Monday, August 18, 2014

Raji n Meni di Kajang






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Memperbaharui Silaturahim


Sekembali kami sekeluarga dari Tampin, Negeri Sembilan setelah menghadiri majlis perkahwinan Farhan-Azreen pada petang Sabtu 16 Ogos 2014, penulis membawa Raji, Meni, Agil, Novan dan Yuda singgah di Kajang, Selangor D.E.

Kelima-lima mereka ini adalah ahli keluarga penulis dari Sabang, Aceh yang sedang bercuti di Malaysia.


Kami ke rumah Pak Hj Sani (Jamil) untuk berkunjung muhibah sambil berhari raya Aidilfitri bersama keluarga beliau. 


Raji, Meni dan Agil sudah pernah ke rumah ini pada tahun lalu . . . dan ini boleh dikira kunjungan memperbaharui silaturahim antara mereka dengan Pak Sani sekeluarga.























Isteri Pak Sani . . . Puan Hjh Azizah telah bermurah hati menyediakan mi kari, lemang dan rendang . . .  di samping makanan lain . . . sebagai hidangan petang hari itu. Terima kasih diucapkan atas kemurahan hati beliau.








. . . nak ambil mi . . . nampak sedap ni . . . 






. . . alahai dapat sikit je . . . 






. . . mari dek . . . biar abang yang tunjuk caranya . . . 






. . . begini baru betul . . . 






. . . kuahnya . . . biar banyak . . .






. . . saya pun suka makan mi dengan kuah banyak . . . 






. . . ha aku dah tau . . . 
selesa . . . pasti enak nih . . . 






. . . begitulah . . . 






. . . boleh saya pula yang cuba? . . . 






. . . ambillah seberapa yang mau. . . 






. . . ok kalau gitu . . . 






. . . here we go . . . 






. . . beres dong . .. . 






. . .  beginilah bagus . . . 
baru terasa semangat bersaudara!




Setelah selesai menjamu selera di ruang makan . . . kami beralih tempat ke ruang tamu semula untuk duduk-duduk santai sambil menjamah kuih-kuih hari raya yang terhidang di situ.
















Kemudian kami sempat berfoto ramai di ruang tamu rumah Pak Sani sebagai kenang-kenangan pada hari yang mulia ini.



































Selepas solat Maghrib berjemaah . . . tibalah masanya untuk kami berpisah. Kami bermohon diri untuk berangkat pulang ke bandaraya Kuala Lumpur. Esok ada lagi acara lawatan yang perlu kami penuhi.







. . . sudah mau pulang? . . . 










. . . sekejap sangat kunjungannya . . . 















. . .  terima kasih sudi singgah ke rumah saya . . . 






. . . apa pun . . . telefonlah kalau berkunjung lagi ke Malaysia . . . 




Di pintu pagar hadapan rumah . . . kami masih mengisi waktu dengan bergambar bersama Pak Hj Sani dan Pn Hjh Azizah . . . walaupun bercahayakan sinar lampu jalan sahaja.















Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah yang budiman. Panjang usia . . . ada rezeki kita dapat berjumpa lagi. Insha-Allah.





bamuda
dsuarang.blogspot.com




No comments: