Friday, July 4, 2014

BIG NYONYA






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera






Jikalau anda di bandaraya Melaka dan ingin menjamu selera dengan makanan / juadah masakan lazat gaya Baba n Nyonya . . . jangan tercari-cari lagi . . . terus saja ke Restoran BIG NYONYA! 







Restoran milik Datuk Kenny Chan ini amat terkenal di kalangan mereka yang 'pandai makan'. 

Restoran ini terletak di No 33 & 33A, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, Melaka. Tel / Fax: 06-2863536.





















Restoran BIG NYONYA dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Waktu perniagaannya dari jam 10:00 pagi  hingga 3:00 ptg  & 6:00 ptg hingga 10:00 mlm. 
















Penulis sekeluarga membawa sanak saudara dari Sabang, Aceh dan Medan, Sumatera Utara ke Restoran BIG NYONYA pada hari Sabtu 24 Mei 2014 untuk menikmati hidangan makanan tengah hari di situ.


































































Terbukti penulis tidak tersalah pilih tempat makan yang benar-benar cermat dan mahir menyediakan berbagai jenis makanan enak. Makanan yang dimasak semata-mata untuk memenuhi kehendak selera dan citarasa para pengunjung ke situ. 

Keadaan dalam restoran ini bersih dan teratur. Penulis juga difahamkan bahawa restoran ini menghidangkan makanan halal sahaja.

Datuk Kenny Chan menegaskan bahawa perolehan sijil halal yang rasmi daripada pihak berwajib sudah dipohon dan sedang dalam proses disempurnakan. 






























Datuk Kenny Chan . . . seorang Personaliti dan Chef / Perunding Kulinari yang terkenal di berbagai rancangan TV dalam dan luar negeri . . . secara peribadi amat mesra menyambut kedatangan para pelanggan ke restoran beliau. 

Beliau anak jati Melaka berketurunan Baba / Nyonya. Amat fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Beliau pandai melawak . . . possessing a good sense of humor. . . bak kata orang. 

Ketika penulis sekeluarga ke BIG NYONYA Datuk Kenny Chan meluangkan banyak waktu melayan kami. Terima kasih Datuk.
































































Beliau yang sedia ramah itu dibantu dengan cekap sekali oleh semua staf di BIG NYONYA khususnya pembantu yang berhemah tinggi seperti Puan Ima apabila melayan kerenah para pengunjung yang memesan makanan.




















Sesungguhnya mereka berdua bersama-sama menyarankan menu difikirkan terbaik dan sesuai dengan kehendak selera para pelanggan. 

Selalunya saranan mereka itu bertepatan dengan citarasa pelanggan yang berkunjung ke situ. 













Berbagai sijil penghargaan kemahiran dan kepakaran serta perakuan kualiti dan kecemerlangan perkhidmatan telah dianugerahkan kepada Datuk Kenny Chan dan BIG NYONYA sebagai tanda kehebatan pencapaian.

Syabas diucapkan kepada Datuk Kenny Chan khasnya. 


































Lazat memang lazat makanan yang dihidangkan di BIG NYONYA untuk para pelanggannya!

Tidak dinafikan suasana dan layanan di restoran ini amat mesra pelanggan. Terasa bagai berada dan makan di rumah sendiri. 

Paling istimewa pula . . . harga makanan yang dikenakan di BIG NYONYA sangat berpatutan. 

[Hmm . . . kalau boleh dapat diskaun lagi lain kali . . . lagi best Datuk . . . hahaha.]


Sebelum berangkat pulang kami berpeluang mengabadikan kenangan ke BIG NYONYA bersama Datuk Kenny Chan.

Foto-foto kenangan dirakam di pintu besar bahagian hadapan restoran. 












Thank you for obliging us Datuk and most of all thank you for being so accommodating. 















Kacang kelisa bersama keladi, 
Panjang usia berjumpa lagi.






bamuda
dsuarang.blogspot.com




1 comment:

intan said...

Salam Pak Uda,

Melihat "Big Nyonya" seperti pernah lihat pada salah satu tayangan televisi di Indonesia (RCTI),beliau menjadi salah satu juri acara Master Chef yg shootingnya di Melaka.

Tak menyangka,Intan sampai juga ke "Big Nyonya" restoran...Alhamdulillah.

Terima kasih Pak Uda kami telah dibawa makan ke tempat yang spesial dengan rasa yang spesial juga.

Wah, jadi tambah ni berat badan...he3x

Wassalam