Friday, May 18, 2012

Menziarahi Sepupu di Singapura






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Semangat Pertalian Keluarga



 Setelah mengunjungi Jurong Bird Park pada hari Sabtu 5 Mei 2012 . . . aku dan ahli-ahli keluarga serombongan . . . menuju ke kawasan perumahan di Clementi West.

Kami berhajat ke rumah adik sepupu Alimah . . . yang sudah agak lama juga tidak kami temui. Hasrat kami untuk mempereratkan silaturahim dengan keluarga Hjh Fauziah Saad.

Setibanya kami di rumah Fauziah . . . kami diberikan sambutan yang hangat . . . dengan menampakkan semangat persaudaraan yang begitu ketara. Fauziah sekeluarga mesra sekali.






Dua sepupu yang sudah lama tidak bertemu
kiri: Hjh Alimah . . .  kanan: Hjh Fauziah




Selang beberapa minit aku di situ . . . aku teringat akan Hj Yusof . . . suami Fauziah. Aku bertanya tentangnya. Aku bertanya tentang kesihatannya. 

Fauziah memberitahu bahawa Yusof  ada di bilik selari dengan ruang tamu itu. 

Fauziah menyatakan juga bahawa Yusof di situ kerana mesti mendapatkan bekalan oksigen daripada mesin yang tersedia di dalam bilik itu. Jarang-jarang sekali beliau keluar . . . melainkan jika sekali sekala pergi ke bandar.





Saling bertanyakan khabar . . . 
berbual mempereratkan silaturahim







Aku agak terkejut dengan info itu. Aku sebenarnya terkejut mengetahui keadaan kesihatan saudaraku itu. Selama ini aku sangkakan Yusof cuma menghidap asthma biasa . . . apabila beliau jarang dapat hadir dalam majlis-majlis keluarga di KL. 






Hidangan pun dijamah . . .



Walau bagaimana pun, setelah aku masuk ke bilik tempat Yusof  berehat . . . hatiku terasa sedikit lega. Yusof kelihatan sihat jua . . . cuma memerlukan bekalan oksigen dari masa ke masa.

Aku berbual dengan Yusof. Lama juga. Berbagai-bagai perkara kami bualkan. Aku perhatikan Yusof  bijak berbicara. Daya fikirnya tetap tajam.

Aku berdoa semoga keadaan sebegini terus berkekalan dan semoga kesihatan Yusof bertambah-tambah baik. Amin.





 Fauziah melayan anak-anak saudaranya
Alyn dan Halmy
sambil penulis bersembang dengan Yusof




Dari kiri: Shidi, penulis, Hj Yusof



Seperkara lagi yang menarik perhatianku . . . Yusof dapat bersama-sama kami di meja makan pada petang itu. Beliau bercerita dan mendengar cerita. Kisah demi kisah. Lama beliau melayan kami di meja makan itu. Sesuatu yang jarang-jarang dilakukannya . . . pada hari-hari biasa.





Penulis dan Yusof membincangkan sesuatu 
perkara mustahak nampaknya



Hidangan mee rebus
Singapore style . . . 




Terus berbual-bual selepas menikmati
 hidangan mee rebus buatan sendiri 
Chef Fauziah



Akhirnya . . . Yusof mengiringi kami ke pintu keluar rumahnya . . . menyebabkan aku sekeluarga berasa amat terharu. Kami terharu dengan semangatnya yang begitu kental menghadapi penyakit yang ditanggungnya.

Bak kata Yusof . . . " Ini sudah bahagian saya, bang. Mungkin ALLAH nak bagi uji supaya kita sedar dan  insaf."

Memang benar kata Yusof itu. ALLAH berkuasa ke atas segala-galanya. Kami cuma memohon kepada-NYA . . . Ya ALLAH apalah kiranya dapat ENGKAU mengabulkan doa hamba-hamba-Mu ini:

Pulihkanlah kesihatan Yusof . . . saudara kami ini . . . seperti sedia kala dan . . . bahagiakanlah beliau serta seluruh keluarganya yang baik budi ini. Amin.


Bamuda
dsuarang.blogspot.com 

Thursday, May 17, 2012

Geng Swiss Cottage Singapura


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Pertemuan Selepas 43 Tahun


Sudah kira-kira 43 tahun Alimah tidak menjejakkan kakinya di bumi Singapura. Selepas pulang ke Malaysia pada tahun 1969 Alimah tidak lagi turun ke pulau tempat beliau pernah bermastautin dan bersekolah suatu masa dahulu.

Beliau mula tinggal di Singapura pada tahun 1950. Beliau mengikuti ayahnya Yassin bin Ahmad dan ibunya Maimunah binti Mahat ke sana. Ketika itu ayah Alimah bertugas sebagai anggota Polis dalam angkatan tentera udara diraja British . . . RAF (Royal Air Force) . . . dan pernah bermastautin di RAF Seletar dan kemudiannya di RAF Tengah. 

Alimah bersekolah rendah di Serangoon Garden dan menengah di Swiss Cottage. Beliau sejak lama ingin bertemu dengan kawan-kawan zaman persekolahannya dahulu.

Disebabkan urusan peribadi dan keluarga yang sentiasa penuh dengan kesibukan berbagai acara . . . maka baru pada hari Sabtu 5 Mei 2012 Alimah dapat melapangkan sedikit waktu untuk berkunjung ke Singapura.

Alimah menghubungi Salehah Karim* . . . kawan lamanya ketika di Swiss Cottage . . . dan menyatakan hasratnya untuk bertemu ketika berada di Singapura kelak.

*[Salehah pernah ke KL dan berhubungan serta bertemu dengan Alimah sebanyak 2 kali. Kali terakhir mereka bersua muka ialah pada 6 Januari 2011.]





Alyn memandu dalam hujan lebat yang mengiringi kedatangan kami sekeluarga . . .




Hujan tetap lebat . . . hujan rahmat . . . menemani ketibaan berhajat . . .



Selepas Salehah menyatakan kesediaannya menantikan kedatangan Alimah serombongan . . . pada hari  Ahad 6 Mei 2012 . . . maka pada tengah hari itu . . . kami sekeluarga seramai 6 orang pun sampailah ke rumah Salehah (Pn Hjh) dan Aeji (Tuan Hj) di Woodlands Ave 5.




Pn Hjh Salehah Karim .................................. Tuan Hj Aeji Karmak
                                     



Di rumah Aeji dan Salehah . . .








kami bertanyakan khabar satu sama lain . . . dan bersembang-sembang . . .






Hadi menantu Salehah . . . membantu menghidangkan juadah untuk tetamu keluarganya . . . Terima kasih Hadi . . .



Foto kanan - dari kiri: Salehah, Nur Insyirah, Aeji, penulis




Ketibaan kami disambut hujan yang tiba-tiba turun dengan amat lebatnya. Hujan rahmat . . . kata orang tua-tua kita.






Foto kiri: Lyana, Alyn, Amad.  ............. Foto kanan: Tiga kawan lama - Alimah, Aida, Salehah




Puan Aida Sani





masih berbual panjang  . . . maklumlah bukan selalu dapat bersua begini rupa . . . 




Itu ini . . . begitu begini . . . Ikhlas curahan sepenuh hati . . . 



















Penuh ekspresi yang kadangkala beremosi . . .




Apa buat tu mami . . . 
catat minit pertemuan . . . di Woodlands Ave 5 ni?





Amad . . . kasi chance lah opah tu . . . seronok jumpa kawan-kawan lamanya . . . 




I ingat lagi dia ni . . . masa tu . . . 











Ini boleh . . . itu tak boleh . . . tak kisahlah . . . asal kita semua berbahagia . . .





Lihat dan lihat lagi . . . 









Asyik betul geng lama ni dengan album kenangan lama tu . . . 
[Amad kata: Takpe le opah . . .









tatap le lama-lama gambar-gambar tu . . . janji Amad tak miss minum . . . hmm ]






Nur Insyirah di belakang tu . . . daripada berdiri . . . dalam foto kiri . . . hingga dah duduk dalam foto kanan . . . sembang kami tak habis-habis juga . . . kesian dia penat . . . sorry ya . . .










Isyarat tangan memainkan peranan . . . menyatakan perasaan . . . 




Apa dua atuk tu sembangkan . . . mak?


Tanpa pengetahuan kami . . . Salehah telah menghubungi beberapa orang 'geng' lama Swiss Cottage yang lainnya . . . memberitahu akan kehadiran Alimah di Singapura. Rupa-rupanya mereka yang dapat hadir (ramai yang tidak berkesempatan turut serta kerana sedia ada prior engagement masing-masing) telah membuat rancangan untuk menjamu kami makan di sebuah outlet makan di bandaraya ini.







Ketika mula bersua muka di luar outlet makan . . . 







Kawan bertemu kawan . . . Amad pun ambil kesempatan . . . he, he






Harap-harap dapatlah berjumpa ramai
 lagi kawan-kawan lama sekolah kita . . . 
[Insya-Allah kita usahakan bersama kata Aida dan Salehah]







Saya selalu naik ke KL . . . Rosli menceritakan aktiviti biasa beliau 
[Rosli ni biker . . . geng motor besar beb!]




Nanti sekejap saya ambil dompet ini . . .




oh . . . ada kad peribadi ya . . .
ingatkan nak bagi Sing dollars tadi . . . he, he
  [Kata Rosli dalam hati?  ish, ish, ish . . .
jangan mare kawan!]




This is my card




Kita sign aje MoU ini . . . 
demi kebaikan bersama . . .



Kami tidak dapat menolak . . . dan sesungguhnya tidak akan menolak . . . gesture yang baik seperti ini. Lantas . . . setelah berbual panjang di rumah kawan lama Alimah . . . kami ke tempat makan pula . . . bukan semata-mata untuk makan dan minum . . . tetapi juga untuk saling berkenalan antara satu sama lain.





Santai dan selesa . . . walaupun baru sahaja berjumpa . . .




Suasana pertemuan ternyata mesra
[Dari kiri: Aeji, As'at, penulis, Rosli]




Amad mempengerusikan EGM 
geng lama . . . dan baru
[Dari kiri: Rosli, Alyn, Amad, Lyana] 




Persidangan Wanita
[ Dari kiri: Lyana, Afzan, Alimah, Aida]





As'at nak telefon member . . . Aeji pula sedang membuat order . . . [pesan makanan le]



Alimah, Aida, Salehah dan As'at
 mengenang kembali kisah lumrah
 anak-anak nakal . . . masa bersekolah dulu . . .





tak apa . . . sekarang dah jadi orang baik-baik . . . dan berwawasan . . . [apa tu hah!]





Dari kiri: Aeji, As'at, penulis



Makan . . . jangan segan-segan



Mengapa pause makan tu Aeji?



Sedapnya . . .



Dari kiri: As'at, penulis, Rosli





 Berekspresi  sekali nampaknya kawan-kawan . . . apa cerita tu? 




 Tak lah . . . nak bagi tau aje
 dah lama dah . . . 
kami plan nak datang . . . 



oh begitu rupanya . . . ingat apa tadi . . .




Ha . . . aku nak tanya sikit . . . 



. . .  mana lak datang beg plastik di atas meja ni . . . siapa punya ha?



Kawan-kawan di  Round Table
 



Kawan-kawan . . . aku sarankan . . .
[As'at memperkatakan sesuatu]



 Kita set lagi pertemuan begini
[Ok aje . . . setuju] 


 
Mari pulang, pulang kita pulang . . .
[Alyn mendukung Amad yang keletihan
menyertai perjumpaan geng lama ni] 


Alimah pula tentunya ingin mempereratkan tali silaturahim dengan kawan-kawannya yang sudah terlalu lama tidak ditemuinya.





Hjh Salehah Karim .......................................... Aida Sani




Rosli Benjari ........................................... Hj As'at Mohamad




Syukur . . .  segala rancangan serta aturcara pertemuan semula dan perkenalan baru ini dapat dipenuhi dan terlaksana dalam suasana yang amat selesa dan muhibah.
Alhamdulillah, Alimah (dan kami semua) akhirnya dapat juga bertemu dengan Pn Aida Sani, Tuan Hj As'at Mohamed dan Tuan Rosli Benjari yang turut hadir di outlet jamuan makan.
Penulis secara peribadi amat menghargai pertemuan sebegini . . . dan mendoakan mudah-mudahan kemesraan dan keceriaan persahabatan dan kesetiakawanan kalian alumni Swiss Cottage berterusan wujud hingga ke akhir masa.

Terima kasih kepada semua yang sudi menantikan dan meraikan kehadiran Alimah . . . lebih tepat lagi . . . kehadiran kami sekeluarga. 


















Bersalam-salaman . . . 





Sebelum berpisah untuk sementara . . .




Dengan harapan kita bertemu semula . . . 





Dalam keadaan sihat dan sejahtera . . .
[Dari kiri - Baris hadapan:
 Aida, Salehah, Alimah.
 Baris belakang
Lyana, Alyn (dukung Amad),
 Rosli, penulis, As'at]


Semoga Allah mengizinkan kita bertemu lagi . . . dalam keadaan yang tetap mesra dan ceria . . . pada lain ketika. Amin.



Bamuda
dsuarang.blogspot.com