Monday, November 18, 2013

Facebook oh Facebook






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Buruk Sahajakah Facebook?



Ahad November 17 2013 bersamaan 13 Muharram 1435H penulis dan isteri berada di Kg Sesapan Batu Rembau, Beranang, Selangor.


Kami pergi ke kampung tersebut kerana memenuhi undangan Tuan Faizal Hassan dan Puan Norlayly Mat Noor, sepasang suami isteri yang pada hemat penulis masih tergolong muda.


Mereka berhajat mengadakan kenduri kesyukuran berpindah ke rumah baru (sambil menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20? . . . penulis mendapat tahu kemudiannya. Maka ucapan selamat juga untuk pasangan ini  daripada penulis.) 


Pasangan ini adalah ibu dan bapa saudara (Mak Chu n Pak Chu) kepada Mohd Rashidi Ali (menantu penulis).








Pasangan Empunya Rumah

Tuan Faizal Hassan dan Puan Norlayly Mat Noor




Istimewanya . . . Norlayly dan Faizal menjemput kami melalui facebook (fb) sahaja. 


Mudah dan cepat . . . tapi paling ketara . . . ikhlas!




  • Conversation started Tuesday
  • Norlayly Mat Noor
    Norlayly Mat Noor

    Assalammualaikum tuan dgn sukacitanya saya ingin menjrmput tuan seisi keluarga ke majlis kenduri kesyukuran masuk rmh,pada 17hb ahad ini..majlis bacaan yassin ytahlil akn diadskn sblm zohor (12tghri)..dikg sesapan batu rembau,beranang sel.moga kehadiran tuan seisi keluarga betambah serilh majlis kami..
  • Abdul Majid Baharom
    Abdul Majid Baharom

    Waalaikumsalam Pn Norlayly Mat Noor . . . Terima kasih sudi menjemput kami sekeluarga ke majlis puan pada Ahad 17 Nov ini. In Shaa Allah . . . andai tiada aral dan paling penting . . . diizinkan jua olehNYA . . . dptlah kami cuba sama-sama memeriahkan majlis puan kelak.
  • Norlayly Mat Noor
    Norlayly Mat Noor

    Semua seisi rmh dijemput ye tuan...rmh saya bkn rmh kak long kt broga....kg sesapan batu rembau....


Maka dengan berbesar hati dan atas semangat ingin mewujudkan tali persaudaraan yang lebih erat . . . kami* tiba di rumah Faizal dan Norlayly pada kira-kira jam 11:30 pagi.


*(Penulis, isteri, ibu mertua dan seorang cucu sebenarnya dipandu sampai ke situ oleh Mazlyn, anak penulis, yang juga isteri kepada Mohd Rashidi. Rashidi sedang menjalani peperiksaan di UM ketika itu dan akan menyusul ke situ kemudian kelak.)


Setiba di perkarangan rumah baru Norlayly dan Faizal . . . penulis lantas masuk ke ruang tamu rumah yang berkenaan kerana ingin turut sama dalam acara membaca surah Yassin yang sudah pun bermula. 


Selesai bacaan surah Yassin . . . bacaan tahlil dan doa selamat pula dilakukan. 


Alhamdulillah . . . segala acara terlaksana dengan baik.


Kami kemudiannya dipersilakan menjamu selera (makan tengah hari) oleh tuan rumah di bawah lindungan khemah yang terdiri di hadapan rumah itu. 






Berbual Santai  

Penulis dengan Tuan Hj Zohari sesudah makan tengah hari 







Menjamu Selera

Dari kiri:
Hjh Alimah, Mazlyn (pangku Ahmad), Hjh Maimunah 








Kenalan Baru

Tuan Hj Ibrahim dan para jemputan lain








Trio Lama

Dari kiri:
Tuan Hj Zohari, Tuan Hj Ibrahim, Penulis



Akhirnya . . . pada kira-kira jam 2:30 petang penulis 'terpaksa' memohon diri untuk pulang . . . kerana ada lagi acara lain yang menanti dipenuhi penulis di KL.


Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah yang telah sudi mengundang kami ke majlis yang penuh keceriaan dan keikhlasan bersilaturahim ini. 


Panjang umur ada rezeki . . . in shaa Allah kita berjumpa lagi.





Pasangan Berbahagia

Tuan Faizal dan Puan Norlayly




Kenangan Mesra

Dari kiri:
Puan Norlayly, Tuan Faizal, Penulis



Inti cerita siaran blog penulis kali ini jelas memfokus kepada usaha insan saling mengeratkan silaturahim.


Akan tetapi . . . ada sesuatu perkara lain yang ingin penulis paparkan di sini. Polemik penggunaan facebook


Ramai yang menghukum facebook sebagai sesuatu yang mendatangkan banyak buruk daripada baiknya.


Ada yang berpendapat kemudahan facebook kurang sesuai untuk orang tua kerana menurut mereka golongan remaja sahaja yang gemar menggunakannya bagi tujuan mencari couple masing-masing dan seterusnya memadu asmara!  


Ada pula yang berpandangan bahawa penggunaan facebook hanya perbuatan mensia-siakan waktu tanpa mendatangkan sedikit manfaat pun . . . konon nanti melekakan dan mengkhayalkan pengguna di alam maya!


Dan . . . banyaklah lagi yang diperkatakan oleh mereka yang " bijak-bijak sendirian berhad."


Ironinya ada di antara individu-individu begini yang tidak pernah menggunakan facebook atau tidak tahu atau tidak mahu tahu bagaimana menggunakan kemudahan facebook yang tersedia . . . dengan cara berdisiplin dan memanfaatkan!







Ikatan Persaudaraan 

Dari kiri:
 Tuan Hj Zohari, Puan Norlayly, Tuan Faizal, penulis



Alangkah ceteknya pandangan dan pemikiran "end user" yang sedemikian tentang teknologi moden ini! 


Sebenarnya facebook kalau digunakan dengan bijak dan berhemah dapat mendatangkan banyak faedah kepada setiap lapisan anggota masyarakat atau ahli sesebuah komuniti. 


Contohnya, dalam usaha mencegah jenayah, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan negara, bangsa dan agama, menimbulkan keprihatinan terhadap usaha memperbaiki taraf hidup, kesihatan dan ekonomi rakyat, seterusnya meningkatkan status kemajuan warga Malaysia di mata masyarakat antara bangsa . . . dll. 


Elakkan penggunaan songsang facebook untuk mendokong kerja-kerja maksiat dan untuk menyebarkan gosip liar dan khabar angin yang tidak berasas atau untuk fitnah memfitnah satu sama lain. 


Jauhkan diri daripada beraktiviti facebook andai semata-mata bertujuan untuk menimbulkan prasangka atau mewujudkan kebencian terhadap pihak lain.


Janganlah jadikan facebook alat yang memudahkan segala kerja berniat jahat atau kerja mengaibkan mana-mana individu atau perkumpulan. 


Gunakanlah facebook dengan cara betul dan sebaik mungkin. Facebook pasti dapat memudahkan urusan harian seseorang dan telah terbukti membantu dalam usaha yang memerlukan kederasan tindakan. 







Kita Bersaudara

Dari kiri:
Tuan Razali, Tuan Rahim, Penulis, Tuan Mat Zain, Tuan Faizal, Tuan Hj Zohari







Keceriaan Jadi Kenangan 

Dari kiri: 
Tuan Mohd Rashidi, Tuan Razali, Tuan Rahim, Penulis, Tuan Mat Zain, Tuan Faizal, Tuan Hj Zohari




Dan, seperti dalam situasi santai yang penulis alami di atas . . . perhubungan melalui aktiviti "berteman di fb" mampu mengeratkan tali silaturahim hanya dengan memberi respons yang positif terhadap catatan (dalam kes ini, 'undangan') yang di buat . . . walau pun perantaraannya hanya melalui teknologi moden yang bergelar . . . . facebook!


Sekian . . . wallahuaklam.

     




Alhamdulillah


bamuda
dsuarang.blogspot.com

Sunday, November 17, 2013

Silaturahim Sepanjang Zaman






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Dulu Geng Sekarang Pun Geng 



Suatu hakikat yang nyata! 

Silaturahim yang terjalin di antara kami sejak zaman persekolahan 1950/60-an di KL . . . terbukti masih terikat kuat hingga kini.







[Ahad September 1 2013 di Kajang (rumah Jamil)]

Berdiri (dari kiri):
 Hj Harun Saeran, Penulis, Hj Sani (Jamil) Saeran
Duduk (dari kiri): 
Hjh Madznah Adnan, Hjh Alimah Yasin, Hjh Maimunah Mahat, Hjh Azizah Abdullah



Uniknya pada waktu itu kami berlainan sekolah . . . tetapi tinggal di bawah satu bumbung sebuah hostel . . . Asrama Putera Melayu, Kuala Lumpur (MBH KL). 

Ketika itu sekolah-sekolah di KL belum ada yang punya asrama sendiri. Jadi para pelajar di sekolah-sekolah KL yang tinggal berjauhan daripada ibu bapa atau keluarga mereka ditempatkan bersama-sama di sebuah hostel biayaan kerajaan.







Keriangan terserlah di wajah ahli-ahli keluarga sahabat setiap kali bertemu dan berkumpul ramai begini . . . 







Kami sempat berkenalan dan bergaul dengan para pelajar dari berbagai-bagai jenis sekolah. Sekolah-sekolah pengantar bahasa Inggeris (English medium schools) dan juga sekolah-sekolah pengantar bahasa Melayu (Malay medium schools).

Para pelajar di asrama yang kami huni itu pula terdiri daripada mereka yang berbeza latar belakang status ekonomi dan budaya. Orang bandar dan orang kampung. 

Ertinya kami terlatih sejak awal-awal lagi untuk mengharungi hidup dalam suatu komuniti insan pelbagai 'budaya' kehidupan.







Dari kiri:
Shidi (memegang Ahmad dan Ajim), Roy, Harun, Jamil, Penulis, Nadim



Alhamdulillah . . . sekarang kami sudah berkeluarga dan mempunyai anak serta cucu masing-masing. Hati kami masih menyimpan perasaan kasih antara satu sama lain.

Sesungguhnya . . . kami bersyukur ke hadrat Allah SWT yang masih mengizinkan kami bertemu dan berkumpul semula selepas lebih daripada 40 tahun setelah meninggalkan bangku sekolah pada tahun 1960-an.

Allah masih merestukan kami . . .  yakni Harun, Jamil dan aku sendiri . . . terikat dalam kemesraan tali persaudaraan . . . "dulu geng sekarang geng!"

Sebenarnya . . .  kami tidak pernah dapat bertemu sepanjang tempoh selama lebih 40 tahun itu . . . walaupun kami semua bekerja di wilayah yang sama . . . Kuala Lumpur / Selangor.







Sembang-sembang di kalangan kaum ibu sekeluarga yang tentunya membawa rasa bahagia.







Pasti ada hikmahnya mengapa Tuhan mempertemukan kami semula sekarang dalam suasana yang penuh dengan keikhlasan dan semangat persaudaraan yang jitu.

Maka kami . . . Harun, Jamil dan aku sendiri . . . sahabat-sahabat sejak zaman persekolahan dahulu . . . berserta para keluarga kami masing-masing . . . dengan ini bertekad mengukuhkan tali silaturahim yang wujud. 







Berdiri (dari kiri):
Lyana, Mira, Nadim, Humaira, Jasmin, Harun, penulis, Jamil, Shidi, Roy, Anum
Duduk (dari kiri):
Mariani, Madznah, Alimah (memangku Azim Muqry Basrie), Maimunah, Azizah, Alyn   (memangku Ahmad Iman Iskandar) 
   


Mudah-mudahan silaturahim 'berjaman' sahabat-sahabat lama ini berkekalan terikat erat dan mesra sehingga akhir waktu.

Ya Allah kabulkanlah doa kami ini. Amin. 






bamuda
dsuarang.blogspot.com

Friday, November 15, 2013

Semangat Bersilaturahim






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Bersama Kita Amalkan



Kata 'silaturahim' yang berasal daripada perkataan Arab . . . dalam pengertian mudahnya . . . membawa maksud 'hubungan'. Maka kalau kita sebut 'hubungan silaturahim' atau 'tali silaturahim' maksudnya 'hubungan atau pertalian persaudaraan, kekeluargaan atau persahabatan'.






























Jelaslah apabila disebut seseorang itu 'rajin bersilaturahim' . . . ertinya dia 'gemar' atau 'berusaha' memelihara 'hubungan' atau 'pertalian' di antara dirinya dengan sama ada ahli-ahli keluarganya, sanak saudaranya atau sahabat handainya.

Tujuannya semata-mata agar perhubungan atau pertalian sedemikian berlaku berterusan dan dapat dikekalkan kemesraannya dari generasi ke generasi.      

































Setiap kali ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai berjumpa ataupun berkumpul pada sesuatu ketika . . . dengan niat yang suci dan murni . . . dengan perasaan yang terbuka dan ikhlas . . . dengan penuh semangat kekeluargaan yang saling maaf memaafkan dan sayang menyayangi antara satu dengan lain . . . maka terjalinlah silaturahim yang diharapkan. 

Akan terlaksanalah tujuan 'bersilaturahim' yang sebenar.




































Suasana mesra dan bahagia yang wujud dalam pertemuan sedemikian tiada tolok bandingnya. Tidak ternilai dengan kemewahan material . . . tidak terbeli dengan harta kekayaan yang banyak dan tidak terbayar dengan wang ringgit yang bertimbun! 











































































Penulis teringat akan kata-kata bersahaja seorang hamba Allah yang berilmu tetapi tetap merendah diri. Katanya:

"Hubungan kita dengan Allah tidaklah perlu ditunjuk-tunjukkan atau diheboh-hebohkan . . . takut-takut nanti menimbulkan riak dan keangkuhan pada diri yang mahu beriman . . . sebaliknya hubungan kita sesama manusia eloklah dizahirkan . . . mudah-mudahan menjadi ikutan kepada insan yang ingin menerapkan semangat bersilaturahim dengan penuh keikhlasan . . ." 

Entahlah. Wallahuaklam.




bamuda
dsuarang.blogspot.com