Tuesday, May 3, 2016

MUFC Stadium 28 Years Ago








Assalamualaikum n Greetings







d Red Devils grounds at 
Old Trafford





























































Manchester United Football Club was my favourite club then . . . and, still is now. 

Yes . . . I was there at the club's ground in 1988. An experience not to be easily forgotten!






bamuda
dsuarang.blogspot.com


Monday, May 2, 2016

Scoop








Assalamualaikum and Greetings






MU's New Signings?




After a long lay off d'SUARANG sports desk managed a scoop. Something hot on the sporting front. 

Something that most of the time happens within the EPL*. The signing of players into this fantastic team . . . MU**!










Ahmad Iman Iskandar bin Mohd Rashidi
aka Tomato Man
(Superb Attacking MU Player)











Azim Muqry Basrie bin Royhai'zam
aka Black Seed Boy
(Intelligent Utility MU Player)











Umar Ilham Majid bin Halmy Zahari
aka Mamak CT
(Brilliant Defensive MU Player)




The Board of Managers managed to lure (to mean the act before acquiring) these very talented big names (long names to be more precise) into the team by offering them very attractive returns. 

Among others . . . daily return tickets encompassing Ampang- UK Perdana - d'SUARANG and self-sponsored dairy packages plus constant medic care and personal welfare.

Board and lodging is simply free!



































Routine training and exercise in the form of joining/participating on free trips to destinations all over (sometimes even to out of this world places) is provided to flex the players muscle and keep them energetic. Hopefully this will prove to be a plus factor. Players must be tough and fully fit to win matches!



































Annual and periodical bonuses are also paid to the players. This usually happens when approaching or during festive seasons. 

Performance bonus is at the discretion of the Board of Managers.

All things said, the Board of Managers of course expects all things good in return from the players and their handlers too.











Question: 

"Who is handling you?"

P1Aii:

"I am being handled by a foreign coach . . . My local 'kin' handler is not that keen . . . I just kick the ball around man . . ."

Question: 

"What position suits you best?"

P1Aii:

"Off position lah!"












Question: 

"Why are you here?"

P2 Amb: 


"What else can I do . . . It runs in the family . . . I cannot get out of this one!"

Question: 


"What's your greatest asset as a utility player?"

P2 Amb: 


" My two-way early bird habit I guess."

Question:


"How do you mean?"

P2 Amb:


"Somehow . . . I always go into the field early for workouts . . . and leave the field twice as early . . . worked out!"











P3 Uim: 

" Me? I have no handler as yet . . ."


Question:

Why?



P3 Uim: 

" Because . . .











. . . my (by right) handler is an ardent aka die hard fan of Che Su FA . . . for whatever reason lah!"


Question:

So what are you going to do about it?



P3 Uim: 

" Guess I'll just have to call on Atuk M to be my handler . . . at least until I'm 18 . . . when I can blow my own whistle . . . right and proper. . . man!"



Question: 

Why chose MU?



P3 Uim: 

That was the only body with available attire then . . . I don't want to go belengeng or even bolen . . .





Suko kaulah Jang! . . . as the saying goes in N9 dialect . . . and as the layman says:

" I scratch your back, you scratch mine".

Bye for now.






Legend:

*   EPL : Exclusively Private League
** MU : Majid's United










Bamuda
dsuarang.blogspot.com






Tiga Senandung Hidup







Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera






----------------------------------
message message message message  
----------------------------------




Life Journey




A lot of uneasiness and displeasure accumulating to quarrels and feuds and resulting in hatred and enmity could have been avoided and declared extinct if only:


" People would learn to talk to one another instead of talking about one another . . . . ."










Head to head comparison with a recording machine ... Life would have been perfect if only:




greed, jealousy, anger all had 
STOP 
button 

 mistakes had a 
REWIND
button 

hard times had a 
FORWARD 
button 

and 
good times had a 
PAUSE
button 




---------------------------------------------------------------------------------
kesimpulan kesimpulan kesimpulan kesimpulan kesimpulan
---------------------------------------------------------------------------------




Dalam bahasa mudah:

Elakkan mengumpat atau berburuk sangka. Jalani hidup ikhlas, ceria dan gembira.

Kehidupan manusia penuh ujian. Tiada kesempurnaan dalam kehidupan. Bijaksanalah meniti kehidupan.


-------------------------------------------------------------
puisi puisi puisi puisi puisi puisi puisi puisi puisi puisi puisi
-------------------------------------------------------------


Tiga Senandung Hidup


kelahiran
bayi --- kanak-kanak
bertelanjang bulat
bermain kemudian membaca
mengharap bahagia
masa muka
tanpa tetap cita-cita

kesuburan
remaja --- dewasa
bergelumang rasa
berkhidmat campur berfoya
menabur bakti mulia
kerana cinta
diri, dia dan bangsa

keguguran
tua --- muda
menamatkan usia
ketika tepat masa
tanpa banyak bicara
tercapai atau terkulai 
segala cita dan cinta 




Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Sunday, May 1, 2016

Ulang Kenang : Pertemuan Dengan Sahabat Haj di Zon Tengah











Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Bersempena Akikah Cucu Sahabat



Dari awal tahun-tahun 1970-an hingga ke tahun-tahun 1980-an . . . aku sering melalui jalan ini. Jalan lama ke selatan tanah air.



Waktu itu belum ada lebuhraya PLUS. Semua orang yang mahu ke negeri Melaka, Johor atau ke pulau Singapura melalui jalan darat hampir pasti menggunakan jalan ini kerana keadaannya yang paling praktikal dan strategik.



Aku memang sentiasa menggunakan jalan ini apabila mahu balik ke kampung isteriku di Pulau Sebang, Melaka dan kembali semula ke KL. Kampung isteriku ini bersempadan dengan pekan Tampin, Negeri Sembilan.




Bahasa tempatan yang digunakan di Pulau Sebang berloghatkan bahasa di daerah-daerah Negeri Sembilan. Adat yang diamalkan penduduknya juga sama dengan amalan mereka di Negeri sembilan . . . iaitu Adat Perpatih.



















































Lapan foto di atas dirakamkan ketika berlangsung acara memotong jambul atau mencukur rambut Damia Maisarah . . . cucu Hj Mohd Hakim dan Hjh Serifah




Sejak siap terbinanya lebuhraya PLUS (arah Selatan) . . . aku jarang-jarang sekali menggunakan jalan ini. Boleh dikatakan hampir sudah tidak lagi menggunakan jalan persekutuan (jalan kampung) ini.



Jadi pada hari sabtu 12 Mei 2012 yang lepas . . . ingatanku terhadap jalan ini terbit semula . . . apabila aku, isteriku dan anak-anakku melalui jalan kenangan ini.



Pada hari itu . . . aku perlu memenuhi undangan sahabat Haj aku . . . Tuan Hj Mohd Hakim dan isteri beliau Puan Hjh Serifah bt Yusof . . . yang mengadakan acara akikah cucu perempuan mereka . . . Damia Maisarah bt Mohd Shahrul Nizam di Rembau.










Tuan Hj Mohd Hakim









Puan Hjh Serifah Yusof












Kiri: Hj Mohd Hakim mendukung satu-satunya cucu perempuan beliau . . . Kanan: Damia Maisarah bt Mohd Shahrul Nizam cucu yang dimaksudkan.




Lebih tepat . . . acara tersebut diadakan di Jalan Seri Melenggang 1, Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau.






































Penulis serombongan ahli keluarga empat orang tiba di tempat peristiwa pada jam 10: 45 pagi . . . . .

{Selepas sedikit tersasar ke Jalan Semelenggang . . . jalan pertama kami lintasi setelah memasuki simpang ke Kampung Seberang Batu Hampar dari jalan besar di situ. . . GPS 'manual' buat ragam . . . he, he.}



Apa-pun kami belum terlewat untuk acara pada pagi itu. Sebaik kami tiba . . . penulis dapati . . . sahabat Haj yang telah berada di bawah khemah . . . baru sepasang sahaja .  . . Datuk Hj Mohd Zakaria Kadir dan isteri beliau Datin Hjh Normadiah Jamaluddin.










Datuk Hj Mohd Zakaria Kadir












Datin Hjh Normadiah Jamaluddin



Penulis difahamkan sahabat-sahabat Haj yang berjanji datang . . . berkonvoi . . . mungkin dalam jumlah sepuluh buah kereta. Namun mereka belum tiba . . . ketika penulis sampai di situ.



"Mungkin mereka juga tersasar seperti aku tadi," kata hatiku. Atau . . . tentulah ada hal-hal lain yang menghalang.



"Tak kisahlah . . . siapa yang berkesempatan . . . datanglah," fikirku lagi.



Penulius sekeluarga disambut mesra oleh tuan rumah Hj Mohd Hakim dan isteri beliau Pn Hjh Serifah.



Kami terus sahaja diiring ke meja makan . . . dan duduk semeja dengan Hj Mohd Zakaria dan Hjh Normadiah. Pasangan ini juga dari KL.





































































































Layanan mesra tuan rumah terhadap kami para tetamunya . . . Terima kasih.

Sambil bersarapan . . . kami berbual-bual dan saling bertanyakan khabar. Maklum sudah lebih daripada enam bulan kami tidak berjumpa.

Hj Mohd Zakaria dan Hjh Normadiah memang pernah kami temui semasa di Tanah Suci. Walaupun kami berlainan KT ( kami KT 70 mereka KT 85) . . . kami dalam pakej yang sama yakni Nilam 4.

Penulis dan Hj Mohd Zakaria kemudiannya turut menyaksikan acara berzanji dalam majlis yang diadakan menjelang waktu tengah hari. 

Kami juga turut serta dalam acara bertahlil dan membaca doa selamat. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.




















Ahli-ahli Kumpulan Berzanji (antara yang terbaik di Negeri Sembilan) mempamerkan kebolehan mereka yang berkualiti tinggi.




























































Majlis berzanji, tahlil dan membaca doa selamat . . . sempurna dijalankan . . . Alhamdulillah








Anakanda Amar
anak keempat Hj Mohd Hakim dan Hjh Serifah




Sesudah itu kami turun semula ke khemah untuk makan tengah hari. Sebaik sahaja kami habis makan . . . dua orang lagi sahabat Haj kami tiba.



























































Beginilah suasananya apabila sahabat-sahabat Haj bertemu





Tuan Hj Abu Zaki Abu dan Tuan Hj Ainol Rahman tiba jua. Apa lagi . . . perbualan kami menjadi semakin rancak!





















































Kemesraan yang tulen . . . masih wujud . . . apabila sahabat bertanyakan khabar dan bersembang . . . walaupun sudah agak lama tidak bertemu muka . . .


Penulis juga memang kenal dengan mereka . . . khasnya Hj Ainol Rahman . . . yang sama KT 70 denganku. Kami pernah bersembang panjang ketika di Arafah.










Tuan Hj Ainol Rahman




Hj Abu Zaki Abu pula berlainan KT denganku. Beliau menaiki KT 78. Namun dalam pakej Nilam 4 ini para peserta memang lumrah mengenali satu sama lain . . .









Tuan Hj Abu Zaki Abu





Demikianlah berkatnya tahap persahabatan yang ditentukan Allah swt bagi hamba-hamba-NYA yang punya tujuan murni yang sama ketika di Tanah Suci.


Sesudah selesai segala acara dalam majlis gemilang yang diadakan Hj Mohd Hakim dan Hjh Serifah untuk cucu mereka (bagaikan majlis perkahwinan layaknya) kami masing-masing pun memohon diri untuk pulang.


































Suasana majlis yang meriah




Berat juga bagi kami untuk melangkahkan kaki berangkat pulang meninggalkan majlis ini. 

Maklumlah setelah bersua mesra sebentar tadi . . . entah bila pula dapat kami berkumpul lagi seperti ini.

























































Geylang si paku Geylang . . . Geylang si rama-rama . . . Pulang marilah pulang . . . marilah pulang bersama-sama . . .

Walau bagaimana pun . . . Terima kasih daun keladi kami ucapkan kepada tuan rumah yang baik budi. Semoga kita ada kelapangan waktu untuk bertemu semula pada masa hadapan.









Dari kiri: 

Hj Abu Zaki, penulis, Hjh Alimah,
Hj Mohd Hakim, Hjh Serifah, Hj Mohd Zakaria,
Hjh Normadiah, Hj Ainol Rahman









Tiga Sahabat Haj








Pose kenang- kenangan
di hadapan rumah yang empunya majlis . . .





Kepada semua sahabat Haj juga diharapkan dapat bersua pada masa hadapan . . . sekurang-kurangnya dalam keadaan seceria ini . . . jika tidak pun lebih meriah dan gembira lagi. Insya-Allah.



Wassalam.




Bamuda
dsuarang.blogspot.com