Saturday, May 4, 2013

Ceritera Suatu Perkahwinan






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Perkahwinan Hazril dgn Noor Elaiza



Ahad 21 April 2013 . . . d'SUARANG bertuah menerima kunjungan pasangan pengantin baru . . . Hazril bin Husain dan Noor Elaiza binti Abdul Rahman.


Mereka ditemani ayah dan ibu pengantin lelaki iaitu Tuan Hj Husain Abdul dan Pn Hjh Zakiah Mohd Doni. [Hazril adalah cucu saudara kepada penulis.]

Rombongan pengantin baru ini yang tiba di d'SUARANG pada jam 10:20 pagi kami alu-alukan dengan segala senang hati.


Terima kasih semua kerana sudi berkunjung ke mari.




Dari kiri:
Opah Alimah, Hazril, Elaiza




Tuan Hj Husain Abdul 
dan Pn Hjh Zakiah Mohd Doni





Pn Hjh Zakiah n Pn Hjh Alimah




Dari kiri:
Penulis, Husain, Zakiah, Alimah





Hazril Husain n Noor Elaiza Abdul Rahman




Dari kiri:
Husain, Zakiah, Alimah, Hazril





Menjamu selera seadanya . . . 




. . . sambil saling bertanyakan khabar . . . 




. . . dan . . . 
mengenali lebih rapat ahli keluarga baru . . . Elaiza




Selamat Pengantin Baru . . . Hazril n Elaiza . . . 
semoga berpanjangan jodoh hingga ke akhir hayat



Di samping kita melihat-lihat beberapa foto peristiwa kunjungan pasangan pengantin ke d'SUARANG pada pagi yang berkenaan, penulis ingin juga membawa para audiens menyoroti episod-episod lengkap dalam untaian ceritera perkahwinan ini . . . dari peristiwa awal merisik dan bertunang yang berlaku pada Sabtu 13 Oktober 2012 di Crystal Villa, Seri Gombak . . . hingga kepada majlis pernikahan pada 11 April 2013 di Felda Villa, Jalan Semarak . . . dan berakhir dengan  resepsi yang berlangsung pada Sabtu 13 April 2013 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.


Majlis Merisik dan Bertunang




Dari kiri: 
Hj Mohamed Noor Hj Othman ,
 penulis, Hj Husain Abdul




Dari kiri:
Hj Mohamed Noor, penulis, Hj Husain





Hj Mohamed Noor (datuk pengantin perempuan)
n Penulis (datuk sdr pengantin lelaki)





Bersembang memecah kebuntuan . . . 





Suai kenal di kalangan ahli rombongan . . . 





Golongan muda tidak ketinggalan . . . 





Majlis bermula . . . 

 Kata-kata aluan oleh Tuan Hj Mohamed Noor 
selaku  jurucakap pihak perempuan n tuan rumah




Mendengar dan terus mendengar . . . 







Penulis membalas ucapan tuan rumah bagi pihak
rombongan lelaki





Mendengar dan terus mendengar . . . 




Ibu Hazril (kiri) datuk Elaiza (kanan)





Tepak sirih pembuka kata pihak lelaki . . .






Tepak sirih diterima . . . 




. . .  dan di buka oleh wakil pihak perempuan 





. . . tanda bermula suatu ikatan




erat dan mesra . . . 




. . . bersemangat kekeluargaan . . .  




Hah . . . apa pula yang dibisikkan?





oh . . . di mana bakal pengantin perempuan tidak kelihatan?




Tunjukkanlah diri wahai puteri . . .





. . . saya di sini , saya di sini . . . 





hmm . . . baru puas rasa di hati.





Hj Mohamed Noor lantas bertanya . . . 




... mana tandanya jikalau suka?





Ibu si Hazril . . . terus ke hadapan . . . 
dua bentuk cincin kami sediakan.




Dari kiri:
Pn Hjh Zakiah, Tuan Hj Mohamed Noor,
penulis, Tuan Hj Husain






Datuk bakal pengantin perempuan menerangkan 
maksud dua bentuk cincin pemberian  . . . 
sebentuk risikan sebentuk lagi untuk pertunangan.  





Upacara menyarung cincin pada jari bakal pengantin perempuan . . . 




Pn Hjh Zakiah yang lakukan . . . 




Alhamdulillah . . . dan tahniah kami ucapkan.




Apa lagi yang hendak dinyatakan tu . . .  




hmm . . . hmm 




. . . ada barang hantaran daripada pihak lelaki  . . .
sudilah terima




. . . pihak perempuan pun ingin berbuat demikian . . . 




. . . memberi hantaran balasan . . . 




Sirih junjung pihak perempuan . . . 




. . . tanda ikhlas serta penghargaan





Terima kasih daun keladi . . .
 kami terima dengan senang hati





Hampir selesai majlis indah . . . 




. . .  yang turut hadir terasa meriah. 




Ucapan terima kasih daripada pihak lelaki . . .  





Bacaan doa selamat oleh Tuan Hj Mohamed Nor 





Sama-sama memohon berkat . . .  





Terjalin sudah kata sepakat . . . 




Alhamdulillah . . . dipersilakan semua yang 
hadir menikmati juadah yang terhidang . . .  





Terbaik tu . . . dah agak lapar sekarang . . . 




Jom le kita semua sekali . . . 




 . . . bergerak ke luar rumah
 untuk menjamah juadah . . .





Pn Marsilla Mohd Noor (ibu bakal pengantin perempuan)
bersama  Hjh Alimah (opah saudara bakal pengantin lelaki) 





Panjang bicara tu . . . 




Kiri: Mengisi balasan tepak sirih pihak lelaki. Kanan: Nenek bakal pengantin perempuan





Suasana di luar rumah . . . 




Bergambar bersama .......................................  Bertanyakan itu ini




Bersembang apa saja . . .  







Memeterai kenangan suatu peristiwa . . . . 




. . . terjalinnya ikatan antara dua keluarga.







Sanak saudara . . .




Kaum keluarga . . . 




Sahabat handai . . . turut gembira




Bergambar selepas majlis pertunangan Hazril n Elaiza




Demikian . . .  gambaran ringkas majlis pertunangan yang diwarnai ciri . . . 




. . . simple n sweet . . . 






Wajah dua orang bakal besan . . . ceria -a-a-a . . . 




Hingga jumpa lagi . . . dalam majlis seterusnya . . . 



Kepada Hazril dan Elaiza . . . penulis ingin menyatakan bahawa ikatan perkahwinan kalian yang sah ini merupakan langkah awal ke arah membina sebuah kehidupan yang harus menjaminkan masa depan yang penuh kebahagiaan dan kecemerlangan . . . dari dunia hinggalah ke akhirat.


Majlis Pernikahan





Sejurus sebelum majlis akad nikah







Majlis bermula dengan kata-kata aluan 
oleh pihak tuan rumah




Persediaan / persiapan pada saat akhir 
untuk meneruskan majlis . . . 






Ini IC saya . . . 




Para hadirin sabar mengikuti
 acara majlis yang berlangsung . . . 







Giliran wakil pihak lelaki berbicara . . . 




Terima kasih kerana menerima kedatangan rombongan kami . . . 






hmm . . . kami datang untuk menepati janji . . . 




Janji yang dibuat pada tahun lalu . . . 






Semoga . . . dapat kita lunaskan pada malam ini . . . 




Apa bicara tuan?




In Shaa Allah . . . kita akan bereskan . . . 
silalah tuan nyatakan hasrat sebenar kedatangan 
rombongan pihak lelaki ini dengan jelasnya . . . 







Sudah terang lagi bersuluh . . . 






Mana bunga rampai kita?







Ha . . . bawa ke mari . . . 




. . . boleh kita taburkan pada  . . . 






. . . tepak sirih adat daripada pihak lelaki . . . 




sebagai tanda merestui . . . 






. . . permintaan acara pernikahan dimulakan.





Elaiza diiring masuk ke dewan  





Dari kiri:
 Ustaz Zaki (jurunikah / pegawai agama Depoh Polis),
Hazril, Hj Abdul Rahman (bapa Elaiza)




Pengisian borang oleh wali pernikahan . . . 





Jurunikah memastikan segalanya teratur






Beberapa orang juru gambar sibuk
merakam perjalanan peristiwa . . . 





Elaiza . . . 
setujukah kamu dinikahkan dengan Hazril?







. . . dengar . . . dengarkan . . . 





. . . setuju . . . ustaz . . . 







Alhamdulillah . . . bolehlah nikahkan sekarang . . . 





. . . tunggu . . . 






. . . dan lihat . . . 




. . . terasa sedikit suasana 'tense' . . . 






. . . soal jawab  antara juru nikah dengan Hazril . . .




. . . yang lain pasang telinga aje le . . . 









. . . turut mendengar apa yang dibicarakan





Juru nikah berkhutbah . . .





Hazril bersama Tuan Hj Abdul Rahman 
(bapa Elaiza) . . . sebelum diakad nikah




Raptai (rehearsal) dulu . . . 




Dah pernah buat kan?







No problem kot . . . 




Hazril . . . ready?




Saya dah berdebar ni Ustaz . . .





Aku terima nikah Elaiza . . . Sah? . . . Sah!





hmm . . . 
nampak 'excited' pengantin perempuan . . . 
bukan le . . . lega dah sah jadi isteri Hazril







Semua juga turut lega . . . 




Sign . . . dah selesai segala urusan pernikahan





Ini mas kahwin untuk Elaiza . . .  





Ini pula bank draft hantaran perkahwinan . . .





Ini cincin pernikahan . . . 





Mari saya sarungkan ke jari awak . . .  





Sudilah pakai ya . . . 







Alhamdulillah . . . semua dah ok





hmm, begitulah . . . cium tangan suami tu . . .







Sebaris . . . semuanya hebat dan manis . . . 




Relaks . . .  relaks . . .  boleh relaks dah







Dari kiri:
Zakiah, Husain, Razif, Mas (De Kak Long)




Makan time

Dari kiri:
 Hj Husain, penulis, Hj Mohamed Noor, Hj Abdul Rahman







Duduk semeja sambil bercerita, 





Bercerita tentang kisah terkini ;







Teruk bekerja bertahun lamanya,





Sekali sekala relaks begini.







Makan juga le . . . 




Kita pula bergambar lagi . . . 





meraikan pengantin . . . biar happy  




Santai . . . bergambar ramai . . . 





All in d family . . . 





Sebelum berpisah hingga majlis resepsi . . . 
Tuan Hj Mohamed Noor bersama penulis 





Untuk ingatan kita bersama . . . perkahwinan boleh diibaratkan membina sebuah masjid . . . dan membina masjid itu bukan sesuatu yang mudah!

Tapak dan tanah jangan sembarangan. Biar kukuh biar teguh. Arkitek mesti ada kemahiran. Jurutera mesti ada kepakaran. Juru Ukur Bahan (QS) mesti ada ilmu. Tahu apa bahan yang perlu!

Kubah masjid mesti tegap. Menara biar tinggi. Pembesar suara biar lantang. Mimbar biar terang. Baris saf biar lurus. Khatib biar cukup hafal. Bilal mesti pandai jaga waktu. Alunan azan biar merdu.

Imam biar sabar dan berpengetahuan. Makmum biar tertib dan siuman. 

Paling penting pelaksanaan ibadah biar teratur . . . jangan simpang siur! 

Demikianlah dibaratkan sesuatu ikatan perkahwinan itu. 



Resepsi Majlis Perkahwinan





















Tuan Mohd Noor Idris n Pn Siti Rohani Abdul Rahman





Pn Hjh Maryam n Tuan Hj Lokman





Hazril n Elaiza 
diiring ke dalam dewan . . .





Pengiring Raja Sehari




Focus Focus Focus






Di renjis renjis . . .



On Centre Stage





Di siram air mawar . . . 




done . . . 







Our turn now . . . 




That's d way . . . 







Jangan mau kalah . . . 




Selagi belum sudah . . . 






Renjis tetap renjis . . . 




Baru berseri majlis 



Happy faces all around . . . 



Congrats . . . 




di 'High Table' . . . 




hebat sekali . . .




d VVIPs 
(pengantin baru le! )




penulis tumpang glamour . . .




sekali sekala, apa salahnya . . . .




Very inspirng moments . . . 







Dari kiri:
 Hj Lokman, Mohd Noor, Hj Husain, Siti Rohani, Hjh Faridah Anum





Dari kiri: 
Mohd Noor n Hj Husain




Dari kiri:
Siti Rohani, Hjh Zakiah, Hjh Faridah Anum





Dari kiri:
Hjh Faridah Anum , Hjh Zakiah, Hj Ghazali





Dari kiri:
Afzan, Hj Husain, Hjh Maryam





Mohd Noor Idris 
(adik saudara pupu penulis)




Dari kiri:
Hjh Maryam n Hj Lokman
(ibu saudara dan bapa saudara penulis)







Dari kiri:
Siti Rohani, Hjh Faridah Anum 
(adik saudara pupu penulis)





Congratulations




Congratulations







Terima kasih




Terima kasih




Terima kasih





dan . . . Terima kasih daun keladi . . . 





Lain kali . . . undanglah kami lagi . . .




he, he . . . hmm


Assalamualaikum . . . 



Hingga jumpa lagi . . . 



Alhamdulillah . . . segala urusan yang berkaitan dengan  walimatul urus Hazril dengan Elaiza ini telah pun dapat dilaksanakan dengan teratur dan jayanya.

Tahniah diucapkan kepada Hazril dan Elaiza dan tentu sekali kepada kedua-dua ibu dan bapa mereka yang masing-masingnya mendapat menantu . . . hmm.

Semoga ALLAH SWT sentiasa memberkati perjalanan hidup pasangan yang baru sahaja mendirikan 'masjid' mereka ini.

Semoga ALLAH SWT juga memberikan segala nikmat dan  rahmat yang diharapkan oleh hamba-hambaNYA ini. Amin.     



Bamuda
dsuarang.blogspot.com














No comments: