Thursday, November 20, 2014

Rasmi : Aliya Iman Khadijah






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Pengesahan Nama Cucu No. 8




Aku ditakdirkan Allah SWT lahir ke dunia ini, melalui perkongsian hidup ibu dan bapaku Mazlyn Hanim binti Abdul Majid dengan Mohd Rashidi bin Ali.


Aku seorang bayi perempuan yang menjadi hamba kepada-NYA dilahirkan ibuku pada jam 9:45 pagi hari Selasa 5 November 2014 bersamaan 12 Muharam 1436H di Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Kuala Lumpur.


















Ketika lahir berat badanku 3.57 kg, LT: 55cm, HC: 33.5cm. Aku bangga berketurunan Melayu dan berbangsa Malaysia . . . bangsa yang terkenal berbudaya mulia dan berhemah tinggi. 

Aku bersyukur kepada Allah SWT atas kelahiran ini dan terhutang budi kepada ibu dan bapaku kerana sanggup dan bersedia menjadi 'orang tua' dan mentor diriku kelak. 

Aku juga berterima kasih kepada Paediatrician Dr Padma dan Obstetrician Dr Seri Suniza yang telah membolehkan ibuku bersemangat melahirkan aku dengan selesa dan paling penting dengan cukup selamat. 











































Penghargaan ikhlas jua aku tujukan kepada semua kakitangan PCMC yang membantu . . . dan ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai yang sudi mengunjungi dan memeriahkan kehadiran aku di dunia yang fana ini. 

Oh ya . . . hampir terlupa aku menyebutkan bahawa aku adalah anak kedua dalam keluargaku. Aku punya seorang abang bernama Ahmad Iman Iskandar yang kini sudah berusia 4 tahun 11 bulan . . . dan aku adalah cucu ke-8 (cucu perempuan ke-4) dalam famili besar datuk dan opahku Abdul Majid Baharom dan Alimah Yasin.

















































































































Segalanya berjalan lancar berkait dengan kelahiranku setakat minggu pertama dan memasuki minggu kedua.

Cuma aku agak bimbang belum punya nama yang rasmi atau yang boleh diterima sah ketika itu . . . walaupun bayangan nama sudah disebut-sebutkan dari awal lagi oleh ahli keluarga ke pendengaranku. 










Alhamdulillah . . . permohonan aku diluluskan Allah SWT. Permintaanku dikabulkan-NYA.

Pada hari Sabtu 15 November 2014 bersamaan 22 Muharam 1436H . . . ayahandaku (aku panggil 'Abah') telah pergi ke JPN Cawangan UTC Kuala Lumpur di Pudu Raya untuk mendaftarkan namaku secara rasmi. 








































Kini sahlah namaku Aliya Iman Khadijah binti Mohd Rashidi. Aku dipanggil Khadijah saja. Aku bersyukur.




















Maka dengan ini Aliya Iman Khadijah ikhlas hati berdoa:

"Ya Allah berikanlah aku keupayaan meneruskan hidup sebagai seorang hamba yang solehah, anak yang berakhlak mulia dan warga negara yang sentiasa berjasa kepada agama,bangsa dan negaranya."    








































Amin . . . Ya Rabbulalamin.






bamuda
dsuarang.blogspot.com


No comments: