FRIDAY, 12 OCTOBER 2012
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Orang Kuat PLN Banda Aceh
Dalam kesibukan berkunjungan ke merata-rata tempat menarik di Banda Aceh kami masih sempat menjalinkan silaturahim dengan Bapak Zarmidi, Manajer PLN (Perusahaan Listrik Negara), Area Banda Aceh.
Silaturahim ini terjalin dalam satu pertemuan singkat di kantor (pejabat) Pak Zarmidi di bangunan PLN pada petang Jumaat 21 September 2012. [PLN di Indonesia berperanan seperti TNB (Tenaga Letrik Negara) di Malaysia.]
Bangunan PLN Banda Aceh
Pak Zamhur yang membawa kami ke kantor Pak Zarmidi untuk membolehkan pertemuan ini terjadi. Alhamdulillah kami dapat jua berkenalan dengan Pak Zarmidi iaitu adik ke-5 dalam bilangan turutan adik beradik (siblings) Pak Zamhur.
Di pintu masuk utama . . .
Dari kiri:
Pak Zarmidi, Pak Sani, Pak Zamhur
Dari kiri:
Pak Zamhur, Pak Zarmidi, Penulis
Pak Zarmidi yang masih dalam usia muda itu mudah diajak berbual-bual walaupun ini kali pertama beliau bertemu kami. Beliau peramah dan bersopan.
Beliau rupa-rupanya baru sangat berpindah dari Bandung ke PLN Banda Aceh . . . dan sebenarnya masih dalam proses acclimatization (penyesuaian dengan iklim atau persekitaran kerja dalam suasana yang berlainan.)
Beliau rupa-rupanya baru sangat berpindah dari Bandung ke PLN Banda Aceh . . . dan sebenarnya masih dalam proses acclimatization (penyesuaian dengan iklim atau persekitaran kerja dalam suasana yang berlainan.)
Bapak Zarmidi
Manajer PLN Area Banda Aceh
Ikatan silaturahim yang terjalin melalui pertemuan kira-kira 25 minit itu diharap tidak berakhir di situ sahaja.
Penulis (kanan) bersama Tuan Manajer
Towkay bersama Towkay . . . hmm
Kepada Pak Zarmidi . . . terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami . . . walaupun kehadiran kami itu lebih bersifat 'tetamu tidak diundang'.
Maafkan kiranya kami mengganggu ketenteraman bapak dengan kunjungan yang tergesa-gesa itu.
Maafkan kiranya kami mengganggu ketenteraman bapak dengan kunjungan yang tergesa-gesa itu.
Semoga perhubungan yang terjalin ini . . . perhubungan antara manusia dengan manusia . . . diizinkan Allah swt berlanjutan selama-lamanya . . . Amin.
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment