Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Pertemuan Mesra
Setelah puas ke mana-mana di daerah-daerah sekitar Bukittinggi sejak dua hari yang lalu, pada pagi Isnin 2 April 2012 , Jamil mencadangkan kami berempat ke Aur Kuning untuk sedikit aktiviti membeli belah. . . . some shopping activity . . . bak kata omputih!
Peribadi, aku rasa biasa saja. Aku tahu aku akan lebih melakukan window shopping daripada all out shopping. Aku yakin yang bakal teruja nanti tentunya ehm, ehm . . . siapa lagi. Dua hajah kami itu lah! Jangan mare ya hajah-hajah.
Aku diberitahu Jamil bahawa para pengunjung ke daerah sini gemar sangat membeli belah di pasar Aur Kuning ini. Mungkin kerana harga barangan di sini berpatutan. Kain dan pakaian . . . berbagai jenisnya. Banyak pilihan.
Setelah ke sana . . . paling nyata kepada aku . . . para pedagang di situ memang peramah dan pandai mendapatkan kepercayaan para pengunjung hingga membeli kain atau pakaian dengan kuantiti yang banyak juga. Soal harga lain lagi!
Aku ingin menceritakan di sini tentang suatu insiden menarik. Insiden yang tidak sama sekali terduga oleh kami akan berlaku di pasar tekstil Aur Kuning itu.
Jamil sedang membawa aku melihat-lihat dagangan di sekeliling pasar. Beliau menunjukkan kepadaku gedung atau kedai yang menurutnya menjual kain atau pakaian dengan harga rendah.
Jalan punya jalan . . . ketika melewati sebuah kedai kain . . . tiba-tiba kedengaran sapaan," Pak Sani, mari masuk . . . potong kain ya . . . yang di luar tu semua baru . . ."
Suara yang menyapa Jamil itu milik seorang pemuda yang mengendalikan kedai kain yang kami lalui tadi. Beliau begitu mesra menyapa Pak Sani. Memangnya pemuda itu sudah amat mengenali Jamil.
Jamil berhenti dan singgah. Ketika itu aku perhatikan ada dua orang wanita tempatan di dalam kedai berkenaan. Aku fikir mereka itu juga pengendali kedai. Rupa-rupanya aku salah teka. Mereka juga datang untuk melihat-lihat kain yang hendak dibeli.
Mereka begitu peramah dan bertanya kepada Jamil mengapa beliau itu membeli banyak potongan kain . . . untuk apa agaknya?
Jamil secara jujur berkata kain yang dibeli itu tentulah untuk dipakai . . . kalau tiada siapa yang mahu memakainya . . . akan diberikan saja kepada para tamu yang berkunjung ke rumah nanti sebagai hadiah.
Mereka yang bertanya tadi agak confused. Mungkin kerana mereka masih keliru dengan jawapan yang diberi . . . ketika Jamil beredar sebentar ke kedai sebelah untuk memanggil isterinya Azizah . . . salah seorang daripadanya bertanya lagi . . . untuk mendapatkan pengesahan barang kali.
Kali ini aku yang diajukan soalan,"Benarkah begitu pak . . . memang di Malaysia begitu? . . . bagusnya."
Aku menganggukkan kepala sambil menjawab," Ya, begitu ". Kami kemudian mendapat tahu bahawa wanita yang bertanya itu bernama Esi . . . Yessi Andriani.
Jamil, Azizah, Alimah dan aku sendiri seterusnya berkenalan lebih dekat dengan Esi. Esi lantas mengundang kami ke pesta perkahwinannya pada 8 Mei 2012 yang akan datang.
Rupa-rupanya Esi juga datang ke kedai ini untuk membeli kain bakal dibuat pakaian pada hari perkahwinannya nanti.
Kami seterusnya saling berkenal-kenalan. Kami juga memohon maaf tidak mungkin dapat memenuhi undangan Esi tadi kerana sudah ada schedule terlebih awal yang perlu kami penuhi.
Tiba-tiba Jamil (Pak Sani) berkata," Jadi awak yang mahu pesta . . . dah nak kahwin ya . . . Ha tahniah! Terima kasih kerana mengundang kami . . . Tak apa . . . pakcik tak dapat hadir. Awak ambil saja mana-mana kain yang awak suka dalam gedung ini. Ikhlas ni sebagai hadiah perkahwinan awak. Nanti pakcik yang bayar."
Esi sudah tentulah terkejut. Beliau juga kelihatan malu atau embarrassed. Beliau tidak berkata apa-apa . . . cuma aku dapat melihat Esi agak terharu sedikit. Lama juga Esi tidak bertindak apa-apa . . . hingga kami . . . Azizah, Alimah dan aku sendiri . . . menggesanya supaya menerima tawaran Jamil itu.
Alhamdulillah Esi akhirnya menerima jua. Aku secara peribadi turut terharu dengan tindakan sahabatku itu. Jamil begitu ikhlas . . . jelas kelihatan kemurahan hatinya bersekali . . . ketika membuat tawaran itu. Aku bangga dengan sikapmu sahabat.
Dalam mindaku terpahat suatu kesimpulan . . . Memang patut Allah memurahkan rezeki sahabatku yang pemurah ini. Aku sendiri sedia maklum . . . Jamil ketika di asrama persekolahan kami dahulu pun memang tidak kedekut . . . cuma nakal budak-budak sekolah sedikit, he,he.
Esi insisted hendak berjumpa kami di The Hills, Bukittinggi pada malamnya nanti untuk membekalkan kami sedikit ole-ole . . . buat dibawa pulang ke Malaysia . . . katanya.
Maka pada malamnya . . . sebaik saja kembali daripada bersiar-siar di sekitar daerah di tanah Minang itu . . . dan melangkahkan kaki ke lobby hotel . . . kami terlihat ada couple muda menunggu kami di sana.
Tidak silap lagi . . . Esi yang ditemani bakal suaminya . . . memang menepati masa sebagaimana dijanjikan.
Kami pun 'memaksa' couple muda ini duduk bersama kami di lounge hotel. Mereka akur. Kami sebenarnya ingin mengajak mereka makan bersekali dengan kami sambil bersembang-sembang.
Mereka bagaimanapun menolak pelawaan kami itu dengan alasan 'sudah makan'. 'Sudah kenyang' kata Esi dan bakal suaminya . . . yang kami kemudiannya diperkenalkan bernama Zul Ilmi.
Pak Sani berbual-bual dengan Ing di lounge hotel The Hills . . .
Mereka bagaimanapun menolak pelawaan kami itu dengan alasan 'sudah makan'. 'Sudah kenyang' kata Esi dan bakal suaminya . . . yang kami kemudiannya diperkenalkan bernama Zul Ilmi.
Pak Sani berbual-bual dengan Ing di lounge hotel The Hills . . .
Zul Ilmi menyatakan beliau lebih mesra dipanggil Ing. Jadi kami semua memanggilnya Ing saja. Ing boleh dikira seorang QS (Juru Ukur Bahan) dari segi profession. Beliau anak bongsu daripada 4 adik beradik lelaki. Beliau telah berhubungan dengan Esi sejak di SMP lagi.
"Saya udah kenyang buk . . . baru lepas makan tadi" . . . begitu agaknya jelas Esi . . . apabila 'dipaksa' makan . . .
Esi juga anak bongsu daripada 4 adik beradik . . . 3 lelaki dan beliau saja yang perempuan. Dari segi profession Esi seorang Pengajar Perawat di kampus kolej STIKES PERINTIS BUKITTINGGI (Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan).
Ing dan Esi kedua-duanya kami lihat memang anak-anak yang baik dan bersopan santun. Aku juga mengandaikan mereka ini pintar dan bijak bila diajak bicara.
Aku paling senang bila mendengarkan Esi berkata bahawa dia telah meminta izin ibunya terdahulu sebelum datang menemui kami. Itu salah satu ciri anak yang baik.
Lama juga kami semua berbual-bual dan saling berkenalan lebih dekat. Kami rasakan seperti pertalian ini telah lama wujud. Kemesraannya amat kami rasakan . . . maklum kami juga punya anak-anak yang sebaya dengan mereka.
Akhirnya kami 'membenarkan' Ing dan Esi memohon diri untuk pulang. Kami sempat jua berpesan kepada mereka supaya berhati-hati di jalan raya dan di mana saja . . . kerana menurut kepercayaan kami di Malaysia . . . mereka yang baru mahu memasuki gerbang perkahwinan . . . berdarah manis.
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan kepada bakal pasangan pengantin baru Ing dan Esi. Semoga kalian mendapat segala kebahagiaan dan kesempurnaan hidup yang kalian idamkan. Amin.
Maafkan andai ada kami tersalah laku atau kata . . . kesilapan daripada kami yang mungkin tidak menyenangkan kalian.
Sampaikan salam takzim kami kepada ibu bapa dan ahli keluarga kalian juga. Mudah-mudahan kita dapat bersua lagi . . . Insya-Allah. TQ.
Sampaikan salam takzim kami kepada ibu bapa dan ahli keluarga kalian juga. Mudah-mudahan kita dapat bersua lagi . . . Insya-Allah. TQ.
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
1 comment:
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Post a Comment