Tuesday, November 22, 2016

Nostalgia Tanjung Bidara








Assalamualaikum
 dan 
Selamat Sejahtera





Ke Pantaimu Lagi




31 Ogos 1972 ... awalan kasih bersemi ...












... ketika mana terhasil puisi mendeklarasikan kemurnian perasaan yang tersemat di sanubari dua insan berhubungan.

Dua insan yang menaruh harapan untuk menikmati kebahagiaan hidup bersama di masa muka!


Selasa 19 Jun 2012. Pantai Tanjung Bidara kami kunjungi lagi. 

Kami ingn mengembalikan kenangan kepada zaman silam ... saat dan peristiwa yang dilalui. 

Nyata, segala pengalaman yang hadir sepanjang waktu itu . . . mematangkan!




































































Kami bersama 2 cucu . . . 
Amad (baju hijau) dan Ajim (baju biru gelap) 



Demikian waktu berlalu ... daripada tiada ... hinggalah bercucu.


Alhamdulillah. Kami bersyukur atas segala anugerah-Mu sehingga kini.

Ya Allah bimbinglah kami seterusnya dalam meneruskan perjalanan hidup ini.

Kami masih mengharapkan dapat mengecap nikmat yang Engkau limpahkan secara sementara kepada sekalian hamba-Mu di dunia yang fana ini.

Doa kami: 

Ampunilah segala dosa kami dan selamatkanlah kami dunia dan akhirat. 

Mudah-mudahan keturunan kami dapat mencontohi apa yang baik di sekeliling mereka.

Mudah-mudahan semuanya terpelihara dalam reda-Mu. Amin. 




bamuda
dsuarang. blogspot.com


Bertemu Tuan DO







Assalamualaikum 
dan 
Selamat Sejahtera 





Ke Daerah Kulaijaya



Hari Isnin 7 Mei 2012. Kira-kira jam 2:45 petang. Dalam perjalanan pulang ke KL dari Kota Singa ... 

Berhajat singgah sebentar di Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulaijaya, Johor. Ingin bertemu Tuan DO.








Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulaijaya



Aku ingin bertemu DO (Pegawai Daerah) bukan untuk memohon sebarang kelulusan bagi mendapatkan apa-apa projek berkaitan hal tanah atau perumahan atau sebarang kemudahan urusan hartanah . . . bisnes kecil-kecilan maupun besar-besaran . . . 

Aku hanya hendak berjumpa sahabatku ketika sama-sama di Tanah Suci dahulu!

Aku teringat mahu menemui Tuan Hj Kamaruddin Abdullah untuk bertanyakan khabar dan bersembang sebentar.










Di dalam bilik pejabat DO










Alhamdulillah ... apabila aku menelefon beliau pagi itu untuk mendapat kepastian sama ada beliau punya sedikit masa untuk bertemu ... Kamaruddin menyatakan beliau tidak keberatan ... cuma beliau juga menyatakan bahawa beliau akan ke Kluang pada jam 3:00 petang tersebut.












Tuan Hj Kamaruddin Abdullah (kiri) dan Penulis




Peretemuan kami [ahli-ahli keluargaku juga ada bersama] berjalan lancar.

Simple and cordial yet most meaningful . . . 

Satu pertemuan dua sahabat Haj yang rigkas tetapi sungguh bermakna.


Aku sempat menyampaikan kepada Kamaruddin undangan daripada salah seorang lagi sahabat Haj aku ... iaitu Tuan Haji Mohd Hakim ... yang mengundang sahabat-sahabat Haj ke majlis aqiqah cucunya di Rembau pada 12 Mei 2012.









Di pekarangan
Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulaijaya



Kamaruddin terus sahaja memohon maaf tidak dapat menyertai majlis tersebut . 

Beliau harus memastikan segala persiapan dan persediaan untuk acara Kembara Mahkota Johor yang bermula pada 13 Mei 2012 di daerahnya . . . Kulaijaya . . . berjalan dengan lancar.









Parkir kat sini senang aje . . . ya
kat seberang sana tu . . . Tuhan saja yang tau!



Aku faham akan hal-hal yang begitu.

Sudah menjadi tugas seorang Pegawai Daerah ... memastikan segala peristiwa keramaian awam yang berlaku di daerahnya ... atau yang di bawah bidang tugasnya ... terurus dengan sebaik mungkin.

Apatah lagi sesuatu yang berkaitan dengan sebarang urusan Diraja! 









Tuan DO (kiri) dan Penulis 



Kami bersembang buat seketika. Sebentar kemudian aku memohon diri untuk berangkat pulang.

Tuan Hj Kamaruddin ... [sahabatku merangkap Tuan DO ... dan baru-baru ini bergelar Kolonel Kehormat RELA] ... dengan caranya yang amat humble ... mengiringi aku ke parkir.








Datanglah lagi . . . Ok Haji . . .









Itulah budi bahasa namanya. Kalau memang berhemah tinggi . . . akan terus terserlah budi yang tinggi secara automatis.

Aku doakan agar sahabatku ini beroleh anugerah-anugerah yang lebih mulia lagi . . . insya-Allah.







Terima kasih sudi menerima kedatangan kami




bamuda
dsuarang.blogspot.com

Saturday, November 19, 2016

Hajah Maimunah 89 Tahun







Assalamualaikum
 dan 
Selamat Sejahtera



Hari UTK ke-89
Dirgahayu Hjh Maimunah



Hari ini genaplah 89 tahun usia Hjh Maimunah bt Mahat.

Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-89 mak . . . nek . . . nyang.

Didoakan panjang usia, sihat walafiat, hidup penuh berkat, semakin kuat beramal ibadat, murah rezeki, ceria serta berbahagia senantiasa.





Hjh Maimunah Mahat



Begitulah doa semua anak, menantu, cucu dan cicit Hjh Maimunah untuk beliau bersempena menyambut hari ulang tahun kelahirannya tahun ini.

Maimunah binti Mahat dilahirkan di Pulau Sebang, Melaka pada 19 November 1927.

Beliau berkahwin dengan Yasin bin Ahmad dan dikurniakan lapan orang cahaya mata. Tiga lelaki dan lima perempuan. 

(Isteri penulis Alimah Yasin anak Hjh Maimunah yang kedua.)







FOTO TAHUN 1962/3 

dari kiri 
hadapan
Alimah, Aziz, Zolkeplay,

belakang
 Hjh Siti, Hjh Maimunah (pangku Ani), 
Yasin Ahmad)



Alhamdulillah . . . ibu mentua penulis kini masih sihat dan kuat dalam menjalani kehidupannya sehari-hari. 

Hjh Maimunah masih mampu mendengar dan melihat dengan daya yang cukup sempurna.

Fikiran dan ingatan beliau juga masih tajam dan kuat. Selera makan beliau tetap baik.




Pergerakan Hjh Maimunah lancar walaupun sekarang beliau berjalan dengan menggunakan tongkat setelah terjatuh tidak berapa lama dahulu.


Apabila ditanya apa rahsianya hingga beliau boleh bertahan sedemikian sihat dan sejahtera, jawapan Hjh Maimunah mudah sahaja:


"Tak tau Nah doh. Sumo tu kojo Allah SWT. Apo yang diboghi omak timo jo lah seadonyo. . . "






Penulis sendiri sudah lama memerhatikan Hjh Maimunah ini jarang-jarang sekali ke klinik dan jarang-jarang juga memakan "ubat spital". . . (istilah yang digunakan orang lama untuk ubat-ubatan dari klinik atau rumah sakit).

Ibu mentua penulis ini masih rajin mendengar ceramah dan tazkirah keagamaan.

Beliau juga gemar berkunjung ke tempat-tempat pelancongan dan percutian di dalam negara. "Bercuti-cuti Malaysia," katanya.






Selain itu ibu kepada 8 orang anak, nenek kepada 31 orang cucu dan moyang kepada 28 orang cicit ini masih aktif melawat dan menziarahi kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai demi megeratkan silaturahim kekeluargaan, persaudaraan dan persahabatan.

Alhamdulillah Hjh Maimunah telah diizinkan Allah SWT pergi menunaikan ibadat Haji di Tanah Suci sebanyak dua kali.

Pertama kali pada tahun 1985 dan kali kedua pada tahun 2004.

Beliau juga pernah ke sana menunaikan Umrah dan Ziarah pada tahun 1994.

Kini beliau sering menyuarakan hasratnya untuk pergi menunaikan Umrah dan Ziarah lagi andainya masih diizinkan Tuhan.






Kami semua berdoa agar Allah SWT menjadikan realiti hasrat mulia Hjh Maimunah untuk berbuat demikian.

Dirgahayu mak . . . nek .. . . nyang. Dirgahayu Hjh Maimunah bt Mahat yang kami kasihi.

Mudah-mudahan semua anak cucu cicitmu juga dianugerahkan Allah SWT gaya hidup sihat dan sejahtera seperti dirimu.

Amin . . . 



[al-Fatihah buat Allahyarham Yasin bin Ahmad, Allahyarham Suleiman (Johari) Yasin dan Allahyarham Zolkeplay (Zol) Madiasin. Amin.] 




bamuda
dsuarang.blogspot.com


Friday, November 18, 2016

Tidak Pernah Terlupakan







Assalamualaikum 
dan 
Selamat Sejahtera








Tiba-tiba Aku Terkenang



Zaman terus saja berlalu. Semakin lama semakin jauh waktu menjarakkan antara tinggalan kesan kenangan dengan realiti dalam diri. 

Berbagai liku hidup telah dilalui. Berbagai cabaran kehidupan telah ditempuhi ... tidak kira dalam bayangan takut atau berani. Sungguh berwarna warni hidup ini. 

Aku ingin menyatakan ... aku tetap mengingati setiap peristiwa hidup yang aku alami. 

Dan, paling penting aku tidak akan pernah melupai mereka yang aku sayangi ... sepanjang hidup yang aku alami itu.

Allah SWT sahaja yang maha mengetahui ... 


{Sekadar menghargai kesyahduan perasaan yang tiba-tiba datang berkunjung ... aku kira sesuai diterakan nukilan di bawah ini ... nukilan yang aku 'labelkan' sebagai 'puisi hiasan' ...} 




Kunjungan



harmoni cengkerik
gilir-bergilir
begitu lunak mengiringi halimun malam


tiupan bayu
silir-semilir
begitu galak melewati rongak jendela


sebentuk maya
merewang-rewang
begitu mesra mengunjungi kamar usang
bertimpuh lantas mengusik
tubuh yang lalai di alam asyik

bentuk maya berwajah manis
paling romantis
rasa pernah bersua
samar-samar
bila dan entah di mana 


sayang seribu kali 
pisat lagi di pembaringan
empunya wajah telah tiada
maya entah ke mana . . . 


igaukah mimpi aku gerangan?
atau imaginasi keterlaluan!


yang nyata
kunjungan tadi
kunjungan bintang sejuta cahaya
sinar segala . . .




Puisi hiasan oleh AMB





bamuda
dsuarang.blogspot.com

Nasib Penghias Kulit Depan








Assalamualaikum
 dan 
Selamat Sejahtera





Buku dan Ilmu






Buku dan ilmu bak irama dan lagu. Tidak boleh dipisahkan.

Di sini penulis bukan hendak bercerita tentang ilmu yang boleh didapati melalui buku. 

Penulis cuma hendak mengenang kembali saat dan ketika penulis giat berkecimpung dalam industri penerbitan buku.

Ketika itu penulis bertugas sebagai Editor. Betapa seronoknya penulis mengendalikan kerja-kerja yang mencabar itu!


Melalui blog ini penulis memaparkan beberapa buah buku. Bukan untuk ulasan atau kajian.  Hanya sebagai kenangan masa silam. 

Ketika itu penulis terlibat dalam "membimbing" dan "menasihati" pihak produksi menghasilkan kulit depan buku-buku untuk peringkat sekolah rendah, pengajian tinggi dan bacaan umum.


Penulis masih ingat model-model yang menghiasi kulit depan buku masa itu tidak banyak "kerenah" atau "ragam" .

Pada waktu itu (sekitar tahun-tahun 1985/86) . . . life was that simple . . . hinggakan model-model boleh dikatakan memberi masa dan tenaga mereka secara "hampir" percuma.

Mana tidaknya . . . mereka hanya diberikan pakej makanan segera (ayam goreng atau fish n chips) dan air minuman kotak atau tin sebagai "upah"! 

Kalau sekarang ... sudah tentu ramai yang "mogok" atau dalam istilah golongan kini ... "rimau tak ngaum, tak leh blah jauh lah!"









Penghias Kulit Buku
Tahun 1986 Halmy Zahari 








Penghias Kulit Buku
Tahun 1986  Halim Zaharyn




Ucapan penghargaan yang tak terhingga telahpun disampaikan kepada model-model yang berkenaan pada waktu itu . 

Mereka sudah cukup puas apabila melihat wajah mereka terpampang pada kulit depan buku! 

Mereka bangga mendapat sedikit publisiti sihat dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang kapada perkembangan ilmu melalui saluran percetakan buku.

Maklumlah pada zaman itu . . . bukan senang hendak mendapat peluang begitu.
































Lagi Penghias Kulit Depan

Aftar di sebelah kiri dan dua gadis Anon di sebelah kanan




Sekarang model-model ini sudah dewasa (para petugas yang lainnya dah pun tua!) ... dan mungkin ada antara mereka yang sekali sekala teringat akan zaman mereka menyumbangkan tenaga sebagai "model" (yang tidak begitu "glamour" dulu) atau sebagai petugas (yang mencari rezeki) dalam penerbitan buku-buku itu.
Penulis cuma hendak katakan anggaplah itu semua sebagai amal jariah yang akan menguntungkan anda di hari kemudian. 


Untuk mengingatkan kembali peristiwa sesi photo shoot (di hadapan kamera ketika panas terik pulak tu . . . atau di hadapan sinar spotlight yang panas . . . ) berikut ini dipaparkan final product usaha semua yang terlibat ...

Kata omputih ... For old time sake, man! 








Untuk Bacaan Pengajian Tinggi







Rohani, Halim Zaharyn & Anon








Untuk Bacaan Umum






Che Hawa, Penulis & Chua Hong Koon









Untuk Kegunaan Sekolah Rendah





Halmy Zahari dan Aftar & dua gadis Anon





Seperti di Atas






Seperti di Atas






Seperti di Atas








Halmy Zahari dan Aftar dengan dua gadis Anon








Halmy, Aftar dan Anon












Seperti di Atas






Aftar, Halmy Zahari dan dua gadis Anon

















Halmy Zahari & Anon







Halmy, Aftar dan Anon






Seperti di Atas








Begitulah kisah untung nasib penghias kulit buku waktu dulu. 

Kalau sekarang . . . glamour habis ooi! 

Apapun, dema ada gak jadi penghias kulit buku . . . Kome ada ke? He ... he...










Jasamu dikenang?
dsuarang.blogspot.com