Thursday, February 3, 2011

Silap Istilah?





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Yang Mana Satu?



Ate . . . apa tunggu lagi. Bio le teman sambung aje cerita keliru Pn Alimah, isteri teman tu. Kisah ini berlaku pada awal tahun-tahun 1970-an di pekarangan mereket Tapah. Ketika itu mereket Tapah terletak di Jalan Bukit Baldwin . . . atau lebih popular di kalangan warga Tapah sebagai 'Jalan Lubuk Katak' . . . kata koma!
Alimah masuk ke dalam mereket bersama ibu teman untuk membeli ikan dan sayur-sayuran. Teman nunggu di luar aje!
Sedang ibu mentua dan menantu itu asyik membelek-belek barang yang hendak dibeli, seorang wanita (yang kemudiannya teman ketahui adalah sanak saudara kami) menuju datang ke arah mereka.
Dia menyapa emak teman lalu bersalam-salaman dengan isteri teman sekali.
Dia lantas bertanya kepada emak teman, "Yong, ini ke tunang Majid?"
Emak teman mengangguk. Alimah keliru! Habis le di situ . . .
Sepi . . . dalam kereta sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Teman perasan isteri teman termenung aje. Ghiso pulak teman ngenangkan. Mana pulak tak kenanya!
Tiba-tiba pecah kesepian yang sudah lebih kurang sepuluh minit berlalu! Alimah bertanya kepada emak teman:
"Mak, kenapa orang tu tadi tanya saya ni tunang Uda (panggilan terhadap diriku dalam keluarga). Kan kami dah berkahwin. Dia tak tahu ke?"
Emak teman senyum aje. Kemudian dengan selamba emak teman menerangkan kepada isteri teman:
"Orang kat sini sebut 'suami' tu 'tunang'."
Isteri teman tunduk diam. Ha . . . Satu lagi istilah daerah kampung teman telah didengarinya . . . Alimah dalam keadaan masih bingung dan terkial-kial!
Teman pulak tepikio . . . mana le isteri teman tak keliru. Teman sendiri pun heran. Mana ase terbitnya erti tersendiri yang dipahami oleh oghang Perak bagi perkataan 'tunang' tu! Pande-pande aje dema 'buat' *istilah dan beri pulak makna ikut sesuka hati masin-masin!
*{ Entri 'tunang' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat diberikan erti:
tunang bakal isteri atau suami, laki-laki dan perempuan yang telah mengikat perjanjian utk menjadi suami isteri }
Eh . . . maka bagaimana dengan status pasangan yang telah berkahwin secara sah? Oghang Perak masih memanggil 'suami' atau 'isteri' (sesuatu pasangan) dengan panggilan 'tunang'. . .

Jadi kalau gitu oghang yang telah berpuluh-puluh tahun hidup sebagai suami isteri pun . . . akan tetap dianggap sedang berada di zaman 'seghonok' betunang le . . . he, he . . . pada sudut pandangan orang Perak . . . Best jugak tu!

Namun apabila istilah yang tak tepat 'maksudnya' digunakan . . . kekeliruan pasti timbul di kalangan penerima 'asing'. Begitu pendapat isteri teman, Alimah.

Ah ini tak boleh jadi! Yang mana satu? Salah guna perkataan atau silap pahaman maksud istilah yang telah berlaku . . .

Sebagai anak Perak (yang ada le belajo hukum bahasa sedikit) pada pikio teman . . . bio le perkataan 'tunang' tu dipahami mengikut pemahaman warga daerah-daerah di Perak (sebagaimana yang dema paham sekarang!)

Memang le ada berlaku ketidaktepatannya jika dimaksudkan sebagai pengertian universal bahasa ini. Tapi . . . katakan kalau sesuatu bentuk 'cakap' atau 'ucapan' itu boleh difahami dan boleh diterima sesuatu golongan masyarakat penggunanya . . . maka itu le bahasa. Entah le. Wallahualam.

{Si jiran omputih teman masuk campur lagi. Dengan angkuhnya dia berkata:

"Married couples are simply addressed as Mr & Mrs . . . Things are done that simple in English hmm . . . Call a spade a spade. Problem solved!"}

Hendak aje teman ngatakan pada si omputih tu gini:

{"Tengkorak kamu. Yang masalah guna pake gelaran 'Ms' untuk golongan wanita tu apa ke penyelesaiannya? Sampe sekarang pun tak tentu ujung pangkenya . . . mana satu nunjukkan yang dah kawin . . . mana pulak yang belum.

Yeah . . . my omputih neighbour . . . 'Ms' usage amongst women is something very confusing now. It doesn't clearly show their marital status! Howzat!"

Issyh . . . ngata dulang paku serpih . . .}

Kepada isteri teman . . . sorry le jika pemahaman erti perkataan 'tunang' di kampung teman ni mengganggu emosi mika. Teman tak dapat le ngubahnya . . . biasakan le diri nerima maksud kata ni bila besembang dengan oghang kampung teman! Alah bisa tegal biasa, weh!

Tiba-tiba teman pulak tepikio tentang perkataan (istilah?) 'piring' yang dimaksudkan untuk 'pinggan' di kampung isteri teman . . . Camno lak tu, Alimah ooi . . .

Dan . . . bagaimana pula dengan penerimaan maksud perkataan 'menyorok' di daerah-daerah dalam negeri Kedah?

Hmm . . . biarkan . . . Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya!






dsuarang.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...
Orang nogori pulak guna istilah 'kawan' untuk suami. Habih tu camno???
Bamuda d' SUARANG said...
Dear Anon,

Bak kato jiran omputih den yang selalu suko menyibuk tu . . .

" Very confusing indeed."

Den sobut an kek si omputih tu:

" Ontok-ontok yo lah."

"More confused now, bro", jawab eh!

"Padan muko!" Kato den dalam hati, he, he.
Nuffnang Ads

Tuesday, February 1, 2011

Silap Paham





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Kisah Lucu di Jalan Temoh


Setelah berkisah (dalam penulisan di blog ini tempoh hari) tentang hal Pak Ngah (orang Perak totok) yang berkunjung ke Kuala Lumpur tu . . . teman teringat pulak akan suatu kisah lucu salah paham yang dialami isteri teman Alimah Yasin di rumah keluarga teman sendiri di kampung. Begini kisahnya . . .


Kampung isteri teman di Pulau Sebang, Melaka yang bersempadan dengan pekan Tampin, Negeri Sembilan. Orang di kampung isteri teman tu berbahasa daerah Negeri Sembilan. Bukan sekadar bahasa . . . adat dan budaya masyarakat Pulau Sebang juga banyak dipengaruhi amalan Adat Perpatih.

Bahasa di kampung Alimah tentulah amat berbeza berbanding bahasa daerah di Tapah . . . kampung teman. Adat dan budaya amalan masyarakat Tapah pula tentulah agak berlainan!


Cerita teman ni bukan hendak mempersendakan sesiapa atau mana-mana pihak. Teman cuma terkenangkan beberapa peristiwa 'lucu' yang menimpa diri isteri teman yang dikasihi tu.

Pada awal tahun 70-an kami balik ke kampung teman di Jalan Temoh, Tapah, Perak. Itulah julung-julung kalinya Alimah berkunjung ke kampung teman setelah kami berkahwin.


Rumah kampung itu harta peninggalan Atuk Sharif dan Opah Aishah teman. Ketika itu ibu bapa dan adik beradik teman tinggal di situ. Bapa teman menjaga dan memperbaiki rumah itu supaya terpelihara dan tegap berdiri.


Menyentuh tentang budaya berbahasa di kampung teman . . . walau pun slanga Perak yang diguna pakai di sana tidak setebal di daerah-daerah tertentu yang lain di negeri tersebut . . . banyak istilah yang digunakan masih boleh mengelirukan mereka yang bukan anak Perak . . .

{"Silver Child?" . . . tanya jiran omputih teman si penyibuk tu!!!}



Suatu hari kami seisi keluarga di rumah Tapah sedang bersarapan. Ada banyak makanan yang berbagai jenis terhidang. Tiba-tiba bapa teman Baharom Shariff berkata kepada isteri teman:
"Mah, tolong ambikkan roti dalam tin tu. Bapak teringin nak cecah dengan kopi ni."

Alimah terpinga-pinga. Dia memandang kepada teman. Dia seolah-olah mahukan kepastian. Dia memerlukan pertolongan teman. Dia tidak jelas apa yang diperkatakan bapak teman.

{"Just converse in English. Makes things much easier." Hai, menyampuk lagi si omputih jiran teman ni!}

Teman tersenyum lalu berkata,"Mah, bapak mintak tolong ambikkan biskut dalam tin itu."

"Oh begitu," kata isteri teman tersenyum. Alimah pun bangun mengambil biskut itu.

Baru le teman perasan. Isteri teman betul-betul terkeliru. Mungkin dia terfikir entah memang orang Perak menyimpan 'roti' dalam tin! Patutlah dia melihat sekeliling dan tercari-cari. Agaknya dia mencari tin besar tempat 'roti' itu diisi!

Selain daripada istilah 'roti' yang biasa diguna pakai dikampung teman untuk memaksudkan 'biskut' ada beberapa lagi 'istilah' yang boleh mengelirukan pendengar yang kurang biasa. Contohnya perkataan 'cekelat' yang bermaksud 'gula-gula', 'sia' bermaksud 'mangkuk tingkat', 'sangai' bermaksud 'tudung saji', 'pantalun' bermaksud 'seluar panjang', 'mereket' bermaksud 'pasar', 'tengin' bermaksud 'bodoh', 'teroyak' bermaksud 'menangis', 'ngelenyo' bermaksud 'miang' atau 'gedik', dll.

Paling istimewa bila ada sebutan tentang wang yang berbunyi begini: "Reganya tengah dua rengget!"

{"Give up le kome yang tak biasa. Berapa sebenonya nile 'tengah dua rengget' tu? Pikio le kendiri weh . . ." Begitu pulak kata jiran omputih teman . . . dalam slanga Perak kali ni!}


Bio le teman berhenti takat ni dulu . . . Nanti teman sambung lagi dalam entri berikutnya . . . Insya-Allah.











dsuarang.blogspot.com

3 comments:

basri bin omar said...
Salam Uda!

Tk paparan tu...teringin juga nak kongsi ttg roti tu...di Kedah pun di pggl gitu termasuk cekelat dan sia tu...yang lucu 'Roti Benggali Hangit'... Bhgn Roti Yg Hitam di jual oleh Benggali(Panggilan kpd Org India dari Uttar Pradesh di India yg mengusahakan kedai/kilang Roti d Kedah dulu).Mereka ni menggunakan basikal(gerek) menjaja Roti ke pelusuk kg. Di belakang Rumah di Pendang tu ada 2 Kedai/Kilang Roti Benggali ni ..tapi sudah tak beroperasi lagi..sebab Wallahu aqlam!
Bamuda d' SUARANG said...
Salam Adinda Basri,

Tk komen menarik.

Ttg era gemilang 'Roti Benggali Hangit' tu memang pernah kami yang sezaman alami kepopularannya dan nikmati kelazatannya.

Uda teringat waktu more di masjid. Bila ada hidangan RBH ni dengan cecah kari daging . . . wah lazatnya tidak terhingga . . . (khusus kepada kami budak-budak zaman itu!)

Lagi satu 'roti aiskrim'. Di Tapah dulu famous jenis aiskrim beroti ni! Tiap2 kali kami balik kampung mesti tunggu penjual aiskrim datang berjaja ke rumah . . . sedapnya . . . bak kata budak-budak sekarang . . . teratas!

Itulah sayangnya dah hilang entah ke mana segala perusahaan makanan yang menarik begini!
basri bin omar said...
Salam Uda!

Memang betul enak 'Roti Aiskrim' tu.Mula kenal bila dok d JB,masa Zawyah kerja di Kastam Tg Puteri..di situ terdapat Sandwich Aiskrim...masatu terasa pelek tapi memang sedap..lani terdapat di merata tempat dah ..satu2nya Aiskrim yang mengenyangkan..! Wallahu aklam.

Saturday, January 29, 2011

Silap Dengo




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Kisah di Gedung Muzik

Teman ingin menyambung ceghita tentang silap pendengaran atau silap dengo (kata orang kampung teman) yang membawa kepada salah faham akan maksud orang lain.

Kisah ini dah bejaman lamanya. Kisah tahun-tahun 70-an. Tapi teman tetap ingat akannya kerana ada unsur lucu dan pengajaran terselit dalam kisah ini. Alahai ceghita orang Perak di sebuah gedung muzik di Kelumpor . . . kata kome.

Biarlah teman berceghita dalam bahasa yang mudah difahami semua. Begini kisahnya:

Seorang hamba Allah yang berasal daripada sebuah kampung terkenal di Perak telah membawa bapa saudaranya (Pak Ngah) bersiar-siar di Kuala Lumpur. Hamba Allah ni memang tinggal dan bekerja di KL.
Pak Ngah si hamba Allah ni pula tidak pernah ke KL sebelum ini. Jadi, si anak saudaranya beria-ialah hendak menunjukkan kepadanya apa yang terdapat di KL pada waktu itu.


Ketika itu belum ada kemudahan LRT. Belum ada LR SPRINT, AKLEH, DUKE, MRR 2 dsb. KL Tower tiada. KLCC pun belum ada. Shopping Complex yang hebat-hebat pun belum ada. Satu-satunya yang ada dan terkenal pada waktu itu ialah Ampang Park!


Lot 10, Sungai Wang Plaza, Imbi Plaza, Times Square, Star Hill dll. tidak pernah diketahui warga KL pada ketika itu.

Masa tu jalan dan tempat yang famous ialah Foch Avenue (sekarang Lebuh Foch), Petaling Street (sekarang Jalan Petaling), Batu Road (sekarang Jalan Tuanku Abdul Rahman), Campbell Road (sekarang Jalan Dang Wangi), Mountbatten Road (sekarang Jalan Tun Perak) dll. Cukup mungkin background untuk menggambarkan KL pada waktu itu!


Berbalik kepada cerita si hamba Allah yang membawa Pak Ngah bersiar-siar di KL tadi . . . Setelah makan mee goreng Hailam di Ipoh Hotel & Restaurant di Bukit Bintang (amat famous sekitar KL ketika itu) dua orang anak beranak ini pun berlegar-legar di Bukit Bintang Road dan berhenti di hadapan sebuah gedung muzik. Gedung muzik itu sederet dengan tempat mereka makan tadi.


Pak Ngah tertarik kepada peralatan muzik yang dipamerkan dalam showroom gedung itu. Jadi Pak Ngah berhenti nak tengok-tengok sajalah. Ala window shopping.

Tiba-tiba towkay gedung muzik itu keluar berdiri di pintu masuk gedungnya lantas bertanya kepada Pak Ngah.


Towkay: {Menyapa dengan mesra} Apa mau Encik?

Pak Ngah: {Menjawab dengan loghat tebal orang kampung teman} Idak eh . . . teman nak ngita-ngita (mengintai-intai/melihat-lihat) aje.

Towkay: Oh, masuk Encik , ngitar (gitar) atak banyak. Ngitar lid (lead), ngitar bes (bass), ngitar lidem (rhythm) semua atak. Encik moleh pilih mana suka.

PaK Ngah: {Suara perlahan} Bio le. Teman nak nengok-nengok je.

Towkay : Ya lah . . . miola (biola) pun atak . . . Tapi Encik kena masuk lulu.

Pak Ngah: {Bersungut} Geram teman dibuat kawan ni. Heboh nyuruh teman masuk. Geram, geram.

Towkay: {Dgn nada beria-ia sambil menarik tangan Pak Ngah} Masuk Encik . . .delam (drum) baik punya bangsa (jenis) suma atak.

Pak Ngah : { Dah naik angin!} Hey . . . Nak kena tabuh (pukul) juga kome ni!


Towkay : {Syok sendiri} Apa pasat talak tanya itu tambour (drum) punya pasai . . .? Masuk lulu malu tau . . . Encik.

Pak Ngah : {Dah naik tak kuasa!) Sabo (sabar) aje le . . . peramah beno lak si dia ni.

Towkay : {Terus syok sendiri lagi} Ha Encik . . . itu delam menali punya hat (tentang hal rentak deram dalam tarian) apa ah . . . samba? Pakai conga delam (conga drum) pun OK ma . . .

Pak Ngah : {Betul-betul punya marah!} Conga deram tengkorak kamu! Nak penendang (nak kena tendang) gamaknya . . .?

Towkay : { Selamba tak faham-faham} Hai ya . . . gua sutah cakap sama lu Encik . . . gendang punya hat (hal) suma atak dalam . . . Mali masuk tengok . . .

Pak Ngah
: {Terlalu tinggi anginnya sekarang} Tengin beno ropanya mika ni . . . Dah dah . . .tak kosa teman nak layan lagi kerenah mika ni. Dah naik libang libu rasanya. Udah nak tekencin (terkencing) bebeno ni!

Towkay : { Memang tak akan faham} Ha, itu memang atak . . . kelincing (kerincing -- alat bunyi-bunyian diperbuat daripada logam) ha . . . manyak olang mintak punya Encik . . . kelincing atak laku.

Pak Ngah : { Dah sampai tahap fed up} Lantok le kerincing kome tu laku ke tidak! Jangan nak ngimpit teman lagi!

Towkay : { Memang dasar peniaga tegar} Oh Encik mahu telompet (trumpet) ke? Nanti gua angkat sikijam dalipada itu gua punya setor ah . . .

Pak Ngah : {d last straw!!!} Mika diam leh tak weh! Teman nak belah dah. Jangan cakap apa-apa lagi. Nanti kena balon . . .

Towkay : { Semakin selamba atau buat bodoh?} Hai ya . . . Encik manyak pandai ma . . .itu kedai sebelah atak juat melon (belon) ma . . . sini tatak. Jumpa lagi ah . . .


Sepanjang episod tadi . . . si hamba Allah (anak buah Pak Ngah) tidak campur 'mulut' kata orang. Eloklah dia berdiam diri saja sambil memerhatikan keadaan yang agak tegang bercampur lucu selamba itu.

Inilah akibatnya . . . dengo saje 'bunyi' seakan-akan sesuatu . . . udah jadi tak tentu arah fikiran . . . asyik fikir nak buat untung. Tak mahu paham ujung pangke sesuatu keadaan terlebih dahulu!

{Si omputih jiran teman masok campor lagi weh. " Never jump to conclusion . . . that fast man!"}
Ini kisah tahun-tahun 70-an dahulu. Ketika tu kelemahan penguasaan BM oleh banyak pihak masih boleh diterima. Sekarang macam mana situasinya? Agaknya ada sedikit perubahan . . .

Kalau masih kabur dengan pelat yang 'menyesatkan' seperti di takuk lama bagaimana? Tak gunalah mengaku rakyat 1 Malaysia! Jangan mendabik dada mengaku warga negara ini . . . andainya bahasa rasmi negara pun tidak dapat dikuasai dengan baik . . .
Sekarang . . . sibuk nak utamakan bahasa asing lak!
Dan . . . yang berbahasa tu pulak bio le sesuai pada level dan suasananya. Teman ni tak ngapa . . . lain kes le . . . he, he
Last but not least . . . para peserta Raja Lawak tak nak ke minta idea daripada 'orang luar' kalau sendiri dah tak punya idea untuk persembahan mereka masing-masing. Usik-usik sikit tak ngapa kot!









dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Nuffnang Ads

Friday, January 28, 2011

Aii Setahun Jagung


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Selamat HUT 1 Kelahiran Aii


Nak cerita lagi tentang si Aii. Alah cucu teman tu le. Ingat lagi kan? Ha, diam tak diam dah setahun rupanya Ahmad Iman Iskandar dilahirkan. Alhamdulillah . . . kesihatannya baik dan tumbesarannya pun bagus. T
eman sekeluarga bersyukur aje le.






Selamat HUT 1 kepada buzzday boy Aii


Aii dilahirkan pada 21 Januari 2010. Maka dah setahun le usia Aii kini. Orang tua-tua kata umurnya 'baru setahun jagung'. Jiran teman si omputih tu sibuk pulak kata:

" A fine toddler, a fine toddler . . ."



Ahmad Iman Iskandar (Aii) bin Mohd Rashidi. Buzzday boy hari ini.


Aii bersama ibunya Mazlyn Hanim Majid

Mulanya teman mau aje naik angin dengan si omputih tu. Sesekali teman teringin ge nak buat gempaq (lawak bodoh?). Contohnya lawak tak berapa kelakar macam yang sering teman (dan mika juge pastinya) dengo kat mana-mana sekarang.

Orang bijak pande pun banyak terlibat. Orang berkedudukan juga tidak terkecuali. Mereka selalu buat lawak bodoh tanpa mereka sedo. Tak tau ujung pangke udah nak melentin. Dengo aje 'bunyi' cakap orang yang macam menyebut sesuatu keadaan yang tidak serasi dengan pendengarannya . . . teroih aje melatah!

Dalam he ini . . . teman sengaja nak bangkitkan soe perkataan toddler tadi. (Bunyinya macam 'toddy le').

Ada ke 'toddy le' katanya terhadap cucu teman yang sulung dan yang buat julung kali pulak nak nyambut Hari Ulang Tahun (HUT) 1 kelahirannya!





Cake dan Cup Cakes HUT . . . Aii bersama Azim Muqry Basrie (Amb) & Emak Anum


Melampau dah si omputih ni! Mentang-mentang Aii belum dapat 'kaki' lagi . . . Nak nyamakan si Aii dengan peminum todi ke pulak?

Sambil tu teman terbayangkan seorang anak kecil yang baru mahu belajar berjalan . . . langkah demi langkah . . . terhuyung hayang!



Aksesori Pesta HUT ke? Suka hati kome le . . . ase jangan melanggor tata susila kita dah le . . .



Wah ibu bapa pun join . . . ye le . . . Cannot beat them join them kata jiran omputih teman tu le!

Pak saudara, opah & atuk . . .tak lepas peluang ge . . .


Ai . . .suap-suap tu ada makna ke? Anum,Nadira & Liza dok perhati ooi. Si cucu tu . . Umar Ilham Majid (Uim) pun tengok ge. Alah dah UT 37 perkahwinan . . . Apa he kome . . .



Oh sempat rasa kek 37th Wed Anniversary rupanya . . .( ini function siapa ha?) Firaz & dad tu cool OK

Function saya le atuk! Tengoklah kek lebah tu . . .menyengat . . . Umar dan Afnan tu kena tunggu sikit . . . belum masuk kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya , , ,



Persediaan yang dilakukan dengan cara sederhana dan dengan mood santai nyata dapat memberikan nafas keriangan yang segar di kalangan ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang hadir.


Special menu for a special day . . . home cookin' by Opah Al & Co.


Tukang buat patung belon profesional . . . TQ



Santai . . .santai . . . Alhamdulillah. Tujuannya dah tercapai.



Para hadirin yang memeriahkan suasana di d'SUARANG pada hari yang membawa seribu satu erti kepada keluarga ini . . .


Dari jauh kami datang . . . Biar le kami isi perut sikit ya . . .



Pertandingan hp siapa paling canggih . . . Ha kami le yang akan sms undinya . . .


Makan ya . . . buat le macam rumah sendiri . . . lepas makan tu paham-paham le he, he . . . jangan mare



Dah ada pemenang . . . itu yang diapit di tengah-tengah . . . drebar keretapi tu le . . .



Jangan dak rocker si Amok tu je pakai topeng . . . aku pun apa kurang! Suka hati hampalah kata Pak Basri. Kiri: Pakcik Azahari & Pakcik Rais & keluarga. Kanan: Pak Long Basri, Mak Ngah Asilah, Pak Su Afnan & Moyang Maimunah.


Keluarga rapat dan sepupu sepapat (Uim le) semuanya ada . . .TQ kerana sudi meraikan


Teman terus berkata kepadanya ," Please repeat what you've just said."

" Well I simply mentioned that he is a fine t-o-d-d-l-e-r."

Dah kena le . . . pada pikio teman . . .
toddler bunyinya macam 'toddy le' . . . minuman yang menyebabkan orang terhuyung hayang bila dah mabuk minum todi!


Tak sio teman nak ngaku kalah dalam he ni . . . teman memujuk diri teman . . .

Bukan teman tak tahu makna
toddler. Teman dulu mengaji di sekolah *English Medium le. Jadi itu le gamaknya sebab teman dapat paham cakap omputih! Ha, ha , ha!

* [Incidentally there is so much hue and cry to bring back the English Medium schools to this country lately. . .]



Rasanya kome yang tak peronah berpeluang pergi ke sekolah English Medium pun tahu erti perkataan omputih tu kan? Kalau tak refer aje dictionary omputih tu! Bukan susah sangat!


Sebenonya tadi teman tak berapa jeleh dengo sebutan sengo perkataan toddler oleh si omputih jiran teman tu! Yang omputih tu pun satu he le pulak . . . Lain kali bila nak cakap omputih . . . kurangkan le sikit bunyi sengo tu . . . komplen teman cepat-cepat.

"
Next time korangkan le nasal sound kome tu . . . leh . . . weh!"


Si omputih tu terpinga-pinga. Dia tak berapa dengo gamaknya. Eh . . . lantok le!

Ok. Kita lihat aje le lagi foto-foto lain yang sempat dirakamkan dalam majlis menyambut HUT 1 kelahiran Aii yang telah diadakan pada Sabtu 22 Januari 2010 . . .





Tamu dah mula datang . . . baca doa selamat dulu . . .



Amin, Amin. Amin


Dah selesei majlis . . . kami relaks-relaks je le. Sambe tu kami buka cerita le . . . lama pun ada baru pun ada . . .


Dok kat luar je ke kome? Tak ngapa le . . . Elok ge ambil angin petang . . .



Ajim . . . function awak tu ... this coming fasting month kan? Nena, Onyang dan Abah tu sedang bincang nak buat HUT 1 Kelahiran of d year untuk Ajim ke?




Dan . . . part yang membuatkan buzzday boy si Aii ni paling happy. . . teman perhatikan . . . dah tentu le apabila dia dapat peluang buka hadiah yang diberikan para tetamu . . . isyh, isyh, isyh excited habih kome . . . Si mamak Atuk (Uim) kat sebelah kanan tu . . .tunggu le turn anda dengan sabo ye!



Suka hati engkau oranglah . . . Pak Ngah nak rihat sekejap ni . . . demam sikitlah . . .





Seronoknya . . . seronoknya . . . inilah yang paling Aii nanti-nantikan omak ooi . . .








Setelah bungkusan hadiah dibuka . . . Aii terus saja memeriksa dan mencuba apa pesenihnya yang berbalut dalam bungkusan tadi. Begitu le kanak-kanak. Dema tak pandai berpura-pura. Gemo . . . dema main. Tak gemo dema bio. Alahai kome!
















Macam pro musician aje lagaknya . . . apa dia? Mesti jadi loyar, majistret, doktor . . . jangan jadi orang seni, tukang muzik? Ada aku kisah ha . . . ada aku kisah?








Dak buzzday tu naik kuda roda . . . baik-baik aje . . . jangan tergolek macam koboi dalam siri western tu. Kat hujung sana aksi si Ajim dengan lolanya. Amboi kan main manja lagi . . .


Udah le . . .tak kosa teman nak bekisah panjang lebo lagi. Semanya udah selamat . . . dah apa tu
settle mettle? . . . apa ke istilah dipakai budak-budak sekarang!

Jadi terima kasih aje le sema kerana sudi datang meraikan majlis HUT 1 kelahiran cucu teman si Aii ni. Panjang umo kita jimpa lagi.




Bunga selasih bunga melati,
Bunga melati serinya jadi,
Serinya jadi aromanya harum;
Terima kasih bicara hati,
Bicara hati seninya budi,
Seninya budi auranya kagum.










dsuarang.blogspot.com


0 comments:

Nuffnang Ads