Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Kami Semua Menanti . . .
Tadi pada jam 12:07 tengah hari (sebelum aku ke Masjid Al-Khairiah AU3 untuk bersolat Jumaat) anak sulungku Halmy menelefon. Dia memberitahu bahawa isterinya Nurliza telah dimasukkan ke wad di Pusat Perubatan Naluri (Naluri Medical Centre), Wangsa Maju untuk bersalin. Aku kemudiannya ke masjid dan berdoa agar semuanya selamat dan sejahtera.
Sekembali dari masjid belum ada apa-apa berita baru. Kami menunggu. Sehingga lewat petang kami di d'SUARANG masih menunggu berita lanjut. Kami terus menunggu sambil menantikan waktu berbuka puasa pada jam 7:27 malam nanti. Mudah-mudahan semuanya selamat. Kami doakan agar Nurliza selamat melahirkan anak sulungnya yang insya-Allah akan dinamakan Umar Ilham Majid (?)
Aku terfikir . . . pantasnya waktu berlalu. Tiba-tiba 'Along' Ahmad Iman Iskandar (Aii) yang aku rasa baru sangat hadir di kalangan kami (kira-kira sejak 6 bulan 22 hari dulu) akan menjadi big bro (menurut slanga orang sekarang) kepada sepupunya yang bakal lahir ini. Tiba-tiba Azim Muqry Basrie (Amb) yang baru 10 hari usianya kini juga akan jadi quite a big bro kepada sepupunya ini. Ha, nanti Azim akan dipanggil 'Wa' oleh sepupunya Umar (?). Dan, tiba-tiba aku akan naik pangkat sarjan. Daripada tiada bercucu kini sudah punya dua . . . dan insya-Allah sebentar nanti jadi tiga cucu semuanya.
Alhamdulillah. Kami menanti kehadiranmu UIM (?) dengan penuh kesabaran . . . Kami di d'SUARANG menantikan satu lagi berita gembira, insya-Allah. Mungkinkah sebentar nanti . . . hari ini? Terserah . . . semuanya dengan kehendak Allah.
Allahumma, kabulkanlah doa kami. Mudahkanlah segalanya. Amin.
dsuarang.blogspot.com
Allahumma, kabulkanlah doa kami. Mudahkanlah segalanya. Amin.
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment