu . . . Dah pencen pun masih giat menulis lagi.

Maka terbukti tidak bertentanganlah erti atau takrif makna perkataan 'bahasa' yang dimuatkan oleh Sidang Editor dalam Kamus Dewan terkini dengan sikap dan watak Tuan Hj Bahasa Othman. Syabas.



Bahasa & bukan Bahasa

Aku lebih-lebih lagi mengangkat 'tabik' kepada sesiapa saja ahli keluarga Bahasa yang memberikan nama ini kepadanya dahulu. Sesuai sangat. Amat serasi . . . kata orang.

Dirgahayu Tuan Hj Bahasa Othman. Salam.



Catatan:

Ada kisah menarik ttg pengalaman ganjil beliau ini dalam episod selanjutnya . . . Insya-Allah.









dsuarang.blogspot.com


0 comments:

Friday, November 5, 2010

Ke KLIA hantar Pak Lang




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Dialog Dua Sepupu

(Pagi Khamis 4 November 2010)


Aii:
Dik Jim . . . u tau tak kita nak gi mana ni?


Amb:
Mana le i tau Along. Lepas subuh tadi kita dah kena bangun. Pakai baju cantik.Terus naik MPV Atuk M.





Aii:
Ha ah. Tahu-tahu dah sampai aje.

 
Amb:
Ya lah kita dah sampai ni.







Aii:
KLIA here we come.

Amb: Along pakai cakap apa tu?

Aii: Alah i cakap omputih le sikit. KLIA tak kan u tak tahu.

Amb: i pernah dengar itu. Klia tu bukan dah 'lapang' atau 'terang' ke? Macam line clear tu . . .

 
Aii:
Ya Allah dak ni. Itu klia (clear) lain . . . ini KLIA airport le!





Amb: Ha . . . tambah sikit. Airport terindah di rantau ini.

Aii: Bukan kat rantau ini je. Seluruh dunia mungkin!

Amb: Ya lah tu. i tau tu.








Aii & Amb: Kita cakap pakai i u ni macam bunyi familiar je. Ha . . . macam Mak Long Gawa dan Mak Su Nisut cakaplah. Ha, ha, ha.

Aii: Eh, eh sembang punya sembang . . . u perasan tak si dak mamak tu tak ada sama kita.


Amb: Ha ah. Mana dia ha?

Aii: i dengar Uim aka Mamak CT tu gi Teganu.

 
Amb:
Dia selalu takde sama kita ya . . .



Aii: Dia tak selesa ikut kita . . . tak?

Amb: Tak kan le. Dia kan adik sepupu kita jugak. Bukan tak biasa. Mesti ada agenda sendiri tu.

Aii: Ya tak ya. Ha kena ikut parents le tu. Ke mana-mana aje. Tak leh le dia nak ikut kita.

Amb: Ya lah. Apa nak buat. Kan Atuk M selalu kata . . . "Anak udang, udang jugak" . . . Tapi, kalau ada si mamak tu sekali . . . tentu lebih meriah.

Aii: i cuma harap . . . jangan sampai ada salah faham . . . nanti timbul cakap si Mamak CT Atuk M tu kena asing lak . . .

Amb: Ha ah lah. Asyik absent dalam banyak ocassion dan function Atuk dan Opah . . . dah macam lain lak jadinya.


Aii:
Takpe lah. Panjang umur boleh jumpa lagi. Waktu lain pun boleh join . . . bila-bila ikut suka le . . .


 


Amb: Ha kita kat KLIA skang ni buat apa?

Aii: Alahai adik ni. u tak peka le. Nak hantar balik tukang buli tu le.




 
Amb: Tukang buli? Siapa?

Aii: Alah Pak Lang tu le siapa lagi!

Amb: Oh Pak Lang Halim! Kita nak hantar Pak Lang ke mana ha?

 






Aii: Pak Lang nak balik 'hengeli harab'. Macam dalam lagu 'apek lompat' pilem 'Ai Baba Jang Lapok' tu. 'Tumpat manyak gulap'!

Amb: Alah i tau, balik tempat nama bunyi macam Riwayat . . .

Aii: Eh bukan Riwayat . . . R-i-y-a-d.

Amb: Salah eja le Along. Bukan R-i-y-a-d tapi R-i-y-a-d-h!



Aii: Tau pulak. Tadi macam tak tau. Biar betul . . . dak kecik ni. Suka syok sendiri. Dah klia skang?

Amb: Ha dah klia . . . Tapi KLIA ni ada kapal terbang bawa orang ke tempat lain? Jauh-jauh pun ada?


Aii: Ya lah. Pak Lang kita ni nak balik jauh le. Pak Lang nak balik Riyadh di Arab Saudi. 

Amb: Pak Lang buat apa kat sana?
 
Aii: Keroja le! Work. Pak Lang wok! Macam orang selalu cakap . . . mama atau papa pegi wok! 

Amb: Mak Lang tak ikut ke?

Aii: Entah. Belum dapat visa kot! 

Amb: Apa visa tu?
 Aii: Along pun tak pasti. Dengar opah cakap . . . i pun cakap le.

Amb: Very Important Surat Arab kot.


Aii: Usah mengarut le Jim. Dalam manual ni ada sebut visa tu izin untuk tinggal di sesuatu tempat atau sesebuah negara.


Amb: Apa pulak tengok manual. Bukan refer dictionary . . . macam Atuk selalu buat . . . untuk cari makna perkataan ke?


Aii: Ha ah. Ya tak ya jugak.


Amb: Ha mari le kita temankan Pak Lang kita ni seterusnya.


Aii: OK lah Jim. Jom kita.



 






Amb: Eh kenapa Pak Lang kena duduk atas walker macam u punya tu?

Aii:
Dak kecik ni lagi. Itu bukan walker macam i punya le. Itu kereta sorong pakai lesen airport security punya.


Amb: Oh mesti ada lesen ke. Patut le Pak Lang tak boleh bawak. Pak Lang tak ada lesen kereta sorong. Tak boleh pandu sendiri! Kesian Pak Lang!


Aii: Suko hati kau lah Jim.Amb: Hai , Along tengok tu. Mak Lang . . .
Aii:
Kenapa?

Amb:
Mak Lang cam down aje . . .

Aii:
Tentu le . . . dik Jim. Alah, kita tak payah campur hal orang tua-tua le. Tengok aje!




Aii: Eh . . . apa pulak yang Atuk dan Opah cakapkan kepada Pak Lang tu?

Amb:
Mesti ada secret apa-apa . . .

Aii:
Secret apa lak! Atuk dan Opah tu doakan yang baik-baik saja untuk Pak Lang.





Amb:
Tapi Opah tu nampak macam nak 'mendung' aje . . .Aii: Alah al maklum, anak akan berada jauh di rantau orang . . . jap lagi 'hujan' lah turun . . .Amb: Shh . . . Dah . . . nanti Opah naik angin. i takut.







 
Amb: Kesian Pak Lang. Bila balik kat 'hengeli harab' tu . . . nanti nak makan camna?
Aii:
Alah Pak Lang taulah. Kena masak . . . masak aje le Pak Lang . . . ya tak.Amb: Ajim nanti miss Pak Lang camna?

Aii: Along pun
miss jugak.
Amb:
Takpe kita ucap selamat jalan le kepada Pak Lang.
Aii:
Ya lah. Kami semua doakan Pak Lang sihat walafiat. Sampai jumpa lagi.
Amb & Aii: Bila Pak Lang balik lagi ke sini nanti . . . belanja le kami lagi. Mesti ada masyuk le kan. Mudah-mudahan murah rezeki. Bye Pak Lang . . .








Aii:
Ah, Pak lang dah pun naik kapal terbang. Syoknya. Dik Jim, kita ni bila lak nak naik?

Amb:
Sabar Along. Nanti u ikut le i balik kampung naik 'belon'. OK?


Aii: Agak-agak sikit Ajim. Belon tak main. Eee ngeri.


Amb: Alah 'belon' tu kapal terbang le!

Aii:
Mana Along tau . . .


Amb: Along. Mari kita pujuk Atuk ngan Opah. Kita relaks dulu kat KLIA ni.

Aii: Ha ah. Kita makan-makan kita minum-minum. Kita macam-macam lagi le.

Amb: Jangan kita buat hal sudah. Kalau susahkan Atuk dengan Opah . . . nanti emak dan abah kita masing-masing naik angin lak . . . eh takut i . . .Aii: i pun takut weh!

Amb & Aii:
OK kita dua-dua janji le. Berperangai baik dan berbudi bahasa. Mesti Atuk dan Opah suka . . . he, he.



















Amb: Dah lepak ni . . . nak buat apa lagi Along?

Aii: Tentu le nak isi perut . . . Jom kita lobby Opah ngan Atuk . . .

Amb:
Jom Along. Lepas ni baru boleh balik . . . senang hati.












Aii & Amb: Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati . . . Betul tak Atuk, Opah?

Atuk (berpantun sayu dalam hati):


Ada susu,
Tak payah beli;
Kerana cucu,
Fast Food Lagi!



Opah (diam-diam suka): Bestnya ada budak-budak ni . . . Tak payah susah-susah nak masak . . . Atuk pun tak boleh nak marah . . . he, he. Bahagia rasanya.










dsuarang.blogspot.com