Sunday, October 14, 2012

Piyoh Ilee ke Mr. Piyoh

SATURDAY, 13 OCTOBER 2012




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Kreatif dan Berkualiti


Ayuh 'piyoh ilee' ke Mr. Piyoh. 'Piyoh ilee' . . . [penulis kemudiannya mendapat tahu] . . .  dalam bahasa Aceh  bermaksud 'singgah dulu'.

Maka . . .  itulah yang kami lakukan pada malam Sabtu, Disember 2012. Kami singgah sebentar di Mr. Piyoh, Banda Aceh.






























Kebetulannya . . . penulis ingin mencari souvenir yang sesuai dibawa pulang ke KL . . . T-shirt dll untuk cucu-cucu . . . sekurang-kurangnya.

Kualiti beberapa helai T-shirt dll yang dibeli di outlet Mr. Piyoh. . . ternyata tinggi. Bagus sekali design dan materialnya. Harganya juga amat berpatutan.













Mr. Piyoh adalah sebuah outlet perusahaan barangan cenderamata atau souvenir berlokasi di Banda Aceh . . . yang menyediakan dan menampung permintaan atau keperluan para pelancong yang mencari souvenir sesuai . . .  untuk dibawa pulang ke tempat masing-masing . . .  sesudah berkunjung ke daerah ini.

Ada sebuah lagi outlet begini di Sabang (Pulau Weh) . . .  Piyoh Shop [outlet pertama?] . . .  juga mengendalikan perusahaan yang serupa dengan  Mr. Piyoh di atas.

Perusahaan ini . . . yang menonjolkan berbagai hasil kreatif dan berkualiti dalam bentuk Baju-T, rantai dan pemegang kunci, magnet peti sejuk, pelekat, patung dsb dikendalikan anak-anak muda yang berseni dan tekun .

Hijrah Shaputra . . . yang boleh dikatakan menjadi mastermind perusahaan ini . . . disokong kuat oleh ibu bapanya Raji dan Meni . . . dan adik beradiknya . . . Fadli, Ary, Agil dan Yuda . . . serta ahli keluarga mereka yang lain.










Hijrah bercita-cita membuka outlet baru di Takengon . . . dan insya-Allah sebuah coffee shop * juga.

[ Bersebelahan outlet Mr. Piyoh sekarang memang ada sebuah warung kopi 'selebriti' yang maju dan terkenal sangat di Banda Aceh. Mungkin ini juga menyumbang kepada semangat Hijrah & Co untuk memulakan warung kopi mereka sendiri. Semoga sukses.]















































































*{Keratan berikut daripada tabloid Atjehads memaparkan berita ringkas perkembangan bisnes perusahaan rangkaian Piyoh.} 





Keratan Tabloid: Atjehads
Informasi dan Publikasi Bisnis Aceh
 Edisi 2 / 3-16 Juli 2012


Syabas diucapkan kepada Hijrah Shaputra & Co . . . kerana berusaha dengan begitu gigih serta bersemangat dalam hasrat merealisasikan dream kalian.

Atuk dan Opah turut gembira dengan pencapaian rangkaian Piyoh sejauh ini . . . dan akan selalu mendoakan yang terbaik untuk kalian . . . daripada-NYA. 







Bergadang boleh saja . . .  
asal jangan semalam sentuh




Terima kasih kepada semua kerana melapangkan waktu menemani kami selama kami di sini. Allah swt sahaja yang membalas budi baik anda sekalian.





Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Saturday, October 13, 2012

Silaturahim Terjalin


FRIDAY, 12 OCTOBER 2012




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Orang Kuat PLN Banda Aceh 


Dalam kesibukan berkunjungan ke merata-rata tempat menarik di Banda Aceh kami masih sempat menjalinkan silaturahim dengan Bapak Zarmidi, Manajer PLN (Perusahaan Listrik Negara), Area Banda Aceh.

Silaturahim ini terjalin dalam satu pertemuan singkat di kantor (pejabat) Pak Zarmidi di bangunan PLN pada petang Jumaat 21 September 2012. [PLN di Indonesia berperanan seperti TNB (Tenaga Letrik Negara) di Malaysia.]








Bangunan PLN Banda Aceh


Pak Zamhur yang membawa kami ke kantor Pak Zarmidi untuk membolehkan pertemuan ini terjadi. Alhamdulillah kami dapat jua berkenalan dengan Pak Zarmidi iaitu adik ke-5 dalam bilangan turutan adik beradik (siblings) Pak Zamhur. 





Di pintu masuk utama . . . 



Dari kiri: 
Pak Zarmidi, Pak Sani, Pak Zamhur



Dari kiri:
Pak Zamhur, Pak Zarmidi, Penulis


Pak Zarmidi yang masih dalam usia muda itu mudah diajak berbual-bual walaupun ini kali pertama beliau bertemu kami. Beliau peramah dan bersopan.

Beliau rupa-rupanya baru sangat berpindah dari Bandung ke PLN Banda Aceh . . . dan sebenarnya masih dalam proses acclimatization (penyesuaian dengan iklim atau persekitaran kerja dalam suasana yang berlainan.)






Bapak Zarmidi
Manajer PLN Area Banda Aceh


Ikatan silaturahim yang terjalin melalui pertemuan kira-kira 25 minit itu diharap tidak berakhir di situ sahaja.





Penulis (kanan) bersama Tuan Manajer





Towkay bersama Towkay . . . hmm


Kepada Pak Zarmidi . . . terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami . . . walaupun kehadiran kami itu lebih bersifat 'tetamu tidak diundang'.

Maafkan kiranya kami mengganggu ketenteraman bapak dengan kunjungan yang tergesa-gesa itu. 

Semoga perhubungan yang terjalin ini . . . perhubungan antara manusia dengan manusia . . . diizinkan Allah swt berlanjutan selama-lamanya . . . Amin.




Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Friday, October 12, 2012

Tragedi Dua Kapal


WEDNESDAY, 10 OCTOBER 2012



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Berlabuh Songsang 


Tragedi 1: Kapal di Atas Rumah . . .


Kapal nelayan ini dihempas gelombang tsunami pada tanggal 26 Desember 2004 hingga tersangkut di rumah ini. Kapal ini menjadi bukti penting betapa dahsyatnya musibah tsunami tersebut. Berkat kapal ini  59 orang terselamatkan pada kejadian itu. 





Plat Keterangan Tentang Kapal Malang 
untuk makluman pengunjung kawasan tragedi . . . 




Keseluruhan Plat



Demikian antara catatan pada sekeping plat di bahagian bawah sebuah kapal nelayan yang tersasar 'berlabuh songsang' di daratan . . . di atas beberapa buah rumah . . . akibat dilambung dan dihempas gelombang ganas Tsunami yang ketinggiannya sehingga 15 meter. 






Kapal nelayan ini diceritakan penduduk tersangkut 
di atas rumah keluarga Misbah dan Abassiah di kawasan
Gampong Lampulo, Kecamatan Kuta Alam, Banda Aceh








Beginilah kedudukan 'Kapal di Atas Rumah' yang kini mencorakkan sebahagian daripada sejarah hitam musibah Tsunami 26 Disember 2004 yang melanda Banda Aceh . . . dan yang akan kekal mengguris hati mangsa-mangsa di kawasan ini . . . khususnya mereka di kalangan masyarakat Gampong Lampulo.












Kapal atau bot nelayan yang malang ini dihanyutkan dari tempat pelelongan ikan (TPI) Lampulo yang terletak  sejauh kira-kira dua kilometer dari pusat kota. 

Kapal yang diperbuat daripada kayu ini seberat 20 ton. Panjangnya 25 meter manakala lebarnya kira-kira 5.5 meter. 
























'Kapal di Atas Rumah' . . . suatu peristiwa yang menjadi saksi bisu terhadap kejadian yang sungguh mengerikan, memilukan dan paling penting . . . menginsafkan.






Tragedi 2: Kapal PLTD Apung 1 . . . 


Petang Jumaat 21 September 2012. Selepas bersolat Jumaat di Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh . . .  kami di bawa Pak Zamhur ke lokasi Kapal PLTD Apung 1 tersadai ke daratan di Gampong Punge Blang Cut, Kecamatan Jayabaru, Kota Banda Aceh.









Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh . . . 
[Air naik sehingga paras anak tangga teratas masjid sahaja . . .  ketika Banda Aceh dilanda Tsunami . . .  Allahuakbar!)




Kapal PLTD Apung 1 seberat 2,600 ton ini milik Perusahaan Listrik Negara (PLN). Dalam kejadian musibah Tsunami yang amat dahsyat itu kapal tersebut yang berpangkalan di Pelabuhan Ulee Lheue terdorong sejauh 5 kilometer ke daratan oleh pukulan ombak setinggi hingga 15 meter.










Catatan yang terpampang pada tugu peringatan di lokasi peristiwa musibah . . . 







Tugu Peringatan Kehilangan Jiwa




Menurut catatan pada tugu yang terbina di lokasi ini . . . secara rasmi angka kehilangan jiwa di kawasan ini yang dapat direkodkan berjumlah 1,077 orang . . . 





Pasti ada ribuan jiwa lagi yang melayang . . . yang tidak dapat direkodkan  . . .  




Maka . . . marilah kita sama-sama mendoakan agar semua roh mereka yang kemalangan itu . . . ditempatkan Allah swt di kalangan mereka yang beriman dan paling istimewa terpelihara  di sisi-NYA . . . 






Memang amat menyedihkan apabila berada di sini dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri puing dan kesan kemusnahan yang ditinggalkan . . . manifestasi betapa dahsyatnya peristiwa yang telah berlaku 8 tahun dahulu. 

Allah swt sahaja yang mengetahui bahana dan kesan tragedi yang menimpa warga di Aceh. Amat menginsafkan.






































Kami yang mengunjungi lokasi ini tidak terkecuali daripada menaruh simpati yang bukan kepalang terhadap ahli keluarga mereka yang kemalangan . . . sama ada yang masih ada warisnya . . . ataupun yang sudah pupus keturunan mereka sama sekali.





Masjid Subulussalam 

[Masjid yang terletak paling hampir dengan 
'titik' kejadian di kampung ini]


Semoga warga Banda Aceh bertambah kuat azam untuk membangunkan semula tanah air tercinta dengan secepatnya dan dengan pegangan keislaman yang semakin mantap . . . 

Apa jua hikmah yang wujud di sebalik peristiwa hitam ini . . . yang ketara pada permukaan kejadian ialah tentang kebesaran Ilahi ke atas hamba-NYA . . . sesuatu yang pasti menimbulkan keinsafan yang amat tulen di hati mereka yang beriman.

Ya Allah . . . peliharakanlah kami daripada mengalami bencana yang sebegitu dahsyat. Jauhkanlah kami daripada menjadi hamba yang berterusan tidak insaf . . . tidak bersyukur dengan segala rahmat dan nikmat anugerah-MU . . . walaupun setelah mengalami atau menyaksikan berbagai tanda dan kesan yang jelas melambangkan ketepatan takdir dan kehendak-MU. Amin.



Bamuda
dsuarang.blogspot.com