Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Selepas 37 Tahun . . .
Baru semalam . . . Rabu 22 Julai 2015 . . . aku dapat bersua muka semula dengan mantan pensyarah aku ketika menuntut di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dulu.
Aku ditemankan seorang sahabatku Tuan Hj Mohamed Jonet ke rumah mantan pensyarahku itu di Seksyen 16 PJ. Aku sudah lama bersahabat dengan Mohamed Jonet. Aku tak pernah tahu bahawa mantan pensyarahku itu bapa saudara kepada Mohamed Jonet hinggalah ke beberapa waktu yang terdekat ini.
Aku memang kenal amat dengan Tuan Hj Yassin bin Mohd Taib. Beliaulah yang menjadi pensrayah aku pada zaman 1970-an di Universiti Malaya. Aku terhutang budi kepada beliau kerana membolehkan aku menambah ilmu di bawah kebijkasanaan beliau di IPTA tersebut. Terima kasih Cikgu.
Aku sebenarnya lebih selesa memanggil beliau dengan nama Tuan Haji Yassin atau dengan panggilan 'Sir' atau Cikgu saja.
Aku tahu beliau telah dianugerahkan gelaran 'Datuk' beberapa tahun dahulu. Namun demikian, mantan pensyarah ini amat merendah diri apabila menerima kunjungan akau ke rumahnya dan apabila berbicara dengan para tetamu beliau. Begitulah sikap beliau sejak dulu lagi.
Berikut rakaman foto-foto di rumah beliau ketika aku berhari raya di sana.
bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment