Wednesday, January 11, 2012

Suradji & Co




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Keluarga Bahagia


Berikut dipaparkan beberapa foto keluarga Drs Suradji Junus (Raji) dan isteri beliau Erwani Mutia (Meni) dari Sabang, Aceh untuk tatapan keluarga besar di Malaysia. Mereka keponakan penulis.





Terima kasih diucapkan kepada Raji dan Meni yang telah sudi mengunjungi kami di sini. Terima kasih juga diucapkan kepada pasangan ini yang telah bermurah hati memberikan foto-foto ini (siap dengan penerangannya sekali) kepada penulis sebagai cenderahati kenang-kenangan.






Sehingga kita berkumpul lagi pada lain waktu . . . Pak Uda dan Mak Uda sekeluarga mendoakan segala yang terbaik untuk *Raji dan Meni sekeluarga.




Suradji & Co


Kiri: Sulasteri
Kanan: Suradji


Kiri: Erwani Mutia
Kanan: Nur Fadli


Kiri: Harry Susetia
Kanan: Hijrah Saputra



Kiri: Agus Adiyatsah
Kanan: Yuda Aditiya




Kisah Kaus Merah


*[ Raji . . . (tidak seperti Meni) . . . ketika tiba di LCCT, Sepang memang buat pertama kalinya akan bertemu dengan penulis walaupun sebelumnya kami sering berhubungan sama ada melalui 'sms' atau bercakap di telefon. Maka berlakulah percakapan telefon di antara Raji dengan penulis . . . kira-kira begini:

Raji: Assalamualaikum Pak Uda. Pak Uda menunggu kami ya. Kami lagi di tempat mengambil bagasi. Sebentar kita bertemu . . . ya Pak Uda.
 
Pak Uda: Waalaikum salam Raji. OK. Tak apa.

Raji: Saya pakai jaket hitam, celana hitam dan berkaus merah . . . Pak Uda.

Pak Uda: OK.

{Pak Uda berfikir: Tak mengapa . . . nanti mereka akan aku cam jua . . . lagi pun Meni dah pernah aku temui di rumahku dahulu.

Namun oleh kerana Pak Uda sedang mencari tempat letak kenderaan di parkir dan Mak Uda bersendirian menunggu di ruang menanti lapangan terbang itu . . . maka Pak Uda khuatir Mak Uda nanti mengalami masalah mencamkan tetamu-tetamu kami itu. Langsung Pak Uda menelefon Mak Uda. Dengan yakin Pak Uda mengatakan kepada Mak Uda supaya memerhatikan seseorang yang berjaket hitam, berseluar hitam dan berkaus merah. }

Pak Uda: Yang . . . Suradji itu memakai jaket dan seluar hitam dan berkaus merah!


Mak Uda: Kaus merah?

Pak Uda: Ha ah. Kaus tu . . . stokin le . . .

Mak Uda: OK.

{Dah lama kemudian . . . Mak Uda menelefon Pak Uda . . .}

Mak Uda: Tak ada pun orang berstokin merah lalu kat sini, Yang . . . tapi para penumpang dari Aceh pun belum nampak-nampak lalu di sini semuanya . . .

Pak Uda: Mereka mungkin masih lagi di tempat mengambil bagasi . . . Tak apa . . . terus aje tunggu di sana. Sekejap lagi kita tunggu sama-sama.

{Tunggu punya tunggu akhirnya penulis ternampak Meni . . . dan Raji yang memakai jaket dan seluar hitam dan berbaju T-merah. Tidak pula kelihatan stokin merahnya!

Apabila telah berada dalam kenderaanku . . . penulis pun menceritakan secara detail apa yang terjadi ketika aku dan Alimah berusaha menantikan ketibaan Raji dan Meni tadi. Kami semua terbahak-bahak ketawa atas kesalahfahaman erti 'kaus' tadi.

Rupa-rupanya kaus merah yang dimaksudkan Raji tadi ialah . . . Kemeja -T merah . . . bukan stokin merah . . . seperti yang aku fahami (kaus kaki?) . . . Entahlah . . . siapa yang betul . . . siapa pula yang salah.}


Halaman 153 dlm
An Indonesian-English Dictionary




Yang penting . . . the ice has been broken . . . Kami lantas berbual-bual mesra dan bercerita berbagai kisah . . . di samping bertanyakan khabar keluarga masing-masing . . . walaupun Raji baru saja bersua face to face dengan kami buat kali pertamanya.

Terima kasih 'Kaus Merah'.







 



dsuarang.blogspot.com

Monday, January 9, 2012

Dari Sabang Ke Segambut




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Ke Rumah Atuk



Sehari sebelum ke Kuala Gandah, Pahang iaitu pada hari Selasa 27 September 2011 aku dan Alimah telah membawa Drs Hj Suradji Junus (Raji) dan Pn Hjh Erwani Mutia (Meni) ke Taman Sri Segambut, Kuala Lumpur. Mereka ingin ke rumah Atuk . . . Tuan Hj Lokman bin Mohd Shariff dan Nenek . . . Pn Hjh Maryam bt Yaakob.


Foto kiri dari kiri : Hj A Razak H. Fatani, Raji, Penulis, Hj Lokman : Foto kanan membelakangkan kamera: A Razak; Dari kiri: Raji, Penulis, Hj Lokman, Alimah, Meni, Hjh Maryam, Hjh Zaleha dan Hj Mohd Nadzar


Foto kiri dari kiri: Raji, Penulis, Hj Lokman Foto kanan dari kiri: Meni dan Hjh Maryam


Hj Lokman ialah adik kepada Allahyarhamah Pn Halimatus Sa'adiah bt Mohd Shariff (nenek Meni). Hj Lokman (Pak Anjang) juga bapa saudara kepada Penulis (nasab bapa). Bapa Penulis . . . Allahyarham Baharom bin Mohd Shariff ialah abang kepada Hj Lokman. Maka dengan demikian Meni itu anak saudara Penulis . . . dan secara automatis suaminya Raji berpangkat anak saudara juga kepada Penulis. Begitu penerangan ringkas tentang pertalian kekeluargaan ini.



Foto kiri: A Razak dan Raji Foto kanan: Raji dan Penulis


Foto kiri: Penulis dan Hj Lokman Foto kanan dari kiri: A Razak, Raji, Penulis dan Hj Lokman


Pertemuan di rumah Atuk Hj Lokman ini ialah kali pertama buat Raji. Meni pula sudah beberapa kali ke rumah Atuknya ini. Walaupun keluarga yang berjauhan ini berkumpul buat seketika sahaja namun banyak hal pertalian keluarga dan cerita kekeluargaan dapat didengari atau diperjelaskan oleh semua pihak yang berkumpul. Kisah-kisah lucu (lelucon) pasti ada diselitkan sebagai selingan apabila ahli-ahli keluarga berkumpul begini.



Di ruang tamu rumah Hj Lokman . . . Taman Sri Segambut. Dari kiri: A Razak, Raji, Penulis, Hj Lokman, Alimah, Meni, Hjh Maryam, Hjh Zaleha dan Hj Mohd Nadzar


Dari kiri:
Hj Mohd Nadzar, A Razak, Raji, Penulis dan Hj Lokman


Tuan Hj Mohd Nadzar bin Mohd Shariff (Atuk Nadzar) . . . abang kepada Hj Lokman . . . dan isteri beliau . . . Pn Hjh Zaleha (Nenek) . . . dari Petaling jaya juga hadir dalam pertemuan keluarga pada hari itu. Hj Mohd Nadzar juga bapa saudara kepada Penulis.



Foto kiri dari kiri: Meni, Hjh Maryam, Su dan Hjh Zaleha Foto kanan duduk hadapan: Su, Meni, Hjh Maryam. Belakang: Alimah dan Hjh Zaleha


Aksi 3 Generasi
Duduk hadapan: Meni dan Hjh Maryam
Duduk belakang: Alimah dan Hjh Zaleha




Pertemuan sekeluarga pada hari kunjungan Raji dan Meni ke Taman Sri Segambut itu menjadi umpama jambatan yang mampu menghubungkan dua daerah yang berjauhan . . . dan sesungguhnya . . . merapatkan pertalian kekeluargaan di antara ahli-ahli keluarga di Seberang dengan yang di Malaysia.

Mudah-mudahan hubungan yang mesra ini berkekalan hingga sampai ke akhir masa. Amin.













dsuarang.blogspot.com
[Belated Publication]

Sunday, January 8, 2012

Sepetang Di Kuala Gandah




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Gajah Haiwan Gagah



Hari Rabu 28 September 2011 . . . aku dan isteriku Alimah serta pasangan suami isteri keponakanku Drs Hj Suradji Junus (Raji) dan Pn Hjh Erwani Mutia (Meni*) dari Sabang, Aceh berkunjung ke Kuala Gandah dekat Temerloh, Pahang.

[*Meni anak sepupuku Allahyarhamah Tjut Husna]





Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan ini belum begitu lama diselenggarakan tetapi telah menampakkan banyak kemajuan dan kesan yang positif dari segi penjagaan kebajikan gajah liar di negara ini.


Di Pintu Masuk
Dari kiri: Raji, Meni, Alimah, penulis


Foto kiri: Meni dan Alimah Foto kanan: Raji, Meni, Alimah


Kawasan sekitar yang tenang dan dikelilingi hutan hijau yang redup lagi nyaman udaranya amat sesuai dikunjungi para pengunjung. Ketika aku ke sana . . . selain daripada pengunjung tempatan . . . aku dapati ada ramai pengujung dari negara luar juga.

Mereka amat senang melihat gajah-gajah liar yang kini dapat dijinakkan dengan agak teratur dan sempurna oleh para pekerja dan penyelia juga pakar konservasi yang berkebolehan. Contoh-contoh kerja konservasi yang dilakukan terhadap gajah-gajah liar itu termasuklah menjaga kesihatan, makan minum dan kesesuaian habitat haiwan tersebut.



Berihat Sambil Menunggu Makanan
Dari kiri:
Penulis,Raji, Meni, Alimah


Masih mampu tersenyum . . . walaupun berasa agak lapar tengah hari itu. Sabar menunggu makanan . . . Foto kiri: Raji, Meni dan Alimah. Foto kanan: Penulis, Raji, Meni dan Alimah


Ha . . . makanan dah tiba . . . Tapi yang berdiri tu bukan waiter. Itu specialist konservasi gajah terkenal dengan panggilan 'Pak Ngah' di situ. Foto: Dari kiri - Penulis, Pak Ngah, Raji, Meni dan Alimah.



Bersembang di meja makan Dari kiri: Penulis, Pak Ngah, Raji, Meni dan Alimah


Bergerak lagi selepas makan. Melihat-lihat di gerai souvenir sebelum maju ke kawasan gajah mandi dan membuat pertunjukan bagi 'menghibur' para pengunjung.


Duduk Sebentar Untuk Bergambar
Dari kiri: Penulis, Raji, Meni dan Alimah


Melepaskan lelah . . . Foto kiri: Penulis dan Raji Foto kanan: Feeding time







Selepas menyaksikan show gajah . . . Foto kiri : - Pak Ngah, Penulis dan Alimah. Foto kanan: - Pak Ngah, Raji, Penulis, Alimah dan Meni.


Dari kiri: Pak Ngah, Raji, Penulis, Alimah dan Meni


Penulis dan Raji
Bergambar di hadapan gajah buatan


Soal papan tanda atau arahan . . . sempat juga kami bincangkan . . . he, he, he


"Baik aje kita boleh masuk pakai
kepala, badan dan segala punya kita Pak Uda",
gurau Suradji



[Hingga kita berkumpul lagi. Salam mesra daripada Pak Uda dan Mak Uda untuk Raji dan Meni.]







 


dsuarang.blogspot.com
[Belated publication]