Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Foto-foto kenangan antara beberapa aktiviti sambutan Hari Pahlawan 2015 selain daripada perbarisan anggota dan pantomim di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada sebelah pagi Jumaat 31 Julai . . .
Majlis Bacaan Yasin, Tahlil
dan Doa Selamat di Masjid Negara KL
Dari kiri:
Lt Kol Basri Omar PGB (Bersara) merakamkan kenangan bergambar bersama Brig Jen Dato Shahrudin Ali (x TUDM x RMC x Boy x Malaysian Sprinter) dalam majlis bersempena sambutan Hari Pahlawan di Masjid Negara,KL
Solat Jumaat di Masjid Negara,
Kuala Lumpur
Penulis menunggu tiba ketikanya khutbah Jumaat disampaikan khatib . . .
Penulis bergambar kenangan dengan Mej Rosli (x RAMD)
Penulis tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan sambutan Hari Pahlawan dengan YBhg Jen Tan Sri Ismail Hassan mantan Panglima Tentera Darat (PTD) selepas bersolat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur
Majlis Keraian di LTAT, Kuala Lumpur
Malang Tidak Berbau - Jasamu Dikenang
Lt Kol Basri Omar PGB (Bersara) bersama bekas Kpl Sham dan anakanda beliau yang diraikan dalam sebuah majlis bersempena dengan Hari Pahlawan 2015 di Kuala Lumpur. Kpl Sham (x 1Skn RAJD) buta kedua-dua belah matanya akibat terkena jerangkap samar pada tahun 1975 dalam Gerakan Pembersihan di kawasan 2 Briged dalam negeri Perak.
Di hulu cerah di hilir terang,
Barang sama dagangan serupa;
Dahulu susah sekarang senang,
Orang lama jangan dilupa.
Serumpun bangsa sama penghulu,
Terasa tenang di hujung tanjung;
Sungguhpun masa lama berlalu,
Jasa pejuang tetap disanjung.
bamuda
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment