Sunday, October 6, 2013

Tuk Besan Dari Kedah






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Melawat Cucu
Nia Airyn Sofeah












Aku berbesar hati . . . besan lelaki dan perempuan aku dari Kuala Ketil, Kedah . . . Tuan Abdul Hamid bin Abdullah dan Puan Rohani bt Mohd Saad . . . telah sudi singgah di d'SUARANG pada hari Isnin 30 September 2013 (sesudah selesai segala urusan kemasukan dan pendaftaran anak perempuan mereka ke Uniten di Bangi pada hari sebelumnya).











Mereka singgah kerana menziarahi cucu kedua mereka (cucu perempuan kedua juga) . . . Nia Airyn Sofeah . . . yang kebetulan belum sempat mereka ziarahi sejak kelahirannya. 

Nia Airyn Sofeah adalah cahaya mata kedua bagi pasangan Halim Zaharyn bin Abdul Majid dan Noor Shafini bt Abdul Hamid. Airyn (aku memanggilnya dengan nama ini) dilahirkan pada hari Khamis 12 September 2013 dan merupakan cucu ketujuh (cucu perempuan ketiga) aku dan isteriku Alimah.

Tarikh lahir Airyn bertepatan pula dengan tarikh lahir bapa saudaranya yang sulung Halmy Zahari bin Abdul Majid.














Pasangan Tuk Besan aku ini dapat jua berada di d'SUARANG selama beberapa jam sebelum pulang ke Kuala Ketil pada petang hari yang sama. 

Terima kasih aku ucapkan kepada mereka atas kesudian menziarahi Airyn. 

Aduhai Airyn . . . Tak kisahlah kalau nanti ahli-ahli keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai yang lain mahu memanggilmu dengan panggilan . . . Nia ke . . . Sofeah ke . . . 

Bagi atuk . . . Airyn tetap atuk panggil dengan nama 'Airyn'!

Selamat datang Airyn. Selamat menyertai keluarga atuk AMB sebagai ahli keluarga terbaru dan termuda ketika ini. 

Allah SWT pasti telah menguntukkan segala yang terbaik buat Airyn . . . berkaitan anugerah penciptaan-NYA yang kini diamanahkan-NYA kepada kami semua . . . Alhamdulillah.

Allah SWT paling mengetahui akan segala-gala yang dijadikan dan dijanjikan-NYA. Amin. 



  
bamuda
dsuarang.blogspot.com

No comments: