Tuesday, August 18, 2015

Aku Pemandu 'Old School'









Assalamualaikum dan Salam Sejahtera





Sembang Jalanan



Mari kita sembang-sembang. Kita sembang tentang belajar memandu dan amalan memandu itu sendiri.

Kita lihat sedikit perbezaan cara old school dulu dengan cara zaman mod society sekarang. 




Dulu, orang yang baru mahu belajar memandu motosikal, kereta, van, lori, tanker, treler dsb . . . diajar dengan cara yang strict dan berdisiplin. 

Pengajar individu dari sekolah memandu tegas mengajar cara memandu yang betul dan selamat. 


Para pelajar ditanamkan kesedaran mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya serta lalu lintas. 

Mereka juga diajarkan etika dan cara menghormati pemandu-pemandu lain yang sama-sama menggunakan jalan raya.

Berbagai-bagai perkara diajar walaupun yang kelihatan remeh-temeh. Tujuannya supaya pemandu kenderaan nanti tahu apa yang diharapkan daripada mereka sebagai pemandu berlesen.



Pemandu kendaraan bukan setakat diajar tahu bawa motosikal, kereta, van, lori, tanker, treler dsb . . . atau sekadar berlagak ambil kunci kereta dan terus memecut sekehendak hati dengan cara yang rakus . . . tergesa-gesa, bergopoh-gapah, marah-marah dan sombong!


Signal oh Signal

Satu contoh mudah. Dulu cara memberi signal atau isyarat ketika memandu pun ditunjuk ajar oleh pengajar dengan terperinci!

Dulu tiada signal automatik. Kena pakai signal tangan. 

Apabila memandu kereta kena buka tingkap. Kena hulurkan tangan keluar dan tunjukkan isyarat hendak membelok ke kanan atau ke kiri; atau isyarat untuk memperlahankan kelajuan kenderaan ; atau isyarat untuk berhenti, dll. 


Orang old school tetap menuruti nasihat pemandu dari sekolah memandu waktu itu. Paling penting . . . orang old school tidak segan atau malu-malu mempraktikkan apa yang telah diajarkan kepada mereka. 


Orang mod society zaman sekarang ramai yang sudah tak kisah nak beri signal lagi apabila memandu.

Kalau beri signal pun sering salah arah. Ataupun . . . signal diberi secara tindakan mengejut atau hanya sebagai a last minute indication!

Mereka kebanyakannya lebih sibuk memfokus kepada aktiviti bermobile, berhp, bersms, membaca mesej facebook, tweeter, instagram, melayan youtube dsb sambil memandu. 

Kalau dulu orang malas memberi signal apabila memandu patut jugalah. Nak kena keluar tangan, nak tunjuk arah dengan betul dan berbagai macam lagi. Mungkin menyusahkan sedikit.


Sekarang semuanya dah automatik . . . pun susah jugakah nak beri signal?


Petik sahaja suis yang berkenaan . . . biarlah lampu signal itu melakukan tugasnya ‘berliplap-luplip’ sendiri.



Apakah mereka takut habis bateri atau takut mentol signal itu terbakar kalau berbuat demikian? 


Andainya para pemandu kenderaan masih enggan memberi signal mengikut keperluan ketika memandu . . . rasanya pembuat kenderaan pun tidak perlu lagi bersusah payah menyediakan kemudahan peralatan signal. 

Apakah kalau tanpa peralatan signal ini nanti . . . harga kenderaan dapat diturunkan sedikit? 



Kesimpulannya . . . demi keselamatan semua pengguna jalan raya . . . para pemandu yang bertanggungjawab harus membiasakan diri memberi signal menunjukkan arah yang hendak dituju . . . dengan cepat dan tepat!

Kasihanilah pemandu lain yang datang dari hadapan atau yang mengikuti di belakang. Takut-takut tak tercium mulut nanti tercium punggung ! 


bamuda
dsuarang.blogspot.com



Friday, August 14, 2015

Terbukti Sejati








Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Bersempena dengan Ulang Tahun Kelahiran isteriku (yang baik budi) yang baru berlalu . . . untuk kesekian kalinya aku ulangi bahawa kau:



Terbukti Sejati


Isteriku Alimah yang tercinta
sejak mula kita pernah bicara
tentang masa depan yang kita harapkan
empayar yang ingin kita tegakkan
risiko yang harus kita ambil
impian kita yang boleh jadi nyata
kalau mendapat restu keizinan-NYA
untuk nikmat kita bersama!



Alimah yang tercinta
lama sudah kita lalui susah senang kehidupan
ini salah satu cara dapat kusampaikan kesyukuran

mimpi kita nampaknya membungakan kenyataan
anak-anak jagaan kita besar sudah . . . Alhamdulillah
hidup dengan cara yang kita bina . . . agak sempurna


Yang tercinta
aku sering ingin memberitahu mu
naluri keinginanku bersama mu kekal . . .
gagal atau menyesal tidak pernah kukenal!



Tercinta
engkau terlalu banyak berbakti kepadaku dan keluarga kita
rasanya tak terbalas olehku sebagai seorang suami biasa
cuma moga kau selesa dengan apa adanya setakat ini
insya-Allah nanti balasan daripada-NYA lebih berganda lagi
namun untuk hari ini aku tandakan bahawa peribadimu
terbukti sejati . . .
aku bersyukur kau benar-benar seorang isteri!










keratan puisi-puisi peribadi yang pernah aku nukilkan buat Alimah . . .  










bamuda
dsuarang.blogspot.com



HAK



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera









H-A-K 


( hak, amanah, kewajipan) 



sebelum bergelar suami isteri
hak peribadi milik sendiri
hak bersama dikongsi keluarga
hak seramai tiada terhingga;
setelah melalui gerbang perkahwinan
banyak hak bertukar tangan
banyak beza budaya perkongsian
hak berubah menjadi tanggungan!

keluarga terdekat kenalah diingat
ayah bonda disanjung sentiasa
masih terpelihara hubungan istimewa 
erat ... dari dunia sampai akhirat!
namun jangan alpa hak pasangan
jangan biarkan hatinya terkilan
dia yang sekarang jadi tanggungan 
dia yang kini diamanahkan
Yang Maha Esa Tuhan
untuk dihargai untuk disenangi!

fikir fikirkan, timbang-timbangkan
jauhkan penting diri, elakkan percanggahan
biar pasti
yang mana BOLEH yang mana MESTI!






bamuda
dsuarang.blogspot.com

Monday, August 3, 2015

Kunjungan Kamil Sekeluarga











Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera





Selamat Datang Orang Baru














Shahazuan Fazlee





























































Kamil Azahar Othman n Azian Abdul Kadir































































































































bamuda
dsuarang.blogspot.com




Saturday, August 1, 2015

Masih Tetap Bersemangat









Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera





 Sekadar Bersumpah dan Berjanji ?

(bersempena dgn sambutan hari Pahlawan Tahun 2015)















Jika seseorang sedang meningkat usia 58 tahun . . . dia lazimnya dianggap sudah mencapai tahap kehidupan yang cukup 'dewasa' atau 'matang' sebagai seorang manusia di muka dunia ini.










Dan . . . jika sesebuah negara akan menyambut ulang tahun ke-58 kemerdekaannya sebulan dari sekarang . . . apa pula status yang hendak diperuntukkan kepada negara tersebut?







Tentunya negara itu sebuah negara yang sudah cukup 'bebas' dan 'berdaulat'. 
















Tentunya negara itu sebuah negara yang sudah cukup 'stabil' dan kian meningkat 'maju'.



Malaysia mempunyai segala ciri itu. Malaysia sebuah negara yang semakin meningkat maju. Stabil dan berdaulat.












Malaysia negara yang cukup bebas. Bebas pergerakan rakyatnya, bebas kehidupan warga tetap dan sementaranya. 

Bebas segala orang yang menumpang di bawah langitnya dan yang berpijak di buminya.





































Pendeknya suatu ruang permastautinan yang ideal tersedia di negara bertuah yang bernama Malaysia ini!


Jika dibuat perbandingan tahap kemajuan yang tercapai oleh tanah air kita yang tercinta . . . sejak zaman sebelum Merdeka hingga kini . . .  maka tidak syak lagi amat jauh luas jurang perbezaannya. Ibarat langit dengan bumi.












































Begitulah kesimpulan yang bakal kita peroleh apabila ditanyakan pendapat segenap lapisan rakyat yang berteduh di Malaysia berhubung perkara ini.






















Semuanya akan mengiakan hakikat ini! Semuanya seolah-olah sebulat suara bersetuju bahawa Malaysia negara berdemokrasi yang aman lagi makmur. Mereka berbangga menjadi rakyat Malaysia.







































Tetapi itu bukan persoalannya. Apa yang penulis sangsikan ialah sama ada pendapat yang serupa akan disuarakan dengan yakin oleh semua rakyat Malaysia apabila diajukan soalan:


"Masih setiakah lagi bangsa Malaysia, yang selama ini mengaku cintakan negara ini, kepada Malaysia sekarang?"


Jika 'ya' jawapan mereka, mengapa kini seperti ada saja yang tidak kena dengan suasana atau persekitaran hidup di sini? 

Apakah kedamaian dan kemakmuran negara tidak lagi menjadi sesuatu perkara utama yang harus dititik beratkan oleh bangsaku?

Atau, apakah usaha pihak-pihak berkuasa yang berwajib bagi menentukan keselesaan hidup dan keselamatan diri setiap individu di negara ini . . . seperti yang dinikmati selama ini . . . sudah tidak lagi dihargai ramai! 






































Mungkin semua ini tidak lagi penting kepada sesetengah golongan penduduk Malaysia. Mungkin mereka sedang asyik memburu 'keghairahan' (excitementbaru! 






























































Agaknya kepentingan diri atau kelompok sendiri sahaja yang mereka idamkan. Bukan kepentingan negara yang diutamakan. Entahlah!



Soalan utamaku yang aku harap dapat direnungkan bangsaku dengan perasaan sedar diri dan penuh rasional : 


"Mengapa tiba-tiba ada ramai Si Kitol muncul di kalangan bangsaku kini? Mengapa pula Si Kitol yang ramai ini suka sangat mengacum pihak lain supaya saling bermusuhan? Ataupun, mereka yang bertelagah sesama sendiri!"



Si Kitol dalam sejarah negara zaman silam sudah lama mati! Malanglah bagi bangsaku jika ramai pula Si Kitol baru yang muncul hasil klon Si Kitol yang lama. 


Apapun seperti yang biasa aku baca dan fahami . . . hasil bahan klon . . . dikatakan tak tahan lama. Mudah-mudahan begitulah. Jangan sudah terhantuk baru tengadah!



Bagi diriku . . . tetap seperti dulu. Dulu rakyat tidak segan silu menyuarakan rasa cinta dan sayang yang jitu terhadap negara ini. Rakyat tidak takut membuktikan apa yang mereka suarakan. 










































































Mereka tidak gentar bertindak tegas terhadap orang yang cuba memperlekehkan kedaulatan negara ini. Mereka benar-benar bangga dan ikhlas menjadi rakyat Malaysia!















































































Apakah harapan penulis bersempena sambutan Hari Pahlawan 2015 yang baru berlangsung pada hari Jumaat 31 Julai 2015? 


















































































































































Harapanku mudah. Semoga masih besar majoriti bilangan rakyat Malaysia yang sentiasa benar-benar ikhlas dan setia menyintai tanah tumpah darah ini.

Janganlah sekadar menyebut kata-kata bersemangat di mulut sahaja . . . atau pada ketika-ketika tertentu berlangsungnya acara atau majlis gilang gemilang seperti ini!





















Pendirianku pula ringkas begini:







Puisiku yang tertulis seawal 1972




Doaku semoga generasi muda / baru negara Malaysia akan terus mewarisi semangat juang yang kental seperti "para pejuang lama" yang telah terbukti keberkesanannya sehingga hari ini. 











Mudah-mudahan Allah SWT mengizinkan segala permohonan kita yang baik-baik. 




Wallahuaklam










bamuda
dsuarang.blogspot.com