Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Awal pagi tadi aku terlihat akan pelangi yang melengkungi sfera langit sekitar daerah AU Keramat . . . dan tentunya melitupi juga ruang angkasa d'SUARANG.
Buat diriku . . . pelangi pagi ini istimewa sekali kerana ia mengembalikan kenanganku kepada sebuah lagu keroncong berjudul 'Oh Pelangi' nyanyian Jamaluddin Alias.
Lagu 'Oh Pelangi' dicipta komposer Mahzan Manan dan aku berperanan sebagai penulis liriknya.
Lagu ini merupakan salah sebuah daripada 12 lagu yang dimuatkan dalam album keroncong Pustaka Muzik EMI (Malaysia) Sdn Bhd terbitan tahun 1992.
OH PELANGI
SURIA DILINDUNG MEGA
HILANG SEGALA SINAR
BEGITU RASA JIWA
MENCARI ARAH KASIH SEGAR
PELANGI DISALUT DEBU
PUDAR SEGALA WARNA
BEGITU RASA KALBU
MENANTI TIBA SERU CINTA
PERTEMUAN INI, HARAPAN BARU
AKAN DAMAI DALAM DIRI
TENTERAM SELURUH KALBU MERINDU
PEMBERIAN MU
TANDA SATU KEAGUNGAN
TIADA YANG MENANDINGI
SEGALA NIKMAT SUCI
Seperkara menarik berkaitan kisah ringkas ini ialah penglibatan Kumpulan Arab-Malaysian Merchant Bank sebagai penyumbang terhadap penerbitan album KERONCONG MALAYSIA - Traditional Music of Malaysia . . . dan hebatnya . . . Tan Sri Dato' Azman Hashim sendiri turut menyanyikan sebuah lagu (Kuala Lumpur) dalam album tersebut.
Pelangi . . . atau dengan nama-nama lainnya . . . benang raja, bianglala, ular danu . . . tetap menjadi ciptaan Allah SWT yang tiada tandingan . . . dan pasti amat menakjubkan!
Bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment