Monday, August 26, 2013

Ke Rumah Keluarga DM






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Menjelang Majlis Pernikahan dan Perkahwinan Yuni DM



Sebelum memenuhi undangan keluarga DM untuk kami ke majlis pernikahan dan perkahwinan Yuni Dwi Teevany pada Ahad 18 dan Isnin 19 Ogos 2013 . . . penulis sekeluarga bersilaturahim terlebih awal ke rumah Bapak Dahlawi . . . ketua famili DM. 

Tujuan kami agar dapat berbual-bual dan berkenalan dengan lebih mesra dan aman . . . ketika tetamu masih belum ramai. 

Esok lusa pada hari majlis / pesta tentunya keluarga DM akan dihimpit kesibukan urusan majlis / pesta yang meriah. Pasti akan terdapat terlalu ramai tetamu yang perlu diladeni. Tentu juga tidak akan wujud waktu yang selesa untuk 'ngobrol-ngobrol' panjang!

Malam hari Khamis 15 Ogos ini (setibanya kami dari KL) merupakan detik yang paling sesuai pada kiraan kami untuk ke rumah keluarga DM. Sementelahan ada sedikit buah tangan / cenderahati yang ingin kami sampaikan segera kepada pihak pengantin perempuan 

Oleh kerana inilah kali pertama kami berkunjung ke rumah keluarga DM maka barang tentu kami ingin memanfaatkan momen ini sebaik-baiknya.

Kami disambut mesra oleh Bapak Dahlawi dan Ibu . . . juga Ria DM serta ahli-ahli keluarga DM lain yang berbudi tinggi. Terasa keeratan semangat kekeluargaan mewarnai suasana di sepanjang kunjungan kami itu. Terasa hangat kemesraan yang terjalin. 

Tatarias (hiasan) di rumah keluarga DM pada ketika itu cukup berwarna warni. Maklum penghuni di rumah tersebut sedang dalam usaha menceriakan suasana majlis pernikahan / perkahwinan  ahli keluarga terdekat mereka. 

Penulis baru tahu malam itu juga bahawa warna-warna hiasan dalam majlis begini mengikut kebiasaan budaya warna-warna daerah. Kebiasaan yang luar biasa!

Nyatalah Pak Dahlawi suami isteri serta seluruh ahli keluarga mereka . . . menjuruskan serapi dan seteliti mungkin segala urusan ke arah menimbulkan suasana kemeriahan secukupnya untuk 'special family event' yang bakal berlansung dalam sehari dua lagi. Kerjasama keluarga yang amat baik!  


Khamis 15 Ogos 2013: Setelah tiba dari Kuala Lumpur kami sekeluarga lantas ke rumah keluarga DM . . . 







Tirai hiasan /tatarias yang berwarna warni













Berbual-bual mesra . . . 











Sembang-sembang keluarga . . . 
















Isnin 19 Ogos 2013:  Detik-detik pagi hari sebelum kami ke Dewan Sosial untuk pesta perkahwinan.





 Opah Alimah bersama watak utama . . . Yuni DM

























Final preparations di perkaragan rumah keluarga DM







Semoga segala perancangan yang telah dirangka dan diatur dengan penuh kerapian dan ketelitian ini diizinkan kelancarannya oleh Allah SWT. Amin. 

Hingga kita bertemu di Dewan Sosial nanti.





bamuda
dsuarang.blogspot.com


Sunday, August 25, 2013

Kapal Apung Listrik






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Peringatan TUHAN buat hamba-NYA



Bencana alam yang menimpa Aceh, Indonesia pada tahun 2004 amat mengerikan. Mengapa ia terjadi? Berbagai-bagai sebab musabab telah diberikan orang ramai apabila berbicara tentang kejadian itu. 

Bermacam-macam andaian juga dibuat oleh mereka yang terlibat sama ada secara langsung mahu pun tidak dengan peristiwa tragedi itu. 











Lebih tepat lagi . . . musibah gempa bumi sekuat 8.9 skala Richter yang mengakibatkan gelombang tsunami setinggi tiga kali pohon kelapa yang melanda Banda Aceh pada 26 Disember 2004 (sehari selepas perayaan hari Krismas / Natal) . . . telah menimbulkan banyak spekulasi dan telahan di kalangan masyarakat tempatan khasnya dan umat manusia seantero dunia amnya yang terkejut dan kurang faham tentang 'kebinasaan' yang mendatangi daerah-daerah yang malang itu. 









Pada awalnya . . . ramai mangsa 'tsunami' itu sendiri tidak tahu apa sebenarnya bencana yang telah melanda Aceh, provinsi paling barat Indonesia. Kebanyakan mangsa 'tsunami' tadi hanya menganggap tragedi itu sebagai peristiwa "ombak besar yang datang dari laut"  . . . bukan mala petaka limpahan air sebesar gunung!  

Bagi penulis . . . ini tetap satu ujian Allah SWT terhadap hamba-NYA. Allah ingin meyedarkan kita tentang bala bencana yang boleh ditimbulkan mengikut kehendak-NYA. Tentang kemusnahan yag boleh dilakukan-NYA dengan sekelip mata. Tentang kesedihan yang pasti dirasakan oleh ramai insan . . . walau mereka yang berhati keras seperti batu sekali pun!




























Bayangkan . . . sebuah kapal Pembangkit Listrik Tenaga Diesel (PLTD) Apung I milik Perusahaan Listrik Negara (PLN) seberat 2,600 ton, sepanjang 19 meter dan selebar 9 meter yang berlabuh 3 kilometer ke laut pelabuhan Ulee Lheue, Aceh terseret sejauh 2 kilometer lagi ke daratan perkampungan di Gampung Punge, Blang Cut, Kecamatan Jaya baru, Banda Aceh . . . akibat kekuatan gelombang 'tsunami' tadi. 








Bayangkan juga kemusnahan yang amat dahsyat diakibatkannya ke atas sebilangan besar rumah para penduduk di sekitar daerah ia diseret itu! 



































Allah sahaja yang maha mengetahui. 

Allah SWT mahukan hambanya bertaubat dan insaf akan segala kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan. Mungkin selagi tiada contoh kemusnahan seperti itu . . . selagi itulah juga manusia merasakan diri mereka terhebat di alam ini. Takut-takut ada yang telah hampir alpa akan kekuasaan Pencipta mereka Yang Maha Agung!


Alhamdulillah penulis sekeluarga berkesempatan mengunjungi kawasan terdamparnya bangkai kapal Apung I tersebut . . . dengan ditemani kaum keluarga dari Medan, Kuala Simpang, Sabang dan Banda Aceh sendiri. 







































Maka, setidak-tidaknya . . . fahamlah pengunjung seperti kami akan kegerunan yang dialami dan penderitaan yang ditanggung mangsa bencana alam gempa bumi dan gelombang tsunami Ahad 26 Disember 2004 . . . suatu mala petaka yang tidak disangka-sangka menimpa daerah yang tersohor dengan gelaran 'Serambi Mekah' itu.



















Ya Allah Ya Tuhan kami . . . bangkitkanlah keinsafan yang luhur dan tulen di dalam jiwa semua hamba-MU di muka bumi ini. Sedarkanlah mereka akan wujudnya kekuasaan paling atas . . . kudrat dan iradat Allah SWT.


















Semoga yang agak tersasar . . . cepat kembali ke pangkalan dan yang hampir alpa . . . tidak lalai terus kehilangan daratan. 























Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!





bamuda
dsuarang.blogspot.com