Sunday, September 7, 2014

Menantu Pertama






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Selamat Menyambut Menantu


Tahniah diucapkan kepada Tuan Zakaria bin Saeran dan Puan Hajar bt Hj Abu, pasangan suami isteri yang baru buat pertama kalinya menerima seorang menantu. 








Baru Bermenantu

Tuan Zakaria Saeran (kanan) 
dan Puan Hajar Hj Abu 


Resepsi perkahwinan anak lelaki pasangan ini, Mohd Shafiq bin Zakaria, telah diadakan pada hari Sabtu 6 September 2014 bersamaan 11 Zulkaedah 1435H. 










Mohd Shafiq Zakaria




Majlis yang gilang gemilang itu berlangsung di rumah mereka di Kajang, Selangor D.E. 






















Pasangan Mohd Shafiq seorang gadis manis bernama Ummu Aiman bt Mohamed dari Labis, Johor.








Ummu Aiman Mohamed


Penulis sekeluarga tiba di tempat kejadian peristiwa (TKP) agak lewat petang hari itu (kira-kira jam 3:00 ptg ) . . . tetapi mendapati TKP masih dipenuhi ramai para undangan.













































































Resepsi perkahwinan yang diadakan kira-kira satu minggu selepas berlangsung majlis di pihak Ummu Aiman di Labis telah dihadiri ramai ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan dan taulan serta jiran tetangga.








 








Majlis ketara amat ceria dan penuh suasana kegembiraan yang terhasil daripada kehadiran para tetamu yang kelihatan riang sepanjang perjalanan majlis.





























































Zakaria dan Hajar pula menambahkan seri terhadap resepsi yang berlangsung  dengan menjadi hos berhemah tinggi dan bijak melayan kehadiran para undangan mereka. 










Mereka dibantu ahli-ahli keluarga yang turut bekerjasama memastikan kelancaran perjalanan majlis. 














































Bapa pengantin lelaki . . . Tuan Zakaria . . . ialah adik kepada Tuan Hj Harun Saeran dan Tuan Hj Jamil Saeran, dua orang sahabat karib penulis sejak zaman persekolahan tahun-tahun 1950-an hingga 1960-an.




























Penulis sekeluarga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Zakaria dan Puan Hajar yang telah sudi mengundang kami ke majlis mereka.

















Penghargaan harus kami tujukan juga kepada semua ahli keluarga Zakaria dan Hajar yang bersikap mesra . . . berusaha dan berjaya menjadikan majlis mereka itu suatu peristiwa  yang seronok kami hadiri. Terima kasih.



































































Budi anda segunung intan . . . dan Allah SWT sahaja yang empunya kuasa menentukan balasan setimpal terhadap budi dan segala kebaikan yang telah anda curahkan. 






























































Kepada pasangan suami isteri yang baru sahaja memulakan hidup berumah tangga ini . . . Mohd Shafiq dan Ummu Aiman . . . pakcik doakan segala yang terbaik daripada Allah SWT untuk kalian. 







































Selamat bertindak bijaksana sepanjang melayari samudera kehidupan berkeluarga yang penuh dengan berbagai warna ujian dan cabaran.    

  





































































Geylang si paku Geylang . . . Geylang si rama-rama . . . Pulang marilah pulang . . . Marilah pulang bersama-sama . . . 
































Geylang si paku geylang . . . Geylang si kumbang jati . . . Pulang marilah pulang . . . Di lain kali berjumpa lagi . . . m m m 















Selamat jalan semua. In sha Allah . . . nanti kita dapat bertemu lagi . . . 









bamuda 
dsuarang.blogspot.com






No comments: