Wednesday, January 22, 2014

Kenyalang Pulau Pangkor






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Di Teluk Dalam Pun Ada?


Aku dan famili bercuti-cuti Malaysia di Teluk Dalam, Pulau Pangkor baru-baru ini.

Kami sekeluarga berada di sana selama 3 hari 2 malam dari Jumaat 17 hingga Ahad 19 Januari 2014. Kami menginap di chalet percutian Teluk Dalam Resort. 










Pada petang hari Sabtu 18 haribulan . . . sedang kami berehat-rehat di chalet . . . aku tiba-tiba dikejutkan dengan teriakan salah seorang ahli keluargaku:


"Ada hornbill . . . ada hornbill."



"Ada apa atuk?" Tanya Amad, cucu sulung aku yang berusia 4 tahun.







Amad tidak tahu apa itu hornbill barang kali! Apa hendak dihairankan. Ramai orang yang jauh lebih dewasa . . . tidak banyak mengetahui tentang hornbill . . . atau sebutan namanya dalam bahasa Melayu . . . burung enggang.


Aku pun berkejar keluar daripada chalet. Aku ingin melihat sendiri benarkah si hornbill ini ada di Pulau Pangkor. 


























Rupa-rupanya ada juga hornbill di sini? Bukankah hornbill lazimnya terdapat di Sarawak @ Bumi Kenyalang?


Dalam berfikir-fikir itu . . . aku teringat pernah terbaca nama tertentu beberapa jenis enggang yang tergolong dalam famili burung jenis Bucerotidae.


Burung enggang juga ada dikenali dengan nama burung jawa. Enggang ada banyak jenisnya . . . termasuk enggang kenyalang yang tergolong dalam kelompok burung Buceros rhinoceros. Enggang kenyalang dipanggil juga enggang lilin.

Lain-lain jenis enggang yang pernah aku dengar namanya ialah enggang papan dalam kelompok burung Buceros bicornis. Enggang buluh @ enggang belukar dalam kelompok burung Annorhinus galeritus.

Ada pula enggang yang diberi nama enggang belantara dalam kelompok burung Rhyticeros plicatus.

Enggang jambul putih @ enggang bulu tergolong dalam kelompok burung jenis Berenicornis comatus.



















Sukar juga hendak mengecam berbagai jenis enggang yang terdapat di negara kita . . . apatah lagi untuk mengingati nama-namanya . . . khususnya nama saintifik!

Apa yang harus kita sedari ialah burung enggang (kenyalang) terdapat juga di lain-lain kawasan tempatan . . . bukan di Sarawak sahaja.

Apa yang tampak nyata dan boleh dijadikan pegangan dalam usaha mengecam burung enggang ialah burung jenis ini mempunyai 'cula' (tidaklah sebesar 'cula' badak sumbu!) dan 'cula' ini terletak di atas paruhnya yang besar.







Menyaksikan burung enggang ini berterbangan ke sana ke mari di daerah resort tempat kami menginap . . . aku teringat akan satu idiomatic expression Melayu yang popular di kalangan kita:

"Enggang sama enggang, pipit sama pipit". 

Simpulan bahasa kita ini apabila dijadikan pernyataan kiasan lazimnya membawa maksud: 

"Darjat seseorang atau kedudukan sesuatu kelompok manusia memainkan peranan dan menjadi faktor utama yang sering diambil kira dalam menentukan kesesuaian manusia itu bergaul atau beraktiviti sosial sesama mereka." 




















Tetapi . . . dalam hal si enggang yang diceriterakan di sini . . . penulis lebih tertarik membuat rumusan sendiri melalui pantun begini:


Enggang sama enggang,
Pipit sama pipit;
Lapang sama bersenang,
Sempit sama terhimpit.


Ini mungkin lebih mencerminkan semangat kesatuan yang diharapkan antara kita.






Wallahuaklam . . . 


[Penghargaan:Ucapan terima kasih kepada Marlyana Haniz kerana merakamkan foto-foto ini.]




bamuda
dsuarang.blogspot.com 
  

Tuesday, January 21, 2014

Teluk Dalam






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Pulau Pangkor Kami Datang


Jumaat 17 Januari 2014. Penulis sekeluarga telah berada di Pangkor.

Kami tiba di jeti Teluk Dalam pada jam 7:35 malam setelah menaiki feri khas ke sini dari Terminal Jeti di Lumut pada jam 7:00 senja tadi.







Lamanya aku tak ke sini . . . almost 50 years now
 since my first (and only) camping activity here . . . in 1964






Tiga generasi . . . sebaris kerusi . . . 






Mak n abah Aish nak bagi tau sikit . . . 





. . . sekarang dah feri . . . dulu cuma rakit ! 






 Ajim showing off signs to d public . . .  Pak Teh E tumpang sekaki?






Gaya anak n ibu . . . Alimah n Maimunah 







Aksi tersendiri . . .  atuk, abah , emak n sayalah . . . siapa lagi









Dah nak sampai ke mak?






Check bateri hp . . . cukup charge ke? 






 Dari dalam feri . . .  kelihatan kapal TLDM yang berlabuh . . . 






Terasa bangga di hati menjadi anak Malaysia . . . 






Bukti terkawal baik dan selamat perairan negara!






Bagi tau member . . . dah sampai





Ahmad Iman Iskandar (Amad)





Azim Muqry Basrie (Ajim)






Ha ah . . . semua ok . . . terima kasih




Kami 12 beranak . . . 9 dewasa dan 3 kanak-kanak menghuni chalet di Teluk Dalam Resort . . . bersebelahan lapangan terbang Pangkor.


Alhamdulillah segala urusan penginapan kami sekeluarga di resort percutian ini terlaksana dengan baik dan teratur. 


Esoknya, Sabtu 18 Januari 2014 . . . aku bangun segar setelah tidur nyenyak kerana keletihan dalam perjalanan. Maklumlah mesin pun dah lama!







Orang lama . . . Alhamdulillah, dah 40 tahun bernikah . . . 






Alimah n Maimunah, ibu mentuaku . . . 






. . . sempat posing kat beranda chalet . . . 






. . . dorehlah sikit ha . . . 






. . . eh shoot lagi 






suka hatilah . . . biar aku tunggu kat sini aje . . . 






Di hadapan chalet tempat kami menginap






Kita jalan-jalan . . . exercise kaki . . . 





Tengok mak steady ikut belakang . . . relaks aje 






Apa buat tu ha?






Nak ke mana Mah?





Dari kiri:
Alyn, Alimah, penulis, Maimunah






Dari kiri:
Alimah, Lyana, penulis, Maimunah





Background tu . . . bila nak design lain . . . E boleh tolong kan?



Suasana di resort Teluk Dalam ini sungguh tenang dan aman. Keadaan hening menyelubungi sekitar alam di daerah ini. 

Udara sekeliling terasa nyaman dan segar. Amat membantu memudahkan sistem pernafasan seseorang dengan bekalan oksigen natural daripada tumbuh-tumbuhan yang banyak tumbuh di situ.





take 18 . . . 




take 19 . . . 





take 20 . . . 





alahai ms juru gambar . . . dah le tu . . . tak kan nak sampai take 40 



Alhamdulillah . . . terlerailah kami  buat seketika daripada keadaan sesak dan suasana hiruk pikuk di Kuala Lumpur.

Anak-anak dan cucu-cucu aku pula seronok dapat bermain pasir di tepi pantai resort ini.







Di tepi pantai yang indah . . . (permulaan lirik sebuah lagu pop yeh yeh 60-an)






Ajim n Amad






Anum n Aish






. . . dah ponek den ai . . .






Shidi n Amad









Dari kiri:
Roy (dukung Aish), Shidi (dukung Amad)








Amad






Bang Ngah jumpa dugong tadi . . . hehe






Aish Maliq Basrie (Aish)


Mereka bermain-main di pantai yang bersih pasirnya dan indah pula pemandangannya.

Sesudah puas bermain-main di situ . . . mereka turut bersama kami makan di kafe resort

Makanan di sini . . . kalau menurut istilah anak-anak sekarang . . . ok ok saja (nothing to shout about).






 Piringnya mana? . . . kata nak buat tari piring!






. . . duduk aje le . . . makan






. . . bukan apa . . . #@!#@!#@! . . . 






ha . . . camtu kan senang . . . 






. . . lah dah nak kena jaga meja ni lak . . . 







hmm . . . Encik . . . hmm . . . tolong jangan banyak ragam  ye 






Hai . . . sapa pulak membazir ni . . . makan tak habis . . . ha bah?







. . . bukan Pak Teh . . . 





. . . bukan saya gak tau! 






Dah tengok laut tu . . . 






. . . nak ke sana ke Aish?






. . . jaga dia, teman nak minum ni . . . 






. . . hmm baru lega . . . 






. . . best gak dah lama tak kena teh ni . . . 





Relaks saja dulu . . . 




. . . kejap lagi kita balik ke chalet . . . kemudian jala-jalan . . . 







Aish pun nak ikut atuk . . . 




[3 shots berikut agak kabur atau disengajakan ala-ala silhouette shots?]




(1)







(2)






(3)



. . . Itu kena tanya juru fotonya le . . . hehe 



Kami kemudiannya berehat di tepi kolam renang resort sambil memerhatikan anak-anak dan cucu-cucu mandi manda . . . lebih tepat lagi . . . bermain-main air. 







2 lifeguards on duty . . . 





 Kena shower dulu ya mak?





2 lifeguards sentiasa fokus memerhati . . . 






. . . sekarang mandi . . . 





brr . . . brr . . . brr





2 lifeguards dah penat . . . tender resignation minta berhenti!






Mak Chu pun macam takut sejuk aje . . . 






. . . sejuk gak le . . .






. . . Aish dah acclimatise . . .  






. . . so no problem dengan kesejukan air di pagi hari ni.






Along Amad pun dah berani join . . . 






. . . enjoy nampak 






Along tak takut sejuk ke . . . 






. . . tak le sangat . . . 






. . . mak . . . Aish dah rasa sejuk sekarang . . . 






Aish dah takut ni . . . 





OK . . . Aish naik kat atas ni . . . 





Amad macam mana . . . masih OK ?





. . . kalau dah sejuk . . . kita naik saja le . . . 





. . . dan kita shower lagi . . . 





. . . sampai pasti . . . 





. . . badan dah bersih dan tak lekit lagi 



Selepas itu kami semua segera pulang ke resort . . . untuk bersiap-siap pergi melawat pekan Pangkor dan tempat-tempat bersejarah di sana . . . pada sebelah petang nanti . . .  


[Penghargaan: 
Terima kasih diucapkan kepada Marlyana Haniz yang menjadi juru gambar untuk siaran blog ini].


bamuda
dsuarang.blogspot.com