Thursday, July 12, 2012

Penantian Berterusan




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Aish Masih di Nursery


Khamis 5 Julai 2012 Anum masih di Pusat Perubatan Naluri menerima rawatan susulan setelah melahirkan Aish pada malam semalamnya.

Kami sekeluarga terus memberikan sokongan moral kepada Anum yang perlu bersabar menantikan saat bila Aish dapat keluar daripada Nursery itu dan boleh di bawa pulang ke d'SUARANG.

Jiran Omputih*: Besabo aje le Anum . . . Sabo tu kan sebahagian daripada iman . . . 



























Dalam pada menunggu dengan penuh tabah . . . Anum mendapat berita . . . [tweet ke sweet?] . . . bahawa tengah hari nanti kawan-kawan dari OUM akan datang berkunjung . . . 

Anum: Alamak walaupun baby tak ada di sisiku? . . . Oh ho . . . baru aku tahu . . . kasih juga mereka tu kerpada diriku ini . . . he, he!











Dari kiri:
Syarifah Hidayatul Syed Husain, Kavitha Raman,
Myzatul Marina Kamar Azaly, Anum, Rosaini Ab Lazid,
 Mangai Rajoo, Umi Hanim Mohd Ibrahim










Anum:  Ha . . . benarlah . . . Dah datang pun kawan-kawanku berziarah seperti yang dijanjikan. Very reliable people . . . Thank you all. 

Jiran Omputih*: Emm . . .  "Kerbau dipegang pada talinya . . . manusia dipegang pada janjinya."

*[Si omputih ni pun dah mula berjinak-jinak dengan amalan berbahasa Malaysia . . . rakyat Malaysia sendiri . . . bila lagi?]











Si Aii pula dah mengantuk. Dah lama sangat menunggu . . . agaknya. 

Aii: Jom kita balik dulu le . . . Mak Lyn . . . Nanti kita datang lagi.


Bye . . . Jangan lupa ikuti berita tentang si Aish lagi . . . dalam siaran akan datang.


Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Friday, July 6, 2012

Aish, Aish, Aish






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Aish , The Arrival


Aish, Aish, Aish . . . suatu penantian yang menguji kesabaran. Suatu hari yang terasa amat panjang. Suatu malam yang menduga kecekalan. Suatu peristiwa yang sebelum terurai dengan sempurna membebankan keupayaan minda . . . walaupun sekadar sebuah kisah kelahiran biasa.


Alhamdulillah . . . Aish Maliq Basrie telah selamat dilahirkan pada jam 8:23 malam Rabu 4 Julai 2012 bersamaan 14 Sya'aban 1433H. 


Pernyataan penulis dalam mukadimah di atas menggambarkan debaran perasaan kami sekeluarga bermula sejak pagi Rabu 4 Julai itu.  



Mazlyna Hanum Abdul Majid (ibu Aish) ditemani ke Hospital Ampang oleh Royhai'zam Basri (bapa Aish) pada jam 9:00 pagi. Mereka ke sana bersama bapa saudara Aish . . . Hazry Zaharith Abdul Majid.



Setelah berjumpa dan diperiksa doktor di Hospital Ampang . . . ibu Aish (Anum) disuruh pulang dahulu . . . kerana dikatakan belum hendak melahirkan . . . (baru buka 1cm?)



Anum tidak dibolehkan masuk ke wad di hospital tersebut. Entah mengapa sebabnya . . . wallahuaklam! 



Anum diarahkan oleh doktor itu supaya datang semula kemudian (apabila sudah buka 3cm?) Persoalannya bagaimana Anum hendak tahu . . . dah buka berapa-berapa cm pada waktu-waktu mana? Alahai . . . doktor, doktor! 




Maka tidaklah menghairankan apabila berlaku kes pesakit yang hendak bersalin . . . melahirkan bayi dalam kenderaan sahaja . . . apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas (traffic jam). Alahai . . . hospital, hospital!




Tunggu-tunggu. Tunggu punya tunggu di rumah . Anum mengalami kesakitan yang tidak menentu sepanjang waktu sejak jam 10:00 pagi itu!



Pada kira-kira jam 4:00 petang Anum berasa sakit yang amat sangat. Kami sekeluarga mengambil keputusan menghantar Anum ke pusat bersalin swasta yang berhampiran sekali. Bayar pun bayarlah!


Setelah diperiksa doktor di pusat bersalin tersebut . . . (Anum didapati telah buka 8 cm?) Alahai . . . mujur kami menghantarnya ke sini. Kalau tidak . . . alahai . . . manalah kami nak tahu . . . wahai doktor Ampang!


Tunggu-tunggu. Tunggu punya tunggu. Akhirnya pada jam 8:30 malam kami mendapat berita gembira Aish telah tiba sebentar tadi. Beratnya ketika lahir 3.95 kg. Panjangnya 51 cm. Kepala 36 cm.


Sungguh tenang suasananya ketika itu walaupun kami diberitahu Aish tidak boleh dikeluarkan daripada bilik Nursery untuk beberapa waktu. 























Kami sekadar dapat melihat ke arah Aish dari luar Nursery. Jadilah . . . buat sementara.















































































Anum juga tidak berada di biliknya (wad pesakit) apabila kami tiba di Pusat Perubatan Naluri kendalian Dr Kamariah pada jam 9:30 malam itu. Anum masih dirawat di bilik bersalin. 






















Kami hanya dapat bertemu Anum pada kira-kira jam 12:45 pagi Khamis 5 Julai esoknya setelah beliau dihantar ke situ.










Alhamdulillah akhirnya segala yang diharapkan telah terlaksana dengan sempurna jua. 


Untuk Aish Maliq Basrie (cucu ke-5 penulis) . . . ingatlah sentiasa . . . kelahiran oleh seseorang ibu itu tidak selalunya mudah. Ibu biasa bertarung nyawa untuk melahirkan cahaya matanya. Hargailah jasa ibumu sampai bila-bila.


Semoga Aish menjadi anak yang soleh dan berguna kepada ibubapa, keluarga, masyarakat, bangsa dan agama. Amin.


Tunggu siaran-siaran lain tentang Aish yang bakal menyusul. 




Bamuda
dsuarang.blogspot.com