Saturday, September 15, 2012

Kunjungan Sepupu di Aidilfitri


THURSDAY, 13 SEPTEMBER 2012




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Fadhila Sepupuku Nasab Ibu


Pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri bersamaan 1 Syawal 1433H d' SUARANG dikunjungi keluarga sepupuku Fadhila (Cik Dee) Mokhtar dari Seremban.

Fadhila adik sepupu aku nasab ibuku Zainab binti Mohd Taib*. Beliau ditemani suaminya Zahari Ujang dan empat orang anaknya . . . Amir Fahmi, Nadia Farhana, Firdaus dan Nurain Faiqah.

*[Ibuku Zainab adalah kakak kepada Pak Ngahku Mokhtar dan Pak Cuku Abdul Rahman. Mereka ini tiga adik beradik seibu dan sebapa. Ketiga-tiganya sudah kembali ke rahmatullah. Marilah kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada mereka . . . Amin].



















Kami sempat bersembang-sembang sambil menikmati juadah hari raya sepanjang pertemuan itu. Agak lama juga kami berbuat demikian. Maklumlah bukan selalu dapat bertemu dan bersantai begini rupa . . . walaupun jarak tempat kediaman kami masing-masing tidaklah teramat jauh!











Setelah segala rasa dapat diluahkan dan segala bicara selesai diutarakan . . . Fadhilah sekeluarga memohon diri untuk pulang ke Seremban. Mereka meniggalkan d' SUARANG dengan kemesraan yang terkesan di hati kami sekeluarga.

Mudah-mudahan kita dapat bersua lagi dalam keadaan penuh riang dan dengan kesihatan yang baik pada masa muka. Insya-Allah.
   





Fadhila Mokhtar kini . . . 


Bagaiman pula dahulunya?


Tiba-tiba aku terkenangkan zaman silam . . . ketika Fadhilah yang berkunjung ke rumahku ini . . . tinggal bersama keluarganya (keluarga Pak Ngahku Tuan Hj Mokhtar Mohd Taib) di kuarters Lady Templer Hospital, Cheras. Foto-foto berikut dirakamkan pada Ahad, 20 Disember 1964.

"Very nostalgic indeed!" . . . kata jiran Omputih aku . . . hmm.







Belakang: Penulis, Siti Hawa Nor, Fauzia, Mazlan
Depan: Rosnan, Fadhila, Farida





Belakang: Siti Hawa Nor, Fauzia, Fatimah
Depan: Fadhila, Farida





Belakang: Mohd Azman, Penulis
Tengah: Fatimah, Fauzia, Safian, Mazlan
Depan: Farida, Siti Hawa Nor, Fadhila, Rosnan




Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Thursday, September 13, 2012

Silaturahim Aidilfitri 1433H


WEDNESDAY, 12 SEPTEMBER 2012




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Kunjungan Raya Penuh Makna


Pada hari ini . . . tergerak di hatiku untuk melakukan kunjungan persaudaraan. Kunjungan bersempena menyambut perayaan Syawal yang penuh nikmat dan berkat. Kunjungan ke rumah-rumah ahli keluarga yang begitu rapat hubungannya dengan diriku. Mereka yang juga pernah begitu erat pertaliannya dengan orang yang aku kasihi.

Kunjungan ini kunjungan Aidilfitri yang penuh bererti. Kunjungan bagi memelihara silaturahim dengan mereka yang masih ingin mengingati dan diingati.




di TTDI . . . 
















Foto-foto aku sekeluarga bersama Bonda Che Nor dan Adinda Che Kama pada 2 Syawal


















































di Taman Seri Segambut . . . 






Foto-foto aku sekeluarga bersama Ayahanda Hj Lokman Mohd Shariff dan Bonda Hjh Maryam Yaacob pada 2 Syawal


























di Kampung Nakhoda . . .






Foto-foto aku sekeluarga bersama Kekanda Hj Ismail Baharom dan Hjh Zaleha Moid pada 3 Syawal




















































































Semoga terus berpanjangan silaturahim yang erat . . . khusus buat keluarga yang terdekat. Amin.



Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Sunday, September 2, 2012

Ops Cucu 'Ops'





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Aish Oh Aish


Jangan Aii saja jadi cucu 'ops' . . . Aish Maliq Basrie (Amb 2) pun akan begitulah nampaknya. Foto-foto berikut boleh menjadi antara bahan 'pengesah' awal terhadap situasi sedemikian.






Aish Muqry Basrie (Amb 2)



Atuk tak kisah. Suka hati kome le . . . Opah Alimah pun suka dan rela . . . walaupun Amb 2 ni dah berstatus cucu ke-5.






Opah Alimah dan Cucu kelimanya




Berpotensi jadi star MU . . . ?
fan . . . mungkin aje . . . 
ramai contoh dalam keluarga) 




Lap dulu susu yang meleleh kat pipi ni . . .





Sambung balik . . .
sumber energy mesti cukup





Striker ke Attacking Midfielder?








Nantilah Opah telepon dak Fergie tu . . . 





Sementara waktu . . . habiskan susu ni dulu!



Atuk cuma mengucapkan Alhamdulillah. Lain-lain kerenah (cucu ni dan semua gengnya di d'SUARANG)  Atuk serahkan saja kepada kebijaksanaan Opah . . . beres insya-Allah!




Bamuda
dsuarang.blogspot.com