Monday, December 12, 2016

Note On Retirement





Assalamualaikum
Greetings 




My heartfelt thanks to each and everyone of you for sharing your time with me this afternoon.

Also, thank you for giving me this delicious lunch at the closure of my career with PFB. I will certainly cherish this occasion.

It is not always a person is fortunate enough to go on retirement on a high note!

Some may opt for early retirement at their own will. Others go on retirement for a variety of special or personal reasons.

Some left on resignation for unknown causes! 


Some may have to go in bitterness while others out of spite or even in disgrace.


Thus, the reason I say I am very fortunate to leave PFB in a privileged state!


PFB is a tough place to work in for people with less than average "guts". A high standard of everything is demanded either at work or at play. One must be able to adjust and readjust to conditions to fit into such a demanding entity.


But after more than 20 years with PFB, I feel all the demand lumped upon the shoulders of people working in PFB will ultimately benefit the people themselves.


To an extent, the demands have proven to pave the way to creating mature individuals as professionals in the publishing industry.


I do not wish to do the normal "down memory lane" retirement speech. I also do not wish to talk history of the early 80's here. 


Suffice to say that the last five years of my stay in PFB has been very meaningful. Those were about the best years I could have hoped for. 


It was not because I saw comparatively fast personal enhancement then but more so because it was during that time I really begun to feel that sense of belonging. 

It is a genuine feeling of wanting  to contribute to the company!

The trust shown to me, especially so by our MD, did a lot of boost to the feeling of "wanting" to perform.

The support from colleagues  turned the "impossible" into "possible". Results I dare not dream of earlier became realities.

I know I have been fortunate to serve in a team with the capabilities to overcome all the shortcomings to come out on top at the end of the day. 

Thank you to all of you.

We have achieved so much over the last three years. Many things became magnificently real. Among others:


  1. The ICC
  2. The Corporate Culture Programme
  3. The SAP
  4. Streamlining of post and departments 
  5. Streamlining of administrative procedures
  6. Improvement of facilities
  7. Improvement of environment
  8. Staff induction and enrichment programme
  9. Training programme for  all levels
  10. Establishing an associate company.

With the progress and successes achieved over the years, let us not forget the most valuable asset PFB has ever had in making these achievements possible --- human resource.

As a reminder to all of us and in the spirit of corporate culture i would like to adapt some paradox of our time by veteran American entertainer cum poet, George Carlin, who says: 

We have...

taller buildings, but shorter tempers;
wider freeways, but narrower viewpoints.
more degrees, but less sense;
more knowledge, but less judgement.

We have...

multiplied our possessions, but reduced our values;
learned how to make a living, but not a life;
added years to life, not life to years;
conquered outer space, but not inner space.

Let us just ponder for a while...

We've done larger things, but have we done better things?
We've split the atom, but have we split our prejudice?
We write more, let us also learn more.
We plan more, let us also accomplish more.
We've learned to rush, we must also learnt to wait.

These are times of steep profits, and shallow relationships.

Yes, we have been all the way to the moon and back, but have we crossed the street to meet the new neighbour?

We have built more computers to hold more information to produce more copies than ever, but have built more communication?

Thank you. 


AMB




bamuda
dsuarang.blogspot.com


Wednesday, December 7, 2016

Humor Sempoi






Assalamualaikum
 dan
 Selamat Sejahtera



Lawak Juga Dak Ni




Pagi ini mood aku down sikit. Banyak perkara memenuhi ruang benakku. Susah senang suka duka sihat sakit dsb bermain di minda.






Menyorong Sahabat Lama

Dari Kiri:
Faizah; AMB; Ghazali



Sedang aku duduk-duduk bersendirian di rumah memikir-mikir (sementara isteriku ke PCMC untuk rawatan dialisis beliau) ... Hp aku berdering. Ada panggilan. Daripada siapa hah?







Dari kiri:

Pn Hjh Faizah Md Noor; Tuan Hj Ghazali Kamaruddin; AMB




"Hello, siapa di sana?"

"Assalamualaikum Jid, Zali lah."

"Waalaikumsalam. Ha Li. Apa khabar?"

"Ok, Ok je."


"Apa khabar Alimah? How's the operation?"


"Belum lagi Li..."

"Ha ... orang sakit ikhtiar dan tawakal aje Jid." 

"Ya Li."

"Aku ni pun tak begitu sihat lately. Kelmarin baru aje pegi Hospital Ampang ..."


"Buat apa Li?"

"Alah ... buang darah le ..."

"Orang sakit nak tambah darah ... engkau lak pi buang ... buat apa!"

"Entahlah Jid ... sistem badan aku ni produce terlalu banyak darah! Asyik kena buang je."

"Takpe ... katakan reda dan tawakal tadi ..."

"Itulah ... aku bukan sekadar reda dan tawakal Jid ... aku siap bagi suggestion pada nurse ..."

"Apa kau suruh dia orang buat? Hantar darah kau ke Tabung Darah Negara ke?"

"Ha ... mana boleh Jid. Darah aku ni dah second hand ... tak pure lagi didermakan pada manusia ..."

"Jadi camna Li..."

"Aku syorkan kepada nurses di situ . . . lain kali invite aje selagi ada nyamuk yang mereka kenal supaya datang bila mereka keluarkan darah daripada badan aku!"


"Wah mudahnya kalau gitu Li."

"Ya lah ... dah penat lak aku ... dimacam-macamkan. Sekarang tagih service nyamuk le ... free lagi!"


Demikian kesimpulannya. 

Tuan Haji Ghazali Kamaruddin rakan seasramaku   ketika di sekolah menengah dahulu (in the early 60's)

Beliau sudah lama juga keuzuran ... namun semangatnya untuk sihat semula amat kuat. Salute you my brother!

Mantan Pengarah Buruh ini seorang yang agak serius dalam tugasnya. Beliau juga terkenal seorang yang tegas di kalangan kawan-kawan.

Namun apabila sekali sekala beliau membuka mulutnya berkata-kata ... banyak juga bahan kelakar yang terucapkan. 







Aku terhibur dengan telatah tutur kata beliau pagi ini. Rupanya ada humor sempoi dalam diri sahabat lamaku ini. 

Terima kasih Li.






bamuda
dsuarang.blogspot.com 



Saturday, December 3, 2016

Semalam di Arafah












Assalamualaikum 
dan 
Selamat Sejahtera




Khutbah Arafah 
Mabit Muzdalifah




"Haji itu Arafah". "Wukuf itu Haji". Begitu yang lumrah dan banyak diperkatakan para ilmuan agama dan alim ulama Islam apabila berkisah tentang kerja haji.

Maka para Jemaah Haji KT 70 (Geng Bas 06 khususnya) pun dimestikan berada di khemah-khemah di Arafah pada 9 Zulhijah 1432H (Sabtu Nov 2011) untuk wukuf di Arafah. 

Sementelahan wukuf salah satu daripada rukun haji.







Sejurus tiba dari Makkah
 YM Hj Raja Aman Shah; Hj Wan Abu Bakar






 Hj Wan Abu Bakar; Penulis 






YM Hj Raja Aman Shah; Penulis 







 Penulis; Datuk Hj Khalid







Berehat di luar perkhemahan di Arafah 

 Hj Hedzir Kanan 






 Hj Wan Abu Bakar; Penulis


Kami bersyukur dapat berwukuf di Arafah dengan kehendak Allah swt. Kami bersyukur dapat beribadah sepanjang waktu berada di Arafah baik di dalam khemah mahupun di luar. 

Beberapa ceramah agama atau tazkirah keagamaan dapat kami ikuti di surau yang tersedia di pekarangan perkhemahan tempat kami menumpang sehari di Arafah.








Di hadapan surau . . . 






Pekarangan khemah-khemah di Arafah







 YM Hj Raja Aman Shah sibuk mengambil gambar ...






 Hjh Alimah sibuk bergambar?



Paling menyentuh perasaan, para jemaah haji dapat mendengar khutbah pagi hari wukuf, selepas subuh di surau Arafah, yang amat menyegarkan naluri lagi menginsafkan diri sesiapa sahaja yang mendengarnya. Istimewanya, khutbah disampaikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Aku masih ingat hampir semua jemaah haji mengalirkan air mata ketika mendengar khutbah tu. 

Jiranku si omputih Islam tu pula berkata: 
"Hope it's not crocodile tears . . . Bro!"
Teman pun berharap semoga tidak begitu.









Depan dari kiri: 
Datin Hjh Zabedah; Dato' Hj Muhammad Hatta

Belakang dari kiri: 
Hjh Juliah; Hj Salleh; Hjh Alimah; Penulis



Kami seterusnya berkesempatan berdoa kepada Allah swt dan memohon segala kebaikan serta kebahagiaan untuk ahli-ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. 

Alhamdulillah segalanya dapat dilaksanakan berkat tunjuk ajar para ustaz dan ustazah yang mahir dalam selok belok kerja haji dan hukum keagamaan.








Geng se KT 70, sebilik di Makkah, dan sebas 06 berdoa di pekarangan khemah













Hjh Juliah dan Hjh Alimah mendoakan segala yg terbaik
untuk ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai . . .




Menjelang malam selepas bersolat Maghrib dan Isyak, kami diarahkan bersiap sedia untuk menaiki bas ke Muzdalifah. Para jemaah haji akan mabit di Muzdalifah. Kutip anak-anak batu di sana untuk melontar di 3 jamrah di Mina sepanjang 3 hari tasyrik berikutnya.





Menunggu bas ke Muzdalifah : Kiri - Hjh Alimah; Datin Hjh Zabedah
Kanan - Hjh Juliah; Hjh Alimah


Apabila bas tiba maka para jemaah haji pun mengucapkan selamat tinggal kepada Arafah. Kenangan indah di Arafah kami bawa bersama. Harapan kami . . . segala apa yang didengari dalam ceramah dan tazkirah siang tadi dapat menjadi pedoman dan seterusnya pegangan kami dalam menempuh hidup di masa muka. Insya Allah.


Mabit di Muzdalifah

Kiri: Hjh Alimah dan Hjh Juliah Kanan: Dato' Hj Muhammad Hatta mengutip batu





Berehat di atas bukit batu
dari kiri: Hjh Alimah; Hjh Juliah; Hj Muhammad; Hj Salleh


Hjh Alimah dan para jemaah haji mabit di Muzdalifah





Pemandangan dari atas bukit di Muzdalifah. Jauh ke sana kelihatan jam besar Makkah




Para penghuni hotel seribu bintang . . . Dah subuh Hjh Alimah!





Suasana fajar di Muzdalifah
Hjh Alimah dan Hjh Saripah






Anak batu sudah dipungut,
Tugasan menunggu tiga hari berturut;
Ke Mina kini destinasi tujuan,
Melontar jamrah melempar syaitan!




Mina . . . kami datang . . .


dsuarang.blogspot.com



Lain Dulu Lain Sekarang





Assalamualaikum
 dan 
Selamat Sejahtera




Zaman Berubah




Sekali air bah sekali pasir berubah.

Begitu tepatnya gambaran maksud peribahasa Melayu apabila memperkatakan tentang perubahan yang berlaku sepanjang zaman atau dari zaman ke zaman.

Ada sahaja pembaharuan atau perubahan terjadi di sana sini mengiringi detik waktu yang pantas berlalu. 

Apa yang selama ini dianggap sebagai tradisi atau kebiasaan mungkin sudah tidak sedemikian lagi keadaan atau sifatnya!

Jadi kita kenalah bijak melaraskan tradisi atau kebiasaan yang kita anuti selama ini supaya bersesuaian dengan peredaran zaman.

"Adapting traditions to changing times," kata si jiran omputihku.

Aku tulis begini kali ini untuk menggambarkan setakat termampu betapa jauh berbezanya zaman aku dulu dengan zaman anak-anak dan cucu-cucuku sekarang. 

Dulu air di perigi. Kini air dalam besi. Dulu malam pakai pelita. Sekarang api dalam kaca. "Potik topi tongah menyalo!" kata orang di sanun tu. Tompek den bersemondo he, he!

Lain hulu lain parang. Lain dahulu lain sekarang. 

Mari kita saja sembang-sembang. Tentang dulu dan sekarang. 

Dulu warong kopi di sebelah bus stand atau tempat teksi. Sekarang ada Starbuck, Coffee Bean dan banyak lagi di KLCC.

Saja gebang-gebang. Fasal dulu dan sekarang. Dulu naik kereta api usang. Bakar arang. Sekarang kereta api automatik. Suis elektrik. Malah ada LRT atau monorail ke tempat-tempat strategik.

Saja ingat-ingat. Kisah dulu dan sekarang. 

Dulu di kedai mamak. Makan roti atau rojak. Sambil duduk borak-borak. Sekarang di lounge hotel. Makan sandwic atau sup. Sambil duduk bincang-bincang.


Saja kenang-kenang. Peristiwa dulu dan sekarang.

Dulu kabaret dan joget lambak. Pilihan top si kaki 'lepak'. Sekarang discotheque dan karaoke. Menarik si elite dan golongan 'tauke'.

Saja banding-banding. Cara dulu dan sekarang. 

Dulu di kedai apek. Orang beli barang runcit berdikit-dikit. Sekarang di mall ternama. Orang macam kaya sakan berbelanja.

Saja fikir-fikir. Beza dulu dan sekarang.

Dulu anak-anak menelaah sendiri. Sekarang mesti tuisyen saban hari. Sudah menjadi semacam ritual. Tuition centre mesti yang special. Mereka menggalas beban tambahan. Semata-mata untuk score dalam peperiksaan.

Saja timbang-timbang. Amalan dulu dan sekarang. 

DULU anak-anak galak mengaji al-Quran. Belajar tajwid, tauhid dan fikah. Malah semua ilmu KEAGAMAAN. SEKARANG kurangnya sedemikian. Mereka lebih disogokkan dengan kelas muzik dan tarian. Kelas nyanyian dan lakonan. Malah segala ilmu KEDUNIAAN.

Saja sinis sindir-sindir. Kata si kolot dah moden hidupnya. Si gagal pula dah mula berjaya. Si fakir dulu dah mewah segala. Si daif dulu dah jadi mulia.


Saja acah-acah. Patut semuanya semakin indah. Mengapa sebaliknya semakin parah? Ramai sangat menyanggah perintah!

Ramai sangat dah faham songsang. Suka berbuat perkara terlarang!




bamuda
dsuarang.blogspot.com

Friday, December 2, 2016

Luangkan Sedikit Waktu




Assalamualaikum 
dan
Selamat Sejahtera



Bersama Keluarga



Telah lama aku perhati dan amati. Sejak zaman kanak-kanak lagi. Lama tu!

Apa yang aku perhati? Apa yang aku amati? Apa pula kesimpulan sendiri yang aku perolehi ?

Sesungguhnya, mungkin jauh lebih lama daripada itu. Mungkin sejak zaman tok nenek kita lagi! 

Ketara sangat orang kita ni susah hendak mengucapkan kata-kata menyayangi seseorang khususnya orang yang amat dekat dengan mereka.

Aku sendiri (sepanjang ingatanku) tidak pernah mendengar ucapan atau kata-kata "sayang" daripada bapa, dan adik beradik atau ahli-ahli keluarga terdekat yang lain. Ibuku jauh sekali! 

(Emak pergi buat selama-lamanya ketika aku berusia lebih kurang 5 tahun. Bukan salah Emak.)

Kata sesetengah bijak pandai tentang hal-ehwal kekeluargaan (lebih tepat hubungan antara ahli-ahli keluarga terdekat) keadaan begini wujud kerana ramai yang "malu" menyatakan perasaan masing-masing secara jelas dan ikhlas!

Ada juga yang berkata keadaan ini disebabkan ramai yang menganggap pernyataan kasih sayang ... khususnya antara orang yang terdekat hubungannya dengan seseorang ... sebagai sesuatu yang "remeh" dan sudah menjadi "lumrah" diterima secara "faham-fahamlah sendiri".

Bak kata omputih tu . . . something always taken for granted . . .)

Ada pula yang takut dicap "mengada-ngada" andainya menunjukkan kasih sayang secara terbuka kepada ahli-ahli keluarga mereka sendiri. 

Entahlah. Wallahuaklam.

Aku yang sudah melalui fasa tersebut di atas selalu terfikir bahawa zaman itu sudah berlalu dan tidak payah diingat-ingatkan kembali.

Sebaliknya, setakat yang terdaya dari segi perasaan (kerohanian) dan mampu dari segi kebendaan (material) aku harus mengubah kebiasaan dalam hubungan kekeluargaan aku sendiri kepada sesuatu yang lebih bersifat rapat, mesra dan bermakna.

Pendek kata aku harus menunjukkan dan menyatakan perasaan kasih sayangku terhadap mereka yang paling rapat hubungannya denganku dengan cara yang jelas dan ikhlas tanpa ragu-ragu atau malu!

Itu cara aku. Orang lain tentu ada cara mereka yang tersendiri.

Terpulang . Terserah.

" Rambut sama hitam, hati lain-lain," kata bidalan.

Melalui penulisan ini aku ingin menyatakan untuk kesekian kalinya kepada ahli-ahli keluargaku bahawa aku, "Sentiasa Sayang Akan Kalian."

Aku seterusnya berharap kalian dapat pula mencurahkan kasih sayang kalian kepada keturunan kalian nanti dengan cara yang jelas dan ikhlas lagi bijaksana, tanpa ragu atau malu!

Insya-Allah.





Foto lama keluarga AMB ... 
{belum sempat ambil foto baru 
in shaa Allah kemudian nanti}



Catatan:

Kini sudah ada lima kelamin baru di dalam keluargaku. 

Pasangan pertama (Mazlyn Hanim + Mohd Rashidi ) berkahwin pada 2008 (2 cahaya mata). Pasangan kedua (Halmy Zahari + Nurliza Zainuddin) berkahwin pada 2008 (2 cahaya mata) . Pasangan ketiga (Mazlyna Hanum + Royha'izam Basri) berkahwin pada 2009 (3 cahaya mata). Pasangan keempat (Halim Zaharyn + Noor Shafini) berkahwin pada 2010 (3 cahaya mata). Pasangan kelima (Hazry Zaharith + Shafiq Azahar) berkahwin pada 2015 . 


Alhamdulillah.

Mudah-mudahan dapat jua ia menjadi peringatan kepada kita semua untuk berusaha ke arah membentuk keluarga berkualiti. Insya-Allah.




Aku Harapkan Begitu!
(Harapan Seorang Ketua Keluarga)



Aku bangga mempunyai kalian sebagai ahli keluargaku
Aku tak tahulah kalau kalian pun bangga mempunyai
Aku sebagai ahli keluarga kalian . . .

(Aku harapkan begitu!)

Aku bangga kalian berusaha mendaki tangga kejayaan
Aku tak kisah sekalipun langkah kalian perlahan
Aku rasa kalian tak keberatan sentiasa berdoa kepada Tuhan
Aku tak tahulah kalau kalian ada berbuat demikian . . .

(Aku harapkan begitu!)

Aku bangga kalian sejahtera sebagai suatu entiti keluarga
Aku tentulah suka menjadi ketuanya,
Aku tak tahulah kalau kalian mampu bertoleransi tinggi
Aku tak mahu ahli keluargaku menyimpan dendam dan iri
Aku tak mahu sesiapa pun berhasad dengki sesama sendiri
Aku malu jika ini berlaku
Aku tak rasakan budi pekerti kalian serendah itu . . .

(Aku harapkan begitu!)

Aku bangga kalian bermuafakat membina hidup berkat lagi menyerlah
Aku tak tahulah apa cara yang nak kalian gunakan . . .terserah,
Aku cuma nak sarankan sesuatu yang mudah,
Aku harap kalian sentiasa beramal ibadat dan ingat akan Allah
Aku tahu, baik anak baik menantu, cukup dewasa sudah
Aku harap kalian faham apa yang tersirat di kalbu seorang abah
Aku yakin kalian pun tahu . . .

(Aku harapkan begitu!)








bamuda
dsuarang.blogspot.com