Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Resepsi Perkahwinan:
Hazuin & Fadzil
Seperti tertera di atas . . . resepsi perkahwinan Hazuin & Fadzil telah diadakan pada hari Ahad 14 September 2014 bersamaan 19 Zulkaedah 1435H. Majlis berlangsung di Kelab Shah Alam , Selangor D.E.
Penulis sekeluarga diundang ke majlis tersebut oleh Tuan Hj Husain bin Abdul dan Pn Hjh Zakiah binti Mohd Doni, masing-masingnya ayahanda dan bonda kepada pengantin perempuan, Hazuin.
Hj Husain dan Hjh Zakiah adalah anak saudara kepada penulis dalam hubungan kekeluargaan besar.
Tuan Hj Husain bin Abdul
Pn Hjh Zakiah binti Mohd Doni
Hazuin bt Hj Husain dan Muhammad Fadzil bin Hj Salleh . . . pasangan 'Raja dan Permaisuri' hari ini . . . sah bergelar suami isteri setelah bernikah pada kira-kira jam 9:00 pagi tadi.
Kedua-dua mereka berkelulusan dalam bidang perubatan. Mereka kini bertugas sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan di Selangor D.E.
Penulis difahamkan pasangan ini bertemu dan berkenalan di universiti tempat mereka sama-sama belajar di India dahulu.
Sesuatu yang menarik perhatian penulis ialah apabila mendengar Pengacara (MC / Emcee) memaklumkan kepada majlis bahawa Hazuin dan Fadzil berkongsi tarikh lahir yang sama. Sama hari, bulan dan tahunnya? Subhanallah.
Seperkara lagi yang tidak disedari oleh ayahanda pengantin perempuan pada peringkat awal perhubungan dua kekasih ini terjalin ialah pengantin lelaki berasal dari hometown yang sama dengan beliau . . . Sungai Petani, Kedah Darul Aman!
Alhamdulillah . . . penulis (atuk) doakan semoga Hazuin & Fadzil semakin intim dan bahagia sebagai pasangan suami isteri sekarang.
Seperkara lagi yang tidak disedari oleh ayahanda pengantin perempuan pada peringkat awal perhubungan dua kekasih ini terjalin ialah pengantin lelaki berasal dari hometown yang sama dengan beliau . . . Sungai Petani, Kedah Darul Aman!
Alhamdulillah . . . penulis (atuk) doakan semoga Hazuin & Fadzil semakin intim dan bahagia sebagai pasangan suami isteri sekarang.
Halwa Mata
Pentas dan Pelamin
Melangkahkan kaki ke dalam dewan yang cukup gemilang . . . dengan hiasan dalaman yang menarik serta pencahayaan lampu yang berkerdipan di pentas terhias indah . . . penulis lantas merasakan sesuatu yang seni mengalir di kalbu ini.
Apatah lagi apabila kedengaran melodi evergreen dimainkan oleh sekumpulan ahli muzik 'pro' di suatu sudut bahagian hadapan dewan . . . mengiringi ketibaan para tetamu ke resepsi yang sedang berlangsung . . .
Tentu sahaja suasana di dalam dewan Kelab Shah Alam ketika itu semakin terasa syahdu dan romantis!
Penulis sempat bertemu dengan sanak saudara yang tiba ke majlis hari ini agak awal berbanding yang lain-lain.
Mukadimah Pertemuan
Hjh Hashimah Hashim (kiri) dan Hjh Alimah Yasin . . .
Penulis dan Ir. Hj Mohamed Suhaimi Baharuddin . . .
santai berbual sebelum naik ke High Table.
Semeja Cucu n Datuk
Amad dan penulis
Segalanya . . . mengarah kepada matalamat mempereratkan silaturahim antara ahli-ahli keluarga besar kita.
Pertemuan Sanak Saudara
Dari kiri:
Hashimah, Shamsidar Lokman, Alimah
Datang untuk . . .
. . . bertemu mesra
. . . dengan sanak saudara
Dari kiri:
Hashimah, Shamsidar, Hjh Mariam Yaakob, Alimah, Lyana
Anak dan Ibu
Shamsidar bersama Mariam
Sementara menunggu ketibaan pengantin . . .
. . . bersembang dahulu
. . . gelak ketawa pun ada
Jumpa Geng
Tuan Hj Mohd Noor (kiri) bersama penulis
Anak dan Ibu
Alyn (kanan) bersama Alimah
Oh . . . begitu
Apa lagi tu Haji?
Ketibaan Pengantin Baru
Pengantin Memasuki Ruang Dewan
Liputan di Monitor
Bacaan Doa
Memohon keberkatan . . .
daripada Tuhan Yang Esa lagi Maha Kuasa . . .
Allah Subhanahuwataala.
Ya Allah . . . kami bermohon kepada Mu . . .
agar pasangan pengantin baru dan . . . diri kami sendiri . . .
dikurniakan taufik dan hidayat . . .
dalam menjalani kehidupan sepanjang hayat . . .
Amin Ya Rabbulalamin.
Selesai doa dibacakan . . . pasangan pengantin pun dipersilakan ke Meja Makan Beradab untuk menjamu selera.
Mereka ditemani ahli-ahli keluarga dan sanak saudara kedua-dua belah pihak.
Penulis dan isteri beruntung diberi penghormatan duduk bersama menemani Hazuin dan Fadzil makan beradab . . .
Makan Beradab
Alhamdulillah upacara makan beradab telah berlangsung dengan lancar dalam suasana penuh riang dan mesra.
Keriangan dan kemesraan yang dirasai sepanjang acara makan beradab ini mudah-mudahan menjadi petanda baik bagi Hazuin dan Fadzil terus menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup bersama yang berpanjangan.
Tumpang Seronok
Ahmad Iman Iskandar
naik ke High Table setelah selesai acara makan beradab
tumpang seronok . . . agaknya
Walaupun segala acara yang ditetapkan untuk dilakukan pasangan pengantin sudah mereka laksanakan . . . pasangan pengantin masih sibuk ke sana ke mari di dalam dewan . . . memenuhi permintaan para undangan yang ingin 'bergambar' kenangan dengan mereka. Al-maklum mereka selebriti hari ini!
Foto Kenangan
Dari kiri:
Penulis, Suhaimi, Fadzil, Hazuin, (?), Hashimah
Foto keluarga yang empunya majlis
Lagi Sesi Foto Kenangan
Orang Lama Jiwa Baru
Hashimah & Suhaimi
Masih berdiskusi?
Wah . . . apa ada budaya seni fotografi terbaru ?
datuk kena merendah diri . . . duduk sama level cucu . . .
cucu tak bangun . . . terus bermain alat . . . apa nama tu!
Apa khabar?
Lama juga kita tak jumpa ye . . .
Sihat ye . . . Alhamdulillah
Mazlyn Hanim bt Abdul Majid (kiri), Hjh Faridah Anum bt Tajuddin
Boleh join ke?
Dari kiri:
Alyn, Lyana, Faridah, Alimah
(posisi sama seperti di atas)
Penulis bersama Ir. Hj Ghazali bin Ibrahim
Pasangan Muda
( berbanding penulis le . . . )
Ghazali n Faridah
Dari kiri:
Penulis, Ghazali, Faridah
Ha ah . . . dah lama tak bertemu . . . terasa rindu . . .
semoga sihat selalu . . .
. . . you too.
Dari kiri:
Husain, penulis, Ghazali
Dari kiri:
Husain, Ghazali, Alimah, Faridah, Puan Hjh Nahar Osman, Pn Hjh Noorain, penulis
All d Hajahs
Dari kiri:
Alimah, Nahar, Faridah, Noorain
Happy to be able to meet you Kak Ain . . .
yeah . . . and that's very noticeable abah . . .
. . . we share d same thoughts . . .
Kepuasan amat terasa di hati . . . kerana selain daripada dapat menghadiri majlis yang gilang gemilang pada hari ini . . . penulis dapat juga bertemu semula dengan sanak saudara yang memang sedia dikenali . . .
Dari kiri:
Ghazali, Faridah, Noorain, Alimah, penulis
( posisi sama seperti di atas)
Dari kiri:
Ghazali, Alimah, Faridah, Noorain, penulis
(posisi sama seperti di atas)
(posisi sama seperti di atas)
Jumpa kat sini kita ye. . .
Selamat jalan Rosmah . . . semoga segalanya dipermudahkan Allah SWT . . .
alahai sangkut lak benda tali ni . . . sangkut tali persaudaraan dah le . . .
. . . wish you d very best in d performance of your forthcoming Haj . . . Rosmah
. . . dan mereka yang baru pertama kali ditemui atau dikenali lebih rapat dalam majlis hari ini.
Dapat berkenalan dari dekat dengan isteri sahabat lamaku . . .
Haji Azmi Ghazali
dah lama benar tak berjumpa dengan Azmi . . . sejak awal tahun-tahun 1970-an
mudah-mudahan selepas ini dapat bertemu semula dengan sahabat lama . . .
In Sha Allah .
Rupa-rupanya semua mereka dalam kelompok keluarga Kak Noorain . . .
Alhamdulillah kerana mempertemukan kami . . . di majlis yang berbahagia ini.
. . . we shall pick up from here . . .
Dari kiri:
Noor Nahar, Alimah, Faridah, Noorain, penulis
Itulah antara kelebihannya apabila kita ikhlas menghadiri majlis-majlis begini rupa dan sanggup pula mempereratkan silaturahim yang sudah sedia terjalin ataupun yang baru dijalin.
Merapatkan yang jauh . . . memesrakan lagi yang sudah rapat . . . kata orang.
Merapatkan yang jauh . . . memesrakan lagi yang sudah rapat . . . kata orang.
Hingga Berjumpa Lagi
d beauty of being related . . .
and for that matter . . . still having relatives . . . around
Dari kiri:
Norlyn Osman, Roslina Osman, Dr Rosmah Osman, Noorain, Alimah, penulis
Dari kiri:
Penulis, Cikgu Zainal Abidin, (?),
Datin Hajah Noorlia Osman, Noorain, Noor Nahar, (?), (?)
Semoga pertemuan ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai dalam majlis resepsi perkahwinan Hazuin & Fadzil pada hari ini dirahmati Allah SWT . . . dengan mencetuskan semangat persaudaraan yang kental lagi penuh keikhlasan serta menambaheratkan silaturahim antara satu sama lain.
Sebelum Berpisah / Before We Say Goodbye
Dari kiri:
Penulis, Alimah, Zakiah, Lyana, Amad, Alyn
Catat
apa yang patut . . .
apa yang patut . . .
Tahniah diucapkan kepada Hazuin dan Fadzil yang baru sahaja bergelar suami isteri. Semoga berpanjangan kebahagiaan hingga akhir masa.
Syabas juga buat Tuan Hj Husain dan Puan Hjh Zakiah serta seisi famili yang budiman ini . . . kerana mendapat tambahan seorang lagi ahli keluarga baru . . .
Yang tersirat sudah tersurat,
Yang tersurat sudahlah nyata;
Yang diikat biarlah erat,
Yang bermuafakat biarlah sekata.
Sama cantik samalah kacak,
Ibarat pinang di belah dua;
Sama cerdik samalah bijak,
Isyarat senang terserlah bahagia.
Isyarat senang terserlah bahagia.
In Sha Allah
Kita Jumpa Lagi
Cenderawasih tinggi di awan,
Lantaran jemu tangguh ke desa;
Terima kasih kami ucapkan,
Undangan bertamu sungguh istimewa.
bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment