Tuesday, June 11, 2019

Warisan Berzaman



Assalamualaikum



 Keretapi Negeri Sabah

(North Borneo Railway)



Pagi Isnin 10 November 2014. Penulis dibawa Tuan Hj Salleh Rahim (seorang sahabat di Kota Kinabalu) melawat ke Stesen Keretapi Sabah (Isnin 10.11. 2014) 






















Suatu pengalaman yang sangat menarik buat diri ini. Sesungguhnya penulis amat menggemari perkara-perkara yang berkaitan kereta api!





























Penulis berkesempatan ke stesen kereta api di Kota Kinabalu bersama anakanda Marlyana. Terima kasih sahabat kerana membawa kami ke sini. 












Lain kali penulis ingin pula melakukan perjalanan dengan kereta api ke beberapa tempat laluan keretapi di seluruh Negeri di Bawah Bayu ini.































Penulis berdoa mudah-mudahan Allah swt akan mengizinkan penulis mencapai hasrat yang sudah lama terpendam di hati ini. Amin.  



bamuda
dsuarang.blogspot.com


Tulis Blog Semula



Assalamualaikum

Aku akan meneruskan aktiviti menulis dalam ruang d'SUARANG. Mudah2an masih diizinkan Allah swt utk aku berbuat demikian dan mudah2an masih ada mereka yang mahu melihat dan membaca  walau sekali imbas pun apa yang aku catatkan. Sengaja untuk mengisi waktu lapang. Santai bersama sahabat handai sekalian.


Bamuda
Selasa 11.6.2019


Friday, June 7, 2019

Ibadah Bermusim?



Assalamualaikum



Mudah-mudahan kita semua akan diizinkan Allah swt untuk bertemu lagi dengan Ramadan. Semoga kita seterusnya berkesempatan menyempurnakan ibadah puasa sepanjang bulan yang mulia ini pada waktu-waktu mendatang. 

Sebenarnya setiap kali Ramadan tiba aku sering terfikirkan sesuatu. Aku terfikir alangkah baik andainya selepas Ramadan pun keadaannya terus begini! Para jemaah begitu ramai beramal ibadat di surau-surau mahu pun di masjid-masjid. Umat Islam berlumba-lumba ke tempat-tempat ibadat yang suci itu. Maka penuh sesaklah surau-surau dan masjid-masjid di seluruh ceruk dan pelosok negara. Maka semaraklah semangat umat Islam memakmurkan surau-surau dan masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan. 

Hampir setiap pagi selepas waktu subuh aku sempat menonton berbagai rancangan dalam slot-slot keagamaan di stesen-stesen TV tempatan yang memaparkan tindakan meluas umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan tahun demi tahun. 

Sambutannya meriah. Sungguh meriah! Suasana di surau-surau dan di masjid-masjid kelihatan ceria dan segar dengan kehadiran begitu ramai para jemaah yang bersolat fardu dan berbagai-bagai jenis solat sunat. Paling ketara bersolat sunat Tarawih dan berzikir, bertadarus . . . amalan lazim sepanjang bulan pussa. Alhamdulillah.

Namun apa yang sering tanda tanya di benak aku ialah tentang keadaan yang wujud setiap kali setelah Ramadan berlalu. Para jemaah regular di surau-surau dan masjid-masjid yang berkenaan kebanyakannya bersetuju bahawa kehadiran para jemaah Ramadan di surau-surau dan masjid-masjid pasti berkurangan menjelang pertengahan Ramadan . . . dan merosot teruk pada penghujungnya. 

Aku sendiri mengamati bahawa lazimnya selepas berakhir Ramadan pada sesuatu tahun surau-surau dan masjid-masjid akan menjadi 'lengang'. Para jemaah tidak lagi ramai. Tidak seperti sepanjang bulan Ramadan! 

Kadangkala hendak memenuhkan dua saf para jemaah bersolat pada waktu-waktu sembahyang fardu pun susah. Waktu subuh lebih teruk keadaannya! 

Antara beberapa persoalan yang selalu bermain di benak aku: 

1. Ke mana hilangnya para jemaah yang begitu ramai mengunjungi surau-surau dan masjid-masjid pada setiap bulan Ramadan? 

2. Adakah para jemaah itu bukan orang dari kalangan penduduk kariah surau-surau atau masjid-masjid yang berkenaan itu sendiri? 

3. Apakah para jemaah Ramadan cenderung mengamalkan ibadah "bermusim". 

Allah swt sahaja yang maha mengetahui! 



Bamuda










Thursday, May 16, 2019

Manusia Merancang Allah Menentukan




Izin daripadaNYA jua ...

Assalamualaikum
Alhamdulillah aku masih diizinkanNYA terus menulis ...
Maka akan kutuliskan semampu kebolehan
Apa yang terdaya
Apa yang menjadi kenyataan
 ... in shaa  Allah
yang tidak berbaur pendustaan!

                                            AMB

Saturday, April 22, 2017

Mazlyn's Long Call









Assalamualaikum 






Tan Sri Md Raus Sharif telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baru pada 2 April 2017 menggantikan Tun Arifin Zakaria yang cukup tempoh perkhidmatannya pada usia 66 tahun 6 bulan.













































Setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan ini 
TAN SRI MD RAUS SHARIF 





Bersempena perlantikan Tan Sri Md Raus Sharif itu, penulis terkenang akan peristiwa lebih 10 tahun  lalu ketika mana ...  Mazlyn Hanim bt Abdul Majid ... telah di terima masuk dan didaftarai sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2006. 

Tan Sri Md Raus Shariff ketika itu bertindak sebagai Hakim yang mendengar permohonan Mazlyn Hanim untuk diterima masuk sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara.






A Call To The Bar 






























Tahniah 
MAZLYN HANIM
















Alhamdulillah






bamuda
dsuarang.blogspot.com