Tuesday, August 25, 2015

Sepetang di Sungai Petani (Edisi Baru)









Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera





Sejenak di Sungai Jagung
(diperbaharui drpd Sepetang di Sungai Petani episod 10. 11. 2010)




Walaupun untuk sebentar waktu kami singgah di situ . . . kami rasa amat gembira kerana dapat berada di sana.


Demikian jika hendak dibuat kesimpulan tentang trip kami ke utara Semenanjung tempoh hari. 

Trip yang dimaksudkan bukan berlaku secara sengaja. Sesungguhnya pada mulanya aku dan isteriku tidak langsung "masuk gambar" bak kata orang, dalam jadual atau rancangan trip ini.










Indah . . . saujana mata memandang . . .






Perkara ini berlaku sedemikian semata-mata kerana Halim dan Norshafini merancang balik ke kampung (rumah ibu bapa Norshafini) di daerah sebelah sana pada hujung minggu yang berkenaan (23-25 Oktober).

Roy pula ada bicara kes di Butterworth pada hari Isnin itu dan Anum ingin turut serta membawa Ajim 'melancong' ke utara. 

Afzan dengan misinya yang tersendiri . . . ikut balik kampung juga . . . balik Tanjung lah.


Maka cerita punya cerita . . . aku secara spontan berkata . . . 

Why not all of us travel together man! 

Aku pun dah lama tak ke daerah sana. Jawapan daripada anak-anakku mudah . . . 

Let's go.


Dalam perjalanan ke destinasi sebenar, aku dan Alimah serta ahli keluarga sempat singgah di Sungai Jagung ke rumah adinda saudara kami. 

Kami ingin menemui Adinda Rosli dan Azizah di sana. Sudah agak lama kami tidak berjumpa mereka. Sekurang-kurangnya dapat juga melepaskan rindu. 

Anum dan Roy bersama Ajim terus ke Pulau Mutiara.










Keriangan waktu bersua begini terpancar pada semua wajah . . .






Saling bertanyakan khabar . . . 







. . . dan mendapat update hal keluarga dsb







Pak Ngah Rosli:

 "Ha . . . Halim & Norshafini mesti kena test Mee Kari Pak Ngah sebelum balik."







"Kami OK aje Pak Ngah . . ." 








Bergambar kenangan di bahagian depan rumah







Dari kiri: 
Azizah, Rosli, Penulis & Alimah








Dah makan ni . . . nak ambil angin kat luar sana lak . . . Jom kita








Wah . . . lega menghirup udara nyaman dari bendang ni . . .




Sesampai di sana . . . aku kagum lagi dengan pemandangan alam sekeliling. Amat mententeramkan jiwa. Menyegarkan raga. 

Ketika aku singgah di sini dahulu . . . sawah belum menghijau seperti ini! Belum seindah ini! Lihatlah sendiri foto-foto yang dapat dirakamkan pada hari tersebut.




Aestheticism 







Halim & Norshafini enjoying the greenery of vast paddy land . . .
(bukan tanaman pokok 'beras' ... le)









What do we do now . . .?








 You jump I Jump?







No lah . . . before either one of us jump . . . 








. . . what if  . . . 







You walk I walk . . .









So much d better.
Let's walk a hundred miles if we must!  
'Lompatan Bendang' jangan main-main . . .
 kena cukup skill ooi!





SKILL LOMPATAN BENDANG*









Step 1: Ready & Steady for Take-off








Step 2: Lift & Go . . . 








Step 3: Airborne . . . Go girl Go!








 Step 4 : Both wheels firmly back on ground . . .  








Step 4 : Phew! Back 'down to earth'!


*Rentetan episod Afzan teruja tunjuk skill kat tepi sawah . . .





Adinda Rosli dan Azizah pula seperti dahulu amat mengambil berat kedatangan kami. 

Walaupun mereka seperti biasa sibuk mengendalikan tugas "kontraktor" bagi rumah kaum keluarga (kali ini rumah adinda Zul) di sana . . . mereka masih sempat berkejar pulang ke rumah untuk menerima kunjungan kami. 

Sempat pula menyediakan dan menghidangkan makanan petang buat kami serombongan.









Bersiar-siar ambil angin petang tepi bendang . . . 






 tapi belakang tu nampak macam English Cottage lak . . . 







Kat mana sebenarnya ni?





Santai selepas makan petang



Alamak sedap sungguh kami makan mee kari yang Adinda Rosli dan Azizah sediakan tadi . . . walaupun dengan amat tergesa-gesa. 

At one very short notice kata orang! Terima kasih Chef Rosli yang dibantu Asst Chef Azizah.






Tuan Rumah Yang Budiman







 Tuan Hj Rosli

[cum Chef cum Quantity Surveyor (QS)] 








 Pn Hjh Azizah 

 [cum Asst Chef cum Building Contractor]





Kami bersembang sejenak di Sungai Jagung sebelum berangkat menuju destinasi seterusnya di Kuala Ketil. 

Sepetang di Sungai Petani sungguh menyeronokkan. Hingga berjumpa lagi . . .









Dari kami . . .









S-A-L-A-M









bamuda
dsuarang.blogspot.com



Monday, August 24, 2015

Cahaya Mata Pertama Farhan







Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Hari & 

Peristiwa : 

Tempat : 

Pertalian Keluarga: 


































































bamuda
dsuarang.blogspot.com



Sunday, August 23, 2015

Kalau Sudah Jodoh









Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera





Pertunangan Shafik - Nalliz




Hari ini . . . Sabtu 22 Ogos 2015 bersamaan 7 Zulkaedah 1436H . . . penulis, isteri serta anak dan menantu menyertai suatu rombongan meminang dari Bukit Indah, Ampang. 



Rombongan meminang yang kami sertai ini sederhana ramai anggotanya dan diketuai Lt Kol Hj Basri Omar PGB (Bersara) dan Pn Hjh Zawiyah Hj Abdul Aziz. Mereka masing-masingnya adalah ayah dan ibu kepada Mohd Shafik.









Lt Kol Hj Basri Omar PGB (Bersara)











Puan Hjh Zawiyah bte Hj Abdul Aziz




Kami serombongan tiba di Wisma Perwira Kota, Kuala Lumpur . . . sebuah mes pegawai RAJD (Rejimen Askar Jurutera Diraja) . . . pada kira-kira jam 11:10 pagi.

































































































Encik Mohd Shafik bin Basri




Mohd Shafik Basri, anak keempat pasangan suami isteri Basri dan Zawiyah, berhajat meminang gadis idamannya yang tinggal sekejiranan dengannya.



Majlis pertunangan dijadualkan bermula sebentar nanti pada kira-kira pada jam 11:30 pagi.




































































Ketibaan rombongan kami disambut dengan penuh mesra oleh ahli-ahli keluarga pihak bakal pengantin perempuan.




















Kami dipersilakan oleh ahli-ahli keluarga terdekat pihak perempuan untuk masuk ke ruang tamu tempat majlis akan berlangsung.







































































Setelah kami selesa duduk dan saling bersuai kenal antara satu sama lain, acara pun bermula. 




Acara Meminang




Acara dimulakan oleh juru cakap pihak tuan rumah pada lebih kurang jam 11:30 pagi.




bukan lebah sebarang lebah,
lebah perkasa singgah di para;
bukan madah sebarang madah,
madah pembuka wadah bicara.















Tuan Hj Mokhtarudin bin Abu Samah (bapa saudara nasab bapa bakal pengantin perempuan) bertindak sebagai juru cakap pihak perempuan manakala YBhg Datuk Haji Abdul Halim bin Abdul Hamid (bapa saudara nasab bapa bakal pengantin lelaki) bertindak sebagai wakil pihak lelaki.











Tuan Hj Mokhtarudin Abu Samah















YBhg Datuk Hj Abdul Halim Abdul Hamid





yang tersirat sudah tersurat,
yang tersurat semakin nyata;
yang diikat biarlah erat,
yang bermuafakat biarlah sekata.





Alhamdulillah segala urusan pinang-meminang pada pagi itu telah dapat dijalankan dengan sesempurna mungkin.








Cik Nalliz bte Zainal Abidin




Cik Nalliz bte Zainal Abidin merupakan si gadis manis yang menjadi pilihan Shafik. Nalliz ialah anak sulung Tuan Zainal Abidin bin Abu Samah dan Puan Jasliza bte Johor, pasangan suami isteri yang menjadi tuan rumah pada hari ini.











Tuan Zainal Abidin bin Abu Samah










Puan Jasliza bte Johor





Menyarung Cincin Pertunangan















































Menjamu Selera




















































































































Memetik maksud kata-kata pesanan Tuan Zainal Abidin, bapa bakal pengantin perempuan, pada penghujung majlis:


. . . ada dua Pegangan(nya) terhadap keingkaran dalam ikatan pertunangan . . . 

Pegangan Pertama:- janganlah ada keingkaran dalam ikatan pertunangan ini;  dan, 


Pegangan Kedua:- andainya berlaku juga keingkaran sama ada di pihak lelaki atau perempuan maka satu-satunya alternatif ialah kembali kepada Pegangan Pertama tadi . . . 


Cukup jelas maksudnya. Pertunangan ini hendaknya menjadi ikatan penyatuan dua insan daripada dua keluarga yang bermula baik dan berakhir baik juga.  



Penulis bersetuju sepenuhnya dengan pernyataan beliau itu dan sesungguhnya ingin menambah sedikit dalam bahasa mudah:


Sesuatu ikatan pertunangan merupakan janji yang dibuat dengan penuh rasa tanggung jawab dan kasih sayang. Peliharalah kesempurnaan ikatan ini agar teguh membawa ke finale kebahagiaan hidup yang diharapkan . . . 














Semoga dengan bertindak bijak akan terjaga nama baik diri sendiri dan terpelihara kemuliaan nama keluarga.



Selainnya . . . kita serahkan sahaja kepada ketentuan Allah swt. 


sungguh berseri bunga selasih,
selasih datang dari Andalas;
sungguh kami berterima kasih,
budi tuan sukar dibalas.





Catatan Penghargaan:


[Terima kasih Royha'izam Basrie yang bertindak sebagai juru foto sepanjang majlis berlangsung.]






bamuda
dsuarang.blogspot.com