Friday, December 2, 2016

Luangkan Sedikit Waktu




Assalamualaikum 
dan
Selamat Sejahtera



Bersama Keluarga



Telah lama aku perhati dan amati. Sejak zaman kanak-kanak lagi. Lama tu!

Apa yang aku perhati? Apa yang aku amati? Apa pula kesimpulan sendiri yang aku perolehi ?

Sesungguhnya, mungkin jauh lebih lama daripada itu. Mungkin sejak zaman tok nenek kita lagi! 

Ketara sangat orang kita ni susah hendak mengucapkan kata-kata menyayangi seseorang khususnya orang yang amat dekat dengan mereka.

Aku sendiri (sepanjang ingatanku) tidak pernah mendengar ucapan atau kata-kata "sayang" daripada bapa, dan adik beradik atau ahli-ahli keluarga terdekat yang lain. Ibuku jauh sekali! 

(Emak pergi buat selama-lamanya ketika aku berusia lebih kurang 5 tahun. Bukan salah Emak.)

Kata sesetengah bijak pandai tentang hal-ehwal kekeluargaan (lebih tepat hubungan antara ahli-ahli keluarga terdekat) keadaan begini wujud kerana ramai yang "malu" menyatakan perasaan masing-masing secara jelas dan ikhlas!

Ada juga yang berkata keadaan ini disebabkan ramai yang menganggap pernyataan kasih sayang ... khususnya antara orang yang terdekat hubungannya dengan seseorang ... sebagai sesuatu yang "remeh" dan sudah menjadi "lumrah" diterima secara "faham-fahamlah sendiri".

Bak kata omputih tu . . . something always taken for granted . . .)

Ada pula yang takut dicap "mengada-ngada" andainya menunjukkan kasih sayang secara terbuka kepada ahli-ahli keluarga mereka sendiri. 

Entahlah. Wallahuaklam.

Aku yang sudah melalui fasa tersebut di atas selalu terfikir bahawa zaman itu sudah berlalu dan tidak payah diingat-ingatkan kembali.

Sebaliknya, setakat yang terdaya dari segi perasaan (kerohanian) dan mampu dari segi kebendaan (material) aku harus mengubah kebiasaan dalam hubungan kekeluargaan aku sendiri kepada sesuatu yang lebih bersifat rapat, mesra dan bermakna.

Pendek kata aku harus menunjukkan dan menyatakan perasaan kasih sayangku terhadap mereka yang paling rapat hubungannya denganku dengan cara yang jelas dan ikhlas tanpa ragu-ragu atau malu!

Itu cara aku. Orang lain tentu ada cara mereka yang tersendiri.

Terpulang . Terserah.

" Rambut sama hitam, hati lain-lain," kata bidalan.

Melalui penulisan ini aku ingin menyatakan untuk kesekian kalinya kepada ahli-ahli keluargaku bahawa aku, "Sentiasa Sayang Akan Kalian."

Aku seterusnya berharap kalian dapat pula mencurahkan kasih sayang kalian kepada keturunan kalian nanti dengan cara yang jelas dan ikhlas lagi bijaksana, tanpa ragu atau malu!

Insya-Allah.





Foto lama keluarga AMB ... 
{belum sempat ambil foto baru 
in shaa Allah kemudian nanti}



Catatan:

Kini sudah ada lima kelamin baru di dalam keluargaku. 

Pasangan pertama (Mazlyn Hanim + Mohd Rashidi ) berkahwin pada 2008 (2 cahaya mata). Pasangan kedua (Halmy Zahari + Nurliza Zainuddin) berkahwin pada 2008 (2 cahaya mata) . Pasangan ketiga (Mazlyna Hanum + Royha'izam Basri) berkahwin pada 2009 (3 cahaya mata). Pasangan keempat (Halim Zaharyn + Noor Shafini) berkahwin pada 2010 (3 cahaya mata). Pasangan kelima (Hazry Zaharith + Shafiq Azahar) berkahwin pada 2015 . 


Alhamdulillah.

Mudah-mudahan dapat jua ia menjadi peringatan kepada kita semua untuk berusaha ke arah membentuk keluarga berkualiti. Insya-Allah.




Aku Harapkan Begitu!
(Harapan Seorang Ketua Keluarga)



Aku bangga mempunyai kalian sebagai ahli keluargaku
Aku tak tahulah kalau kalian pun bangga mempunyai
Aku sebagai ahli keluarga kalian . . .

(Aku harapkan begitu!)

Aku bangga kalian berusaha mendaki tangga kejayaan
Aku tak kisah sekalipun langkah kalian perlahan
Aku rasa kalian tak keberatan sentiasa berdoa kepada Tuhan
Aku tak tahulah kalau kalian ada berbuat demikian . . .

(Aku harapkan begitu!)

Aku bangga kalian sejahtera sebagai suatu entiti keluarga
Aku tentulah suka menjadi ketuanya,
Aku tak tahulah kalau kalian mampu bertoleransi tinggi
Aku tak mahu ahli keluargaku menyimpan dendam dan iri
Aku tak mahu sesiapa pun berhasad dengki sesama sendiri
Aku malu jika ini berlaku
Aku tak rasakan budi pekerti kalian serendah itu . . .

(Aku harapkan begitu!)

Aku bangga kalian bermuafakat membina hidup berkat lagi menyerlah
Aku tak tahulah apa cara yang nak kalian gunakan . . .terserah,
Aku cuma nak sarankan sesuatu yang mudah,
Aku harap kalian sentiasa beramal ibadat dan ingat akan Allah
Aku tahu, baik anak baik menantu, cukup dewasa sudah
Aku harap kalian faham apa yang tersirat di kalbu seorang abah
Aku yakin kalian pun tahu . . .

(Aku harapkan begitu!)








bamuda
dsuarang.blogspot.com


Sumbangan Anda Kepada Negara?





Assalamualaikum 
dan 
Selamat Sejahtera



Lurus dan Telus




Tidak berapa lama lagi kita akan memasuki tahun baru 2017. 

Alhamdulillah. Kita masih diberikan Allah swt kesempatan untuk bernafas di dunia ini.

Menoleh ke detik-detik sepanjang beberapa tahun yang telah berlalu ... pernahkah kita terfikir atau mengambil berat sedikit untuk memikirkan:

"Apakah yang telah kita sumbangkan kepada negara kita, Malaysia?"

Kita sering mendengar rungutan atau sungutan daripada kelompok tertentu warga atau rakyat di negara kita. 

Mereka itu gemar mempersoalkan apa yang negara boleh atau telah berikan kepada mereka. 

Perbuatan mereka itu jelas menampakkan sikap tidak bersyukur dan tidak menghargai rezeki dan nikmat hidup yang telah Allah limpahkan kepada mereka. 

Ramai yang masih tidak sedar bahawa sepatutnya sikap negatif mereka itu yang harus diperbetulkan terlebih dahulu sebelum mereka menimbulkan persoalan tadi. Itulah hakikatnya!


Ramai yang tidak tahu atau lebih tepat lagi tidak mahu berterima kasih terhadap wujudnya suasana tenteram dan mewah di negara kita hingga membolehkan mereka dan keluarga mereka hidup selesa seperti pada waktu ini.

Entahlah. 

Pada ketika begini aku cuma terkenangkan kisah seorang kawanku yang sungguh simple dalam pendekatannya terhadap etika kehidupan dalam negara seperti Malaysia ini. 

Simple tetapi cukup mengesankan!

Izinkan aku menurunkan kembali kisah berkenaan yang sebenarnya telah aku tuliskan (maaf ya dalam bahasa Inggeris) lama dahulu.



[ulang terbit]


What's Your Contribution?
What's The Difference?


Assalamualaikum and peace be upon all in 1 Malaysia


" What have you contributed to your family, (and/or) your kin, your neighbours, your community, your friends (and/or) the society at large today? Nothing much? Nothing of great importance? Nothing worthy of mention? Nothing at all? Don't panic ... you're doing OK. You're a normal citizen in a normal society of a normal country!"

I was taken aback when an old friend of mine said those words to me quite recently. I thought he was trying to pull my leg. He always like to pull a fast one on people especially those close to him. This instance I just could not restraint myself from asking him a question. 


I asked why was that so.

He smiled and said,"Yeah, in truth you have contributed something you might not be aware of".

"How come?" was my next question.

"By not giving headaches and problems to people around you. At least you're not troubling society. That's what you have contributed!"

I knew he was sincere when he said those words. He was that simple in thought and action!

Surely you too have such friends...



Blog @: Bamuda d' SUARANG
Posted by Bamuda d' SUARANG at 6:50 AM
Labels: Word Power




Sekian. Hingga bersua lagi tahun hadapan. Selamat berbahagia para pembaca yang budiman. 

Berazamlah terus menjadi warga Malaysia yang berbudi pekerti dan berhemah tinggi!







bamuda
dsuarang.blogspot.com


Tuesday, November 29, 2016

Keluarga Besar: Tok Mahat dan Nek Siti







Assalamualaikum 
dan 
Selamat Sejahtera




Foto Kenangan


Di blog ini ingin aku paparkan foto keluarga besar datuk Mahat bin Abdul Rahman dan nenek Siti bt Akhir.

Foto ini aku peroleh daripada ahli senior keluarga besar ini. Sudah terlalu lama tersimpan. Kira-kira sudah lebih daripada 35 tahun! 

Baru kini aku tersua semula dengan foto yang sungguh klasik ini. 

Aku pun sudah tidak dapat mengingati dengan pasti siapa yang memberikannya kepadaku.

Apa pun aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga terlebih dahulu kepada semua pihak yang berkenaan.

Juga ribuan terima kasih kepada mereka yang membantu hingga membolehkan aku menulis bahan ini dalam blog dsuarang.

Aku percaya ada hikmahnya diterbitkan foto yang mengandungi pose istimewa semua personaliti 'klasik' keluarga besar ini.


Mari kita berkenalan dengan mereka yang posing habis itu. Mudah-mudahan dapat ditatap oleh ahli-ahli generasi terkini keturunan keluarga besar datuk Mahat dan nenek Siti. 


Semoga bertambah erat perasaan kasih terhadap keluarga dan bertambah kuat pegangan dan penghargaan dan terhadap akar umbi dan asal usul keluarga datuk Mahat dan nenek Siti.

Kenangan yang membawa seribu satu macam nostalgia apabila menatap gambar ini tentu sahaja tidak dapat dielakkan. Itu petanda baik bagi setiap insan yang berperasaan!

Berdasarkan info yang aku terima, foto ini dirakamkan di halaman rumah tua datuk Mahat dan nenek Siti. 


Ketika itu mereka bermastautin di kampung di Pulau Sebang, Melaka.

Pasangan ini dikurniakan Allah swt lima orang cahaya mata. Seorang lelaki dan empat orang perempuan. 


Mereka itu mengikut seniority ialah Kassim bin Mahat, Endon bt Mahat, Imbok bt Mahat, Maimunah bt Mahat dan Juriah bt Mahat.

Foto ini diambil sekitar lewat tahun-tahun 1950-an.

Keluarga besar datuk Mahat dan nenek Siti ini mula berkembang daripada gabungan keluarga Kassim + Esah (7 anak), keluarga Ahmad + Endon (13 anak), keluarga Ujang + Imbok (11 anak), keluarga Yasin + Maimunah (8 anak) dan keluarga Hamid + Juriah (11 anak).

Aku dikira menjadi ahli keluarga besar ini pada tahun 1974 atas tiket 'orang semenda'. (Orang semenda tua pulak tu dalam keluarga Yasin + Maimunah!)


orang semenda seresam,
tempat semenda seadat, 
buat seorang buat semua;
berjalan serentak,
melenggang seayun;
lemah melapik,
condong menupang.


Keluarga isteriku Alimah Yasin beradat perpatih. Allahyarham bapa mertuaku Yasin Ahmad pula pernah memegang jawatan Sidang dan Penghulu Adat dalam sistem adat perpatih ini.


orang semenda di tempat semenda;
jika cerdik teman berunding,
tinggi banir tempat berlindung;
rimbun daun tempat bernaung.

Aku sering juga mengikut beliau ke majlis-majlis yang berlandaskan adat ini. 

Bolehlah dikira aku ini sudah agak biasa juga dengan adat dan tuntutan semenda-menyemenda dalam adat perpatih. 


orang semenda di tempat semenda:
disuruh pergi,
dipanggil datang.


Mudah-mudahan keluarga besar ini telah dapat menerima aku dengan seadanya selama tempoh bertahun-tahun aku menjadi orang semenda. 


Alimah merupakan anak kedua dalam keluarga Yasin Ahmad dan Maimunah Mahat. Adik beradik Alimah terdiri daripada 8 orang kesemuanya. Lelaki 3 orang dan perempuan ada 5. 

Ringkasnya mereka yang lain ialah Sulaiman (Johari), Aziz, Zolkeplay, Kamariah (Ani), Fauziah, Safiah (Api) dan Fadelah (Pay).

Biarlah aku cuba catatkan nama-nama mereka yang 'posing' hebat dalam gambar di bawah ini.

Aku harap nama-nama mereka itu dapat aku catatkan dengan betul (baik nama sebenar atau pun ejaannya). 

Andainya berlaku sebarang kesilapan dalam berbuat demikian, jangan hot ye ... aku mohon dimaafkan.






Semua posisi kiri ke kanan --> 

Barisan belakang sekali: 


Yasin bin Ahmad (Bapa Mertua Penulis), Ujang bin Muhammad (Pak Ngah), Kassim bin Mahat (Pak Long), Zainal Abidin bin Ahmad (anak Pak Ngah Ahmad), Kalsum bt Ahmad ({Ainon} anak Pak Ngah Ahmad), Ahmad bin Rahmat (Pak Ngah), Abdul Hamid bin Ahmad (Pak Busu)

Barisan ketiga dari depan:

Ali bin Ujang (anak Pak Ngah Ujang), Fatimah bt Kassim ({Dak} anak Pak Long Kassim), Sulaiman bin Yasin ({Johari} Abang Ipar Penulis), Zaharah bt Ahmad ({Eton} anak Pak Ngah Ahmad), Siti Saleha bt Ujang ({Ya} Anak Pak Ngah Ujang), Hawa bt Ujang (anak Pak Ngah Ujang), Mohd Shariff bin Ujang ({Nong} Anak Pak Ngah Ujang),Sabedah bt Ahmad ({Kembar} Anak Pak Ngah Ahmad)

Barisan kedua dari depan:

Siti Khatijah Ujang (Anak Pak Ngah Ujang), Maimunah Mahat (Ibu Mertua Penulis -->pangku Kamariah Mohd Yassin {Ani}, Adik Ipar Penulis), Imbuk bt Mahat (Bibik Imbuk -->pangku Siti Fatimah Ujang), Mahat bin Rahmat (Tok Mahat -->pangku Nasarudin Abd Hamid {Zai}, anak Pak Busu), Siti bt Akhir (Nek Siti -->pangku Faridah Abd Hamid, anak Pak Busu), Endon bt Mahat (Mak Ngah -->pangku Siti Normah Ahmad), Juriah bt Mahat (Mak Busu), Alimah bt Yasin (Isteri Penulis)

Barisan depan (mencangkung):

Mariam bt Ahmad (Anak Pak Ngah Ahmad), Zolkeplay bin Madiasin ({Zol} Adik Ipar Penulis), Siti Zubaidah bt Ujang ({Ju} Anak Pak Ngah Ujang), Aziz bin Yasin (Adik Ipar Penulis), Yaakub bin Abd Hamid (Anak Pak Busu), Kamariah bt Kassim ({Kamar} Anak Pak Long), Norzali bin Abd Hamid ({Lebai } Anak Pak Busu), Mohd Yusof bin Ujang (Anak Pak Ngah Ujang), Adam bin Ahmad (Anak Pak Ngah Ahmad), Aminah bt Ahmad (Anak Pak Ngah Ahmad), Ibrahim bin Abd Hamid (Anak Pak Busu), Esah bt Ahmad ({Nabsiah} Anak Pak Ngah Ahmad)


Sekali lagi penulis ingin menyatakan rasa terhutang budi kepada semua ahli keluarga ini yang telah membantu memudahkan kerja penulisan ini. 

Akhir kata sudilah beri komen di akhir blog ini jika terdapat sebarang kesilapan fakta atau salah info kekeluargaan.




bamuda
dsuarang.blogspot.com



Mercu Tanda Kebangaan Malaysia










Assalamualaikum
 dan 
Selamat Sejahtera



Tanjung Simpang Mengayau
Titik Paling Utara Borneo






Borneo pulau ketiga terbesar di dunia dimiliki tiga negara iaitu Indonesia, Brunei dan Malaysia.










Bahagian yang menjadi milik Malaysia terdiri daripada dua buah negeri iaitu Sabah dan Sarawak.








Sabah terletak di bahagian paling utara pulau Borneo. Di bahagian paling utara negeri Sabah pula terletaknya semenanjung Kudat. 

Di sinilah tanah tumpah darah orang Rungus . . . salah satu daripada kumpulan kaum / suku bangsa yang banyak terdapat di Sabah.









Semenanjung Kudat mengunjur keluar seperti hujung jari tangan ke Tanjung Simpang Mengayau (TSM). 

TSM adalah nama moden tempat ini dalam bahasa Melayu dan ia merupakan titik paling utara di pulau Borneo. 

TSM mendapat namanya daripada bahasa suku bangsa Rungus . . . Tanjung Sampang Mangazou.















Menurut pengertian dalam bahasa orang Rungus . . . Tanjung Sampang Mangazou membawa maksud 'persimpangan perang di penghujung'.








Ini merujuk kepada banyak pertempuran hebat yang melibatkan kaum Rungus di tanjung persimpangan Laut China Selatan dengan Laut Sulu untuk mempertahankan tanah air mereka daripada ditakluki lanun dan penceroboh lain.


TSM kini menjadi tempat pelancongan popular di Sabah kerana tarikan pemandangan panoramiknya. 

Ini termasuklah keindahan titik pertemuan dua lautan besar iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu.




























































































Bergeraklah ke arah hujung tanjung. Anda akan dapat melihat anak tangga menuruni bukit mempamerkan kehadiran batu-batan laut di bawahnya.

Turuni anak tangga itu hingga ia berakhir di suatu palang perentang. 

Jelas kelihatan paparan amaran kepada para pengunjung supaya tidak bergerak jauh lagi melampaui had itu!

Lihat ke bawah . . . nun di sana terdapat kepingan dan lapisan batu-batan yang mengunjur ke lautan luas menandakan penghujung paling utara pulau Borneo.

Ya, itulah satu-satunya Tanjung Simpang Mengayau . . . yang kini menjadi kebangaan Kudat . . . Sabah dan tentunya . . . Malaysia!











Walaupun papan tanda amaran bahaya terpampang di beberapa tempat strategik di kawasan ini . . . ramai pengunjung masih berani (berdegil?) turun dan berjalan hingga ke penghujung batu separas dengan permukaan laut yang bergelora itu semata-mata untuk bergambar.



























































Berbahaya tetapi ramai yang tidak endah akan amaran yang dipaparkan!



{Penghargaan:

Watch my video* yang dimuat naik ke YouTube oleh Murphy Ang akan menggambarkan kepada anda dengan lebih jelas betapa mudahnya ombak lautan di titik pertemuan Laut China Selatan / Laut Sulu yang bergelora boleh menghanyutkan anda dari penghujung batu itu!}


* Ihsan Murphy Ang YouTube



Kini anda akan lebih memahami mengapa Sabah digelar 'Negeri di Bawah Bayu'. . . sebagaimana bayu yang hebat menghembus dan 'menghentam' air Laut China Selatan ke daratan tanjung yang bergerigi lagi kasar.


Jarak dari bandar raya Kota Kinabalu ke titik penghujung Borneo di semenanjung Kudat kira-kira sejauh 215 km.















Perjalanan dengan kereta melalui jalan utama biasanya mengambil masa kira-kira dua setengah hingga tiga jam. Kota Kinabalu > Tuaran > Kota Belud > Kudat.


Kami bermula pada jam 3:00 ptg dari Kota Kinabalu dan tiba di Kudat pada kira-kira jam 6:00 ptg Sabtu 8 November 2014.






























Kudat dahulunya ibu negeri pertama British North Borneo (sebelum dikenali sebagai negeri Sabah).

Ibu negeri ini kemudiannya berpindah ke Sandakan sebelum dipindahkan pula ke Kota Kinabalu yang sekarang.


Hari ini Kudat hanya berwajah sebuah bandar sempadan kecil yang mempunyai sebuah airport kecil.











































Titik penghujung Borneo sangat berdekatan lokasinya dari sini.



























Pada keesokan harinya, Ahad 9 November 2014, setelah bermalam di Kudat Golf & Marina Resort, baru kami ke Tanjung Simpang Mengayau (Sampang Mangazo dalam bahasa Rungus).

Sebelum panas terik tengah hari . . . untuk menikmati anugerah Tuhan kepada hamba-NYA di muka bumi ini . . .













Di sana kami mengalami sendiri pengalaman yang sukar dilupakan apabila melihat keindahan alam semula jadi di titik paling utara pulau Borneo (Kalimantan) . . . Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah.


































































Subhanallah . . . tiada tandingannya ciptaan Yang Maha Esa lagi Maha berkuasa Allah SWT.































Subhanallah . . . 
itulah sahaja yang termampu kami ucapkan





bamuda
dsuarang.blogspot.com