Tuesday, October 15, 2013

Perbincangan Sihat Membawa Berkat






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Ikhlas Bermusyawarah Selesai Masalah


Aku amat percaya dengan amalan ini. Amalan berbincang untuk melaksanakan sesuatu tugas ringan ataupun berat, berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah remeh ataupun besar, berbincang untuk mencapai sesuatu hasrat ataupun matalamat dengan baik dan berkesan. 

Aku juga mempercayai bahawa segala sesuatu yang dibincangkan dengan penuh kematangan fikiran dan keterbukaan minda serta keikhlasan hati dapat menciptakan hasil positif yang diharapkan oleh semua pihak yang terlibat dalam mana-mana perbincangan itu.

Rigkasnya . . . aku percaya dengan cara atau amalan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian dalam menghadapi sesuatu krisis atau kemelut hidup kerana aku sudah terdidik sedemikian oleh ayahandaku. 









Antara surat yang pernah dikirim ayahanda Baharom Mohd Shariff kepadaku ketika aku ingin melaksanakan hasratku melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1975.









Isi surat yang mempamerkan betapa prihatinnya seorang ayah terhadap keperluan anaknya dalam sesuatu keadaan krisis atau masalah . . . walau bagaimana kecil sekalipun masalah itu. Terang-terang aku akui aku tidak akan mampu membalas segala kebaikan budinya sampai bila-bila pun. 









Dari dulu lagi . . . aku dilatih menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dengan berbincang secara bijaksana . . . bukan dengan bertindak melulu atau membuat keputusan ketika diri penuh beremosi. 





Petikan daripada  dsuarang. blogspot.com 



THURSDAY, MAY 20, 2010


Ketua Keluarga Disegani




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Terima Kasih Pak 


Walaupun dia pergi untuk selama-lamanya ketika aku sudah berusia tahap melebihi pertengahan umur . . . aku masih amat terasa akan pemergiannya itu. Aku kehilangan tempat "berbicara" dan tempat "berbincang". Dalam bahasa mudah . . . aku sesungguhnya hilang tempat "mengadu hal".

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ayahandaku Baharom bin Mohd Shariff dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam setinggi-tinggi dan semulia-mulia tempat di sisi Allah swt. 


Al-Fatihah . . .





Ketua Keluarga Disegani



Tuan Hj Baharom Mohd Shariff











dsuarang.blogspot.com




Berkat didikan itu! Aku kini berpegang teguh kepada apa yang telah diajarkan ayahandaku. 

Sehingga ini . . . apa yang aku amalkan daripada ajaran ayahandaku itu tidak pernah mengecewakan atau merugikan aku. 


Terima kasih ayahanda Baharom bin Mohd Shariff. Nilai yang murni ini memang sudah lama tersemat kuat di dalam jiwaku. Berkat didikanmu!   






bamuda
dsuarang.blogspot.com

No comments: