Wednesday, August 27, 2014

Nostalgia 1962






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Rombongan ke Singapura 1962


Penulis teringat akan peristiwa pertama kali berkunjung ke Singapura. Ketika itu penulis masih di zaman persekolahan menengah . . . di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

Cuti penggal ke-3 persekolahan waktu itu lama juga . . . sebulan lebih.

Biasalah pada setiap penggal cuti sekolah penulis akan 'balik kampung' ke Tapah.

Kali ini 'balik kampung' ada berita menarik yang menunggu kepulangan penulis. Ahli-ahli keluarga di Perak akan melawat kota besar Singapura . . . dan penulis juga diberi peluang ikut berombongan. 

Alangkah teruja penulis apabila ditawarkan kesempatan turut berkunjung ke Singapura. Al-maklum ini pun kali pertama penulis akan menjejakkan kaki ke bumi yang pada zaman silam terkenal dengan nama 'Temasik'!

Al-maklum juga . . . Singapura sebuah kota yang pesat pembangunannya pada tahun-tahun 1960-an dan amat hebat kemodenan gaya hidup warganya pada pandangan mata warga Malaya ketika itu.

Sebuah bas telah disewa (chartered) dari Tapah (kalau tak silap penulis bas syarikat 'Regal') untuk ke Singapura. Kami akan berada di 'kota singa' itu selama 3 hari 2 malam.

Ketika di Singapura penulis dan rombongan di bawa melawat ke beberapa tempat yang dianggap 'menarik' . . . (mengikut standard pelancongan zaman itu).







Singapore Aquarium December 25 1962 
[penulis berdiri no 2 dari kiri di baris 3 dari belakang] 







Changi Beach December 26 1962

Berdiri dari kiri:
Opah Zaidah, Abg Long Azman, (?), penulis, Ayhn Baharom, Busu Normah

Bercangkung: 
Abg Ngah Ismail, adn Timah, Leha, Ino, Opah Long 







Singapore Museum December 27 1962

[penulis berdiri no 2 dari kanan baris belakang]




Penulis akur sahaja dengan aturcara lawatan yang dibuat para senior family members sepanjang waktu kunjungan. 








Cathay Keris Film Studios, Singapore December 27 1962

[penulis berdiri no 5 dari kanan]







Singapore Breweries December 27 1962
(dikunjungi juga pada zaman 'gelap' dulu . . . hmm)

[penulis bercangkung no 4 dari kiri di hadapan] 








Bedok Beach, Singapore December 27 1962

Dari kiri baris belakang:
Ayhn Baharom, Abg Ngah Ismail, Abg Long Azman, Opah Zaidah, Opah Long, adn Leha, Busu Normah, (?)

Baris depan:
Penulis, adn Ale, Ino, Timah




Tidak mengapalah (fikir penulis) . . . sekurang-kurangnya dapat juga pengalaman berkunjung ke negeri yang lebih maju dan moden pada zaman 1960-an . . . zaman kegemilangan pop yeh yeh! 









Haw Par Villa, Singapore December 27 1962


Dari kiri:
Penulis, Abg Long Azman, Ayhn Baharom, 
Adn Timah, Abg Ngah Ismail, (?)




Kata orang . . . jauh perjalanan luas pemandangan . . . haha hmm.




{Catatan Penghargaan:

Penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada anakanda Mohd Azurin bin Mohd Azman yang telah bermurah hati membolehkan siaran semula foto-foto lama daripada koleksi abang penulis Allahyarham Mohd Azman Baharom.}





bamuda
dsuarang.blogspot.com

Thursday, August 21, 2014

Raji n Meni di Rawang






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Mengunjungi Keluarga Besar Tok Said


Menjelang waktu Asar . . . Ahad 17 Ogos 2014 bersamaan 21 Syawal 1435H . . . penulis berserta rombongan tetamu dari Sabang, Aceh meninggalkan rumah Hj Ismail / Hjh Zaleha di Selayang menuju ke Rawang. 


Tempat ini terletak dalam Daerah Gombak di negeri Selangor D.E. kira-kira 15 kilometer dari Selayang. Waktu perjalanan dari Selayang ke Rawang dalam keadaan aliran trafik biasa ialah 15 minit.

Rombongan pengunjung yang termasuk lima orang tetamu dari tanah seberang iaitu Drs Hj Suradji, Hjh Meni, Agiel, Noevand dan Yuda berhasrat ke rumah Tuan Hj Wahab Nordin dan Puan Hjh Norlin Osman di Rawang pada petang hari berkenaan. 

Kunjungan ini bertujuan 'serampang dua mata' . . . satu, untuk berhari raya Aidilfitri bersama keluarga Hj Wahab dan Hjh Norlin dan . . . dua, untuk mengeratkan lagi tali silaturahim antara ahli-ahli keluarga Pakatan Tubuh Sekeluarga (PTS) . . . yang terdiri daripada tiga keluarga besar iaitu keluarga Tok Said, keluarga Tok Shariff dan keluarga Onyang Konah. 

Hj Wahab Nordin berpangkat adik saudara (pupu) dengan penulis melalui perkahwinannya dengan Norlin Osman (adik saudara berpangkat dua pupu dengan penulis nasab bapa keturunan Tok Shariff). 

Penulis sebenarnya juga mempunyai ikatan kekeluargaan langsung dengan keluarga Tok Said nasab ibu.

Ertinya penulis adalah keturunan daripada kedua-dua belah pihak keluarga besar Tok Shariff dan Tok Said sekali gus. [Alangkah beruntungnya diri ini . . . hmm.]


Tak kisahlah walau macam mana pun status pertalian kekeluargaan penulis dalam PTS ini . . . yang penting penulis masih diizinkan Allah SWT untuk sedikit sebanyak berusaha merapat dan mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli keluarga jauh dan dekat. Alhamdulillah.


Berbalik kepada kunjungan ke rumah adinda Wahab dan Norlin . . . ketibaan rombongan kami disambut dengan amat ceria dan mesra oleh mereka sekeluarga. 























Boleh dikatakan semua ahli keluarga mereka di Rawang ini ada bersama meraikan kehadiran kami pada petang itu.
















































Tidak mungkin tersenaraikan semua nama mereka di sini . . . foto-foto yang tertera sekadar membuktikan betapa meriahnya sambutan yang kami terima.   






























Terima kasih sahaja yang dapat penulis ucapkan buat sepasang hos yang cukup budiman ini. Terima kasih daun keladi adinda Wahab dan Norlin.

Penghargaan juga tidak terlupakan buat semua ahli keluarga Rawang yang ketara hebat semangat persaudaraan mereka.







Semoga semangat pertalian kekeluargan kita di kalangan ahli-ahli famili besar PTS dapat terpelihara begini rupa buat jangka masa yang lama . . . hingga ke akhir waktu . . . insha-Allah.  Amin.



                 
bamuda
dsuarang.blogspot.com


Wednesday, August 20, 2014

Agil n Co @ KLCC







Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Petronas Twin Towers, Here We Come!
{Menara Berkembar Petronas, Ini Kami!}