Thursday, February 2, 2012

Dedikasi



 
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Untuk Seorang Seniman Berdedikasi



Tuan Hj Mahzan Manan


Sahabat ku ini . . . seorang yang amat berdedikasi dalam apa sahaja bidang seni yang diceburinya. Beliau aktif dalam seni lukisan dan seni muzik.

Aku lebih mengenalinya melalui aktiviti muzik sejak zaman 70-an ketika berpeluang berkarya dengan beliau . . . pada awalnya dalam persembahan nasyid Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ketika itu beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Islam, Kuala Lumpur. Tuan Hj Mahzan juga pernah berkhidmat di beberapa institusi penting lain sebelumnya termasuklah di Bahagian Radio Pendidikan RTM.


MM masih gigih berkarya ..................................tetap teliti dalam setiap karyanya


Aku masih berhubungan dengan beliau hingga sekarang . . . khasnya dalam penghasilan karya berkaitan dengan ciptaan/gubahan muziknya. 
 
Beliau yang masih gigih meneruskan aktiviti mencipta/menggubah lagu dan menerbitkan album tetap melakukan segala aktivitinya itu dengan penuh teliti dan dedikasi . . . hingga membolehkan beliau meraih anugerah demi anugerah dalam pertandingan muzik tempatan masa kini. 



Skor Muzik Gubahan MM
[nota tulisan tangan MM sendiri]


Paling menarik perhatianku ialah sikap beliau yang amat bersederhana dan merendah diri dalam tindak tanduknya mengharungi hidup sehari-hari . . . walaupun nama dan pencapaian beliau sebagai seorang komposer muzik . . . amat disegani di kalangan music circle di negara ini.



MM
Bersederhana dan Merendah Diri

Maka atas semangat yang sedemikian . . . aku mendedikasikan tulisanku yang tak sepertinya ini kepada beliau . . . . sebagai tanda penghargaan kecil-kecilan.



Satu Dalam Seribu


Melodi gubahannya indah
Karyanya terkenal jati
Terserlah
Penuh daya inspirasi

Bilakah
Bila lagi masanya
Dia diangkat sebaris nama
Penggiat setia seni bangsa
Atau sarjana budaya

Dia mencipta lagi
Belum penat belumlah berhenti
Hingga irama membawa kesan
Seribu kepuasan!


Tidak syak lagi . . . komposer yang bernama Mahzan Manan ini . . . sudah layak menerima penghargaan/anugerah yang jauh lebih tinggi dan berprestij . . . daripada pihak berwajib. Cuma . . . bilakah masanya?

Suatu hari nanti, insya-Allah!








 
 
dsuarang.blogspot.com

Wednesday, February 1, 2012

Budi, Dosa dan Balasan






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Budi, Dosa dan Balasan

budi, dosa dan balasan
ungkapan yang sering aku dengar terluah
daripada mulutmu tentang manusia dan kehidupan
inti perbualan yang selalu menarik perhatian;
dosa dan balasan
oleh-Nya dijanjikan kepada semua insan
setimpal hukuman bagi setiap kesalahan
awal ataupun lambat laun kemudian;
dan balasan
atas segala perbuatan baik atau jahat
nescaya diterima oleh mereka yang terlibat;
balasan
atas kemuliaan baktimu terhadap manusia berbilang keturunan
lantas menyebabkan ramai yang dengan ikhlas berdoa
agar engkau dilanjutkan usia
semoga kau sihat dan sejahtera untuk meneruskan
amalan baik ‘merawat’ dan ‘menyembuhkan’; begitulah …
niat semua ‘pesakitmu’ yang menaruh harapan!

Februari 2012





Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Saturday, January 28, 2012

d'SUARANG Invaded





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Superheroes To The Fore
{Belated Release}


The Scene:









Behind The Scene:









































The Playground:
























The Happening:


It was a Saturday. The date: 17 September 2011. The hideout . . . d'SUARANG . . . was taken by surprise . . . the presence of 4 Superkids . . . Superb in their own right!


d' SUARANG's 4 Superkids



Please welcome . . . Superkids 1 - 4 . . . in their order of appearance . . . relevant to this function.



Umar Ilham Majid
aka Spider'Mar
d Buzzday Boy


Ahmad Iman Iskandar
aka Super'Mad


Azim Muqry Basrie
aka Bat Jim


Dian Seri Aisyah
aka Incredible Baby Dian


Well that's quite enough as an opener to this episode . . . and . . . guess I'd better be writing in my own 'lingo' after this . . . before my omputih neighbour starts to pass uncalled for remarks . . . in his 'lingo' . . . of course . . . [for which he is very well versed and thoroughly familiar!]

Alahai . . . maksud mudahnya . . . para pembaca blog teman yang budiman . . . lebih baik bio teman nulih tentang peristiwa 'serangan' di d' SUARANG tu. . . dalam bahasa ibunda kita . . . (BM le). Jadi si omputih jiran teman tu tak dapat le nak ngaco atau nyebok!







Apa pula peristiwa yang sebenonya berlaku pada hari itu? Teman pun tak berapa perasan pada mulanya . . . Teman dan isteri teman lebih menumpukan perhatian untuk berkursus di Masjid Negeri Shah Alam pada hari yang sama.







Rupa-rupanya . . . ibu bapa, kaum kerabat dan suku sakat cucu teman si Umar Ilham Majid (Uim) ni . . . berhajat merayakan hari ulangtahun kelahiran Uim yang pertama pada tarikh tersebut. Patutlah teman rasa ada semacam suasana 'surprise' yang tidak ketentuan berlaku di daerah sini . . . kebelakangan ini!





 

[Tarikh sebeno Uim dilahirkan ialah pada 13 Ogos 2010. Sambutan ini 'belated' le sikit]. Tak kisah le tu . . .


 








Tema sambutan perayaan kali ini ialah Superheroes (Superkids d'SUARANG) . . . Pelaku utama . . . (Buzzday Boy) . . . Superkid Spider'Mar. Ini diikuti dengan Superkid Super'Mad, Superkid Bat Jim dan Superkid Incredible Baby Dian.



Spider'Mar --------------------------------------------Super'Mad


Bat Jim -------------------------------------------Incredible Baby Dian


Watak-watak lain yang tidak kurang pentingnya . . . menyumbang kepada kemeriahan acara sambutan yang berlangsung . . . adalah seperti yang tertera di bawah.





















Teman dan isteri teman hanya dapat melayan kerenah anak-anak dan cucu-cucu teman tu sehingga sebelum tengah hari. Selepas itu . . . anak-anak dan cucu-cucu teman . . . "must celebrate the occasion on their own" . . . [mengambil kata-kata si omputih jiran teman tu!]













































Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah melapangkan waktu berkumpul di d'SUARANG untuk menjayakan hari aksi Adiwira (?) pada petang itu. 

Teman cuma terpikio . . . kadang-kadang "the power of imagination" kome memang dahsyat sekali!










































































Ok aje . . . maka dalam ruang penulisan ini dimuatkan foto-foto majlis sambutan hari ulang tahun cucu ketiga teman . . . Umar Ilham Majid . . . sebagai kenang-kenangan.
 

Semoga dapat menjadi bahan tatapan yang menghiburkan.













































Dirgahayu Spider'Ma, Super'Mad, Bat Jim, Incredible Baby Dian dan seluruh warga d'SUARANG. Amin.








  


dsuarang.blogspot.com