Friday, September 3, 2010

Uim: Lawatan 'Geng Pejabat' Mama




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Apa Khabar Umar?


Jumaat 3 September 2010. Sekumpulan para pelawat mengunjungi d'SUARANG pada kira-kira jam 4:30 ptg. Umar Ilham Majid (Uim) sedang berihat . . . Sebenarnya Uim tidur nyenyak sejak tadi dan ketika para pelawat tiba dia masih tidur lagi.


Uim yang sedang lena tidor.
Tidak menyedari ada ramai pelawat di keliling ...

Para pelawat yang datang sempat mengambil foto kenangan. Umar tetap dengan tidornya. Lihat saja foto-foto yang tertera berikut ini. Sorry ya Tuan, Puan, Encik dan Cik sekalian. Dan, kakak (sis) serta makcik (aunties) semua included. Saya ngantuk sangat le . . . Syif 'jaga' saya hanya start pada kira-kira jam 10:00 atau 11:00 malam setiap hari dan berakhir pada jam 3:00 atau 4:00 pagi. Alahai, pening juga kepala Mama saya gitu kan? Kesian dia . . . Apa boleh buat 'kontrak' dah sign.



Foto kiri: "We come in peace." Begitu agaknya yang diisyaratkan Cik Maznita Jaibic (gadis Red Indian Amerika ke dak ni?) . . . Jangan mare ye . . . Umar usik-usik je akak ni. Di kanannya bertudung hitam Puan Zuraini Mamat tersenyum riang dan di kirinya pula Cik Rosita Mohd Karim juga sedang memperkatakan sesuatu. Foto kanan: "Hey, u all. Jom pegi sana. Kita cari si Uim!" kata Rosita dengan beria-ia.


Foto kiri: "Alah tak payah pegi jauh-jauh. Si Uim ada kat depan mata ni . . . tapi asyik tidor aje plak", kata Cik Azlina Aiman (Shhh . . . khabarnya boss Liza le tu)". "Ha, dah kena hadap dan kerumun pun si Uim ni!" tambah Puan Nur Shaiza Abdul Ghani. Foto kanan: Yang mengelilingi Uim tu dari kiri: Puan Zuraini Mamat, Cik Maznita Jaibic, Cik Rosita Mohd Karim, Liza (terlindung), Cik Azlina Aiman & Puan Nur Shaiza Abd Ghani.



Foto Kiri: Cik Rosita mengeluh," Dah le tak dapat minum . . . orang yang kita nak temui pun asyik lena aje!" Pn Zuraini dan Cik Maznita relaks saja. Foto kanan: Cik Maznita (sign language expert?) yang cool sangat dengan sign peace atau victory? Jangan mare ya . . . Tak ngapa, ase kan mike tak tersalah tunjuk sign . . . udah le! Puan Zuraini masih nampak relaks lagi. Ha, sapa plak yang baru enter frame tu? Encik . . .?


Aksi seorang pendandan rambut? Bukan le. Cik Azlina menyarankan kepada Puan Nur Shaiza supaya . . . eh entahlah . . . tanya le kat dia sendiri. Cik Maznita dan Cik Rosita tahu ke apa yang disarankan Cik Azlina tu?


Oh begitu rupanya. Patut le Liza dan Cik Azlina ketawa berdekah-dekah! Baru le ku tahu . . . Ishh, entah le. Sebenonya penulis pun serkap jarang aje. Pakai bante aje kata orang. Wallahualam!



Foto kiri: Puan Nur Shaiza memerhatikan sesuatu. Foto kanan: Puan Zuraini dengan Uim lena di pangkuannya.


Dan, akhirnya setelah terbangun pada jam 10:00 malam Uim melihat ke sekelilingnya . . . tak ada orang. Akan tetapi, Uim ternampak akan beberapa kotak hadiah yang tersusun berderetan di sebelah sebuah kerusi. Eh, sungguh menarik kotak-kotak itu pada pandangan si Uim. Lalu Uim pun bertanya. . . .








Cenderahati daripada rakan-rakan sepejabat Nurliza untuk Umar Ilham Majid. Terima kasih daun keladi . . .


Uim: "Siapa punya ni Mama?"

Mama Liza: "Oh, Umar punyalah."

Uim: " Macam mana boleh ada kat sini?"

Mama Liza: "Para pelawat tadilah yang bawa."
Uim: "Oh, ada orang datang ke tadi Mama? Umar tak sedar pun. Mengapa Mama tak kejut Umar?"

Mama Liza: [Bercakap kepada diri sendiri] "Macam
real aje dak mamak ni. Dapat lena tadi tak sedar dunia pun."

Uim: "Siapa yang datang tadi, Mama?" . . .


Tadi seramai tujuh orang rakan sepejabat Nurliza Zainuddin datang ke d'SUARANG. Mereka berhajat nak tengok Umar Ilham Majid (Uim) yang baru dianugerahkan Allah kepada keluarga Halmy Zahari Abdul Majid & Nurliza Zainuddin sebagai cahaya mata mereka yang pertama. Mereka itu Cik Azlina Aiman, Cik Noraidah Md Zamri, Encik Safri Mohd Ali, Cik Rosita Karim, Puan Zuraini Mamat, Puan Nur Shaiza Abd Ghani dan Cik Maznita Jaibic.


Kumpulan Pelawat Uim di d'SUARANG



Cik Azlina Aiman berusaha mendekati Umar Ilham Majid yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu berjaga sebelum masuk waktu 'syif' biasanya.


Foto kiri-- Pn Zuraini: "Pegang jugalah . . . Si Umar ni. Tak jaga pun tak jagalah!" Foto kanan -- Pn Noraidah Md Zamri ( I was told) baru dapat enter frame ni. Tadi sibuk ambil gambar diorang aje. Enter frame lak terus berganding dengan 'boss' . . . asyik oh asyik.


Foto kiri: Puan Zuraini memangku Umar sambil memberi beberapa tip kepada siapa yang enter frame tadi . . . ha . . . Encik Safri Mohd Ali. Tip apa tak tahu le. Tapi teka-teka boleh saja. Mungkin tentang cara terbaik memangku anak kecil . . . OK le tu Encik Safri. Belajar daripada yang lebih berpengalaman. Puan Nur Shaiza pun boleh bantu, ya tak. Foto kanan: Cik Azlina, Puan Noraidah dan Cik Rosita memerhati saja dari jauh.


Masih bercerita tentang gelagat anak kecil? Tajuk ini memang menarik. Kadangkala melucukan.


Marilah kita yang dah bergelar ibu ni berbincang terus tentang good parenting. Mereka yang belum ready tu biarkan saja. Sampai masa tahulah mereka nanti . . .


Begitulah suasana yang terdapat di d'SUARANG pada hari yang berkenaan. Sambil itu Liza secara bersahaja dapat menanamkan sedikit sebanyak semangat tentang 'persahabatan' kepada Uim.

Uim: "Mama, kawan-kawan Mama tu . . . Memang nak tengok Umar le kalau gitu. Baiknya mereka tu."

Mama Liza: "Nak tengok Umar le. Nak tahu Umar Ilham Majid (Uim) ni sihat ke, berat ke, ringan ke, kuat menagis ke, suka ketawa ke, hitam ke, putih ke, gemuk ke, slim ke dan teratas handsome ke . . . dan dah ada makwe [ooops] ke?"

Maka setelah mendengar huraian terperinci ibunya itu, Uim ketawa berdekah-dekah . . . Mungkin kerana si mamak ni telah mendengar sebutan perkataan handsome dan makwe daripada mulut Mama Liza tadi. Hairan, hairan. Budak-budak sekarang agaknya! Dah advance (cakap omputih lagi le). Suka hati le!

"Eh, perasan pulak aku ni! Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya," fikir Uim secara jujur . . .

Umar Ilham Majid (Uim) sekeluarga ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelawat yang sudi mengunjungi kami di d'SUARANG. Secara peribadi Uim mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelawat yang bermurah hati pula membawakan cenderahati dan buah tangan untuk Uim.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
Thank you all.



Berbendang padi kerja biasa,
Padi kunca amalan tradisi,
Benda zahir kelihatan senang;
Orang berbudi kita berbahasa,
Budi bahasa tak jual beli,
Hingga ke akhir akan dikenang.













dsuarang.blogspot.com

Thursday, September 2, 2010

Bahan CENSORED Eksklusif



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Mandi-Manda:
3 Bersaudara Melampau?



Kalau para pembaca nak tahu bahan yang hendak disiarkan ini pada mulanya tidak diluluskan untuk penerbitan oleh panel penapis karya d'S. Ahli-ahli panel berpendapat bahan berkenaan tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Takutlah ramai pula kanak-kanak yang terpengaruh dengan telatah dan gaya para pelaku yang dipaparkan kelak. Maklum shots yang menunjukkan anak-anak muda mandi bolen, bogel atau telanjang bulat le katakan!

Panel penapis juga khuatir lesen penerbitan d'S ditarik balik oleh pihak berwajib apabila ternyata bahawa mereka yang terlibat dalam pendedahan ini adalah kanak-kanak bawah umur belaka! Apa nak jadi ni. Mesti timbul masalah nanti. Mesti ada kontroversi punya!

Tak percaya? Nah . . . tontonlah sendiri dan buat kesimpulan! Teman dah bagi warning ya!










Aksi-aksi Melampau Starz 1, 2 & 3 KCAMB


Starz 3 KCAMB: Umar Ilham Majid aka Mamak CT




Starz 2 KCAMB:
Azim Muqry Basrie (Amb)
aka Black Seed Boy





Starz 1 KCAMB:
Ahmad Iman Iskandar (Aii) aka Tamato Man



Saksi-saksi penting dalam kes " Bahan CENSORED Eksklusif " . . .

Opah Alimah & Emak Mazlyn

Opah Alimah & Uim

Foto kiri: Opah Alimah & Amb. Foto kanan: Emak Mazlyn & Aii

Jurucakap 3 Bersaudara (Aii): "Oh . . . bestnya . . . ada tukang mandikan. Atuk mana?"



Foto-foto CENSORED eksklusif ini membuktikan penerbitan d'S tidak menyorokkan kebenaran. Berani kerana benar kata orang . . . he,he . Amacam?









dsuarang.blogspot.com


Majlis berbuka Puasa di d'Suarang AU3





{ Catatan dsuarang: Siaran ini diterbitkan semula daripada blog Kelana Perantau. Terima kasih adinda Badrin}

28 Ogos 2010
Majlis berbuka puasa di rumah saudara pupu Abdul Majid Baharum.Kami pergi berempat iaitu aku isteri, Wahab dan Norlin .Syukur Alhamdulillah kami sampai juga kerumahnya sebelum waktu berbuka puasa.Ini bagi mengeratkan semangat Pts yang telah pun di tubuhkan oleh arwah ayah kami . Saya ucapkan ribuan terima kasih kapada semua yang terlibat dalam mengelolakan Pts ini terutama abang Majid dan keluarga, pak Anjang Lokman dan keluarga serta Pak Uda Nazar yang bersusah payah ingin menyemarakkan kembali PTS ini.

Kapada semua yang membaca blog saya ini untuk PTS yang lebih lanjut silakan ka blog d'Suarang.
Abang Majid semestinya di beri penhormatan kerana mengujudkan blog yang hebat untuk kita mengetahui perkembangan PTS.

Saya bagi pihak semua keluarga termasuk keluarga pihak arwah Azlan Osman mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah di berikan kapada keluarga beliau melalui Yong Norlin pada hari tersebut.Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa tuan dan puan.

1 comments:

Bamuda d' SUARANG said...
Salam Badrin,

Apa khabar semua? Dah terlalu lama tak dengar berita . . . . . harap-harap macam kata omputih, "No news is good news" le.

Uda sekeluarga . . . Alhamdulillah, sihat sejahtera. Mudah-mudahan PTS pun nanti terus aktif dan bergerak cergas seperti yang kita harapkan.

Memang benar . . . sesuatu niat atau tujuan yang baik itu . . . sering sukar dicapai. . . melainkan dengan menghadapi seribu satu macam halangan!

Tak apalah . . . asalkan kita tidak terhalang atau terputus hubungan kekeluargaan . . .

Insya-Allah semua yang baik itu akan baik juga pada akhirnya . . . Lagi kata omputih: "All's well that ends well".

Wednesday, September 1, 2010

Masihkah Bersemangat Merdeka





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,



Sumpah dan Janji



Jika seseorang sudah berusia 53 tahun dia lazimnya dianggap sudah cukup 'dewasa' atau 'matang' sebagai manusia. Jika sesebuah negara telah menyambut ulang tahun ke 53 kemerdekaannya semalam apa pula status yang hendak diperuntukkan kepada negara tersebut? Tentunya negara itu sebuah negara yang sudah cukup 'bebas' dan 'berdaulat'. Tentunya negara itu sebuah negara yang sudah cukup 'stabil' dan sedang meningkat 'maju'.





Petikan drpd Akhbar Utusan Malaysia
Selasa 31 Ogos 2010
bsmn 21 Ramadan 1431


Malaysia ada semua ciri itu. Malaysia sebuah negara yang sedang meningkat maju. Stabil dan berdaulat. Malaysia negara yang cukup bebas. Bebas pergerakan rakyatnya, bebas kehidupan warga tetap dan sementaranya. Bebas segala orang yang menumpang di bawah langitnya dan yang berpijak di buminya. Pendeknya suatu ruang permastautinan yang ideal tersedia di negara bertuah yang bernama Malaysia ini!






Dokumen Bersejarah
Fahami sejarah untuk menghargai Kemerdekaan.


Perbandingan tahap kemajuan yang tercapai sejak zaman sebelum Merdeka hingga kini amat jauh jurang perbezaannya. Ibarat langit dengan bumi. Begitulah kesimpulan yang didapati apabila ditanyakan pendapat semua rakyat yang berteduh di Malaysia. Semuanya mengiakan hakikat ini!





Kenang Kembali
Isi puisiku tahun 1972


Tetapi ini bukan persoalannya. Apa yang aku risaukan ialah sama ada pendapat yang serupa akan disuarakan dengan yakin oleh semua rakyat Malaysia jika diajukan soalan,"Setiakah lagi bangsa Malaysia, yang mengaku cintakan negara ini, kepada Malaysia?"

Jika 'ya' jawapan mereka, mengapa kini seperti ada saja yang tidak kena dengan suasana atau persekitaran hidup di sini? Apakah keamanan dan kemakmuran negara tidak lagi diambil kira oleh bangsaku. Atau, keselesaan hidup yang dinikmati selama ini tidak lagi dihargai. Mungkin semua ini tidak lagi penting kepada sesetengah orang. Mungkin excitement baru yang mereka kejar. Agaknya kepentingan diri atau individu yang mereka idamkan. Bukan kepentingan negara yang diutamakan. Entahlah!
Soalan utamaku yang aku harap dapat direnungkan bangsaku dengan perasaan sedar diri dan penuh rasional : "Mengapa tiba-tiba ada ramai Si Kitol muncul di kalangan bangsaku kini? Mengapa pula Si Kitol yang ramai ini suka sangat mengacum pihak lain supaya saling bermusuhan? Ataupun, mereka yang bertelagah sesama sendiri!"


Petikan drpd Akhbar Utusan Malaysia
Rabu 1 September2010
bsmn 22 Ramadan 1431


Si Kitol dalam sejarah negara zaman silam sudah lama mati! Malanglah bagi bangsaku jika ramai pula Si Kitol baru yang muncul hasil klon Si Kitol yang lama. Apapun seperti yang biasa aku baca dan fahami . . . hasil bahan klon . . . dikatakan tak tahan lama. Mudah-mudahan begitulah. Jangan sudah terhantuk baru tengadah!


Bagi diriku, aku tetap seperti dulu. Dulu rakyat tidak segan silu menyuarakan rasa cinta dan sayang yang jitu terhadap negara ini. Rakyat tidak takut membuktikan apa yang mereka suarakan. Mereka tidak gentar bertindak tegas terhadap orang yang cuba memperlekehkan kedaulatan negara ini. Mereka bangga menjadi rakyat Malaysia!






Petikan drpd Akhbar Utusan Malaysia
Isnin 30 Ogos
bsmn 20 Ramadan 2010



Harapanku? Semoga masih majoriti bilangan mereka yang berpendirian seperti aku. Pendirianku ringkasnya begini:





Wallahuaklam











dsuarang.blogspot.com

0 comments