Thursday, May 19, 2016

Cerita Bergambar : Pupusnya Sebuah Kastil







Assalamualaikum
 n 
Selamat Sejahtera


Pupusnya Sebuah Kastil



Kisah ini tidaklah sehebat lagenda The Lost City of Atlantis . . . 

Ceritanya cuma tentang pupusnya sebuah kastil atau istana kota . . . itu pun kastil mainan.

Bagaimana berlakunya kepupusan itu? Mari kita ke TKP (Tempat Kejadian Peristiwa) mengambil tagline sebuah rancangan tv negara jiran yang sedang popular di tanah air kita sekarang.

Di kastil inilah, pada pagi hari Isnin 13 Februari 2012, cucu sulung teman . . . si Ahmad Iman Iskandar aka Amad (Aii) . . . sedang tekun menjalankan aktiviti membaca bukunya.















Amad . . . sebagaimana dia dikenali di dunia sebelah sini . . . gembira duduk relaks atau berbaring sambil menikmati bahan kandungan buku yang ditatapnya.

Dia terus sahaja memegang dan membelek-belek buku itu tanpa menghiraukan apa yang berlaku di sekelilingnya. Suasana tenang.

Tiba-tiba Amad bangun dan berlari keluar. Dia meninggalkan kastil dengan tergesa-gesa. Mengapa agaknya? Tak tahulah teman akan sebabnya . . .

















Apabila teman menjenguk ke ruang hadapan . . . kelihatan dua lagi cucu teman tiba. Si Ajim (Azim Muqry Basrie) dan si Umar Ilham Majid (Uim) dah tiba!

Nah . . . sebentar lagi tentu jadi gamat keadaannya . . . fikir teman.

Memang tepat apa yang teman fikirkan. Amad dan Umar mula menunjukkan aksi-aksi akrobatik dan gerakan gimnastik yang luar biasa. 

Melompat, menerjah, berguling-guling dsb. Budak-budak le katakan!
















Suara dan jeritan yang hiruk pikuk daripada keadaan sedemikian tak usahlah dihairankan lagi.

Amad dan Umar sangat teruja menunjukkan skill masing-masing.

Teman macam kedengaran mereka berceloteh:

"Enjoy while you can . . . bro," "Yeah bro, this is perfect. This is D-moment!"










Ajim kurang menyerlah aksinya. Mungkin dia tidak selesa beraktiviti sedemikian. Mungkin juga dia takut . . . he, he.

Dia membawa diri . . . bersendirian.

Aktiviti dua bersepupu itu berterusan selama hampir dua jam. 

Amad lompat Umar tarik. Umar berguling Amad terjun. 

Pendeknya mereka berdua menjunam ke sana dan menjunam ke sini. Macam tak terkawal lagi pergerakan mereka . . . Sapa punya cucu-cucu ni?










Tiba-tiba teman terdengar suara nyaring Opah mereka. 

Alahai . . . rupanya si Opah dah terkejut melihat kastil 'berangin' itu hampir tumbang dibuat kedua-dua orang penghuni kecilnya.

Si Amad dan si Umar hampir tercampak ke atas lantai . . . hampir terkena pintu yang sedia terbuka berdekatan tempat kastil terpasang!

Apa lagi . . . si Opah pun berkata:

"Buka sahaja kastil ini . . . kalau tak tahu nak bermain dengan betul!"

Tambah Opah lagi:

"Keluarkan . . . lepaskan angin kastil ni . . . dan simpan aje bila dah kempis benda ni nanti!"










Pulang saja ibu dan bapa saudara cucu-cucu teman itu dari pejabat masing-masing pada sebelah petang . . . Opah pun menyuruh mereka melakukan dengan serta-merta kerja mengempiskan kastil yang tadinya terbina dengan gah sekali!

Maka . . . selepas itu . . . pupuslah kewujudan kastil atau istana kota berisi angin itu dari pandangan ramai. 

Tamatlah riwayat kastil yang baru sekali terpasang sejak dihadiahkan kepada si Amad!










Teman bernostalgia . . . mengimbas kembali kisah Atlantis yang pernah teman baca waktu dulu-dulu.

Ha ah . . . menggigit jari jadinya cucu-cucu teman yang begitu bersemangat sebagai akrobat dan ahli gimnastik pada tengah hari tadi. Tak dapatlah tunjuk bakat lagi.


Kesian juga teman melihat mereka itu. Tapi diam-diam teman berasa lega. 

Aman le sikit selepas ini, he, he.









Begitu salah satu keseronokan bercucu weh. " Money can't buy . . . man," kata si jiran . . . jiran mana lagi . . . kalau tak si Omputih kat rumah teman tu le.

Teman bernostalgia dengan lagu . . . "Can't Buy Me Love" nyanyian the Beatles.



{Disclaimer: 

11 foto yang dipaparkan di atas hanya merakamkan senario sebelum ketibaan dua orang sepupu si Amad di TKP. 

Foto-foto selepas Ajim dan Umar tiba tidak sesuai dipaparkan atas sebab-sebab teknikal. Para pembaca bayangkanlah sendiri apa dan bagaimana mungkin senarionya . 

Penulis bagaimana pun tidak harus dipertanggungjawabkan andainya 'bayangan' yang dibuat para pembaca nanti mengundang saman kerana berbaur 'fitnah' . . . he, he, he.}










Bamuda
dsuarang.blogspot.com


Cerita Bergambar : Pertarungan






Assalamualaikum 
Selamat Sejahtera





Kalah Belah




Selasa 14 Februari 2012:

Berikut adalah rakaman beberapa aksi cucu teman ... Umar Ilham Majid (Uim) ... berhadapan dengan si Savvy (Tiger Manja) ... dalam pertarungan Renung Mata.

Modusnya . . . winner stay ertinya . . . yang kalah 'belah'.

Saksikanlah . . . dan mudah-mudahan para pengunjung sekalian dapat jua sesuatu iktibar yang mengilhamkan daripada episode awal ini.



Pertarungan Kalah Belah







Mula-mula . . . baring-baring . . . sambil cari pasal.
 Ha, cucuk mata kau kang!













Dah bangun pun si Savvy ni . . . Tiger konon . . .
Manja saja yang lebih . . . kot!








Alah . . . malaslah nak layan budak Arab ni . . .
dulu masa mamak . . . ok sikit!








Tengoklah ... dak ni betul-betul cari pasal ... kalau aku acah kang . . . sure punya mintak bantuan Atuk dialah!








Takut cakap takutlah Savvy ... I'm ever ready you know
Ingat I nak panggil Atuk ke ... tak mainlah. On my own man!








Ha! Kalau tak takut ... 
Stare right into my eyes . . . you savvy cat!







Ngantuk lak mata ni . . . Lama sangat si Savvy ni
nak accept my challenge . . . haw aw zzzzz







Eh . . . aku terlena ke jap tadi? Si Savvy ni lak
tak ada apa-apa reaction pun . . . Sah le takut tu!







Apa lak ni? Hey Savvy . . . apa ni ha?







Begego kamera . . . akibat renungan si Savvy!
Gabra si budak Arab ni dibuatnya . . .







Apa pun baik aku berdiri dan sedia untuk escape ...
jika dan bila perlu . . .







Ini baru b-e-t-u-l









I bukan takut . . . tak kosa bikin kecoh aje tau!








Watak 1 ......................................................Watak 2


Dialog penutup:

Watak 1: 
Hey bro . . . terror jugak si Tiger Manja tu ya . . .

Watak 2: 
Bukan terror aje bro . . . shrewd and knowledgeable about the realities of life!

Watak 1 & 2: 
Ya folks. Sesuailah dengan maksud namanya . . . Savvy.

Savvy: 
Mission accomplished. Bro U dah kalah . . . 'belah' le. That's d rule of d game man . . . he,he.



That's all for now folks . . . hingga di episode lain . . . jagalah diri sebaik mungkin.










Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Ramah Biar Bertempat






Assalamualaikum 
dan 
Selamat Sejahtera




Selamba vs Selamba!










Perasan atau tidak, setiap hari ramai orang mengemukakan soalan-soalan pelik kepada orang lain. 

Mereka tentulah mendapat jawapan yang pelik juga daripada orang yang disoal itu.

Ada orang melakukan perbuatan ganjil tanpa menyedarinya. Perbuatan dilakukan secara bersahaja. Tidak terfikir oleh pelaku sama ada perbuatan itu patut atau tidak. 

Orang lain biasanya dapat melihat keganjilan atau ketidakpatutan sesuatu soalan atau perbuatan itu.

Situasi sedemikian mempengaruhi dan mewarnai perjalanan hidup kita sehari-hari. 

Mari kita lihat contoh soalan dan jawapan yang agak bersahaja tetapi akan menimbulkan keadaan yang pelik apabila dihalusi maksudnya:


Situasi 1 :

 Serkap jarang aje

Seorang jiran yang peramah berjalan melalui tepi rumah Kak Mah. Ketika itu Kak Mah berada di ruang dapur. Jiran tak nampak apa Kak Mah buat. Tetapi kerana hendak berlaku mesra si jiran membuat andaian Kak Mah sedang memasak. Jiran itu pun menegur.


Jiran: 
“Hai, apa buat tu?…masak nampaknya”.

Dengan selamba Kak Mah memberi respons.

“Ha,ah. Memang masak … dengan mesin basuh yang selalu buat kerenah ni!”


(Inilah yang dikatakan ramah tak kena tempat. Pakai teka aje. Salah teka pulak tu!)




Situasi 2:

Saja suka menyebok


Pak Tam menegur budak bujang yang berlari ke arah sebuah pondok untuk berteduh ketika hujan turun dengan lebat. 

Ada sebuah paip bomba dekat pondok itu.

Pak Tam: 
“Hujan lebat … Nak berteduh ke?”

Budak bujang:
 “Tak Pak Tam, air pancut bomba ni dah terbuka. Saya nak tutupkan”.


(Si bujang itu malas nak layan lama-lama. Dah sah tahu, bertanya juga lagi. Entahlah.)


Situasi 3: 

Sudah Gaharu Cendana Pula

Hari hujan lebat. Anum sudah basah kuyup berjalan di dalam keadaan hujan yang lebat itu.

Dia meneruskan perjalanan. Ketika melintasi hadapan rumah Cik Jah, terdengar sapaan …


Cik Jah: 
“Anum … basah ke?”

(Anum senyum sahaja … dan terus berjalan. Tak payah respons le.)



Situasi 4: 

Lain-lain Pengertian

Makcik sedang melintasi jalan kecil di taman perumahan. Makcik terlihat dua orang gadis asing bertolong-tolongan menjemur kain basuhan di ampaian. Makcik pun menegur:

Makcik: 
“Wah rajinnya … tolong-menolong … jemur kain basah ke?”

Gadis 1: 
“Tak, orang jemur kalu, mesti kain kering Cik!”

Gadis 2: 
“Ha, ah Cik … Orang jemur mana kain ada basah … mesti kering punya!”


(Makcik kebingungan mentafsir dua maksud jawapan gadis-gadis itu!)


Situasi 5: 
Orang Tua-tua Boleh

Seorang bapa sedang mengangkat barang-barang ke tingkat atas rumahnya yang baru siap diubahsuai.

Anaknya (baru bersekolah rendah) berselisih dengannya di tangga yang menuju ke bahagian atas rumah itu. Si anak bertanya:

Anak: 
“Ayah nak naik atas ke?”


Bapa: 
“Ha le, kalau ‘naik’ … mesti le ke ‘atas’, kan.”

Anak: 
“Tapi kenapa Ayah selalu cakap ‘turun bawah’bila ajak saya makan bersama keluarga. ‘Turun’ memang ke ‘bawah’ kan Ayah?”

Bapa: 
“Itu lain. Kita memang biasa cakap begitu. Naik atas, turun bawah!”


(Anak hairan tetapi terfikir agaknya orang yang lebih ‘berkuasa’ berhak memutar belitkan kenyataan!)



Situasi 6: 
Dulu Lain Sekarang Lain


Sekumpulan suri rumah sedang mengerumuni sebuah lori penjual ikan dan sayur-sayuran.

Masing-masing sibuk hendak membeli.

Tiba-tiba Mak Ipah lalu. Dulu Mak Ipah adalah pelanggan tetap peniaga ikan ini.

Sekarang, semenjak suaminya naik pangkat, tidak lagi. 

Mak Ipah pun menegur mereka.


Mak Ipah:
 “Assalamualaikum. Beli ikan ke?”

Suri Rumah 1: 
“Waalaikumsalam. Ya, apa lagi”.

Mak Ipah: 
“Tak le ... ikan jual kat sini kecik sangat. Kat pasar sana tu leih besar dan segar”.

Suri Rumah 2:
 “Tak apa le Mak Ipah. Kami beli ikan ni pun untuk kucing di rumah tu … macam Mak Ipah selalu cakapkan dulu. Jadi tak perlulah pergi ke pasar!”

Suri Rumah 3:
Lagi pun ikan besar tak sedap, tak manis … seperti Mak Ipah selalu katakan dulu juga!



(Mak Ipah berlalu tanpa berkata apa-apa lagi. Teringat masa lalu … masa suami belum naik pangkat le! Masa itu Mak Ipah banyak memberi alasan untuk ‘cover line’ hidup susah … kena berdikit-dikit. )


Situasi 7: 
 Faham Lain-lain

Jamal kaki memancing. Satu hari sedang dia memancing lalu seorang kawannya. Kawan itu bertanya.


Kawan:
 Memancing ke?

Jamal:
 Main-main, sikit aje.

Kawan: 
Mengapa … Ikan tak ada ke?

Jamal: 
Tak … belum ada rezeki.

Kawan: 
Selalu banyak ke?

Jamal:
 Ha, ah.


(Lepas itu kedua-dua mereka senyap. Kawan jamal berlalu dari situ. Jamal terus memancing. 

Sebenarnya kawan Jamal menanyakan di tempat Jamal memancing itu ada banyak ikan atau tidak. 

Jamal pula ingat kawannya nak tahu dia dapat ikan ke tidak dan selalunya dia dapat banyak tak. 

Begitulah jadinya kalau salah mengerti pertanyaan orang atau salah terima jawapan orang. 

Masing-masing dengan pengertian sendiri-sendiri!)




Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Cerita Bergambar :







Assalamualaikum 
n
Selamat Sejahtera






Syoknya . . . ?





Pada suatu hari dalam bulan Oktober 2010 . . . Ahmad Iman Iskandar (Aii) berjaya memujuk Opahnya (Pn Alimah . . . tu le) untuk membawanya keluar makan di salah sebuah tempat makan di Kuala Lumpur.


Konon si Aii ni dah jelak makan di rumah. Konon dah jemu dengan bubur kentang lenyek, bubur nasi bayam. Asyik-asyik bubur . . . asyik-asyik kanji.

Nak cubalah pula yang lebih 'bergaya'. Mestilah yang ada bunyi-bunyi kata omputih sikit . . . macam porridge ke, broth ke, soup ke, apa-apa lagi ke. 

Barulah 'terangkat' . . . menurut istilah orang muda sekarang. Orang 'lama' kata 'mengada-ada' . . . . aje!


Maka menurut yang empunya cerita . . . Opah si Aii tadi pun bersetujulah memenuhi hajat si Aii. Maklum cucu le katakan.

Opah pun mengajak Atuk, Mak Uda dan Pak Lang si Aii menemaninya. 

Adik sepupu si Aii pun turut serta. Alahai si Azim Muqry Basrie (Amb) itulah. 

Malangnya Pak Lang dan Amb tak sempat enter frame langsung dalam episod ini.

Kesian. Semua dimonopoli Aii dan Opahnya!

Jalan punya jalan . . . kesemua mereka ini pun sampai ke sebuah fast food joint yang popular di sebuah shopping complex terkenal di ibu negara. 

Sesampai di sana tu . . . Opah dan kumpulan pun order makanan yang patut. Makan-makan sambil bersembang-sembang.

Opah menyuapkan makanan kepada cucunya si Aii. Macam laju saja Aii makan. Suap lagi suap lagi . . .









satu sudu, dua sudu . . . satu suap, dua suap . . . 
nyam, nyam








yum . . . yum . . . yum . . . ha makan le . . .
 biar cucu opah cepat besar




Suap punya suap. Satu dua tiga suap. Tiba-tiba Aii menoleh. Aii terus meminta sesuatu daripada Mak Uda . . .









Menoleh nak tengok apa tu?


Mak Uda pun hulurkan 'benda' tu . . . kepada si Aii . . .







Oh . . . botoi hang kata! Pekena ni lagi baguih . . .










 Syoknya ... 
Nothing beats susu cap gantung ...
(susu ibu le tu) 
walaupun dalam botoi ... hehehe





Atuk kata apa?









Alahai . . . Apo nak dikato . . . Aii oh Aii. Back to basics lah. 

Tapi . . . Atuk khuatir le . . . ini nampak macam suatu konspirasi aje! Opah dengan Aii? 

Tiba-tiba aje Atuk pun kena berada di joint ini . . Opah's favourite joint pulak tu! 

Beginilah nasib apabila dah jadi Atuk . Opah mudah ambil advantage . . . guna cucu . . . he he he.








Bamuda
dsuarang.blogspot.com