Wednesday, May 22, 2013

Ke Daerah Melayu Deli






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Mengunjungi Istana Maimoon


Berikut, dipaparkan foto-foto yang mengisahkan kunjungan kami ke Istana Maimoon di Medan, Sumatera Utara.







Kata orang . . . gambar adalah pencerita terbaik sesuatu peristiwa. Lebih baik daripada seribu satu perkataan yang disampaikan dalam sesebuah cerita!








































Bagaimana? Benarkah gambar pencerita yang baik. Para pembacalah hakim paling sesuai! 





































Suasana di jalan besar di hadapan pekarangan Istana Maimoon pada petang kami berkunjung ke situ tidak berapa sibuk.

Kami difahamkan bahawa pada hari-hari dan waktu-waktu tertentu . . . tempat ini bertukar wajah . . . menjadi sibuk tiba-tiba . . . penuh dengan para pelancong yang berkunjung ke situ!






















Sambil berkunjung . . . sambil menikmati keenakan air kelapa madu di pekarangan Istana Maimoon. Seronok juga.









Pandangan penulis tentang tempat ini? . . . Hmm . . . 'boleh-boleh' sahaja.

Andainya apa yang didakwa juru pandu kami di atas tadi benar . . . maka tempat yang menjadi tumpuan para pelancong dari jauh dan dekat (ke bandaraya Medan ini) seharusnya terurus dengan lebih teratur lagi.

Penyenggaraan yang lebih rapi terhadap Istana Maimoon yang bersejarah di rantau Melayu Deli ini sepatutnya mendapat keutamaan perhatian pihak yang berwajib.

Sekiranya diperlakukan demikian . . . pasti tempat ini akan menjadi lebih menarik di mata para pelancong yang berkunjung ke daerah ini!




Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Monday, May 20, 2013

Belawan Kurang Melawan





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Lengangnya Bandar Pelabuhan 


Ketika berkunjung ke Belawan, sebuah bandar pelabuhan di utara Medan, Sumatera Utara . . . penulis merasakan seolah-olah berada di mana-mana pekan sempadan Malaysia-Thailand pada tahun-tahun 1970-an.





























Penulis berperasaan sedemikian kerana bandar pelabuhan itu semacam sepi dan kurang dikunjungi orang . . . (atau cuma pada waktunya penulis ke sana?) 


















Penulis pernah mendengar ahli-ahli keluarga tua-tua penulis yang berasal dari Medan bercerita tentang kehebatan Belawan sebagai bandar pelabuhan suatu masa dahulu.


















































Penulis berasa pelik sedikit (kurang selesa lebih tepat) melihat dan mengalami keadaan yang hampir lengang di bandar pelabuhan itu . . . lantas bertanya kepada juru pandu mengapa demikian suasananya.




























































Juru pandu yang membawa kami ke sana menerangkan bahawa dulunya memang amat ramai orang ke Belawan. 


"Mereka ke sana untuk membeli bermacam-macam barangan bebas cukai. Sekarang barangan bebas cukai sudah tidak banyak di sana . . . maka Belawan kurang menjadi tempat tumpuan pelancong lagi," jawab si juru pandu . . . dengan nada yang lesu.


"Tak megapalah. Kita pusing-pusing aje di sini," kata penulis.


"Jangan gitu dong pak . . . kalau pusing . . . kita ke . . . hospital aja."

Penulis faham 'lawak' yang hendak disampaikan juru pandu itu. Terhibur juga hati ini. 

Setelah sejam dua di situ dan di daerah sekitarnya . . . kami meninggalkan Belawan. Kami mau meronda-ronda di bandaraya (kedua terbesar di Indonesia?) Medan pula.

Penulis berharap dapat datang lagi berkunjung ke Belawan . . . suatu waktu nanti . . . dan, apabila tiba ketika itu . . . penulis juga berharap dapat melihat Belawan berwajah baru . . . cergas, ceria dan membangun. 

























Mudah-mudahan dengan demikian akan ramai semula para pelancong yang berkunjungan ke bandar pelabuhan ini. Akan pulih semangat tinggi Belawan . . . seperti pada suatu waktu dahulu.

Barulah Belawan melawan!





Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Sunday, May 19, 2013

Ekspresi Berastagi






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Kunjungan ke Berastagi, Sumatera Utara



Gambar-gambar yang dirakamkan di lokasi tanah pergunungan terkenal di Sumatera Utara ini mudah-mudahan dapat menjadi kenangan yang menyegarkan bagi kami yang berkunjung ke sana baru-baru ini.




























Sekeping foto yang dipaparkan dapat menceritakan bermacam-macam peristiwa bagaikan dengan penggunaan sejuta kata.





















Jauh perjalanan luas pemandangan . . . Dengan beristirahat minda semakin sihat . . .  Bersikap ceria membawa bahagia . . . 
























































Sehingga bertemu lagi . . . salam mesra semua.






Bamuda
dsuarang.blogspot.com