Friday, December 13, 2013

Bila Sepupu Bertemu






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Cerita Panjang Kisah Lama


Ahad 8 Disember 2013 bersamaan 5 Safar 1435H . . . Mi singgah ke rumahku. 

Mi atau nama penuhnya Mohd Suhaimi bin Abdul Rahman tiba bersama anaknya Siti Hajar Izzati pada kira-kira jam 10:00 pagi.



Pose 1




Pose 2




Pose 3

Mohd Suhaimi bin Abdul Rahman
 n 
Siti Hajar bt Mohd Suhaimi



[Mereka pulang pada kira-kira jam 3:00 petang.]





Sekali sekala . . . 




dapat menjamu selera . . . 




bersama-sama . . . 




sanak saudara . . . 




gembiranya tak terhingga . . . 



Tujuan Mi datang untuk menyampaikan kad jemputan ke majlis perkahwinan anak kakaknya Noor Siah bt Abdul Rahman.




Kad Undangan ke Walimatulurus Atirah & Rifa'ie


Mi ini adik sepupuku nasab ibu. Ibuku Allahyarhamah Zainab bt Mohd Taib adalah kakak kepada ayah Mi Allahyarham Abdul Rahman bin Mohd Taib.





Mi sekarang . . .
lebih handsome,lebih matang


Aku memanggil ayah Mi itu . . . Pak Chu. Allahyarhamah ibu Mi yang bernama Siti Mariam bt Hj Said aku panggil Mak Chu. 


Aku lebih tua 17 tahun daripada Mi. Jadi . . . untuk tempoh yang agak lama juga sepanjang zaman kanak-kanaknya yang telah berlalu dahulu . . . aku dapat melihat Mi membesar bersama keluarganya. 


Ketika itu Allahyarham Pak Cu dan Allahyarhamah Mak Chu tinggal di kuarters Pegawai Penjara di Alor Setar, Kedah . . . sekitar tahun-tahun 1970/1980-an.


Aku serta isteriku sering menziarahi Pak Chu dan Mak Chu ketika ada hayat mereka di kuarters tersebut.

Maka perhubungan antara kami pada waktu itu cukup rapat . . . termasuklah perhubungan dengan anak-anak mereka . . . Mi dan adik beradiknya semua.


Kini masa telah lama berlalu. Disebabkan kesibukan kami masing-masing mungkin . . . kami jarang-jarang dapat bersua muka walaupun kami semua tinggal di dalam suatu wilayah . . . Kuala Lumpur. 


Maka tidaklah menghairankan apabila sesekali dapat bertemu . . . tentulah banyak info yang ingin kami kongsikan dan banyaklah pula perasaan yang hendak dicurahkan.

Kami bersembang panjang pada hari itu. 















Cerita panjang . . . kisah lama. In Shaa Allah . . . nanti dapat jua penulis paparkan dalam episod ke hadapan andai cukup bahannya.


Buat masa ini . . . terima kasih penulis ucapkan kepada Mi kerana sudi mencari Abang Uda mu . . . walaupun sekadar untuk menyampaikan sekeping kad undangan. 





Suhaimi n penulis




Siti Hajar n penulis




Dari kiri:

Suhaimi, Siti Hajar, Alimah, penulis 



Demikianlah . . . kalau dalam hati masih ada keikhlasan bersaudara!

Hingga kita bersua lagi . . . salam takzim. 





bamuda
dsuarang.blogspot.com

Thursday, December 12, 2013

Nia Airyn Sofeah






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Balik Ke Rumah Ibu Bapa



Senario di sebuah rumah:


Majlis menyambut kepulangan Nia Airyn Sofeah (Nas) ke rumah ibu bapanya, Halim dan Shafini, sedang diadakan . . .


Penulis memanggil Nia Airyn Sofeah dengan panggilan 'Airyn' sahaja.

Airyn adalah cucu ketujuh penulis dan merupakan anak kedua pasangan suami isteri Halim dan Shafini. 





Pose 1

Nia Airyn Sofeah (Nas)



Pose 2


Anak pertama pasangan ini juga seorang perempuan bernama Dian Seri Aishah yang kami panggil 'Dian'.



Bersantai-santai

Halim dengan Dian dan Airyn  



Homecoming Airyn ini berlaku sesudah tamatnya tempoh berpantang (confinement) Shafini . . . ibu Airyn.











Pasangan suami isteri yang menjadi hos . . . 



Maka setelah berlangsung bacaan doa dalam majlis kesyukuran yang ringkas itu para tetamu pun dipersilakan menikmati hidangan makanan yang tersedia. 





Anum . . . memang terkenal 'rajin' le . . . 





Sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu . . . 




Suruh makan kome makan . . . 





suruh ngaji, kome malu-malu . . . hahaha






Penulis dengan Kasih . . .






. . . cucu nombor 6 teman . . .



Shafini menjalani tempoh berpantang selama kira-kira 3 bulan di d'SUARANG setelah melahirkan Airyn pada Khamis 12 September 2013 bersamaan 6 Zulkaedah 1434H. 






Chit-chat lepas makan . . . Lyana, Halim, penulis





. . . lain kali boleh buat lagi ni . . . hehe





. . . satu merenung ke awan, satu memikirkan masa depan . . .





ha . . . mak makan . . . korang pandang ya . . .






Dah dua anak aku . . . hmm







Makcu makan, Kasih atas tangan (Pak Teh) . . . 


Selesai para hadirin yang terdiri daripada ahli-ahli keluarga rapat bersantai-santai . . . 









kita relaks je Amad . . . 





Kenapa Umar? . . . Serius nampak . . . 





Apa pulak dengan si Ajim tu Lyn?




Oh, so everything's ok lah . . . 




ya lah . . . 




suka suka . . . 





ramai-ramai . . . 





santai-santai . . .  
hey . . . apa tu?



. . . secara tiba-tiba . . . kedengaran bunyi bising di kawasan belakang rumah Halim dan Shafini. 

Suasana bising yang kehampiran hiruk-pikuk itu wujud pada sebelah petang Sabtu 30 November 2013.






Kita tunggu ya . . . 






jap . . . jap . . . jap je lagi





Tengok tu . . . sana . . . 





Mana? Amad tak nampak 'pung'  . . .






 Nak teropong apa pulak tu?





. . . tu ha . . . tengok tu . . . best!


Apakah yang menarik perhatian mereka ini? Suasana yang riuh rendah atau kebisingan yang amat menggamatkan?

All d king horses and all d king's men . . . rupa-rupanya dah standby untuk beraksi!


Walaupun susana di backyard rumah ibu bapa Airyn bising pada petang itu . . . namun suasana itu tetap disertai semangat kemeriahan yang tebal!  


Bermacam-macam gaya permainan 'encang berkuda' telah dipertontonkan kepada khalayak rumah oleh anak-anak dan bapak-bapak yang terlibat. 









. . . hi yo . . . horses away . . . 





. . . riders roaring to go . . . 





. . . mesti imbang badan betul-betul dulu . . . 





. . . oops . . . oh oh . . . dah ok ke semua? . . . 





Ok . . . ready . . . steady . . . go!





Kita dah macam nak penat ni weh . . .






. . . budak-budak ni plak tau nak enjoy terus . . .





Stop, stop. Introduction first!

 L to R:
 Shidi with jockey Amad, Halmy n Umar, Hazry n Ajim, Halim n Dian (sole lady jockey) 






Nasib baik dapat curi angin sikit tadi. 
 Hilang gak mengah ni!






Bro . . . (let me tell u a secret . . . )
 ni lah masa kita leh pegang kepala bapak kita!





 Come on man . . . let's power on . . .  





Ha . . . ah . . . cakap senang lah!
Jockey kecik . . . si Aish pun nak jugak!



Akhirnya selesailah segala acara dalam perhimpunan keluarga yang ringkas dan amat santai di rumah Halim dan Shafini. 

Semua ahli keluarga yang hadir kemudiannya memohon diri untuk pulang ke rumah masing-masing. 


Maka terpahatlah satu lagi kenangan indah di dalam minda setiap diri kami! 

Alhamdulillah . . . semoga silaturahim begini KAU izinkan berlanjutan . . . Amin ya Rabbulalamin.




bamuda
dsuarang.blogspot.com