dsuarang

... a space to express, to douse stress and to rouse interest ... <><> ... ruang luahan rasa, paparan wacana dan asahan minda ...

Wednesday, December 26, 2012

Menghargai Isteri





 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Harapanku , Luangkan Sedikit Waktu 



Menjelang tahun baru yang bakal tiba tidak beberapa hari lagi . . . 

Sabtu 12 Januari 2013 bersamaan 29 Safar 1434H yang mendatang akan genaplah 39 tahun usia perkahwinanku dengan Alimah Yasin.

Alhamdulillah . . . aku bersyukur.

Namun . . . aku tidak terlepas daripada memikirkan ada semacam sikap yang tidak berapa 'segar' atau 'sihat' menular di kalangan komuniti kita berhubung dengan melahirkan perasaan kasih sayang terhadap pasangan hidup masing-masing.

Kini . . . ramai pasangan yang setelah agak lama berkahwin . . . secara automatik menjadi seolah-olah 'segan' atau 'malu' menunjukkan kasih sayang antara mereka . . . pada hal mereka mungkin sahaja tidak bersikap sedemikian ketika baru-baru berkahwin dulu. 




Foto tahun 1974 di Tugu Negara KL

Telah lama aku perhati dan amati sikap yang negatif ini. Sejak zaman aku masih kanak-kanak. Sesungguhnya, mungkin jauh lebih lama daripada itu. Mungkin sejak zaman tok nenek kita lagi! Lama tu!

Apa yang aku perhati? Apa yang aku amati? Apa pula kesimpulan sendiri yang aku perolehi ?

Ketara sangat orang kita ni susah hendak mengucapkan kata-kata menyayangi seseorang khususnya orang yang amat dekat dengan diri mereka.

Ada kalanya . . . macam berat sangat mulut mereka itu untuk mengeluarkan kata-kata itu . . . apatah lagi memperlihatkan kasih sayang! 

Aku sendiri (sepanjang ingatanku) tidak pernah mendengar ucapan atau kata-kata 'sayang' daripada bapa, dan adik beradik atau ahli-ahli keluarga terdekat yang lain.

Ibuku jauh sekali! (Emak telah pergi dahulu buat selama-lamanya ketika aku berusia kira-kira 5 tahun. Bukan salah Emak. Aku pun tak pernah ingat kalau Almarhumah itu pernah berkata sedemikian). 

Kata sesetengah bijak pandai tentang hal-ehwal kekeluargaan (lebih tepat hubungan antara ahli-ahli keluarga terdekat) keadaan begini wujud kerana ramai yang 'malu' menyatakan atau menonjolkan perasaan masing-masing secara jelas dan ikhlas! 

Ada juga yang berkata keadaan ini disebabkan ramai yang menganggap pernyataan kasih sayang (khususnya antara orang yang terdekat hubungannya dengan seseorang) sebagai sesuatu yang 'remeh' dan sudah menjadi 'lumrah' diterima secara "faham-fahamlah sendiri". (Apa kata Omputih tu . . . something always taken for granted . . .) 

Ada pula yang bimbang dicap "mengada-ngada" (tambahan pula apabila mereka sudah dikategorikan sebagai golongan berusia 'senja' . . . ) andainya menunjukkan kasih sayang secara terbuka atau bersahaja  kepada ahli-ahli keluarga mereka sendiri. 

Entahlah, sepatutnya semakin tua . . . semakin yakin kita mempamerkan sikap yang positif ini agar dapat dicontohi generasi muda sekarang dan yang akan datang. Wallahuaklam.







Aku tetap berpendapat bahawa zaman 'segan' atau 'malu' yang tak menentu itu sudah berlalu . . . sudah sepatutnya lama menghilang . . . dan tidak harus menjadi penghalang lagi terhadap sikap positif memperlihatkan kasih sayang . . . asalkan kena cara dan tempatnya! 







Aku dengan rendah hati menasihati diriku sendiri  . . . dan menyarankan kepada para pembaca yang budiman . . . agar berusaha mengubah kebiasaan yang janggal dalam hubungan kekeluargaan kita . . . setakat yang terdaya dari segi perasaan (kerohanian) dan termampu dari segi kebendaan (material) . . . supaya tercapai sesuatu ikatan perhubungan yang lebih bersifat erat, mesra, ikhlas dan bermakna.

Pendek kata apalah luar biasanya kita menunjukkan atau menyatakan perasaan kasih sayang kita terhadap mereka yang paling rapat hubungannya dengan kita secara lebih jelas dan ikhlas tanpa ragu-ragu atau malu!





Apa pun . . . itu pendekatan aku. Orang lain tentu ada cara mereka yang tersendiri. Terpulang. Terserah. "Rambut sama hitam, hati lain-lain," kata pepatah. 


Melalui penulisan ini aku ingin menyatakan untuk kesekian kalinya kepada ahli-ahli keluargaku bahawa aku, "Sentiasa Sayang Akan Kalian." 

Aku seterusnya berharap kalian dapat pula mencurahkan kasih sayang kalian kepada keturunan kalian nanti dengan cara yang jelas dan ikhlas lagi bijaksana, tanpa ragu-ragu atau malu!

Insya-Allah . . . terlaksana.







"Ya Allah . . . peliharakanlah seterusnya ikatan perkahwinan kami ini. Kurniakanlah kebahagiaan yang berpanjangan kepada kami sekeluarga. Berikanlah kami kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan dugaan pada masa depan . . . dan kekalkanlah kami sebagai keluarga yang baik dan bersyukur." 



















"And . . . on this momentous occasion . . . my most sincere thoughts and warmest feelings of gratitude is dedicated to my beloved wife Pn Alimah Yasin for all that she had strived to make happiness possible and for practising d art of ensuring an undisturbed comfortable life for me and that of my whole family. Thank you many times over, dear."


Terbukti Sejati


Isteriku Alimah yang tercinta
sejak mula kita pernah bicara
tentang masa depan yang kita harapkan
empayar yang ingin kita tegakkan
risiko yang harus kita ambil
impian kita yang boleh jadi nyata
kalau mendapat restu keizinan-NYA
untuk nikmat kita bersama!

Alimah yang tercinta
lama sudah kita lalui susah senang kehidupan
ini salah satu cara dapat kusampaikan kesyukuran
mimpi kita nampaknya membungakan kenyataan
anak-anak jagaan kita besar sudah . . . Alhamdulillah
hidup dengan cara yang kita bina . . . agak sempurna

Yang tercinta
aku sering ingin memberitahu mu
naluri keinginanku bersama mu kekal . . .
gagal atau menyesal tidak pernah kukenal!

Tercinta
engkau terlalu banyak berbakti kepadaku dan keluarga 
rasanya tak terbalas olehku sebagai seorang suami biasa
cuma harapanku hidupmu terus selesa sehingga kini  
insya-Allah balasan daripada-NYA lebih berganda lagi
namun untuk hari ini aku tandakan bahawa peribadimu
terbukti sejati . . .
alhamdulillah kau benar-benar seorang isteri!


Abdul Majid Baharom
Ogos 12 2005
(dikemaskini pada Disember 25 2012)


Puisi di atas yang tertulis pada tahun 2005 merupakan antara penghargaan kecilku buat isteriku Alimah . . . yang tentunya tidak terbalas segala budinya terhadap kami sekeluarga. 

Semoga Allah swt sahaja yang memberkati  jasa baktimu. Amin.



















Bamuda
dsuarang.blogspot.com
Posted by Bamuda at 10:25 AM 2 comments:
Labels: Keluarga AMB

Tuesday, December 25, 2012

Terkenang Resolusi Tahun Baru




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Ubah Pendirian Biar Bertempat


Biar aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua terlebih awal. Semoga apa saja resolusi anda "tahun demi tahun" telah pun tercapai atau sekurang-kurangnya sedang menuju ke arah pencapaian.


Bercakap tentang azam tahun baru, aku sebenarnya sudah jemu dan sesungguhnya hampir-hampir berada di tahap meluat dengan soalan klise:

"Dah tercapaikah azam tahun lepas? Apakah pula azam untuk tahun ini?" 

Penat sungguh memenatkan!

Aku bukan nak cakap sangat fasal azam tahun baru. Aku nak cerita saja. Nak cerita bagaimana dulu aku pernah berazam tahun demi tahun untuk berhenti merokok. Setiap awal tahun aku bina azam. Hujung tahun azam tak pernah tercapai. Macam berniaga buluh kasap ... hujung lepas pangkal lesap! Tak tercapai apa pun.








[Aksi-aksi seorang perokok tegar ketika berada di mana-mana ]


Aku memang perokok tegar. Sudah lebih daripada 30 tahun aku merokok. Setiap hari aku memerlukan paling kurang 4 kotak rokok . . . 20 batang rokok setiap kotak! 

Aku termasuk di dalam golongan 'chain smoker'. Aku menghisap rokok bertali arus terutamanya apabila aku sedang melaksanakan tugas-tugas penerbitan . . . sebagai seorang editor.







[Lagi aksi penulis merokok di mana-mana pada zaman dahulu. Zaman sebelum "Tak Nak"]


Berakhir tahun 1999 . . . menjelang pula tahun 2000. Aku berasa amat gembira. 

Aku gembira kerana sudah mula mendapat kekuatan diri untuk berhenti merokok. Alhamdulillah . . . Tuhan telah membukakan pintu hatiku untuk berbuat demikian pada ketika zaman sedang beralih ke alaf (milenium) baru.  

Dan . . . akhirnya aku behenti merokok. STOP!

Aku bangga dan gembira kerana tahun 2000 itulah juga merupakan tahun aku bebas daripada kongkongan pekerjaan rasmiku.

Dalam pengertian mudah , aku sudah pencen! Mungkin aku gembira sebab nanti aku tak perlu bayar lagi harga yang tinggi untuk rokok ... dan paling penting tak perlu nanti kena bayar harga tertinggi untuk nyawaku!

Aku berhenti di sini dahulu. Nanti aku ceritakan pula cara aku berjaya berhenti merokok. Tu..ng..gu..uuuuuu.

Buat sementara waktu aku tidak malu menunjukkan perubahan pendirian secara mendadak. Aku juga tidak menyesal berbuat demikian. 


Mengapa aku harus malu atau menyesal berubah pendirian?Aku bukan ahli politik . . . atau wakil rakyat . . . yang berubah  kem atau yang melompat parti. Aku bukan pemimpin yang menjual hak. AKU HANYA SEORANG PEROKOK yang sudah insaf . . . seorang perokok tegar yang kini berubah pendirian.

Pesanku kepada yang masih merokok . . .  ubahlah pendirian . . .  kerana perubahan ini kena pada tempatnya!


Renung renungkan . . .












Bamuda 
dsuarang.blogspot.com 
Posted by Bamuda at 9:46 AM No comments:
Labels: Cerita Pengalaman AMB

Wednesday, December 19, 2012

We Talked To Strangers





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Puisi Kenangan


Saat ini . . . aku tiba-tiba terkenang akan daerah-daerah teristimewa dan terindah di bumi Tuhan . . . yang pernah aku kunjungi . . . 


demi Allah . . . bukan berniat menunjuk-nunjuk atau atas desakan riak . . . aku terbitkan semula *puisi yang sempat aku catatkan ketika di sana . . . tentang sikap dan keegoan manusia biasa (aku tidak terkecuali!) dalam hal perhubungan atau komunikasi sesama sendiri . . . 


*[Aku mohon maaf menerbitkan terus puisi ini dalam bahasa Inggeris . .  . kerana demikianlah ilham yang diberikan-NYA kepadaku ketika di daerah-daerah sana itu.]


segala situasi sebelum , semasa, mahupun sesudah berpergian ke daerah-daerah tersebut . . . aku renungi kembali . . .


aku hanya ingin mendorong diriku terus mencari kesudahan terbaik dalam perkara ini agar tercapai sesuatu kemajuan dalam cara berhubungan atau berkomunikasi di masa muka.


Mudah-mudahan Allah swt mempermudahkan segala usahaku membaiki kelemahan diri ini . . . dan mudah-mudahan dapat jua aku menanamkan sedikit rangsangan untuk berubah dalam diri mereka yang seperti aku.


Ya Allah berkatilah kami semua. 





Strangers No More



Makkah, Muzdalifah, Arafah, Mina and Madinah . . .

We came, we saw . . . and were struck with awe! 


Strangers we were at the onset 
letting nothing and expecting none to let. 



Each and everyone of us 
displaying our very own air of indifference . . . distinctive 
to boot, discriminating culture and differing belief. 
A lifestyle filled with much individuality 
developing a flair for arrogant familiarity .
A so-called behavioral manner 
trendily termed as
some kind of non-intervention 
in other people concern! 



Without much concern to the norms
of commonly accepted sensibility; 
Without much ado for collective liability 
or respect for social responsibility; 
Most fearfully . . . 
without having any sense of humility 
even when faced with the probability 
of inviting much wrath 
of the Almighty! 



Nonetheless
with the passing of time
with the dawning of many-a-day
and forms of learning in many-a-way
inculcating valuable values
instilling honourable virtues . . .
we were destined
to be transformed
into matured earthlings
hopeful of becoming better beings. 
No longer
putting interest of self above others
no longer behaving like suspicious strangers . . .
hence open to goodness
to the calm and charm
of this holy land
universally renowned as
the Haram! 
Everything and everyone

seekers of the holy Haj
were blended into a bond of brotherhood . . .
via common religious solace
falling into place
fitting into space. 



And, by the will of God
Allah the Almighty
we should by now be adept to sincerity
well adjusted to the tremors of insanity
as we now truly saw and experienced
what the truth is in reality! 



And by the grace of God
strangers at the onset
have now visibly been transformed . . .
to become siblings
in a closely knit fraternity. 



Our stay here
will soon be over.
But . . . no matter how slim our hope be . . .
let's pray that
the way of life we have since shared
shall prevail and be practised
throughout our existence
in whichever community or clan
in whatever country or land.



Later
In retrospective to this day
(the excitement would have simmer down by then)
it would then be the acid test
to gauge whether
whatever we have gathered here
would have truly served
as the turning point
to a new lease of life
our very own . . .
for life! 



And on the spur of a moment . . .


We will have to depart
regardless of
having sporadically achieved or otherwise
what we came for
what we sought after.
Still in one very special corner
of our heart
and in our very own special manner . . .
we will want it not
to be strangers again,
no never all over again! 



For then
all will be lost with nothing gain.
And, with nothing gain
all our feelings
will be tattered and torn
and all our efforts forlorn!
The practice we carried out
the principle we adhered to
and the vows we pledged
will be waywardly placed
bingo
in a limbo .



And, presto
that would surely be
plain destruction
to a meaningful construction:
the Haj congregation.
Our intention refracted,
our attention distracted . . .
Our act listless,
our target fruitless . . .
Nauzubillah!

Makkah, Muzdalifah, Arafah, Mina and Madinah . . .

After coming, after seeing and after leaving
we are still very awe stricken
just like at the very beginning!



amb

Oct-Dec 2011

dsuarang.blogspot.com

Labels: Puisi AMB
Posted by Bamuda at 12:56 PM 2 comments:
Labels: Suara Hati AMB

Tuesday, December 18, 2012

Masih Adakah?



  • Assalamualaikum dan Selamat 

    Sejahtera





    Petikan daripada fb




    Membaca entri fb Noor Arina Noor Rashid (di atas) yang memuatkan catatan Prof Dr Muhaya @ Pakar diari hati tentang suatu nilai kehidupan yang sungguh murni . . . penulis amat kagum dengan sikap si ibu (isteri) dan perlakuan si bapa (suami) itu.




    Penulis terpanggil untuk menerbitkan semula catatan Prof tersebut supaya dapat dihayati bersama oleh para pembaca yang budiman.




    Mudah-mudahan masih ada insan seperti mereka yang dikisahkan oleh Prof Dr Muhaya dalam catatannya itu. 




    Maka kehebatan dalam diri Ustaz Don yang terkenal itu . . . tentu sahaja mengalir daripada kehebatan kedua-dua ibu dan bapanya . . . dan kehebatan ibu bapa itu pula tidak mungkin terjadi . . . melainkan 
    dengan izin dan anugerah Allah swt jua!





    . . . dan beruntunglah mereka yang mempunyai ibu bapa hebat . . . ataupun yang diri mereka sendiri menjadi ibu bapa hebat kelak!





    Options

  • Noor Arina Noor Rashid shared Pakar diari hati's photo.
    Andai anda bujang/tunangan/suami isteri, jadikan cerita ini pedoman untuk anda bercita-cita jadi sepertinya..

Andai anda punya ank kecil, lakukan sekarang. Anak-anak adalah aset paling bernilai dunia akhirat ♥
    Andai anda bujang/tunangan/suami isteri, jadikan cerita ini pedoman untuk anda bercita-cita jadi sepertinya..Andai anda punya ank kecil, lakukan sekarang. Anak-anak adalah aset paling bernilai dunia akhirat ♥

    Unlike
     ·  · Share · 
    9 hours ago via Mobile · 

    • You and 3 others like this.
    • Abdul Majid Baharom Subhanallah . . . berapa ramai lagi yang sanggup berbuat seperti itu . . . atau . . . masih adakah? . . . especially part berhenti kerja tu!
      22 minutes ago · Like · 1

    Options
  • Assalamualaikum dan Selamat 

    Sejahtera





    Ketinggian Nilai Hidup 



    Membaca entri fb Noor Arina Noor Rashid (di atas) yang memuatkan catatan Prof Dr Muhaya @ Pakar diari hati tentang suatu nilai kehidupan yang sungguh murni . . . penulis amat kagum dengan sikap si ibu (isteri) dan perlakuan si bapa (suami) itu.


    Penulis terpanggil untuk menerbitkan semula catatan Prof tersebut supaya dapat dihayati bersama dan dijadikan pedoman oleh para pembaca yang budiman.


    Mudah-mudahan masih ada insan seperti mereka yang dikisahkan oleh Prof Dr Muhaya dalam catatannya itu. 


    Maka kehebatan dalam diri Ustaz Don yang terkenal itu . . . tentu sahaja mengalir daripada kehebatan kedua-dua ibu dan bapanya . . . dan kehebatan ibu bapa itu pula tidak mungkin terjadi . . . melainkan dengan izin dan anugerah Allah swt jua!

    . . . dan beruntunglah mereka yang mempunyai ibu bapa hebat . . . ataupun lebih beruntung lagi andainya . . . diri mereka sendiri menjadi ibu bapa yang hebat kelak!




    Bamuda
    dsuarang.blogspot.com
Posted by Bamuda at 9:27 AM 2 comments:
Labels: Nilai Murni
Newer Posts Older Posts Home
View mobile version
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  July (1)
      • ▼  Jul 05 (1)
        • First impression rules!
  • ►  2021 (1)
    • ►  February (1)
      • ►  Feb 20 (1)
  • ►  2020 (4)
    • ►  December (1)
      • ►  Dec 03 (1)
    • ►  November (3)
      • ►  Nov 27 (1)
      • ►  Nov 26 (1)
      • ►  Nov 25 (1)
  • ►  2019 (32)
    • ►  November (5)
      • ►  Nov 12 (1)
      • ►  Nov 11 (2)
      • ►  Nov 08 (2)
    • ►  August (18)
      • ►  Aug 29 (2)
      • ►  Aug 28 (3)
      • ►  Aug 27 (1)
      • ►  Aug 26 (4)
      • ►  Aug 12 (2)
      • ►  Aug 10 (1)
      • ►  Aug 08 (2)
      • ►  Aug 07 (2)
      • ►  Aug 05 (1)
    • ►  July (4)
      • ►  Jul 31 (1)
      • ►  Jul 27 (1)
      • ►  Jul 24 (1)
      • ►  Jul 23 (1)
    • ►  June (4)
      • ►  Jun 12 (1)
      • ►  Jun 11 (2)
      • ►  Jun 07 (1)
    • ►  May (1)
      • ►  May 16 (1)
  • ►  2017 (23)
    • ►  April (2)
      • ►  Apr 22 (1)
      • ►  Apr 16 (1)
    • ►  March (1)
      • ►  Mar 27 (1)
    • ►  February (13)
      • ►  Feb 17 (1)
      • ►  Feb 16 (8)
      • ►  Feb 15 (2)
      • ►  Feb 14 (1)
      • ►  Feb 04 (1)
    • ►  January (7)
      • ►  Jan 22 (3)
      • ►  Jan 12 (3)
      • ►  Jan 07 (1)
  • ►  2016 (138)
    • ►  December (12)
      • ►  Dec 31 (1)
      • ►  Dec 27 (2)
      • ►  Dec 23 (1)
      • ►  Dec 17 (2)
      • ►  Dec 12 (1)
      • ►  Dec 07 (1)
      • ►  Dec 03 (2)
      • ►  Dec 02 (2)
    • ►  November (26)
      • ►  Nov 29 (2)
      • ►  Nov 28 (1)
      • ►  Nov 27 (2)
      • ►  Nov 26 (4)
      • ►  Nov 24 (2)
      • ►  Nov 23 (3)
      • ►  Nov 22 (2)
      • ►  Nov 19 (1)
      • ►  Nov 18 (2)
      • ►  Nov 15 (1)
      • ►  Nov 10 (2)
      • ►  Nov 09 (2)
      • ►  Nov 08 (1)
      • ►  Nov 06 (1)
    • ►  October (7)
      • ►  Oct 25 (1)
      • ►  Oct 23 (2)
      • ►  Oct 09 (1)
      • ►  Oct 03 (1)
      • ►  Oct 02 (2)
    • ►  August (3)
      • ►  Aug 08 (2)
      • ►  Aug 07 (1)
    • ►  July (7)
      • ►  Jul 31 (1)
      • ►  Jul 28 (1)
      • ►  Jul 26 (2)
      • ►  Jul 25 (3)
    • ►  June (14)
      • ►  Jun 11 (2)
      • ►  Jun 10 (1)
      • ►  Jun 07 (2)
      • ►  Jun 06 (1)
      • ►  Jun 02 (1)
      • ►  Jun 01 (7)
    • ►  May (49)
      • ►  May 31 (4)
      • ►  May 27 (4)
      • ►  May 22 (5)
      • ►  May 19 (6)
      • ►  May 17 (2)
      • ►  May 15 (4)
      • ►  May 14 (3)
      • ►  May 09 (2)
      • ►  May 08 (3)
      • ►  May 07 (4)
      • ►  May 04 (2)
      • ►  May 03 (6)
      • ►  May 02 (2)
      • ►  May 01 (2)
    • ►  April (9)
      • ►  Apr 30 (3)
      • ►  Apr 27 (1)
      • ►  Apr 26 (4)
      • ►  Apr 24 (1)
    • ►  January (11)
      • ►  Jan 14 (2)
      • ►  Jan 13 (1)
      • ►  Jan 12 (1)
      • ►  Jan 11 (1)
      • ►  Jan 09 (2)
      • ►  Jan 05 (1)
      • ►  Jan 04 (2)
      • ►  Jan 01 (1)
  • ►  2015 (129)
    • ►  December (12)
      • ►  Dec 31 (1)
      • ►  Dec 30 (2)
      • ►  Dec 28 (1)
      • ►  Dec 15 (1)
      • ►  Dec 06 (2)
      • ►  Dec 05 (3)
      • ►  Dec 03 (1)
      • ►  Dec 02 (1)
    • ►  November (10)
      • ►  Nov 23 (1)
      • ►  Nov 21 (1)
      • ►  Nov 18 (1)
      • ►  Nov 14 (3)
      • ►  Nov 07 (1)
      • ►  Nov 05 (1)
      • ►  Nov 03 (1)
      • ►  Nov 02 (1)
    • ►  October (12)
      • ►  Oct 29 (1)
      • ►  Oct 21 (2)
      • ►  Oct 20 (2)
      • ►  Oct 18 (1)
      • ►  Oct 13 (1)
      • ►  Oct 11 (2)
      • ►  Oct 10 (2)
      • ►  Oct 04 (1)
    • ►  September (5)
      • ►  Sep 30 (1)
      • ►  Sep 18 (1)
      • ►  Sep 14 (1)
      • ►  Sep 12 (1)
      • ►  Sep 09 (1)
    • ►  August (24)
      • ►  Aug 31 (2)
      • ►  Aug 29 (5)
      • ►  Aug 26 (1)
      • ►  Aug 25 (1)
      • ►  Aug 24 (1)
      • ►  Aug 23 (1)
      • ►  Aug 22 (2)
      • ►  Aug 21 (2)
      • ►  Aug 20 (2)
      • ►  Aug 19 (2)
      • ►  Aug 18 (1)
      • ►  Aug 14 (2)
      • ►  Aug 03 (1)
      • ►  Aug 01 (1)
    • ►  July (12)
      • ►  Jul 29 (1)
      • ►  Jul 25 (1)
      • ►  Jul 23 (3)
      • ►  Jul 11 (1)
      • ►  Jul 10 (2)
      • ►  Jul 09 (1)
      • ►  Jul 08 (1)
      • ►  Jul 07 (1)
      • ►  Jul 03 (1)
    • ►  June (5)
      • ►  Jun 20 (2)
      • ►  Jun 11 (3)
    • ►  May (6)
      • ►  May 29 (2)
      • ►  May 25 (1)
      • ►  May 12 (1)
      • ►  May 06 (1)
      • ►  May 04 (1)
    • ►  April (9)
      • ►  Apr 23 (1)
      • ►  Apr 17 (1)
      • ►  Apr 15 (3)
      • ►  Apr 13 (1)
      • ►  Apr 11 (3)
    • ►  March (22)
      • ►  Mar 31 (1)
      • ►  Mar 29 (1)
      • ►  Mar 24 (1)
      • ►  Mar 23 (1)
      • ►  Mar 22 (2)
      • ►  Mar 21 (2)
      • ►  Mar 18 (1)
      • ►  Mar 10 (1)
      • ►  Mar 07 (5)
      • ►  Mar 06 (3)
      • ►  Mar 05 (1)
      • ►  Mar 04 (2)
      • ►  Mar 03 (1)
    • ►  February (7)
      • ►  Feb 09 (1)
      • ►  Feb 04 (1)
      • ►  Feb 03 (5)
    • ►  January (5)
      • ►  Jan 12 (1)
      • ►  Jan 07 (1)
      • ►  Jan 06 (3)
  • ►  2014 (170)
    • ►  December (5)
      • ►  Dec 15 (1)
      • ►  Dec 14 (3)
      • ►  Dec 01 (1)
    • ►  November (21)
      • ►  Nov 20 (1)
      • ►  Nov 19 (3)
      • ►  Nov 18 (3)
      • ►  Nov 17 (2)
      • ►  Nov 16 (2)
      • ►  Nov 15 (1)
      • ►  Nov 14 (1)
      • ►  Nov 13 (1)
      • ►  Nov 12 (1)
      • ►  Nov 11 (1)
      • ►  Nov 10 (1)
      • ►  Nov 09 (1)
      • ►  Nov 08 (1)
      • ►  Nov 07 (1)
      • ►  Nov 06 (1)
    • ►  October (36)
      • ►  Oct 31 (1)
      • ►  Oct 30 (1)
      • ►  Oct 29 (7)
      • ►  Oct 28 (1)
      • ►  Oct 27 (2)
      • ►  Oct 26 (1)
      • ►  Oct 24 (1)
      • ►  Oct 21 (2)
      • ►  Oct 20 (3)
      • ►  Oct 18 (1)
      • ►  Oct 17 (1)
      • ►  Oct 16 (1)
      • ►  Oct 15 (1)
      • ►  Oct 14 (1)
      • ►  Oct 13 (1)
      • ►  Oct 11 (1)
      • ►  Oct 10 (4)
      • ►  Oct 09 (1)
      • ►  Oct 08 (1)
      • ►  Oct 07 (1)
      • ►  Oct 06 (1)
      • ►  Oct 05 (1)
      • ►  Oct 04 (1)
    • ►  September (19)
      • ►  Sep 29 (1)
      • ►  Sep 28 (1)
      • ►  Sep 21 (1)
      • ►  Sep 20 (1)
      • ►  Sep 16 (2)
      • ►  Sep 15 (1)
      • ►  Sep 14 (1)
      • ►  Sep 12 (1)
      • ►  Sep 11 (1)
      • ►  Sep 09 (1)
      • ►  Sep 08 (1)
      • ►  Sep 07 (1)
      • ►  Sep 06 (1)
      • ►  Sep 04 (1)
      • ►  Sep 03 (1)
      • ►  Sep 02 (1)
      • ►  Sep 01 (2)
    • ►  August (25)
      • ►  Aug 31 (3)
      • ►  Aug 28 (1)
      • ►  Aug 27 (1)
      • ►  Aug 21 (1)
      • ►  Aug 20 (6)
      • ►  Aug 18 (1)
      • ►  Aug 17 (1)
      • ►  Aug 16 (1)
      • ►  Aug 13 (1)
      • ►  Aug 12 (3)
      • ►  Aug 10 (1)
      • ►  Aug 07 (2)
      • ►  Aug 05 (1)
      • ►  Aug 04 (1)
      • ►  Aug 01 (1)
    • ►  July (27)
      • ►  Jul 31 (4)
      • ►  Jul 29 (1)
      • ►  Jul 27 (1)
      • ►  Jul 25 (1)
      • ►  Jul 24 (1)
      • ►  Jul 20 (1)
      • ►  Jul 16 (1)
      • ►  Jul 15 (1)
      • ►  Jul 14 (1)
      • ►  Jul 13 (3)
      • ►  Jul 12 (1)
      • ►  Jul 11 (1)
      • ►  Jul 10 (1)
      • ►  Jul 09 (1)
      • ►  Jul 08 (1)
      • ►  Jul 07 (1)
      • ►  Jul 06 (1)
      • ►  Jul 05 (1)
      • ►  Jul 04 (1)
      • ►  Jul 03 (1)
      • ►  Jul 02 (1)
      • ►  Jul 01 (1)
    • ►  June (5)
      • ►  Jun 30 (2)
      • ►  Jun 29 (2)
      • ►  Jun 16 (1)
    • ►  May (4)
      • ►  May 20 (1)
      • ►  May 11 (1)
      • ►  May 06 (1)
      • ►  May 04 (1)
    • ►  April (9)
      • ►  Apr 29 (1)
      • ►  Apr 25 (1)
      • ►  Apr 24 (1)
      • ►  Apr 23 (1)
      • ►  Apr 21 (1)
      • ►  Apr 14 (1)
      • ►  Apr 12 (1)
      • ►  Apr 08 (1)
      • ►  Apr 01 (1)
    • ►  March (1)
      • ►  Mar 24 (1)
    • ►  February (4)
      • ►  Feb 16 (1)
      • ►  Feb 09 (1)
      • ►  Feb 07 (1)
      • ►  Feb 04 (1)
    • ►  January (14)
      • ►  Jan 31 (1)
      • ►  Jan 29 (1)
      • ►  Jan 26 (1)
      • ►  Jan 25 (1)
      • ►  Jan 24 (1)
      • ►  Jan 23 (1)
      • ►  Jan 22 (1)
      • ►  Jan 21 (1)
      • ►  Jan 20 (1)
      • ►  Jan 14 (1)
      • ►  Jan 13 (1)
      • ►  Jan 08 (1)
      • ►  Jan 06 (1)
      • ►  Jan 05 (1)
  • ►  2013 (135)
    • ►  December (17)
      • ►  Dec 31 (1)
      • ►  Dec 29 (1)
      • ►  Dec 28 (1)
      • ►  Dec 27 (1)
      • ►  Dec 26 (1)
      • ►  Dec 25 (1)
      • ►  Dec 17 (1)
      • ►  Dec 15 (1)
      • ►  Dec 13 (1)
      • ►  Dec 12 (1)
      • ►  Dec 11 (1)
      • ►  Dec 10 (1)
      • ►  Dec 07 (1)
      • ►  Dec 06 (1)
      • ►  Dec 04 (1)
      • ►  Dec 02 (1)
      • ►  Dec 01 (1)
    • ►  November (11)
      • ►  Nov 30 (1)
      • ►  Nov 28 (1)
      • ►  Nov 26 (1)
      • ►  Nov 22 (1)
      • ►  Nov 20 (1)
      • ►  Nov 18 (1)
      • ►  Nov 17 (1)
      • ►  Nov 15 (1)
      • ►  Nov 12 (1)
      • ►  Nov 03 (1)
      • ►  Nov 01 (1)
    • ►  October (11)
      • ►  Oct 18 (1)
      • ►  Oct 15 (1)
      • ►  Oct 14 (1)
      • ►  Oct 13 (1)
      • ►  Oct 12 (1)
      • ►  Oct 11 (1)
      • ►  Oct 09 (1)
      • ►  Oct 07 (1)
      • ►  Oct 06 (1)
      • ►  Oct 04 (1)
      • ►  Oct 02 (1)
    • ►  September (17)
      • ►  Sep 27 (1)
      • ►  Sep 26 (1)
      • ►  Sep 25 (1)
      • ►  Sep 24 (1)
      • ►  Sep 23 (1)
      • ►  Sep 22 (1)
      • ►  Sep 21 (1)
      • ►  Sep 19 (1)
      • ►  Sep 18 (1)
      • ►  Sep 13 (1)
      • ►  Sep 07 (1)
      • ►  Sep 05 (1)
      • ►  Sep 04 (2)
      • ►  Sep 03 (1)
      • ►  Sep 02 (1)
      • ►  Sep 01 (1)
    • ►  August (15)
      • ►  Aug 31 (1)
      • ►  Aug 30 (1)
      • ►  Aug 29 (1)
      • ►  Aug 28 (1)
      • ►  Aug 27 (1)
      • ►  Aug 26 (1)
      • ►  Aug 25 (1)
      • ►  Aug 24 (1)
      • ►  Aug 23 (1)
      • ►  Aug 22 (1)
      • ►  Aug 21 (1)
      • ►  Aug 07 (1)
      • ►  Aug 06 (1)
      • ►  Aug 03 (1)
      • ►  Aug 02 (1)
    • ►  July (9)
      • ►  Jul 31 (1)
      • ►  Jul 19 (1)
      • ►  Jul 13 (1)
      • ►  Jul 10 (1)
      • ►  Jul 09 (1)
      • ►  Jul 08 (1)
      • ►  Jul 06 (1)
      • ►  Jul 05 (1)
      • ►  Jul 03 (1)
    • ►  June (10)
      • ►  Jun 27 (1)
      • ►  Jun 25 (1)
      • ►  Jun 23 (1)
      • ►  Jun 20 (1)
      • ►  Jun 18 (1)
      • ►  Jun 17 (1)
      • ►  Jun 15 (1)
      • ►  Jun 12 (1)
      • ►  Jun 10 (1)
      • ►  Jun 08 (1)
    • ►  May (11)
      • ►  May 23 (1)
      • ►  May 22 (1)
      • ►  May 20 (1)
      • ►  May 19 (1)
      • ►  May 16 (1)
      • ►  May 15 (3)
      • ►  May 14 (1)
      • ►  May 09 (1)
      • ►  May 04 (1)
    • ►  April (6)
      • ►  Apr 30 (1)
      • ►  Apr 29 (1)
      • ►  Apr 25 (1)
      • ►  Apr 20 (1)
      • ►  Apr 16 (1)
      • ►  Apr 11 (1)
    • ►  March (6)
      • ►  Mar 27 (1)
      • ►  Mar 26 (1)
      • ►  Mar 25 (1)
      • ►  Mar 15 (1)
      • ►  Mar 14 (1)
      • ►  Mar 02 (1)
    • ►  February (10)
      • ►  Feb 25 (1)
      • ►  Feb 21 (1)
      • ►  Feb 13 (1)
      • ►  Feb 12 (1)
      • ►  Feb 11 (1)
      • ►  Feb 10 (1)
      • ►  Feb 09 (1)
      • ►  Feb 07 (1)
      • ►  Feb 06 (1)
      • ►  Feb 01 (1)
    • ►  January (12)
      • ►  Jan 31 (1)
      • ►  Jan 27 (1)
      • ►  Jan 26 (1)
      • ►  Jan 25 (1)
      • ►  Jan 22 (1)
      • ►  Jan 21 (1)
      • ►  Jan 16 (1)
      • ►  Jan 09 (1)
      • ►  Jan 08 (1)
      • ►  Jan 05 (1)
      • ►  Jan 04 (1)
      • ►  Jan 01 (1)
  • ►  2012 (109)
    • ►  December (12)
      • ►  Dec 31 (1)
      • ►  Dec 29 (1)
      • ►  Dec 26 (1)
      • ►  Dec 25 (1)
      • ►  Dec 19 (1)
      • ►  Dec 18 (1)
      • ►  Dec 17 (1)
      • ►  Dec 14 (1)
      • ►  Dec 11 (1)
      • ►  Dec 08 (1)
      • ►  Dec 06 (1)
      • ►  Dec 04 (1)
    • ►  November (3)
      • ►  Nov 27 (1)
      • ►  Nov 25 (1)
      • ►  Nov 17 (1)
    • ►  October (11)
      • ►  Oct 21 (1)
      • ►  Oct 20 (1)
      • ►  Oct 14 (1)
      • ►  Oct 13 (1)
      • ►  Oct 12 (1)
      • ►  Oct 11 (1)
      • ►  Oct 10 (1)
      • ►  Oct 09 (1)
      • ►  Oct 08 (1)
      • ►  Oct 04 (1)
      • ►  Oct 03 (1)
    • ►  September (10)
      • ►  Sep 28 (2)
      • ►  Sep 27 (3)
      • ►  Sep 26 (1)
      • ►  Sep 17 (1)
      • ►  Sep 15 (1)
      • ►  Sep 13 (1)
      • ►  Sep 02 (1)
    • ►  August (3)
      • ►  Aug 16 (1)
      • ►  Aug 14 (1)
      • ►  Aug 07 (1)
    • ►  July (18)
      • ►  Jul 29 (1)
      • ►  Jul 28 (1)
      • ►  Jul 24 (1)
      • ►  Jul 23 (1)
      • ►  Jul 22 (1)
      • ►  Jul 21 (2)
      • ►  Jul 20 (1)
      • ►  Jul 19 (1)
      • ►  Jul 18 (1)
      • ►  Jul 17 (1)
      • ►  Jul 16 (1)
      • ►  Jul 15 (1)
      • ►  Jul 14 (2)
      • ►  Jul 13 (1)
      • ►  Jul 12 (1)
      • ►  Jul 06 (1)
    • ►  June (2)
      • ►  Jun 22 (1)
      • ►  Jun 20 (1)
    • ►  May (9)
      • ►  May 28 (1)
      • ►  May 25 (1)
      • ►  May 21 (1)
      • ►  May 19 (1)
      • ►  May 18 (1)
      • ►  May 17 (1)
      • ►  May 16 (1)
      • ►  May 15 (1)
      • ►  May 09 (1)
    • ►  April (10)
      • ►  Apr 27 (1)
      • ►  Apr 25 (1)
      • ►  Apr 24 (1)
      • ►  Apr 23 (1)
      • ►  Apr 21 (1)
      • ►  Apr 19 (1)
      • ►  Apr 18 (1)
      • ►  Apr 15 (1)
      • ►  Apr 09 (1)
      • ►  Apr 05 (1)
    • ►  March (9)
      • ►  Mar 29 (1)
      • ►  Mar 27 (1)
      • ►  Mar 20 (1)
      • ►  Mar 13 (1)
      • ►  Mar 11 (1)
      • ►  Mar 06 (1)
      • ►  Mar 05 (1)
      • ►  Mar 04 (1)
      • ►  Mar 01 (1)
    • ►  February (9)
      • ►  Feb 23 (1)
      • ►  Feb 22 (1)
      • ►  Feb 16 (1)
      • ►  Feb 15 (1)
      • ►  Feb 14 (1)
      • ►  Feb 10 (1)
      • ►  Feb 06 (1)
      • ►  Feb 02 (1)
      • ►  Feb 01 (1)
    • ►  January (13)
      • ►  Jan 28 (1)
      • ►  Jan 17 (1)
      • ►  Jan 16 (1)
      • ►  Jan 15 (1)
      • ►  Jan 11 (1)
      • ►  Jan 09 (1)
      • ►  Jan 08 (1)
      • ►  Jan 07 (1)
      • ►  Jan 06 (1)
      • ►  Jan 05 (1)
      • ►  Jan 04 (1)
      • ►  Jan 03 (1)
      • ►  Jan 01 (1)
  • ►  2011 (66)
    • ►  December (11)
      • ►  Dec 30 (1)
      • ►  Dec 28 (1)
      • ►  Dec 26 (1)
      • ►  Dec 25 (1)
      • ►  Dec 24 (1)
      • ►  Dec 21 (1)
      • ►  Dec 20 (1)
      • ►  Dec 19 (1)
      • ►  Dec 18 (1)
      • ►  Dec 17 (1)
      • ►  Dec 16 (1)
    • ►  October (1)
      • ►  Oct 22 (1)
    • ►  July (2)
      • ►  Jul 19 (1)
      • ►  Jul 12 (1)
    • ►  June (11)
      • ►  Jun 28 (1)
      • ►  Jun 27 (1)
      • ►  Jun 25 (1)
      • ►  Jun 23 (1)
      • ►  Jun 20 (1)
      • ►  Jun 15 (1)
      • ►  Jun 11 (1)
      • ►  Jun 05 (1)
      • ►  Jun 04 (1)
      • ►  Jun 03 (1)
      • ►  Jun 01 (1)
    • ►  May (5)
      • ►  May 29 (1)
      • ►  May 22 (1)
      • ►  May 11 (1)
      • ►  May 10 (1)
      • ►  May 04 (1)
    • ►  April (9)
      • ►  Apr 29 (1)
      • ►  Apr 28 (1)
      • ►  Apr 26 (1)
      • ►  Apr 24 (1)
      • ►  Apr 23 (1)
      • ►  Apr 22 (1)
      • ►  Apr 19 (1)
      • ►  Apr 12 (1)
      • ►  Apr 07 (1)
    • ►  March (6)
      • ►  Mar 30 (1)
      • ►  Mar 24 (1)
      • ►  Mar 22 (1)
      • ►  Mar 20 (1)
      • ►  Mar 19 (1)
      • ►  Mar 09 (1)
    • ►  February (8)
      • ►  Feb 17 (1)
      • ►  Feb 11 (1)
      • ►  Feb 10 (1)
      • ►  Feb 08 (1)
      • ►  Feb 07 (1)
      • ►  Feb 05 (1)
      • ►  Feb 03 (1)
      • ►  Feb 01 (1)
    • ►  January (13)
      • ►  Jan 29 (1)
      • ►  Jan 28 (1)
      • ►  Jan 25 (1)
      • ►  Jan 24 (1)
      • ►  Jan 13 (1)
      • ►  Jan 12 (1)
      • ►  Jan 08 (1)
      • ►  Jan 07 (1)
      • ►  Jan 06 (1)
      • ►  Jan 05 (1)
      • ►  Jan 04 (1)
      • ►  Jan 03 (1)
      • ►  Jan 01 (1)
  • ►  2010 (171)
    • ►  December (8)
      • ►  Dec 30 (1)
      • ►  Dec 24 (1)
      • ►  Dec 21 (1)
      • ►  Dec 17 (1)
      • ►  Dec 16 (1)
      • ►  Dec 15 (1)
      • ►  Dec 14 (1)
      • ►  Dec 02 (1)
    • ►  November (7)
      • ►  Nov 25 (1)
      • ►  Nov 24 (1)
      • ►  Nov 11 (1)
      • ►  Nov 10 (1)
      • ►  Nov 08 (1)
      • ►  Nov 05 (1)
      • ►  Nov 04 (1)
    • ►  October (7)
      • ►  Oct 30 (1)
      • ►  Oct 27 (1)
      • ►  Oct 20 (1)
      • ►  Oct 18 (1)
      • ►  Oct 13 (1)
      • ►  Oct 12 (1)
      • ►  Oct 07 (1)
    • ►  September (23)
      • ►  Sep 27 (1)
      • ►  Sep 23 (1)
      • ►  Sep 18 (1)
      • ►  Sep 17 (1)
      • ►  Sep 16 (1)
      • ►  Sep 14 (7)
      • ►  Sep 13 (6)
      • ►  Sep 07 (1)
      • ►  Sep 03 (1)
      • ►  Sep 02 (2)
      • ►  Sep 01 (1)
    • ►  August (29)
      • ►  Aug 31 (1)
      • ►  Aug 30 (1)
      • ►  Aug 26 (1)
      • ►  Aug 25 (1)
      • ►  Aug 24 (1)
      • ►  Aug 23 (1)
      • ►  Aug 22 (1)
      • ►  Aug 21 (1)
      • ►  Aug 20 (1)
      • ►  Aug 19 (1)
      • ►  Aug 18 (1)
      • ►  Aug 17 (1)
      • ►  Aug 16 (1)
      • ►  Aug 15 (1)
      • ►  Aug 14 (1)
      • ►  Aug 13 (2)
      • ►  Aug 12 (1)
      • ►  Aug 11 (1)
      • ►  Aug 09 (1)
      • ►  Aug 08 (1)
      • ►  Aug 07 (1)
      • ►  Aug 06 (1)
      • ►  Aug 05 (2)
      • ►  Aug 04 (1)
      • ►  Aug 03 (1)
      • ►  Aug 02 (1)
      • ►  Aug 01 (1)
    • ►  July (22)
      • ►  Jul 31 (1)
      • ►  Jul 29 (1)
      • ►  Jul 27 (1)
      • ►  Jul 26 (1)
      • ►  Jul 25 (1)
      • ►  Jul 24 (1)
      • ►  Jul 23 (1)
      • ►  Jul 20 (1)
      • ►  Jul 19 (1)
      • ►  Jul 18 (1)
      • ►  Jul 17 (1)
      • ►  Jul 15 (1)
      • ►  Jul 13 (1)
      • ►  Jul 12 (1)
      • ►  Jul 11 (1)
      • ►  Jul 10 (1)
      • ►  Jul 09 (1)
      • ►  Jul 08 (1)
      • ►  Jul 07 (1)
      • ►  Jul 06 (1)
      • ►  Jul 05 (1)
      • ►  Jul 04 (1)
    • ►  June (15)
      • ►  Jun 30 (1)
      • ►  Jun 28 (2)
      • ►  Jun 23 (2)
      • ►  Jun 18 (1)
      • ►  Jun 17 (1)
      • ►  Jun 15 (1)
      • ►  Jun 14 (2)
      • ►  Jun 10 (1)
      • ►  Jun 08 (1)
      • ►  Jun 07 (1)
      • ►  Jun 06 (1)
      • ►  Jun 05 (1)
    • ►  May (17)
      • ►  May 21 (1)
      • ►  May 20 (4)
      • ►  May 18 (1)
      • ►  May 17 (1)
      • ►  May 16 (1)
      • ►  May 12 (1)
      • ►  May 10 (1)
      • ►  May 09 (1)
      • ►  May 06 (1)
      • ►  May 05 (1)
      • ►  May 03 (2)
      • ►  May 01 (2)
    • ►  April (12)
      • ►  Apr 29 (1)
      • ►  Apr 26 (1)
      • ►  Apr 24 (1)
      • ►  Apr 22 (1)
      • ►  Apr 20 (1)
      • ►  Apr 16 (1)
      • ►  Apr 14 (1)
      • ►  Apr 13 (2)
      • ►  Apr 12 (2)
      • ►  Apr 03 (1)
    • ►  February (16)
      • ►  Feb 27 (1)
      • ►  Feb 26 (1)
      • ►  Feb 25 (1)
      • ►  Feb 24 (2)
      • ►  Feb 20 (1)
      • ►  Feb 18 (1)
      • ►  Feb 17 (1)
      • ►  Feb 16 (1)
      • ►  Feb 15 (1)
      • ►  Feb 13 (1)
      • ►  Feb 12 (1)
      • ►  Feb 09 (1)
      • ►  Feb 05 (1)
      • ►  Feb 03 (1)
      • ►  Feb 01 (1)
    • ►  January (15)
      • ►  Jan 28 (1)
      • ►  Jan 27 (1)
      • ►  Jan 23 (1)
      • ►  Jan 22 (2)
      • ►  Jan 21 (1)
      • ►  Jan 20 (1)
      • ►  Jan 19 (1)
      • ►  Jan 17 (1)
      • ►  Jan 15 (1)
      • ►  Jan 11 (1)
      • ►  Jan 09 (1)
      • ►  Jan 06 (1)
      • ►  Jan 04 (1)
      • ►  Jan 03 (1)
  • ►  2009 (37)
    • ►  December (21)
      • ►  Dec 29 (1)
      • ►  Dec 27 (1)
      • ►  Dec 25 (1)
      • ►  Dec 24 (1)
      • ►  Dec 23 (1)
      • ►  Dec 22 (1)
      • ►  Dec 20 (1)
      • ►  Dec 19 (1)
      • ►  Dec 18 (1)
      • ►  Dec 17 (1)
      • ►  Dec 16 (1)
      • ►  Dec 14 (1)
      • ►  Dec 12 (2)
      • ►  Dec 08 (1)
      • ►  Dec 07 (1)
      • ►  Dec 06 (1)
      • ►  Dec 05 (1)
      • ►  Dec 04 (1)
      • ►  Dec 03 (1)
      • ►  Dec 02 (1)
    • ►  November (11)
      • ►  Nov 28 (1)
      • ►  Nov 27 (1)
      • ►  Nov 25 (1)
      • ►  Nov 24 (1)
      • ►  Nov 22 (1)
      • ►  Nov 20 (1)
      • ►  Nov 19 (1)
      • ►  Nov 13 (1)
      • ►  Nov 12 (1)
      • ►  Nov 11 (2)
    • ►  September (2)
      • ►  Sep 30 (1)
      • ►  Sep 05 (1)
    • ►  July (2)
      • ►  Jul 26 (1)
      • ►  Jul 24 (1)
    • ►  June (1)
      • ►  Jun 22 (1)

Labels

  • Abby Fana (1)
  • About Friends . . . (2)
  • Adinda Rosli dan Azizah (2)
  • Agama - Puasa dan Solat (1)
  • Ahmad Fadzil Yassin (1)
  • Aidiladha 1435H (1)
  • Aidilfitri 2012 (1)
  • Aii (33)
  • Aii / Amb - Opah dan Atuk (2)
  • Aii / Amb / Uim - Opah dan Atuk (1)
  • Aii / Amb / Uim - Opah (1)
  • Aii / Uim (1)
  • Aii n Amb - Pak Lang ke Airport (1)
  • Aii/Amb/Uim - Atuk M (1)
  • Aii/Amb/Uim - Halim n Roy (1)
  • Aii/Amb/Uim/Dsa (1)
  • Aish Maliq Basrie (4)
  • Aish Maliq Basrie / Bro Jamil (1)
  • Aktiviti Ramadan 2014 Pakatan Tubuh Sekeluarga (PTS) (3)
  • Aku Atuk (1)
  • Aku Hargai (3)
  • Aku n Alimah (1)
  • Alimah vs Slanga Perak (2)
  • Aliyah Iman Khadijah (2)
  • Allahyarham Pak Anjang Lokman (5)
  • Amb (9)
  • Amb/OUM (1)
  • Amir Razief (2)
  • Anum (1)
  • Atuk (1)
  • Aziz n his Volks (1)
  • Azmi Ghazali (1)
  • Bahasa Mudah (1)
  • Bahasa Othman (4)
  • Basri Omar (17)
  • Basri Omar n Bro Harun (1)
  • Basri Omar n Pak Uda Nadzar (Retold) (1)
  • Belasungkawa (1)
  • BIG NYONYA Melaka (1)
  • Bola Sepak (1)
  • Book Launch (Reminiscenes of Insurrection) : att Basri Omar (2)
  • Bro Jamil / Aii (2)
  • Bro Jamil / Amb (3)
  • Bro Jamil / Uim (1)
  • Bro Mustafa (1)
  • Cerita Iktibar (2)
  • cerita Keluarga AMB (1)
  • Cerita Nostalgia (2)
  • Cerita Pencen (1)
  • Cerita Pengalaman AMB (20)
  • Channel Abdul Majid Baharom (17)
  • Concorde Hotel (1)
  • Cucu2ku (4)
  • Cuti-cuti Malaysia (5)
  • Dian (7)
  • Diari Aceh (14)
  • Down Memory Lane (7)
  • dsuarang Acknowledged (3)
  • Dylla: Aii/Amb/Uim (1)
  • E-Shafiqa (1)
  • Edisi Baru : Basri Omar (1)
  • Edisi Baru: Basri Omar (1)
  • Era 1980-an (5)
  • Fahami Zahari (1)
  • Famili Tampin (3)
  • Famili Tapah (2)
  • Fauziah Singapore (1)
  • Food For Thought (1)
  • Foto Lama Fahmi Ismail (1)
  • Geng Hostel - Abbas Azmi (1)
  • Geng Hostel - King Ghaz (1)
  • Geng Hostel -King Ghaz n Jamil (1)
  • Geng Hostel d d'SUARANG - Aidilfitri 2012 (1)
  • Geng Hostel Kini - Rumah Jamil (1)
  • Geng Swiss Cottage Singapore (8)
  • Haj 1432H/1433H (17)
  • Haj 1432H/1433H Kenangan Terindah (1)
  • Haj 1435/1436 : Foziah n Roslan (1)
  • Haji Zainal Bachee - Lumut (1)
  • Hal Dialek (1)
  • Haleza n Rusilan (1)
  • Halim's Hospitalization (3)
  • Halim's Wedding (14)
  • Hazry n Shafika (8)
  • Herba Untuk Kesihatan (1)
  • Hostel (5)
  • Hostel / Setia Kawan (Ayob) (1)
  • Hostel / Setia Kawan (Ghaz) (2)
  • Hostel / Setia Kawan (Jamil ... Ghaz) (4)
  • Hostel / Setia Kawan (Zakaria Tawi) (1)
  • Hostel: Setiakawan Bro Harun (11)
  • Indonesia (1)
  • Indonesia Aceh (17)
  • Indonesia Belawan (1)
  • Indonesia Berastagi (1)
  • Indonesia Bukittinggi (4)
  • Indonesia Medan (5)
  • Indonesia Surabaya (10)
  • Ini Baru Keronchong (2)
  • Ipar Lamai (1)
  • Istana Budaya Kuala Lumpur (1)
  • Jamil di Eropah (1)
  • Jualan Buku Big Bad Wolf (1)
  • Jun n Ida PTS (1)
  • Kamil's Wedding (2)
  • Karya AMB (2)
  • Kasih Camelia Majid (Kcm) (2)
  • Kawan Baru (1)
  • Kawan Baru : McCoys (1)
  • Kelab 2P (1)
  • Keluarga AMB (8)
  • Keluarga Besan Ani (1)
  • Keluarga Besar PTS - Roslan Tajuddin n Hasnah (1)
  • Kemboja 2014 (13)
  • Kenangan Haj (1)
  • Kenangan Ttg Ayhn Baharom Shariff (1)
  • Keponakan n Cucu dari Medan n Sabang (16)
  • King Ghaz - Geng Hostel (4)
  • Kisah Pelik Harian (1)
  • Kisah Slanga dan Loghat Daerah (1)
  • Kol Mohamud (1)
  • Konvo Farhan n Fatin (1)
  • Kunjungan Ke Tanjung Piai (1)
  • Lagu Rasmi Imigresen (1)
  • Lirik Lagu AMB (1)
  • Loghat Daerah (1)
  • London Revisited (9)
  • Maal Hijrah 1436H (1)
  • Mahzan Manan (9)
  • Majlis Aqiqah Aish Kasih Airyn (1)
  • Majlis Dato Ramli Abas (1)
  • Majlis Dato' Shahran Laili ... Datin Halimatolhanin / Kunjungi Bro Ramli (1)
  • Majlis Merisik - Mira (1)
  • Majlis Rosyam Nor (1)
  • Masalah Perokok (1)
  • Medan (1)
  • Mengunjungi Mercu Tanda Malaysia (1)
  • Mengunjungi Pak Uda Nadzar (1)
  • Mentuaku Hjh Maimunah (1)
  • Mira n Faisal (3)
  • Museum RMAF (1)
  • Muzium Tentera Darat : att Basri Omar (5)
  • My Wife n I (1)
  • Najwa Pandu Puteri Raja (1)
  • Nia Airyn Sofeah (2)
  • Nia Airyn Sofeah (Nas) (1)
  • Nilai Murni (3)
  • Nilai Sebuah Cerita (2)
  • Noorain n Shahrin (1)
  • Nota Ucapan (1)
  • Nurliza Malek (1)
  • Opah (1)
  • OUP/PFB (12)
  • Pak Ngah Ujang (1)
  • Pak Uda Nadzar n Mak Uda Zaleha (2)
  • Pak Zamhur n Famili (Tetamu Dari Banda Aceh) (1)
  • Pameran Seni Lukis - Mitos (att Mahzan Manan) (1)
  • Pangkor (7)
  • Paris (4)
  • Peristiwa Wisuda Icha (2)
  • Perkahwinan Azahari Abu Bakar dan Maryam Rahim (1)
  • Perkahwinan Hazril n Noor Elaiza (1)
  • Perkahwinan Mazrina Mazlan n Haniff (1)
  • Perkahwinan Muzamir Rahim n Immillia Ibrahim (1)
  • Perkahwinan Nora Rusilan (2)
  • Pernikahan Noreen Rusilan n Iman (1)
  • Pertunangan Arah (Majlis Kantan n Yah) (1)
  • Pertunangan Fahmi n Hajar (1)
  • Pertunangan Mira n Faizal (1)
  • Pertunangan Nizam Ismail (1)
  • Petikan Berita (3)
  • Politics? (2)
  • Prosa AMB (1)
  • PTS (8)
  • PTS / Bro Badrin (2)
  • PTS / Keluarga Seberang (7)
  • PTS / Majlis Ghazali ... Faridah Anum (1)
  • PTS / Majlis Shaarani ... Maimon (1)
  • PTS / Semarak Ramadan (4)
  • PTS Majlis di d'SUARANG (1)
  • Puisi AMB (23)
  • Raaju's Hill (1)
  • Rafael Kenalan Baru (1)
  • Raji n Meni - Sabang (5)
  • Raji n Meni - Sabang / Farhan n Aireen - Tampin (2)
  • Raju's Hill Cameron Highlands (2)
  • Ramadan Oh Ramadan (3)
  • Raya Bersama Geng MBH (1)
  • Remeh-Temeh? (4)
  • Renungan (4)
  • Renungkanlah (18)
  • Reproduced Article (1)
  • Resepsi Perkahwinan Zailan n Harnani (@ Mohammed Jonet) (1)
  • Resepsi Perkahwinan Hazuin Husain n Fadzil (2)
  • Resepsi Perkahwinan Lisa & Eric { Hassan n Zarina} (1)
  • Resepsi Perkahwinan Mohd Jaamia' Qaadir Badrin n Ummul Mursyida (1)
  • Resepsi Perkahwinan Noreen Rusilan n Iman (1)
  • Resepsi Perkahwinan Shafiq Zakaria n Ummu Aiman Mohamed (3)
  • Retrospeksi (2)
  • Rokok - Tak Nak (4)
  • Rosyam Nor (2)
  • Royhai'zam n Anum (5)
  • Rumah Baru Norlayly dan Faizal (1)
  • Sabah 2014 (19)
  • Sahabat Haj (14)
  • Sambutan Hari Pahlawan 2015 att Basri Omar (2)
  • Santai (5)
  • Sayang Sarawak (3)
  • Selepas 36 Tahun : Basri Omar (5)
  • Sepupuku Nasab Bapa (1)
  • Sepupuku Nasab Ibu (4)
  • Sg Petani (1)
  • Shamsuddin Jaafar (1)
  • Sikap/Budi Pekerti (1)
  • Simple Language (3)
  • Singapore (2)
  • Songsang (1)
  • Suara Hati AMB (27)
  • Tanjung Bidara (1)
  • test (2)
  • Tetamu Dari Seberang (2)
  • Tetamu Aidilfitri 1431 (2010) [ ] (10)
  • Tetamu Aidilfitri 1431 (2010) [1] (1)
  • Tetamu Aidilfitri 1431 (2010) [3] (1)
  • Tetamu Aidilfitri 1431 (2010) [4] (1)
  • Tetamu Aidilfitri 1431 (2010) [5] (1)
  • Tetamu Aidilfitri 1431 (2010) [6] (1)
  • Tetamu Aidilfitri 1431 (2010) [7] (1)
  • Tetamu Aidilfitri 1436 (2015) d'SUARANG - Achid n famili (1)
  • Tetamu Aidilfitri 1436 (2015) d'SUARANG - Aziz & Basri n Respective Families (1)
  • Tetamu Aidilfitri 1436 (2015) d'SUARANG - Azurin n Famili (1)
  • Tetamu Aidilfitri 1436 (2015) d'SUARANG - Haleza n Rusilan n Famili (1)
  • Tetamu Aidilfitri 1436 (2015) d'SUARANG - Ismail n Famili (1)
  • Tetamu Aidilfitri 1436 (2015) d'SUARANG - Kamaruzaman (1)
  • Tetamu Aidilfitri 1436 (2015) d'SUARANG - Kamil n famili (1)
  • Tetamu Aidilfitri 1436 (2015) d'SUARANG - Mak Anjang n famili (1)
  • Tetamu Aidilfitri 1436 (2015) d'SUARANG - Roslan n famili (1)
  • TV Kita (2)
  • Uim (10)
  • Uim / Nena Fozi (1)
  • Uim with Parents (2)
  • Ulang Tahun Kelahiran Majid Baharom (1)
  • Ulang Terbit (3)
  • Ulang Terbit Blog Alfian (2)
  • Ulang Terbit Blog Ria (3)
  • UT 40 Perkahwinan AMB n AY (1)
  • Vietnam (6)
  • World Cup 2010 (5)
  • Yunus n Raihan (1)

Total Pageviews

Friends

Mantera Seorang Pesara



Duit adalah sikit-sikit
bolehlah meneruskan
kehidupan sederhana
secara berdikit-dikit
tidaklah terhimpit
atau teruk terjepit
hingga perlu menjerit

Badan ada kalanya
tidak berapa betah
sana lenguh sini lemah
tak apalah lumrah
ujian dari Allah
asalkan masih bergerak
Alhamdulillah

Barang kemas
untuk anak isteri
adalah satu dua utas
dapatlah mereka
buat hiasan diri
sekadar yang asas

Leluhurku
tidak meninggalkan
harta pusaka
bergedung-gedung
sawah bendang
berelung-relung
atau tanah getah
berhektar-hektar
bon?
sekuriti saham?
bunyinya kelakar!

Rumahku sendiri pun
kecil sahaja
atas tanah sekangkang kera
di pinggir kota
syukurlah ada juga!

Kerjayaku sebelum bersara
taklah seberapa
namun aku bangga
aku diamanahkan
menyebar ilmu
melalui buku-buku
yang editornya aku

Mudah-mudahan saja
Tuhan mempertimbangkan
usahaku dengan setara


Anak-anakku
tidaklah dapat bermewah-mewah
tapi apa yang tercapai
dengan susah payah
membanggakan aku
sebagai seorang ayah

Alhamdulillah . . .

Doaku
moga-moga
pendidikan dan pelajaran kalian
kelak menjana
pemantapan sahsiah

Isteriku
amat setia berperanan
menyokong usaha
memajukan keluarga
dengan pelbagai cara
tanpa jemu atau banyak bicara
hingga tercapai segala yang diidam
menyebabkan aku amat tenteram

Peluang yang kini tersedia
harap bijak kalian manfaatkan
ke arah membina suatu kehidupan
yang menjanjikan keberkatan
buat keturunan masa hadapan

In Shaa Allah terlaksana
dengan izin Tuhan . . .

. . . maka dengan penuh tasbih
dariku 'Terima Kasih'



Bamuda
8.7.2005
Simple theme. Powered by Blogger.